Friday, 20 November 2026

Hong Kong & Macau Part 15 : Morning Walk At Kowloon Park - Bird Lake - HK Avenue of Comic Stars

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Hong Kong & Macau Part 14 : Central Station - Islamic Centre Canteen - Temple Street Night Market

Seawal 5.30 pagi aku bangun dan bersiap untuk solat subuh di Masjid Kowloon pada hari terakhir di Hong Kong ini. Sebelum keluar bilik hotel aku makan Mamee Lontong dan coffee 3in1 siap-siap. Dan prepare beberapa makanan dan minuman di dalam beg. Takut jadi macam semalam keluar dari hotel sebelum subuh sampai malam baru balik.

Suanana yang tenang tak terasa seperti berada di tengah-tengah bandar Hong Kong.
Peta keseluruhan Kowloon Park berserta maklumat ada di merata tempat.
Untuk hari ini aku cuma ada satu tempat sahaja yang ingin dituju iaitu Nan Lian Garden. Tiada sebab tertentu just a random place yang aku pilih dari bacaan di internet. Sekadar nak explore more place dalam melihat culture mereka.

Rancangan awal mungkin selepas selesai subuh aku nak terus gerak ke Nan Lian Garden menaiki train sebab nak balik awal. Waktu Zohor nanti nak check out dan nak gerak terus ke airport. Nak ke airport pun belum tahu macam mana 😅.

Keadaan yang masih sunyi di pagi Hari Ahad di Kowloon Park.
Dan hanya kelihatan para pekerja pembersihan yang sedang bekerja.
Ada pulak kiosk McDonald di tengah-tengah taman ini tapi masih belum dibuka.
Mini Zoo terletak di atas bukit kecil ini melalui Mosaic Stairways ini.
Selesai solat dan refill air minum di masjid, aku duduk sementara di masjid menunggu sedikit cahaya matahari menerangi bumi. Sambil scroll google map aku terlihat di belakang masjid terdapat sebuah park yang sangatlah besar dengan keluasan 33 ekar. Dan terdapat banyak attraction yang menarik seperti mini zoo, museum, Bird Lake dan Maze Garden.

Antara komples sukan termasuk kolam renang indoor bertaraf antarabangsa.
Tiada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke Kowloon Park dan terdapat beberapa entrance untuk masuk ke park ini dan aku masuk menggunakan entrance bersebelahan Masjid Kowloon. Seawal sebelum 7.00 pagi kelihatan para pekerja masih lagi sibuk membersihkan kawasan di dalam taman. Taman ini dibuka seawal 5.00 pagi sehingga 12.00 malam setiap hari.

Ada beruang yang comel yang tak reti duduk diam di sini 😄.
Replika Burung Flamingo bersebelahan dengan Bird Lake.
Di Bird Lake terdapat lebih dari 130 ekor burung air yang ditempatkan di sini dari seluruh dunia termasuk dari Amerika Selatan, Afrika, Eropah, Timur Tengah sehingga ke Asia Selatan seperti India dan Sri Lanka. Kiraan jumlah burung itu tidak dicampur dari jenis-jenis burung dari kawasan tempatan samada dari dalam atau sekitar Hong Kong.


Terdapat beratus burung Flamingo di sini dan ia dari pelbagai jenis dari seluruh dunia.
Antaranya Greater Flamingo (Africa/Europe) dan Lesser Flamingo (Sub Sahara).
Terdapat juga Coscoroba Swan, Black-Necked Swan, dan Hawaiian Goose di Bird Lake ini.
Info: Kawasan ini dahulunya merupakan tapak Whitfield Barrack British Army dan tempat menyimpanan peluru serta bateri meriam. Majlis Perbandaran telah membangunkan semula tapak ini dengan lebih 70 bangunan ketenteraan telah dirobohkan dalam pembinaan taman dan ia telah dirasmikan pada 24 Jun 1970 oleh Gabenor Hong Kong Sir David Trench.

Aviary Bird Watching Area.
Fasa pertama hanya sebesar 16 ekar dan 26 ekar lagi dalam perancangan. Namun sebahagian daripada tapak tersebut telah digunakan untuk pembinaan laluan MTR iaitu untuk laluan Tsuen Wan yang dulu dikenali Kwun Tong (1975-1978). Ia juga menjadi kelewatan dalam pembinaan baki 3 fasa yang lain.

Tempat yang selesa untuk duduk santai sambil melihat burung-burung.
Mini Zoo yang menempatkan lebih 70 ekor burung dari seluruh dunia.
Dua jenis burung dari South America Blue Fronted Amazon & Yellow Headed Amazon.
Dari 1987-1989, taman ini berjaya disiapkan dengan kos HK$300 juta (dibiayai oleh Royal Hong Kong Jockey Club). Saiz taman berjaya digandakan melalui peluasan ke arah utara dan selatan. Manakala pusat sukan serta kompleks kolam renang turut dibina. Dan sebahagian besar kawasan taman telah dinaik taraf dan membina beberapa kemudahan lain.

Free Wifi di beberapa tempat di Kowloon Park ini.
Apa yang menarik di sini adalah terdapat banyak tarikan yang sangat menarik. Terdapat banyak kolam termasuklah Bird Lake yang mempunyai banyak burung Flamingo. Unexpected boleh jumpa di tengah-tengah bandar Hong Kong ini. If nak bawa anak jalan-jalan di sini memang sangat recommended. Playground pun ada banyak di merata tempat.

Satu perkara yang tak disangka adalah di sini terdapat wifi percuma di hampir kebanyakan tempat dalam Kowloon Park ini. Dan paling menarik bagi aku adalah Hong Kong Avenue of Comic Stars. Some character adalah watak di tahun 90-an.

Watak utama dari komik Old Girl, Little Horse, Samba dan Din-Dong.
Siapa pernah baca majalah animasi Dewata Raya pasti kenal yang tengah tu.
Yang kunig tu Wang Xiao Hu. Last tu Uncle Cuson Lo.
Another watak utama Phoenix Wu Shuang, Jing Lie, Andy Chan dan Hero Wah.
Old Master Q yang hujung tu semua kanak-kanak 70an-90an pasti kenal.
Yang kiri tu budak 90-an mesti kenal Red Scorpion 13.
Sama macam mana di Avenue of Star Hong Kong ada tandatangan dan plag tapak tangan selebriti yang telah mengangkat nama Hong Kong di persada dunia. Di sini pula nama-nama pelukis dan pencipta character kartun yang popular especially di tahun 90-an. Teringat zaman kanak-kanak dulu sampai sanggup kumpul duit belanja nak beli komik.

Liaoyuan Huo, The Sword of the Overlord, Doggie. Yang last tu tak ingat.
Yang first itu sahaja aku kenal Ezio Papa. Yang lain tu ingat-ingat lupa hahaa.
Hong Kong Comics Avenue of Stars (Fasa 4) dibuka kepada orang ramai dan pelancong secara percuma. Terdapat empat ruang pameran utama merangkumi "Comics Boulevard", "Comics Gate", "Comics Wall" dan "Comics Matters". Memang kalau datang sini kita akan habis banyak masa untuk bergambar dengan character yang cute ini semua.

Bahagian tangga ini adalah phase ke-4 yang telah dibuka pada 16 October 2024.
Character kartun yang ada di sini adalah yang popular dari seawal tahun 1960-an sehingga 2010. Avenue of Comic Stars ini telah dibuka pada tahun 2012 dengan menelan kos perbelanjaan sebanyak HKD1.5 juta sehingga HKD2 juta.

Ini adalah hasil usaha dari Hong Kong Comics and Animation Federation and the Hong Kong Productivity Council bagi mengenang jasa mereka dalam menaikan nama Hong Kong. Dan ofcoz ia menjadi salah satu attraction di Tsim Sha Tsui ini.

Bersambung Hong Kong & Macau Part 16 : (Under Construction)

Friday, 13 November 2026

Hong Kong & Macau Part 14 : Central Station - Islamic Centre Canteen - Temple Street Night Market

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Ketika sedang duduk santai di area Victoria Peak ini sambil melayan pemandangan yang indah dalam cuaca yang sejuk. Tiba-tiba dapat WhatsApp dari wife "Sesi conference habis awal sebelum pukul 1.00 pm.. Boleh la lunch awal.." Aku pun "iya laa.. confirm la betul-betul dulu.." Dalam hati "Pasal awak la saya merayau jauh pagi ini.." hahaha 😅.

Pemandangan 360 degree dari atas 428 Sky Terrace - The Peak Tower.
Layan last moment sebelum turun. Moga ada pelaung untuk kembali ke sini lagi.
Aku pun mula melangkah ke tram station untuk turun semula ke bawah. Waktu ketika ini menunjukkan lebih kurang pukul 11.30 pagi. Tak perlu beratur panjang sebab tak ramai orang yang nak balik dari Victoria Peak ketika ini. Tapi orang yang datang semakin ramai dan memenuhi setiap sudut di atas seluruh kawasan peak ini.

Menuju pulang ke The Peak Tram Station di bawah bukit.
Masa turun ni kita duduk bahagian belakang pulak. Tadi masa naik duduk depan.
Kalau aku prepare awal nak ke sini dan tak kejar masa, mesti boleh datang dengan santai dan tenang. Teringin juga nak berjalan turun tanpa menaiki tram, boleh layan view di sepanjang jalan menurun bukit (via Old Peak Road or the Green Trail). Harap-harap ada la peluang lagi selepas ini untuk hadir bersama itinerary yang lengkap.

Terdapat sebuah gereja yang bersejarah ketika berjalan ke Central Station.
St John Cathedral yang telah siap dibina dan dibuka kepada orang ramai pada 1849.
Jom kita berjalan 700 meter dari The Peak Tram Station menuju ke Central MTR Station.
Turun di tram station, aku terus bejalan 700 meter menuju ke MTR Central Station (the nearest). Nak berjalan semula ke Wan Chai memang tak larat dah time ni. Perjalanan melepasi 3 MTR Station mengambil masa 10 minit sahaja dan aku pun sampai di MTR Wan Chai Station. Keluar sahaja dari exit terlihat wife dah pun berdiri menunggu aku di satu sudut.

Berjalan menurun bukit memang tak terasa jauh. Know2 dah sampai Central Station.
Di Central MTR Station ada menjual halal food di Saffron Persian Cuisine.
Beef Stew, Kebab, shawarma, Mandi Rice tapi harga memang kayangan.
Terus wife tarik tangan dan beritahu "Kena gerak cepat sebab kalau conference dah habis nanti, semua orang pasti akan pergi lunch di Masjid Ammar..". Maka kami pun berjalan 700 meter dari MTR Station ke Masjid Ammar. Oh ya di Hong Kong kita tak boleh lintas jalan sesuka hati. Hanya melintas di zebra cross line atau ketika lampu pejalan kaki berwarna hijau.

Berjalan kaki menuju ke Masjid Ammar & Islam Centre Canteen.
Jika kantoi dengan polis trafik ketika melintas jalan tak ikut law di sini. Anda akan diberikan saman on the spot up to HKD2,000.00 maksimum. Dan jika tak bayar saman, anda akan sangkut di immigration airport ketika ingin pulang nanti.

Hanya selepas saman dibayar atau dijelaskan habis barulah anda akan dilepaskan untuk menaiki penerbangan pulang. Itu apa yang diberitahu oleh orang di sana. Ada yang pernah kena ke? cer share sikit di ruangan comment di bawah.

Ramai yang datang ke sini untuk makan di Islamic Centre Canteen.
Ketika berjalan ke Masjid Ammar aku hanya ikut wife sahaja sebab dia dah 2-3 kali makan di sini sepanjang conference ini. First time aku tengok wife tahu selok belok jalan di negara orang hahaha.. Dan tak lama selepas itu kami pun sampai di hadapan Masjid Ammar dan tempat makan halal berada di di tingkat 5 - Islamic Centre Canteen.

Lift rosak waktu ni maka naiklah tangga ke tingkat 5.
Macam mana boleh ada bahasa melayu di sini.
Di sini antara signature adalah pelbagai pilihan dimsum dan hidangan mee atau kuew teow. Makanan nasi putih berserta berlauk cukup famous untuk pelanggan dari tanah melayu. Menu tak lari banyak dari di mana-mana Chinese restaurant di Malaysia. Cuma sistem dan service order di sini agak haywire sedikit especially datang waktu peak hour.

The Islamic Centre Canteen - Chinese Cuisine my rate is 8.5/10. 
Untuk kesedapan makanan aku bagi 8.5/10. Alhamdulillah sedap tapi cuma harganya teramat mahal ya amat. Untuk aku yang travel budget ngam-ngam ni cukuplah makan sekali di sini sekadar merasa dan sekadar nak bercerita dengan pembaca di sini 😅. Aku dengan wife spend more then HKD240.00 for our lunch but we do take away our left over food.

Jumpa ramai orang Malaysia makan di sini termasuklah yang kongsi meja dengan kami.
Antara makanan yang kami order - Makan separuh sahaja dan baki bungkus.
Kami tak tahu satu lauk tu boleh makan sampai 3-4 orang. Patut pun harga mahal.
The Islamic Centre Canteen terletak di tingkat 5 dan ada lift disediakan. Dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga 8.00 malam. Beralamat di 5/F, Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Hong Kong. Disebabkan ia berada dalam masjid maka pakaian yang sopan amatlah dititik beratkan untuk masuk ke dalam.

Menu Dimsum yang popular kebiasaanya habis sebelum 3.00 petang. Bayaran secara tunai dan bil lebih HKD200.00 boleh menggunakan credit card. Tapi wife kata masa dia makan seorang diri tak sampai HKD200.00 boleh juga bayar guna kad.

Another section untuk bergambar di Wan Chai Ferry Terminal.
Hari ke-4 barulah dapat keluar dating dengan wife sendiri ☺️👍🏻.
Oleh kerana waktu kami sampai di sini sedang berada di tengah waktu lunch hour yang sangat sibuk. Kami diberi tempat duduk di meja empat segi bersama sepasang suami isteri yang sangat ramah juga dari Malaysia. Tak banyak yang sempat kami berborak sebab masing-masing sibuk menghadap makanan dan aku time ni memang teramatlah lapar huhuu.

Dari Wan Chai kami berlayar ke Tsim Sha Tsui.
Selesai makan kami pun bergerak ke arah luar masjid dan wife kata nak pergi jalan-jalan area Tsim Sha Tsui. Okay faham lah aku kena paksa rela jadi tour guide dia hahaa.. Maka kami pun naik tram menuju ke Wan Chai Ferry Terminal - tempat yang aku datang pagi tadi. Memang kalau nak mudah dan cepat kena naik feri dari naik train.

Ketika ini jam dah pun menunjukan hampir pukul 3.30 petang. Perjalanan feri mengambil masa 10 minit ketika ini sebab dah mula peak hour. Wife pulak dah mula pening ketika feri mula bergerak sebab memang mabuk laut. Terus dia cakap lepas ni naik train biar jauh dan lambat tapi tak pening 😅.

 Naik bas dari feri terminal menuju ke Temple Street Night Market. 
Fresh Tiram Bakar - Peniaga boleh speaking English senang nak tanya.
Dia kata cuma letak minyak, garlic, ginger, onion spring and cili.
Sampai di Tsim Sha Tsui Ferry Terminal kami mengambil bas nombor 6 menuju ke Temple Street Night Market perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 mini dalam keadaan trafik jem. Boleh juga naik bas nombor 2 dan 7. Bas akan ada setiap 5 minit di hadapan terminal. Di Hong Kong kalau nak naik bas memang tak perlu risau. Insyallah mudah sangat.

Suasana di Temple Street Night di waktu petang.
Ada juga yang menjual durian tapi kat sini harga memang kayangan.
Temple Street Night Market ini adalah salah satu tourist attraction. Lebih kurang sama macam Petaling Street KL. Dari pakaian, souvenir sehingga makanan dan minuman ada dijual di sini. Agak menarik untuk berjalan-jalan di sini. 

Terdapat juga beberapa stall peniaga yang menjual makanan halal. Dan dari apa yang penjual makanan seafood bakar di sini kata, kita boleh makan sebab tiada bahan seperti alkohol atau yang tidak halal, hanya menggunakan rempah ratus sahaja especially Sichuan Pepper. By the way kena cuba sotong bakar dan tiram bakar di sini 😉.

Bersambung Hong Kong & Macau Part 15 : (Under Construction)

Tuesday, 10 November 2026

Eksiden Kali Ketiga Tahun Ini

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Musim hujan sekarang ni..

Al-kisah.. Baru balik dari rumah abang di Shah Alam 3 hari lepas.. Ada majlis doa selamat dan aqiqah..

Waktu perjalanan pergi hujan yang sangat lebat dari keluar rumah sehingga sampai di rumah abang.

Kami sekeluarga balik selepas selesai solat maghrib berjemaah. Hujan masih turun tapi tak selebat ketika datang. Sedang memandu di federal highway tiba-tiba jalan jadi licin dan kereta meluncur laju ke hadapan.

Demi mengelak berlanggar dengan kereta di depan. Aku decide langgar divider di sebelah kanan. 

Alhamdulillah selamat dari kejadian langgar berantai. Hanya kereta di depan aku sahaja yang dilanggar sedikit sebelah kanan belakang..

Kereta aku? Sebelah kanan berseret dengan divider maka dari depan sampai belakang hurmm sedih melihatnya..

Kereta Myvi baru keluar bengkel lepas kena langgar lori.. Ni si putih pulak nak kena warded..