Tuesday, 30 April 2013

The Stockholm Palace - Orienteringskata Island

Sambungan dari Berjalan-jalan sekitar Stockholm City ( Part 1 )

Hampir terlupa dengan " part 2 " nie.. malas tu tidak la tapi banyak benda lain nak buat sampai terlupa nak sambung dari part one ni hehehe.. so first part aku dah tunjuk beberapa tempat yang menarik di Bandar Stockholm seperti Ericsson Globe, Royal National City Park, Suslenn, Gamla Stan ( Old Town City ).. jom kita sambung...

4. The Stockholm Palace or The Royal Palace


Keadaan di waktu winter di bahagian pintu masuk dataran istana..
Official resident and major royal palace untuk kerabat Di Raja Sweden.. Jika anda datang pada waktu2 tertentu.. dapat lah masuk tour dalam istana ni.. mula di bina pada tahun 1697 dan hanya siap pada tahun 1760.. mengambil masa selama 63 tahun untuk di bina..

Sedikit information The Royal Palace.. kalau rajin baca laa.. :P
Orang ramai di dataran Royal Palace
Jangan berdiri lebih dari askar ni.. nanti kene marah.. aku dah kene  :P
Dataran di hadapan Royal Palace
Berjumpa dengan warga Malaysia yang berkerja sebagai pegawai MIDA di sana..
Abang Azwar dan Kak Nurul
Kak Mell di hadapan pintu masuk istana
Cannon yang masih di gunakan pada waktu2 perayaan tertentu..
Acara istiadat penukaran pengawal keselamatan istana
Gaya membaca peta bila dah sesat :P
Monument ape ntah.. tanya dengan orang yang faham Swedish :p
Lepas tour dekat Royal Palace ni.. boleh la ikut signboard ni ke tempat lain :P

5. Orienteringskata Island

Aku tak tahu apa keistimewaan pulau ni.. but ramai yang datang waktu paggi dan petang bersiar2..
Dari sini boleh tengok Bandar Stockholm
Antara bangunan yang dapat di lihat..

Apa motif dia tak pakai seluar .. aku pun tak tahu :P
Kapal ini telah menjadi sebuah restoran walau ia masih boleh berlayar.. 
Di atas restoran kapal.. teringat pulak restoran nelayan kat Titiwangsa :P
Ntah sape punyer pun aku tak tahu. :P
Semua kapal nelayan ini ada nama dan information untuk di baca..
Dan boleh nampak Grona Lund's Amusement Theme Park dari sini..
Continue Part 3

Wednesday, 17 April 2013

Swaziland Part 4 : Sibebe Rock - Second Highest Standing Rock In The World

Sambungan dari Part 3 : Kingdom Of Swaziland.. Back to Natural

Assalamualaikum.. 

Sibebe Rock - Second Highest Standing Rock In The World

10 February 2013 Ahad - Di salah satu kawasan pergunungan Swaziland.. Sibebe Rock terpacak megah.. menanti para peminat nya untuk di terokai.. Ianya perlu di jelajahi dengan berjalan dan hiking sejauh 5 kilometer..

Dan kami berjaya meletakan tapak kaki di atas permukaan puncak tertinggi Sibebe Rock - The Second Highest Standing Rock In The World.. ( First Highest is Ayers Rock in Australia ).. dengan memakan masa hampir dua jam untuk ke puncak.. kami banyak rehat dan stop shoot picture tu yang banyak buang masa.. if not tak sampai sejam setengah jer insyallah dah boleh sampai.. Citt.. cakap besar lak aku nie..  :P


Get ready nak tawan Sibebe Rock..!!
" What Ever You take Up The Mountain 
You Must Bring Down. Leave Only Your Footprint"
Kawasan trek yang berbatu..
Trek yang mudah tapi jauh la pulak nak hiking nyer..
Hiking menuju Sibebe Rock.. Masih tidak tercemar.. :D
Trek yang mudah untuk trekking.. 
Sambil jalan sambil layan view yang cantik ni.. Insyallah tak penat :D
Rumput yang bergerak mengikut alunan angin .. 

Hiking trek kat Sibebe Rock ni tak susah sangat nak hiking.. tak macam Shiba Breast Mountain yang kami hiking semalam.. Alhamdulillah selamat naik dan selamat turun.. time turun tak sampai sejam suku even banyak gak kami stop untuk bergambar..  ada la 3 tau 4 sport yang agak merbahaya.. but belasah jer.. syarat dia kalau tak reti buat2 reti jer.. nanti lama2 reti la hahahaa...


Layan pemandangan pergunungan Swaziland di atas Sibebe Rock
Kawasan pergunungan yang masih natural..
Inilah pemandangan dari Sibebe Rock.. Second Highest Standing Rock In The World
Opppsss.. ini bukan New Zealand atau Switzerland yer... tapi Swaziland..
Hanya kami bertiga di atas bukit ni.. 
Memang sunyi.. dengar suara burung dan angin jer..

Kami memulakan hiking tepat pada pukul 03:30 petang.. dan sampai di puncak hampir pukul 05:00 petang.. Lepak di atas puncak sambil ala2 picnic selama sejam.. and of course shoot picture.. saje lepak lama2 sebab nak tunggu Sunset.. nak shout matahari terbenam.. but tak boleh la nak tunggu sampai matahari betul2 tenggelam.. kang malam tak nampak pulak jalan nak balik.. :P


Gambar2 yang di snap dari Sibebe Rock










By the way for your information.. korang tak boleh suka2 nak start hiking dari mana korang nak start.. korang kene daftar kan diri dekat Mbuluzi Gate Visitor Centre dan akan di kene kan bayaran sebanyak E30 (Currency Swaziland adalah Emalangeni) dan ia bersamaan RM 10.48.. dan ia mula di buka seawal pukul 08:00 pagi.. oh lupa nak bagi tau.. if korang boleh tunjuk bukti korang adalah student.. Insyallah dapat murah.. aku bayar E20 jer hehehee.. bersamaan RM 6.98 seorang..


Kami pulang semula ke Mbuluzi Gate Visitor Centre
Kami di benarkan mendirikan khemah di kawasanMbuluzi Gate Visitor Centre
Di pagari batang buluh.. so tak de la orang nampak kami berkhemah di sini
Kawasan picnic di Mbuluzi Gate Visitor Centre
Kerusi, meja dan tempat BBQ juga di sediakan
Jalan masuk ke Mbuluzi Gate Visitor Centre
Bersama Manager Mbuluzi Gate Visitor Centr -
Mr Momo Willy Mrkouto

Dan satu jer yang tak best.. dekat kawasan Sibebe Rock ni tak ada satu pun hotel, lodge, backpackers hostel etc.. so korang kene make sure lepas habis hiking .. ada masa yang cukup untuk naik public transport semula ke Mbabane (Bandar berdekatan - 18 km).. but korang nak tahu apa jadi ngan aku??

Aku minta permission untuk pasang khemah bermalam dalam Mbuluzi Gate Visitor Centre ni.. kawasan memang cantik nak camping sebab ianya adalah sebuah kawasan picnic.. selepas slow talk ngan manager... kami di benarkan pasang khemah untuk bermalam di sini.. and best nyer.. FREE JER..!!! hahaha..  tapi kalau untuk perempuan maka aku nasihat tak yah cuba la kot.. :P 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...