Thursday 10 October 2024

Safely Arrived & Nice To Be At Home Again

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah Syukur kepada hadrat Ilahi kerana diberi keizinan dari Yang Maha Esa untuk menjejakkan semula kaki di tanah air. Negara Malaysia ku yang tercinta.

Pengalaman mengembara seorang dari tanpa isteri dan anak-anak di beberapa buah negara yang belum pernah aku kunjungi. Memberi pengalaman yang sangat berbeza. Yang pasti tidak ku ulangi lagi trip solo selepas ini. Hope so..

Pantai Gelora at Kuantan always the best for Sunset
Dan tak lupa pada entry yang lepas A Little Story From Yesterday Picture. Beberapa sahabat blogger dan pembaca telah memberi tekaan yang tepat dan ada yang hampir tepat. Jawapan yang tepat adalah 1. Penerbangan Emirate Airlines 2. Transit Di Dubai, UAE 3. Destinasi Arrival adalah di Istanbul, Turkiye. Siapa Yang jawap dengan betul sila email alamat ke timetravelafif@gmail.com.

Dan untuk trip kali ini aku bersyukur kerana berjaya menambah jumlah negara yang telah ku jejakki ke angka 48 buah negara. Terasa teramat susah nak cecah angka 50 huhuhu.. Insyallah moga tercapai impian itu suatu hari nanti.

Pemandangan sebahagian Bandar Istanbul dari Galata Tower.
Tourism Week Celebration until 6 October. Free entrance to Galata Tower 
Sedikit kisah perjalanan trip solo baru ini adalah untuk pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke bumi Istanbul dan kemudian aku telah menaiki bas merentasi sempadan dan berjaya mengembara ke beberapa buah negara bersebelahan atau berdekatan dengan negara Turkiye.

Hotel Cathayana always the best choice in Kuantan.
Dah sampai Kuantan antara perkara wajib adalah makan seafood.
Kali ni kita try lunch di Restoran Kasim Baba Roti Tempatan Cheese @ Kuantan
Dan ketika pulang dari Turkiye ada sedikit kisah yang agak meresahkan apabila tercetus serang ballistic missile dari Iran ke Israhell dan pencerobohan tentera israhell ke Lebanon. Hampir kesemua commercial flight mengubah laluan. Seperti flight aku dari Istanbul telah melakukan penerbangan ke Egypt dan kemudian melalui Saudi Arabia dan mendarat di Dubai.

Dan untuk kali ini, aku berperluang sekali lagi keluar dari Airport Dubai ketika transit dan berjalan-jalan disekitar Dubai setelah hampir 7 tahun lebih tidak menjejakkan kaki ke Dubai. Transit yang aku pilih adalah lebih 22 jam.

Beberapa insan yang berkongsi senyuman yang sama ketika trip travel baru ini.
At this moment berada di Kuantan untuk dua malam tiga hari atas urusan kerja. Balik jer baru ni dah kena marah dengan bos dan diarahkan untuk menyiapkan kerja. Maka kita sambung lagi langkah kaki bercuti ke Kuantan lah hihii..

Insyallah no more flight ticket at this moment until end of this year. So most probably i can finish write all my travel story. And baru-baru ni AirArabia Airlines ada buat promo nasib la time tu diri ini tengah trip solo. Maka terselamat la dari terbeli huhu. :D

44 comments:

  1. naseb tengah travel..kalau tak, terbeli jugak tiket tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah kita ni tak leh tgk promo..Kan ada harga murah tiket tak masuk akal mmg terbeli huhuu

      Delete
  2. Wahh solo travel yer..can't wait to read your entries about istanbul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertabah la nak menunggu tu Mama Zharfan hihii.. Doakan saya rajin dan cepat menulis.. banyak lagi kisah trip yg tertangguh belum ditulis hihii

      Delete
  3. Ehhhh masuk kawasan kita tak hello2 pun ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unplanned la Puan Mulan.. tak sempat nak roger.. insyallah next month kita roger awal2..

      Delete
  4. Tak sempat duduk di rumah ya, terus ke destinasi lain 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. apalah nasib sentiasa kena merantau hihihii.. Dapat la bawa anak2 bercuti ke Kuantan..

      Delete
  5. Welcome home 😊
    Mungkin itulah hikmahnya... Kalau bawa family mungkin lebih risau dr segi keselamatan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih... Betul tu setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.. Alhamdulillah yg penting skrg semua dah selamat.. :D

      Delete
  6. Alhamdulillah, selamat sampai ke tanahair, ye kan situasi di timur tengah makin meruncing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau juga sbb sehari sebelum fly balik.. banyak flight delay especially yg nak terbang ke timur tengah..

      Delete
  7. Replies
    1. Terima kasih .. alhamdulillah syukur selamat sampai :D

      Delete
  8. Istanbul..Trigt cerita istanbul aku dtg =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah... Lisa dgn Beto.. suka tgk cerita tu sbb suka tgk bandar istanbul.. :D

      Delete
  9. akak perhatiiiiii je dia nih kecik besau kecik besau tau....
    pape, welcome home

    Dari : coconutz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sabar kak sabar.. alhamdulillah safely arrived at home sweet home.. next time comment guna acc sebenar yer hahaha :D

      Delete
  10. teringin nk ke istanbul sebab cerita lisa dan beto.

    lawa view pantai tu. Kak LM ke kuantan haritu tak turun langsung ke pantai atau pool. teruk sangat cirit dan muntah 2 malam yang sia sia duk sana.eh tak la sia sia. anak lain happy je.huhu. padahal rasa cam best kot swiss garden punya pool. best kot maintepi pantai. tapi keracunan makanan terus rasa tak sabar nak balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. sebut sahaja istanbul mesti teringat cerita lisa dgn beto..
      Alahai kesiannya bila sakit bercuti ke Kuantan.. Kuantan mmg best kalau dijadikan destinasi sekeluarga.. tmpt pun tenang sahaja tak busy..

      Delete
  11. Welcome home........ Next ke mana pula tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah safely arrived.. next? Hahaha tak ada dah kot.. nak rehat rehat jer di rumah dgn anak2.. sambil habiskan semua cerita travel dalm blog ini :D

      Delete
  12. Selamat pulang! Memang... 'home' tempat paling best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu home sweet home... Apa pun home lah tmpt paling selesa... :D

      Delete
  13. Sebentar lagi 50 tuh Abang 🎉🎉. Pasti bisaaaa 😄. Saya pun ada target, sebelum mencecah usia 50, bisa lah mencapai 50 negara juga. Semoga bisaaa, aaamiiiin 😄

    Penerbangan JD mengubah rute yaa. Saya pun agak kuatir kalo dah perang begini. Tiket terkadang JD lebih mahal, Krn pasti avtur naik dan beberapa rute JD lebih panjang ..

    Semoga lah negara halu satu itu cepat dikalahkan. Yang menjadi korban pada akhirnya hanya masyarakat tak berdosa.

    Welcome home Abang... Masalah kita sama, kapan selesai menuliskan draft perjalanan yg dulu2 lagi 🤣🤣. Dah pening saya lihat draft. Dec pula dah pergi traveling lagi akhir tahun. 😅. Ga habis2 nanti.

    Akhirnya supaya tak ramai sangat draft, dan supaya foto2 bisa saya hapus segera, beberapa cerita saya tulis di IG. Hanya cerita yg benar2 berkesan saja yg saya tulis di blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya selalu meletakan target jumlah negara mesti lebih dari jumlah umur gitu hahaha.. supaya sentiasa berusaha dan bermotivasi menambah angka negara yg dilawati..

      Alhamdulillah selamat sampai di rumah setelah menempuh flight berjam jam lama nya.. syukur semuanya selamat..

      Delete
    2. Saya akan pastikan setiap perjalanan mengembara akan ditulis di blog ini.. supaya menjadi memori dan berkongsi pengalaman bersama pembaca.. Dan utk dibaca oleh anak2 di masa hadapan Insyallah :D

      Delete
  14. Nak baca jugak sebab teringin nak belajar how to travel by road dekat Europe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok sabar yer.. doakan moga rajin dan cepat menulis entry entry yg berikut nya :D

      Delete
  15. Roti Tempayan Cheese tu sedapnya. Roti Tempayan ni Nan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Roti Nan.. sebab dia lempang doh tu kat dinding dalam dalam tempayan tu hihihi... Nan dia mmg sedap... Next dtg Kuantan nak repeat lgi la :D

      Delete
  16. Asek sekali bisa jalan-jalan ke luar negeri
    Saya ke luar kota saja jarang hehe
    Semoga ada rezeki ah
    pengen juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua perjalanan dengan budget yang amat murah.. Travel secara backpack.. hidup seperti orang local.. insyallah moga diberi rezeki juga melihat suasana di tmpt org :D

      Delete
  17. Alhamdulillah safely arrived. Cepat-cepat update semua cerita yg tertunggak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa.. Sabar jer lah... tgh tunggu mood lagi ni :D

      Delete
  18. Tahun depan bolehlah tu capai lagi 2 negara. Biasa TT setahun berapa kali travel?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2020 sampai 2022 tak ada travel ke mana-mana.. 2023 berpeluang ke Batam Indonesia dan Singapore.. Mungkin 2024 ni terjebak dengan byk tiket promo.. Tahun ni dapat la 5 kali travel.. Alhamdulillah :D

      Delete
  19. tekezut sy tgk siakap stim tu
    igt tadi menu kat turkiye
    hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure pulak ada siakap atau tidak di Turkiye hahahah :D

      Delete
  20. so kalau tahun dpn sy g turkiye time tu bleh laa naik galata tower FOC ya?
    hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure macam mana.. Cuba search Tourism Week in Istanbul.. Tak sure juga diorang ada setiap tahun atau tidak ..MOga ada rezeki :D

      Delete
  21. Wah, big accomplishment dah tu dapat travel ke 48 buah negara. In shaa Allah kejap je tu nak cukupkan 50 buah. Masa berehat dari travel biasanya tak lama kan..caiyok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umur dah tua sekarang ni .. dah tak boleh nak travel selalu.. tulang semua minta rehat jer skrg ni hahaha.. Insyallah moga tercapai nak jejak 50 negara :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...