Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari
Trip Backpacker Swaziland Part 2 Jungle Trekking In Mantenga Natural Reserve
Selepas kami jungle trekking ke Mantenga Water Fall dan bermandi - manda.. kami terus ke perkampungan orang asli Swaziland nie.. Di hadapan pintu masuk kawasan perkampungan ini.. sudah ada beberapa orang asli kampung lelaki dan juga wanita yang memakai pakaian traditional berwarna merah menunggu ketibaan para pengunjung.. kami bertiga di beri ucapan selamat datang dalam bahasa swazi.. ( apa ntah aku pun tak ingat huhuu.. )
.JPG) |
| Bersama tour guide Swazi Traditional Village.. |
.JPG) |
| Di bawa ke sekeliling perkampungan.. tak la besar mana.. ada dalam 10 - 15 rumah jer |
Perkampungan ni memang unik sebab rumah semua sama jer bentuk macam iglu kat kutub utara tu hahaa.. just yang beza kat sini tak pakai kiub ais tapi pakai gumpalan rumput yang di ikat memanjang.. nampak lawa jugak rumah ni.. boleh try la nak buat pondok belakang rumah nanti hahaa.. green house..boleh tak? :P
 |
| Pagar rumah yang di perbuat dari kayu.. |
 |
| Dan ini adalah jenis pagar besar yang menutupi seluruh kampung.. |
Selepas di explainkan baru aku faham.. seluruh kampung ini adalah satu family that why tak ada kampung yang ada lebih dari 15 rumah.. bila seorang lelaki itu kawin.. dan jika dia anak lelaki pertama maka di akan mewarisi perkampungan ini.. jika tidak dia hendaklah membuat satu rumah baru di kawasan lain.. dan selepas dia buat rumah dia kene membuat pagar untuk mengelak serangan binatang liar di malam hari.. dan pagar rumah di buat dengan kayu panjang yang tak terlalu tebal atau nipis..
Dan menjadi tradisi di Swaziland.. untuk orang lelaki berkahwin dua.. selepas dia berkahwin pertama dia akan mencari isteri kedua..so lepas ada dua isteri maka dia kene buat 4 rumah.. satu untuk si suami.. dan setiap para isteri akan mendapat satu rumah.. dan rumah ke empat adalah rumah untuk si suami dan isteri bersama..
 |
| Pemandangan di dalam rumah orang asli.. berlantaikan tanah dan kulit lembu sebagai selimut.. |
.JPG) |
| Membeli souvenir kraf tangan dari nenek kampung ni atau maharani hehee.. |
Bila lahir nya seorang anak.. maka akan di buat dua buah rumah.. satu untuk rumah anak lelaki dan satu lagi untuk rumah anak perempuan.. jika ramai anak lelaki nya.. maka akan di tambah sebuah lagi rumah untuk anak2 lelaki nya.. begitu jugalah untuk anak perempuan.. dan akan di bina sebuah rumah lagi untuk mereka sekeluarga berbincang atau untuk kerohanian..
.JPG) |
| Antara peralatan muzik orang2 asli di perkampungan ini.. |
.JPG) |
| Bijak.. sejenis sayuran yang di tanam dan melikar naik ke atas pagar kayu.. |
Dan akan di bina sebuah rumah di pintu masuk kampung.. sebuah rumah untuk Sanggoma ( Bomoh ).. jika ada bomoh yang mahu menetap di kampung itu.. sebab bagi mereka sanggoma itu macam doktor la.. if ada rumah untuk sanggoma maka macam ada klinik la kat kampung tu..
 |
| Rumah pertama selepas pintu masuk ialah rumah Sanggoma |
Dan ketua kampung akan membina sebuah tempat untuk binatang peliharaan beliau.. di mana daging lembu adalah makanan utama di Swaziland.. dan di dalam negara Swaziland sendiri ada lebih 15 jenis lembu yang di pelihara orang tempatan.. Dan dalam kampung ini juga ada tempat khas untuk anak- anak lelaki bermain gendang di malam hari mengelilingi unggun api..
Continue Part 2.2