Showing posts with label Part 8 : Victoria Quay - Rottnest Island - E Shed Markets. Show all posts
Showing posts with label Part 8 : Victoria Quay - Rottnest Island - E Shed Markets. Show all posts

Wednesday, 7 August 2024

Australia Perth Part 8 : Victoria Quay - Rottnest Island - E Shed Markets At Fremantle

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Australia Perth Part 7 : Journey End For Day 2 - Shopping Groceries At Coles Hypermarket

Seperti biasa cara travel aku adalah akan menuju ke destinasi yang jauh terlebih dahulu dan kemudian barulah enjoy all the other attraction di dalam bandar. Dan untuk hari ketiga kami di bumi Perth ini. Kami decide akan menuju ke area Fremantle sebuah tempat destinasi wajib jika ke Perth dan di sini katanya wajib makan seafood terutama fish and chips.

Destinasi pertama kami di Fremantle adalah Victoria Quay.
Seawal pagi selepas solat subuh kami dah bersiap-siap dan aku seperti biasa ke dapur untuk masak breakfast dan kami akan berpicnic di Fremantle nanti. Menu pagi hari sabtu ini adalah bihun goreng dengan sandwich tuna. Tepat jam 7.15 pagi kami telah bertolak dari All Suite Perth Apartment. Perjalanan yang mengambi masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke Victoria Quay dengan jarak antara 20- 25km bergantung jalan mana yang kita pilih.

Alhamdulillah menu pagi ini Bihun Goreng. Sawi dalam bihun itu wajib yer.
Kenapa kami menuju ke Victoria Quay? Jawapan tak tahu hahaa.. Satu mungkin sebab kalau drive ke Fremantle kita akan jumpa Victoria Quay ini terlebih dahulu. Dan di sini adalah tempat berlepasnya ferry ke Rottnest Island atau juga dikenali sebagai Wadjemup. Apa ada di Rottnest Islands? "A protected nature reserve, it's home to the Quokka, a small wallaby-like marsupial". Dan Quokka ini memegang title the happiest animal in Australia sebab wajah dia yang suka senyum apatah lagi ketika diambil gambar.

Dia pun ada poket kat perut untuk simpan anak dia macam Kangaroo - Google.
The Happiest animal in Australia - Quokka a small Wallaby like Marsupial - Google.
Aku pulak yang terlebih excited upload gambar Quokka ni haha. Padahal tak pergi pun ke Rottnest Islands. Jawapan mudah kenapa tak pergi ialah tak ada budget hihi. Selain itu Rottnest Islands mempunyai banyak pantai yang cantik dengan pasir pantai yang berwarna putih dan bersih.

Anda boleh membuat banyak aktiviti seperti Snorkeling, Whale and Dolphins Watching, Sky Diving dan Fishing. Dan boleh melawat ke tempat bersejarah iaitu kubu pertahanan perang dunia pertama dan kedua yang dibina di sini yang mempunyai sistem terowong bawah tanah. Nak tahu lebih lanjut boleh baca di sini Wadjemup Rottnest Islands Military & Maritimes History. Nak cerita lebih pun aku tak pergi lagi hihii.

Ada dua rumah api di sini iaitu Wadjemup Light House dan Bathurst Light House.
Okla kita tutup la cerita Rottnest Islands ni and back to Victoria Quay. First masa kami sampai di area perlabuhan ni rasa macam area zombi jer sebab macam kami sahaja yang ada di situ walau kelihatan ferry besar yang membawa penumpang ke Rottnest Island tak jauh dari pandangan mata kami. Mungkin masih awal lagi. Hanya beberapa ekor burung camar yang menyambut kehadiran kami.

Victoria Quay Waterfront - Fremantle Harbor. 
Nak parking kereta kena cari parking yang free tak perlu bayar.
Si Atiyya ni pulak pi bagi roti sekeping demi sekeping. Makin lama makin banyak pulak Burung Camar yang datang, aku pulak yang jadi takut hahahaa. Lepas berjalan-jalan di kawasan sekeliling sambil mengambil gambar, tiba-tiba baru perasan ada satu market yang menjual souvenir dan kraft tangan orang tempatan di sebuah banguanan tak jauh dari terminal perlabuhan iaitu E Shad Markets.

Oh ya.. Kenapa nama tempat ini Fremantle? Jom kita baca sejarah sikit iaitu pada Mei 1829 - Captain Charles Fremantle menjadi orang pertama yang memacak bendera The Great Britain di bawah nama King George IV di jalan masuk ke River Swan ini dan diberi nama New Holland dan kemudian ditukar kepada nama Australia. Pada tahun 1866 jambatan pertama dibina di Swan River ini oleh buruh penjara. Dan pada tahun 1881 Railway Line siap dibina dari Fremantle ke Guildford.

O' Connor Statue - Irish Engineer yang membina Fremantle Harbor 100 tahun yang lepas.
Kak Ngah bersama Atiyya. Tiba-tiba rasa macam ada free babysitter hihii.
Atiyya marah sebab aku halau kawan burung camar dia yang banyak-banyak tadi.
Pemandangan di waktu pagi seperti old town ala-ala cowboys di Victoria Quay.
E Shed Markets is a weekend market located on Victoria Quay in the Fremantle Harbour in Western Australia. It is housed in a historic timber building known as "E" Shed that was constructed in 1929 further up the quay and closer to the wharf. The building is one of a number of sheds that had varying names and locations in the twentieth century. The original "E" Shed was demolished in 1929, with its replacement built at the same location - Sumber Wikipedia.

Di hadapan pintu masuk E Shad Markets.
Bab bergambar memang bagi pada orang perempuan la.
Kami shopping souvenir di sini. Harga fridge magnet di sini agak reasonable jugak la. 
Ada beberapa restaurant dan cafe di sini tapi tak ada yang menunjukan hidangan yang dijual adalah halal dan mostly yang meniaga adalah warga tempatan berkulit putih. Rasa kalau di Malaysia tempat perlancongan macam ni mesti ramai peniaga bukan warga negara tempatan huhuu. Apa pun anda boleh layan secawan coffee latte di sini sambil menikmati pemandangan sekeliling.

Pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta pada cuti umum. Akan ada life music performance di E Shed Markets ini yang bermula pada pukul 5.30 petang. Aku pun tak tahu performance macam mana tapi korang boleh buka link di sini (kliks) untuk tahu maklumat awal mengenai life music ini yang akan di update setiap minggu.

Antara poster dari website rasmi mengenai Life Music Performance di E Shed Markets.
Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk ke E Shed Markets ini.
Basically tak ada apa sangat yang menarik di Victoria Quay ini unless you all nak naik ferry untuk ke Rottnest Islands di Fremantle Passenger Terminal. But somehow keadaan di sini agak cantik dengan beberapa bangunan yang dibina dari 100 tahun yang lepas masih lagi dikekalkan. Kalau suka bab yang bersejarah dan bangunan lama ini boleh la spend sedikit masa untuk berjalan-jalan di sini kalau ke Fremantle nanti.

Orang ramai yang menyertai One Hour Free Port Walk di Victoria Quay - Google.
Dan untuk sekarang pada tahun 2024. Korang boleh join One Hour Free Fremantle Port Walk sejauh 800 meter. Dan dalam walk ini The Expert akan menceritakan dari awal sejarah pembukaan Fremantle Port ini. Termasuklah mengenai sejarah Victoria Quay, Fremantle Inner Harbor, sejarah perdagangan awal, teknologi kejuruteraan dari zaman 1800 sehingga sekarang. Dan perubahan persekitaran perlabuhan dan kapal.

Setiap sesi Free Port Walk ini adalah limited yer. Anda perlu book in advance di dalam website samada anda berseorangan atau berkumpulan. The starting place for all Port Walks is the CY O'Connor statue outside the Fremantle Ports Administration Building. Dan paling penting korang check weather terlebih dahulu dan pakai pakaian mengikut kesesuaian cuaca. Untuk booking slot boleh buka link di sini.