Wednesday, 23 October 2024

Bali Part 1 : Mencari Supir Di I Gusti Ngurah Rai International Airport

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Cerita trip backpack ke Bali, Indonesia ini telah berlaku pada February 2024. Disebabkan nak menghabiskan banyak kisah pengembaraan lain maka hanya sekarang baru dapat mulakan penulisan jalan cerita backpack ke Bali. Insyallah kali ini berazam nak habiskan cerita Bali ini dalam masa sebulan sahaja.

Ahli travel group kali ini - My Wife Mya, Cikgu Hani dan Ustaz Anas.
Mengembara selama 5 hari 4 malam di Pulau Bali memang menakjubkan. Banyak tempat-tempat yang cantik dan masih lagi nature di Bali ini. Dan untuk trip Bali ini alhamdulillah aku masih lagi dapat kekalkan "under budget" iaitu all in ground cost kurang dari RM800.00 per person (hotel, makan minum, perjalanan dan souvenir) dan flight ticket Airasia untuk return adalah RM418.00 per person.

Ketika berada di Bali aku ada post entry Salam Dari Bali Yuk - Stay Tune Readers. Di situ ada few gambar mengenai beberapa destinasi yang aku tuju ketika berada di Bali. Alhamdulillah boleh dikatakan banyak jugalah destinasi yang kami dapat jejakkan kaki. Dari Ubud ke Kintamani, Ulun Danu di Bedoegoel ke Sideman, Black Sand Beach dan dari Tanah Lot sehinggalah ke Kuta Selatan.

Electronic Visa On Arrival (E-VOA) - Malaysia Passport Holder kena ada yer.
Canggih juga Bali Airport ni. Destinasi tumpuan masyarakat antarabangsa kan.
Untuk trip kali ini tak bawa anak-anak tapi selain aku dan wife ada satu lagi couple yang ikut. Ustaz Anas dengan wife dia Cikgu Hani. Ustaz Anas ni adalah junior aku semasa di Johannesburg dulu. Kalau u all buka cerita di Afrika. Mostly muka Ust Anas ni memang wujud. 

Selepas 10 tahun tak sangka dapat travel bersama sekali lagi setelah sekian lama. Last travel bersama adalah ke Swaziland, Afrika pada tahun 2013. Dan kali ini perjalanan travel mungkin akan berlainan sebab masing-masing dah beristeri. Dah tak boleh nak travel gila-gila sangat macam di Afrika dulu.

Pada mereka yang tak buat E-VOA akan ke sini untuk isi dan dibantu oleh pegawai.
For Malaysia passport Holder kita boleh stay di Bali selama 30 hari yer.
Dan semasa di Bali kita boleh apply another 30 days if we want to without additional cost.
Okay cukuplah intro setakat ini. Flight kami selamat tiba di Bali pada jam 1.00 pagi waktu tempatan setelah 4 jam penerbangan, kalau tak silap aku la. Kalau ditanya berkenaan airport Bali. Bagi aku agak mengerikan dan menakutkan dengan patung-patung yang tak friendly kids memenuhi airport Bali. Yes itu culture mereka but still agak merisaukan di situ hahaha.

Antara patung-patung yang menghiasi suasana di Airport Bali.
Untuk trip kali ini aku tak prepare itinerary sangat sebab partner travel aku masa student dulu ada. So trip kali ini lebih kepada redah sahaja. And macam biasa bila travel ke Indonesia kita kena ada Pak Supir. Maka pencarian Pak Supir yang ramai berkeliaran di airport pun menjadi sasaran aku. Lebih kurang 2 jam kami di airport akhirnya aku dapat seorang pak supir dengan harga IDR500,000 ke Ubud.

Dan secara tak langsung aku tanya kalau ke Kintamani terus dari airport dan kemudian baru ke Ubud berapa? Dan dari harga IDR1,000,000 yang diberi, aku memulakan sesi tawar menawar sehingga dapat IDR800,000 untuk perjalanan dari airport ke Kintamani dan kemudian ke Ubud. Oleh kerana kami berempat maka kos untuk seorang adalah IDR200,000 / MYR60.00.

Masjid Besar Al-Muhajirin di puncak Gunung Kintamani.
Ruang solat utama. Jemaah semua dah balik selepas selesai solat subuh.
Laluan dari pintu pagar depan ke ruang solat utama dan ke tempat wudhu dan bilik air.
Disebabkan sekarang baru pukul 3.00 pagi Pak Supir kata adalah lebih baik kita bergerak sekarang kerana jalannya tidak mecet. Dan moga-moga sampai di Kintamani keadaan masih pagi. Oh ya walaupun Pak Supir kami beragama hindu tapi sangatlah baik orang. Ketika sampai di Kintamani kami meminta untuk berhenti di mana-mana masjid sebelum ke tempat wisata untuk bersolat subuh.

Setelah kami check di google map ada sebuah masjid yang tidak jauh dari keberadaan kami. Masjid Besar Al-Muhajirin yang terletak di atas puncak Gunung Kintamani. Ketika kami sampai jemaah baru sahaja selesai solat subuh. Dan masa keluar dari kereta kami terkejut dengan cuaca yang teramat sejuk dan suhu pada ketika itu adalah 15 degree.

Berjalan ke belakang dan jumpa tempat wudhu dan bilik air di bawah tu.
Kalau turun bawah sekali ada pintu keluar. Pelik pulak design masjid ini.
Bila dah cerah sedikit barulah tahu masjid ini berada di lereng puncak gunung.
Masa tanya dengan jemaah masjid di mana nak ambil wudhu mereka kata pergi belakang sekali dan turun bawah. Mula-mula teragak-agak jugak turun bawah mana. Tempat wanita berwudhu pun sekali di sini. Di setiap bilik air disediakan kolah air kecil dan tiada batang air paip yang dijumpai.

Dah la masa ni cuaca terlalu sejuk kena air kolah lagi mengigil dibuatnya. Nasib la kami ni semua ada bawa sweater. Pak Supir tunggu di dalam kereta sebab di luar sejuk katanya tak tahan. Selesai fresh up dan bersolat. Kami menaiki kereta semula menuju ke salah sebuah cafe yang ada di puncak gunung ini untuk menanti kemunculan sunrise.

Bersambung Indonesia Bali Part 2 : Menikmati Sunrise Dari Cafe El Lago Di Puncak Gunung Kintamani

41 comments:

  1. wahhh menarik ni kisah cuti2 bali...part cuaca sejuk tu i likeeeee..ok tunggu nak baca next entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tak tahu pulak ada cuaca sejuk di Bali.. Kintamani ni mcm Genting Highland tapi lgi cantik la dgn view yg memukau.. ok tunggu part 2.. coming soon :D

      Delete
  2. Murahnya tiket return KL - Bali RM418.00 utk sorang. Blh la klu nk berangan pergi ke Bali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena standby utk kejar tiket promo selalu.. Travel dgn tiket promo baru la best hahaa :D

      Delete
  3. woww.. santainya travel... sampai sana baru cari supir.
    Dah biasa gitu ya.
    Bagus supirnya tu, faham keperluan orang Muslim. Mesti jenis biasa bawa tamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Supir ni ada jer di mana2.. Kalau terminal bas ferry tu lagi banyak.. nego harga lepas tu agree dan terus naik.. Mula2 kekok juga org melayu tapi tak islam hahaha.. tapi dia ok sgt.. :D

      Delete
  4. Akhirnya sampai juga di Bali...
    Foto-foto di bandar udara dan foto-foto masjidnya cantik sekali.
    Saya nantikan update selanjutnya. Saya penasaran dengan bagaimana pandangan dari seorang tourist tentang Bali ini.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      Sedang merajinkan diri untuk update part seterusnya. Moga cepat siap hihii..
      Berkenaan Bali ada banyak yg disukai tapi ada juga yg kurang disukai.. apa pun enjoy wisata ke Bal.. :D

      Delete
  5. Kintamani memang sejuk bang...sudah lama sekali tak ke sana, terkahir th 2018..entah bagaimana sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu cuaca sejuk di Kintamani tapi tak tahu yg akan sejuk bangat.. tapi sejuk itu beransur hilang menjelang tgh hari..

      Delete
  6. Jarang orang share gambar masjid di bali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kami jumpa banyak juga masjid di Bali.. nanti akan dtg dlm entry yg akan dtg kemudian :D

      Delete
  7. Untung arh pi Bali plak.....cuaca Kintamani sejuk? bagus la sejuk...dari panas melekit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tak yah terbang jauh2 nak rasa kesejukkan hahaha.. okla cuaca dia mmg mice :D

      Delete
  8. Ada geng berempat, lebih jimat bila sewa kereta+supir.

    Risau pulak bila tempat wuduk di bawah, kaki basah nak naik tangga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila berempat kos transportation akan menjadi murah.. Alhamdulillah la.. tempat wudhu di bawah.. siap ada kolam utk cuci kaki sblm naik tangga huhu.. dah la sejuk ya amat :D

      Delete
  9. Saya pun sangat tak selesa dengan tempat yang banyak patung... tapi itulah Bali kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patung di bali ni lain macam sikit huhu.. Nampak mcm tak sesuai nak bawa jalan ke Bali..

      Delete
  10. Saya kalo ke Bali Krn selalu dari jakarta, JD tak pernah tahu bagian keberangkatan dan ketibaan international nya, Krn beda ruangan dengan yg Domestic. Ternyata cantik juga dalamnya 🤭🤭. Hopefully THN depan nak ke Timorleste dan itu harus berangkat dari Bali. Jadi bisa juga saya lihat airport international utk keberangkatan luar negeri.

    Patung di Bali ini saya pun banyak tak kenal, karena sebagian merupakan perwujudan dewa mereka . Beberapa memang seram, tapi di luar airport biasanya megah dan bagus patungnya, saya suka 😄

    Tiap kali ke Bali tujuan saya pasti daerah atas, macam kintamani, Ubud, Bedugul, Buahan, karena saya tak suka pantai yg panas.

    Terbayang PAgi2 subuh di kintamani masih sejuk sangat 😍👍. Teringin juga ke Bali lagi. Dah banyak kali kesana, tp tak pernah bosan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye betul juga tiba di domestic arrival tak sama dgn international.. Kalau mau ke Timor Leste tahun depan aku mau ikut sekali hahaha.. Moga bisa lihat terminal international nya.. Bagi saya banyak yg seram kalau ada anak2 kecil pasti ketakutan..

      Delete
    2. Bagi saya juga harusnya ke bahagian atas yg lebih indah jauh dari macet... Lebih tenang dan kawasan nya masih lagi nature..
      Saya juga kalau mau repeat mmg pasti... Akan ke kawasan luar bandar.. masih banyak lagi air terjun yg belum dijejakki..

      Delete
  11. Bali, mesti dah banyak berubah. Airport pun nampak cantik. Memang susah jumpa masjid di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru first time dtg ke Bali.. Airport nampak canggih.. Aah di bali mmg susah nak jumpa masjid..

      Delete
  12. so malaysian tak kena bayar apa-apa laa kan bila tiba sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu bayar apa2.. just make sure isi form Electronic VOA sahaja sebelum terbang ke Bali..

      Delete
  13. alamak...ya ke bnyk patung2 mcm tu kat situ...
    waduhhh mcm mn laa sy nak hadap sorang2 nnt kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah banyak patung yg seram kat airport tu.. walau tu culture di Bali tapi still.. Kalau Bali better jgn pergi seorang diri la.. Biar berteman takut nanti diteman ... Scary huhuu..

      Delete
  14. Memandangkan belum mampu lagi nak travel jauh...cukuplah saya menikmati pengembaraan di negara orang dengan membaca tulisan bro....Bali memang terkenal dengan pelbagai patung yang boleh dikatakan seram hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhmdulilah terima kasih sudi dan menjadi pembaca di blog ini.. :D
      Sebelum ini ada kedengaran tapi bila lihat huhuh.. memang menyeramkan. Nasib baik dlm bilik hotel tak ada patung dewa mereka :D

      Delete
  15. Memang seram patung2 dekat airport tu...
    Agaknya kawasan tu, kawasan tanah tinggi kot.. Tu yang sejuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kalau sampai siang ok ni kami smpai lewat malam huhu.. Aah Kintamani mmg kawasan pergunungan.. Mmg sejuk jer.. :D

      Delete
  16. Smpai sana baru cari supir. Kira hebat tu. Klau kita mmg booking siap2 sblm trbng ke sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Indonesia supir ini ada di mana2 sahaja.. Nego harga lepas tu terus naik.. Insyallah ok jer.. mudah dan senang..

      Delete
  17. Budget tuu kira berapa kali makan tu? haha kira murah laa cmtuu. nanti bolehh servey2 pegi bali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. All in dari rumah ke rumah.. makan tempat tinggal souvenir dan transportation semuanya lah .

      Delete
  18. Entah berapa kali plan nak ke Bali tapi asyik tak jadi.
    Kalau suhu 15'C maknanya memang sejuk sungguhlah di Kintamani dan tentulah nyaman dan segar sepanjang pagi hingga matahari terbit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul di Kintamani suhu mmg belas belas jer.. Memang seronok kalau dpt stay 1 malam di Kintamani.. Byk aktiviti boleh dibuat.. Sy pun dh lama nk ke Bali..after 10 years baru ada rezeki..

      Delete
  19. Uniklah design masjid tu. Biasanya tmpt wudhu mesti kena keluar dri tempat solat. ni tiba2 ada tangga turun bawah pula di ruangan solat tu :D pestime tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid tu betul-betul berada di lereng puncak gunung.. sebab tu bertingkat-tingkat dan bertangga-tangga.. Dah la sejuk dingin bangat cuaca ketika waktu subuh ..

      Delete
  20. Part sejuk tu ai suka.. tambah pulak di pagi hari.
    Ketika baca entry ni, dekat luar rumah sedang hujan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tempat sejuk seronok nak berjalan2.. baca time hujan terasa jugak lah suasana di Kintamani ni :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...