Friday, 25 October 2024

Bali Part 2 : Menikmati Sunrise Dari Cafe El Lago Di Puncak Kintamani

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Indonesia Bali Part 1 : Mencari Supir Di I Gusti Ngurah Rai International Airport

Selesai bersolat subuh dan fresh up di Masjid Besar Al-Muhajirin, kami meneruskan perjalanan menaiki Toyota Avanza yang dipandu Pak Supir menuju ke area kawasan yang terdapat banyak cafe yang terletak di atas puncak Gunung Kintamani ini. 

Dari bacaan aku di internet boleh jer pilih mana-mana cafe di sini tetapi ada beberapa cafe yang memberikan view yang terbaik. Dan Cafe El Lago antara yang banyak di recommended oleh para pengunjung yang telah datang ke sini. Dan rata-rata cafe di sini dibuka seawal 6.30 pagi bagi membolehkan pengunjung menikmati sunrise dari kerusi mereka.

Sweet couple Ustaz Anas dengan Cikgu Hani. Dua-dua orang Pahang.
Okay sebelum meneruskan penulisan aku nak korang menikmati gambar-gambar keindahan matahari terbit di atas puncak Gunung Batur. Seriously memukau mata yang melihat dan terus jatuh ke hati. Feeling time ni macam first time aku jatuh cinta pada isteri aku dulu hahahaa. Serius Subahanallah cantik bangat seyhh!!

Pemandangan matahari terbit di sebalik Gunung Batur. View dari Cafe El Lago.
Lens camera hanya mengambarkan 30% dari keindahan dari mata sebenar yang melihat.
Bayangkan kami sampai di awal waktu dengan keadaan masih lagi sedikit gelap dan melihat dengan naked eyes matahari tu keluar sedikit demi sedikit di sebalik Gunung Batur yang berada di hadapan kami. Insyallah ini boleh menjadikan asbab untuk aku repeat trip ke Bali jika mengenangkan keindahan di sini :D

Yang best nyer di El Lago Cafe ini ada satu anjung berlantaikan kayu dan berdindingkan cermin. Memang nice sangat bergambar kat anjung ni. Pemandangan pulak menghadap ke Gunung Batur yang dihiasi dengan hutan yang masih menghijau sejauh mata memandang. Time sunrise ni pulak ada kabus di kaki gunung. Memang cantik view time ni.

Mula-mula risau juga bawa Ustaz dengan Cikgu ni travel backpack
tapi okay la sama jer masuk air macam kitaorang hahaha..
Masa sampai di sini terus amik gambar bagai sebab tak nak lepaskan peluang sunrise tu. Pastu tiba-tiba aku cakap " Eh korang.. Pape hal kita order la dulu.. Kang kena halau sia-sia jer". Time ni aku cari Pak Supir tapi dah hilang ntah ke mana. Tak ada pulak dalam cafe ni padahal tadi dia pun amik gambar sama-sama. Tadi masa sampai dah bagitau nanti kita duduk minum bersama. 

Inilah anjung di El Lago Cafe. Memag cantik view dari sini tapi jangan tengok bawah jer la.
Boleh pilih untuk duduk indoor atau outdoor. Time ni kabus tebal sangat.
Aku naik ke atas parking semula tapi jumpa kereta jer, Pak Supir nya tak ada. Kesian kalau dia tak makan sebab dari pukul 3.00 pagi tadi lagi dengan kami tak makan apa-apa. Dah la semasa perjalanan ke Kintamani dari airport kami semua tertidur nyenyak. Pak Supir bawa kereta bersekang mata seorang diri.

Turun dari tangga sini masuk ke dalam cafe yang berada di bawah satu tingkat dari parking.
Okay El Lago Cafe ini bukan sahaja menyediakan sudut untuk bergambar yang romantik tapi restoran dia pun nampak elegant dan makanan dia pun sedap dengan presentation makanan yang agak menarik. Tapi faham-faham la bila dah berada di tempat tourist harga pun tak friendly kampung la. 

Tempat yang couple ni duduk memang kami tunggu nak duduk hahaa..
Seronok layan view kat sini. Kena pulak ada lagu This Love from Descendent Of Sun :D
Dan macam biasa di Bali ini dikenali sebagai tempat majoriti yang beragama Hindu Dharma dan muslim adalah sangat minority so make sure tanya sebelum order. Adakah makanan yang dihidangkan adalah halal atau ada bercampur alkohol and so on. 

Disebabkan di sini ada menyediakan steak yang tidak halal maka kami decide untuk order pastry, coffee and tea sahaja. Somehow waiter dia sangat bagus siap explain pada kami mana menu yang boleh dimakan mana yang tak boleh. Even some pastry macam certain cake ada campur alkohol. Tiba-tiba macam what if kalau kami tak tanya? Takutnya..

Hot Lime Tea (IDR25,000) Hot Chocolate (IDR30,000) Kopi Tubruk Kintamani (IDR20,000).
Banana Chocolate Waffle - IDR 55,000
Berry Pancake - IDR55,000
Breakfast Menu - Kalau datang waktu lunch atau dinner ada menu lain katanya.
Breakfast pagi ni kami tak la makan banyak sangat sebab terlalu awal pagi dan lebih kepada nak rasa-rasa sahaja. Si Ustaz Anas dengan Cikgu Hani pulak jenis makan tak banyak. Semua tempat yang kami berhenti makan diorang hanya order satu menu share berdua. Tak tau tangki makanan besar mana hahaha.. 

Kami spend hampir satu jam di sini sambil menikmati matahari terbit dan sarapan dan membuang masa. Lagi pun sekarang waktu masih lagi pagi tak banyak kedai yang dibuka. Dan pada masa yang sama aku mencari pak supir dari tadi tidak kelihatan. Mana pulak pergi pak cik ni. Tak sedap rasanya kalau kita makan dia tak makan.

Suka dengan konsep design cafe ini. Ruangan tandas pun macam di lobi hotel.
Muka masing-masing ada nampak kepenatan tak mandi  di situ hahaa.. 
Elok selesai kami bersarapan bagai dan naik ke atas tiba-tiba nampak Pak Supir tengah hisap rokok sebelah mobil. Aku pun tanya Pak pergi mana tadi? Di cari ngak jumpa. Dia kata ada jer duduk-duduk di tepi kawasan parking ini. Nak cari warung tapi awal lagi belum buka.

Aku pun bagitau nanti kalau jumpa mana-mana warung bapak berhenti aja. Kita minum kopi dengan sarapan sama-sama. Dia kata baiklah sambil senyum dan membuang puting rokok. Sambil tu aku tanya "Pak nanti kalau ada jumpa Indomart atau Alfamart berhenti sekejap ya". Dia pun okay pak bisa aja :D

59 comments:

  1. cantik betul cafe ni..tiba2 terasa nak pergi cuti2 sini la plak...sblm2 ni i tak pernah terasa teringin nak dtg sini...jatuh chenta dgn view dan suhu nyaman laaaa...kena save entry ni dlm my hp ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes cafe ni cantik sangat.. and this only one of the cafe kat puncak Kintamani ni.. ada banyak lagi cafe lain.. mmg best lepak dgn cuaca sejuk lagi... Sila sila save entry ni yer hihii..

      Delete
  2. Dok bayangkan Bali ni terkenal dengan pantainya sahaja. Rupanya ada gunung2 gak. Menarik bila berada di Puncak Kintamani dengan suhu yang sejuk tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The whole island memang cantik ada banyak gunung ganang ada berpuluh air terjun.. Kawasan sawah padi lagi.. pantai dia nice la.. ada satu pantai tu black sand beach.. very interesting.. :D

      Delete
  3. Kafe kayangan ni hehe. .. memang cantik dan mempesonakan sungguh view sini 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak kayangan la.. Harga mmg kayangan tapi sebab nak layan view kat situ.. kita order sikit2 la.. :D

      Delete
  4. Travel dengan mereka- mereka yang masuk air sanagt berbaloi..kan? pergh..menu.....ngancam selera iolls..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. sangat sangat la berbaloi.. baru la enjoy travel the whole trip.. kalau tidak hurmm asyik nak masam muka jer.. kannn..

      Delete
  5. Wahh nice view. Tengok kabus kabus tu boleh feel sejuk nya smpai kesini. Nyaman!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kabus tu dgn tiba2 tau.. sekali dtg mcm atas awan .. dah la berada di puncak gunung.. Mmg nyaman jer.. :D

      Delete
  6. Wahh! Indah sungguh panorama di puncak gunung 😍
    Terus rasa teringin nak ke Bali.

    Tak simpan nombor pak supir tu ya? Kot boleh call masa mencari dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kintamani mmg mcm out of topic .. mcm tak expect pun kaan sampai ntah macam mana boleh terlajak smpai ke sini hihi .
      No pak supir tak simpan..sebab banyak jer supir di airport tu.. pilih nego agree terus proceed ;D

      Delete
  7. Pernah ke Bali waktu dolu-dolu.. tapi sekarang tentulah lebih cantik dan banyak tempat-tempat menarik,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo tahun bilakah itu.. bahagian pantai dgn bandar tak best penuh dgn club dgn jalan macet.. kena pergi area countryside.. Memang best :D

      Delete
  8. Replies
    1. Cafe cantik dan pemandangan dari cafe ini pun cantik bangat :D

      Delete
  9. subhanallah indahnya sunrise puncak gunung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mata yg melihat mmg terpesona. Staf cafe bgtau kami bernasib baik sbb kabus tak tebal time sunrise pagi tu..

      Delete
  10. El Lago ini memang yg paling famous cafe nya. Tapi waktu itu saya tak makan di sana, Krn ramai 😄. Akhirnya memilih di kafe dekat El Lago , namanya OKUTA. Kalo view, semua cafe di sana rata2 pasti bagus, Krn semuanya menghadap gunung dan danau Batur.

    Sempat ada plan nak turun melihat danaunya dari dekat, tp ntah kenapa kami letih pula, dan hujan saat itu 🤭😄. Tiap ke Bali saya selalu sewa motor soalnya dengan suami. Dia yg bawa, saya yg mengarahkan sambil lihat gmaps 🤭

    Kalo harga makanan di tempat begini memang cendrung mahal. Kita bayar utk view daripada utk rasa makanan 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya ke yang paling famous.. kebetulan saya dtg di awal waktu pagi.. Memang orang tidak ramai boleh dihitung dengan jari sahaja.. itulah rasanya view semuanya cantik ke arah mount dan danau batur..

      Delete
    2. Wajib turun ke bawah di kaki gunung dan di kawasan danau mmg cantik.. ana pelbagai aktiviti boleh dilakukan.. Ada hot spring di bawah..
      Tempat mahal gini hanya bayar makanan utk lihat viewnya aja.. :D

      Delete
    3. Saya pernah niat nak stay di Deket danau Batur. Dah lihat penginapan dr Traveloka. Ada 1 yg saya sukaaa. Tp saat baca review dari tamu2, beberapa ada yg menulis mereka diganggu oleh makhluk halus 🤣🤣🤣. Oke fine, langsung cancel 😂. Ntah betul atau tak, tapi kalo dah ada tulisan itu, tak berani langsung 🤭

      Delete
    4. Kalau bab diganggu makhluk halus itu mmg harus ditolak tepi penginapan nya.. jika tidak tidur malam nya tidak nyenyak dan esok nya kepenatan kerna tidak boleh tidur hahahahah.. :D

      Delete
  11. Cantiknya Subhanallah. Boleh la repeat sebab 2012 tak banyak tempat boleh pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh 2012 tu sudah 12 tahun yang lepas.. insyallah boleh repeat semula.. Tempat masih lgi dalam keadaan nature .. masih lgi menghijau.. Mmg best :D

      Delete
  12. Masyaa Allah..indahnya ciltaan Allah...dan dan pasangan semua jadi romantis😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiba tiba jadi romantis sebab tmpt cantik gitu hahaa :D

      Delete
  13. Cantik banget view di sana, jadi berasa dunia milik berdua ya hehe...itu harga minuman gak juga mahal banget untuk ukuran tempat secantik ini ya..tapi enggak tau kalau harga makanannya, kayaknya pasti mahal deh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu rasanya ini dunia ana yg punya. Terpesona dgn keindahan.. harga mmg mahal baik minumam atau makanan.. mungkin kerna tmpt tumpuan pelancong..

      Delete
  14. cantik sungguh pemandangan di kota Bali. Selamat berlibur ye...biasanya makanan di Indon lebih murah drp tempat kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini buka kota Bali tapi kawasan luar bandar di Kintamani.. Makanan di cafe ini agak mahal juga abam kie :D

      Delete
  15. Itu tanda kena beli kamera kayangan supaya dapat rakam keindahan 100%

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kalau spend nak beli camera nanti hilang budget nak pergi travel hahaha.. macam ni la marhain huhu :D

      Delete
  16. suasana kafe je dah mcm kafe T15 hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhuu.. sebab nak dptkan view tu.. kita layan sikit la makanan.. tak kenyang pun hahaha..

      Delete
  17. amboiiii siap bunga bunga lagi
    bunga tu telan juga ke?
    hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ust Anas try nak makan tapi tak leh telan hahahaha :D

      Delete
  18. Memang seronok menikmati Sunrise dan saya memang suka suasana tersebut...terasa takjub dengan ciptaan Allah SWT...

    pls: ada typo Advanza sebetulnya Avanza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih perbetulkan .. Avanza bukan advanza hihii :D
      Sunrise di beberapa tempat di Bali memang mempersonakan dan menawan hati yg melihat..

      Delete
  19. Entry kali ini saya dimanjakan oleh foto-foto sunrise yang demikian indah...
    Walaupun tangkapan kamera hanya merekam 30% keindahan sebenarnya, tapi tak apalah puas mata ini memandangnya.

    Mas, kopi tubruk Kintamani oke juga rasanya...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya yg melihat dgn mata sendiri lebih terpukau.. tak dapat nak beri gambaran keindahan sunrise dari atas puncak Kintamani.. kopi tubruk boleh dicubai.. enak juga..:D

      Delete
  20. Muka fresh walau belum mandi 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajah berseri Ust Anas dgn Cikgu Hani mmg begitu hahahaa..

      Delete
  21. View macam ni memang sangat berbaloi kalau repeat, banyak lagi gunung² lain tu 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak pergi Bromo pulak lepas ni.. dgr situ pun cantik jugak

      Delete
  22. Cafe dia memang aesthetic, kita lurve! banyak tempat boleh ootd 🤭😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni mesti kaum hawa yg comment ni hahaha.. mmg sesuai sgt lah kalau dtg ke sini :D

      Delete
  23. Subhanallah... Cantiknya pemandangan sunrise tu..
    Dengan kabus2 di gunung... Seronok cuci mata tengok gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah nasib baik masa sunrise tu kabus yak tebal so mmg clear view time tu.. mmg cantik sgt view time sunrise ni :D

      Delete
  24. muka memasing penat sgt dah. yg penting happy

    view cantikkkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang penat tak itulah masa tak banyak mmg kena push sana sini hihii.. alhamdulillah view mmg cantik berbaloi sgt :D

      Delete
    2. walaupon kene push. semangat kesana sini tetap kene terus kan jugakk yaaa

      Delete
    3. Mengembara di tempat orang mesti lah kena kuat utk menerokai ke semua tempat :D

      Delete
  25. Cantiknya Banana Chocolate Waffle dengan Berry Pancake tu.
    Memang asyik sekali kalau dapat menikmati suasana matahari terbit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah di Bali 3 kali kami dpt lihat matahari terbit di tempat berlainan..
      Presentation makanan di El Lago ni mmg cantik.. bayar mahal kan hahaha..

      Delete
  26. Bagusnya waiter tu siap recommend makanan yg mana muslim boleh makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab dah ramai pelancong tanya benda yg sama .. so dia alert jer bila nampak org muslim especially dari Malaysia.. mungkin la..

      Delete
  27. Cantik sungguh pemandangan di pagi hari, ditambah dingin sejuknya.. wah.. bestnya.
    Pak supir patut ada sekali kan, amik gambar candid dia pasti menarik.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nak ke sini utk lihat sunrise di sebalik ufuk bukit bukau tu.. mmg cantik keindahan di sini.. itulah pak supir nya hilang ntah ke mana.. kalau tam blh mkn bersama . :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...