Friday, 22 November 2024

Bali Part 10 : Tea Time At The Hidden Garden Coffee House

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Indonesia Bali Part 9 : Short Trekking To Beauty Leke Leke Waterfall At Tabahan

Kami telah menuju ke sebuah tempat yang amat menarik iaitu Hidden Garden Coffee yang terletak kurang 3 km dari Leke Leke Waterfall tadi. Dan masih lagi di jalan yang sama untuk ke Bedugul. Destinasi ini juga sangatlah recommended dan suggested by Pak Supir sendiri untuk kami berhenti seketika apatah lagi jika mahu melayan secawan coffee sambil menikmati pemandangan yang indah.

Welcome to Hidden Garden Coffee at Tabahan, Bali - Indonesia :D
Turun sahaja dari kereta kami telah disapa oleh seorang pekerja wanita yang bernama Risma. Seorang yang amat fasih berkata-kata dalam bahasa English. Segala explanation sepanjang menjadi guide kami tak ada satu pun bahasa Indonesia yang digunakan sehinggalah aku bertanya dengan bahasa melayu. 

"Kenapa tak cakap bahasa Melayu atau Indonesia jer dengan kami..?". Dia kata dah terbiasa bila berkerja di sini memang akan speaking dengan semua tourist. Bila ditanya dari mana belajar English dia jawap dari sekolah tapi praktisnya lebih semasa bekerja di sini sehingga menjadi fasih.

Risma telah membawa kami melawat sebahagian dari kawasan tanaman di Hidden Garden ini. Dapatlah tengok pelbagai jenis Pokok Kopi, Pokok Vanila secara life dan pokok herba serta pokok buah-buahan lain yang kesemuanya diproses dan dijadikan produk yang dijual di Hidden Garden ini. Tempat ini dibuka kepada orang ramai  dari jam 8.00 pagi sehingga jam 6.00 petang setiap hari.

Product paling famous mereka tentulah Kopi Luwak dan di sini kita di bawa melihat proses pembuatan Kopi Luwak dari Buah Kopi yang diberi makan kepada musang dan kemudian para pekerja akan mengutip sisa tahi dari musang dan dibersihkan, dikeringkan, disangai dan diproses sehingga menjadi serbuk kopi.

Jom masuk ke tempat memproses Luwak Coffee.
Part paling menerujakan adalah apabila kami dibawa ke kandang atau sangkar musang untuk melihat sendiri musang-musang yang diberi makan buah kopi. Namun ketika kami sampai tiada seekor pun Musang yang berada di dalam disebabkan mereka semua dah masuk ke dalam rumah masing-masing untuk berehat dan tidur setelah penat seharian.

Masih menggunakan cara traditional membakar biji kopi.
Beberapa jenis biji kopi yang sedang dikeringkan termasuklah biji kopi luwak.
Kulit Manggis ini dikeringkan dan kemudian akan diproses menjadi serbuk teh.
Ada banyak tumbuhan di sini. Part tengok biji kopi yu yang teruja sedikit hihi.
Selain memproses kopi di sini juga memproses beberapa jenis jus dan teh yang diperbuat dari Manggis, Avacado, Buah Mengkudu, Beras Bakar, Halia Madu, Kunyit dan pelbagai lagi. Dan di sini juga mereka memproses vanila dari pokok Vanila yang ditanam. Ada Risma bagitau jenis pokok yang mereka tanam tapi tak pulak aku ingat namanya.

Selepas tour bahagian garden, kami di bawa naik ke cafe yang terletak di bahagian atas.
Overall memang seronok masuk garden ini banyak pokok kita boleh lihat dan cara membuat kopi. Selepas tour Hidden Garden ini kami di bawa ke arah cafe yang terletak di bahagian atas. Time ni memang sangat teruja speechless sangat view yang ada dari atas cafe ini. View bukit dan kehijauan pokok sejauh memandang. 

Subahanallah.. Memang teruja sangat waktu duduk di anjung di atas ini.
Melihat pemandangan kehijauan sejauh mata memandang dari atas pokok. 
Ada beberapa section tempat duduk. Boleh pilih nak duduk di mana.
Disebabkan waktu ini tak ramai orang mungkin sebab baru habis hujan dan masih sedikit gerimis maka kami memilih duduk di satu anjung yang paling hujung yang hanya menempatkan dua buah meja sahaja dengan terdapat satu sarang burung untuk kita bergambar. Dan anjung ini lebih tinggi dari hampir kesemua pokok yang berada di Hidden Garden.

Tempat duduk sarang burung yang dipenuh pokok dan Buah Markisar.
Pokok Avacado yang tinggi tu pun buahnya boleh dicapai dengan tangan dek tingginya anjung ni. Di sini kami diberi peluang mencuba kesemua 16 jenis minuman yang ada di sini. Setiap jenis minuman dihidang di dalam gelas kecil dan jika kita rasa sedap ddan berminat maka boleh la order minuman tersebut. Menarik kan?

Taster dari 15 jenis minuman yang disediakan. Boleh cuba semua lepas tu baru order.
Dessert Pulut Hitam dimakan bersama kelapa parut dan air gula melaka.
Disebabkan view yang cantik dari tempat meja kami ini maka kami decide untuk order secawan dua minuman, sepotong cheese kek dan satu dessert yang namanya aku dah lupa tapi hidangannya adalah pulut hitam bersama isi kelapa parut berserta gula merah. Sedap manis dan rasa kesegaran pulut hitam tu :D

Pak Supir ni memang bagus sebab kita minta berwisata ke Bedugul tapi dia bawa kita berjalan-jalan di Leke Leke Waterfall dan Hidden Garden Coffee ini. Memang dua tempat ini recommended sangat kalau u all nak buat short visit. Sangatlah berbaloi. Dan kedua-dua destinasi ini terletak di bahu jalan sahaja.

Ada seekor anak musang yang baru terjaga dapatlah kami bermain :D
Kesemua produk yang dihasilkan oleh Hidden Garden ada di jual sini.
Coffee Chocolate dengan Cappuccino Chocolate ni sedap :D
Sebelum pulang kami sempat bermain dengan seekor anak musang yang telah dibawa oleh petugas kerana baru sahaja bangun dari tidur. Comel jer letak jari pun takut nak gigit hihi. Dan kemudian kami ke arah kedai di tingat bawah yang menjual segala jenis produk keluaran mereka. 

Ustaz Anas dan Cikgu Hani macam ada shopping sebab kat sini pun ada chocolate product. Aku dengan wife beli Serbuk Teh Manggis. Dari awal sehingga kami pulang, Risma telah menjadi guide kami tanpa bayaran. Dan untuk masuk ke Hidden Garden ini juga tidak dikenakan sebarang bayaran. Apa pun bagilah sedikit tips pada guide jika anda ke sini :D

Bersambung Indonesia Bali Part 10 : Daya Tarik Wisata Ulun Danu Beratan Temple - Bedugul (Under Construction)

Thursday, 21 November 2024

Ad-Hoc Outstation Ke Temerloh 3 Hari 2 Malam

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Tak dapat nak sambung cerita Bali Part 10 sebab kena ke Temerloh di atas urusan kerja. Entry dah nak siap just nak kena edit dan final check huhu.. Tak apa la.. Dah alang-alang kena ke Temerloh kita bawa la The Kids sekali jalan-jalan Temerloh.

Si Abang Affan tanya kenapa tak bawa mancing sebab nampak sungai. "Ayah kerja nak" kalau bawa batang joran tapi tak boleh mancing lagi la sakit jiwa hahaha..

Cafe Kopi Tiga berdekatan dengan Hospital Temerloh. Cantik tapi makan 4/10 jer.
Tapi yang best di Kopi Tiga ini ada banyak permainan disediakan.

Semalam lunch di Cafe Kopi Tiga. Tapi agak mengecewakan sebab spaghetti Beef Bolognese dia kering dan agak salty. Coffee Latte Hazelnut extra shot add on RM3.00 pun tak rasa dan tak sedap.  Nugget yang di order dah campur Mayo dgn Cili Sos so lembik bila nak di makan huhuhu.. Pizza Beef Pepperoni dan Keropok Lekor okay sedap.

Ada menjual pastry tapi tak order sebab semua kelaparan so kita order proper food tapi agak mengecewakan. Oh ya Bebola daging dalam spaghetti pun agak liat dan tasteless huhuu.. Harap akan ada improve kualiti makanan di masa akan datang yer Kopi Tiga.

Antara sebahagian pastry yang ada di Kopi Tiga nampak nyummy :D

Malam pertama check in di Apsara Hotel. Saja check hotel berbeza untuk dua malam supaya dapat buat review hahaa. Tak ada la just nak tukar-tukar rasa sebab boleh claim kan. Nanti bila nak bercuti betul tahulah hotel mana yang best nak duduk. Betul tak? :D

Keadaan yang hujan selalu di Temerloh tak boleh nak bawa anak-anak berjalan sangat huhu. Tapi malam tadi sempat juga bawa mereka jalan-jalan di kawasan bersebelah Sungai Temerloh dan Semantan Walk.

Malam di hari weekdays agak sunyi dan tak ramai orang.
Alhamdulillah dapat beli baju dengan seluar untuk the kids.
Sempatlah beli baju dan seluar untuk The Kids masa berjalan-jalan di Semantan Walk. Tak murah tak mahal tapi okla kita tolong warga tempatan berniaga. Atiyya dengan Ateera dah besar dan dah pandai pilih tudung. Tak nak pakai tudung sarung macam makcik-makcik katanya. 

Sempat solat Asar di Masjid Baharu Temerloh bersebelahan Jambatan Temerloh.
Ruang solat utama di dalam Masjid Baharu Temerloh. 
Hotel Apsara di Bandar Temerloh. My review is 5/10.
Bilik bersih di Hotel Apsara ni cuma bilik kosong tiada coffee & tea yang disediakan. Sehinggalah keesokan hari aku bertemu dengan staff mengemas bilik dan bertanya memang tiada coffee atau tea dalam bilik ke? Dia kata ada bang maaflah saya lupa nak letak. Terus dia bagi aku segenggam teh dan gula. Coffee kami tak provide kat sini.

Lewat malam tadi lepas balik jalan-jalan. Anak-anak nak mandi tapi air slow sangat-sangat sampai tak boleh nak guna shower. Dan air panas pun macam ada tak ada. Okla first and last la check in Apsara Hotel ni. Nak try check another place to stay iaitu Big Tree Hotel a new hotel tapi bukan dalam area tengah Bandar.

Tuesday, 19 November 2024

Bali Part 9 : Short Trekking To Beauty Leke Leke Waterfall At Tabahan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 


Selesai makan tengah hari di Restaurant Bebek Joni kami meneruskan perjalanan ke Bedugul. Namun dalam perjalanan ketika baru sahaja keluar dari Pekan Ubud, Pak Supir bertanya "Mahu berhenti di waterfall?" Aku pun membalas "Boleh ke dan cukup ke masa kalau nak ke waterfall?". 

Pak Supir kata ada satu waterfall ini sebelah sahaja dengan jalan besar. Kalau mahu kita bisa berhenti kerna nanti di Bedugul pun ngak ada apa-apa aktiviti selain sightseeing sahaja. Lagi pun kalau berhenti harganya tetap sama "Saya ngak ada charge tambahan".

Leke Leke Waterfall @ Tabahan antara waterfall yang paling famous di Bali.
Dan Pak Supir kata kalau mahu berhenti pun waktu masih awal tak ganggu waktu ketibaan di Bedugul. Kami pun setuju sahaja. Perjalanan dari Bebek Joni ke Leke Leke Waterfall mengambil masa lebih satu jam disebabkan jalan yang dipenuhi dengan kenderaan walaupun jarak hanya dalam 33 km sahaja.

Perjalanan hampir satu jam dengan jarak sejauh 33 km dari Ubud ke Leke Leke Waterfall.
Yang berbaju putih inilah Pak Supir kami. Bayaran masuk seorang adalah IDR50,000.
Mungkin sebab kepenatan trekking di Campuhan Ridge Walk dan kemudian rushing nak check out kemudian makan tengah hari. Akhirnya kami semua tertidur dalam perjalanan ke Leke Leke Waterfall. Aku hanya tersedar dalam 10 minit sebelum sampai di persimpangan waterfall.

Sampai di entrance Leke Leke Waterfall penjaga parking mengarahkan kereta di parking mengikut susunan yang telah ditetapkan. Tiada bayaran parking dan nampak gaya waterfall ini macam hak milik persendirian. Dan bayaran masuk untuk seorang adalah IDR50,000. Kalau ditanya, aku memang recommend untuk datang ke Leke Leke Waterfall ini.

Okay jom ke waterfall  sementara cuaca masih lagi baik dan nyaman.
Selepas dari pintu gerbang ini bermulalah trek sejauh 200 meter ke waterfall.
Banyak lak buah durian di sepanjang trek ni. Tak ada la pulak nampak yang gugur ke tanah :P
Untuk sampai ke waterfall ada sedikit perjalanan trekking menurun bukit lebih kurang 200 meter. Dan terdapat sebuah jambatan buluh di pertengahan perjalanan untuk kita lintasi sebatang anak sungai sebelum tiba di waterfall. 

Setiap beberapa minit pasti akan berselisih dengan pengunjung lain yang datang dari pelbagai negara. Memang tak sunyi langsung keadaan dan suasana di sepanjang trek. Kami yang berempat ni pun boleh tahan kecoh asyik nak tergelak-gelak jer :D

Trek tak la susah sebab dia dah buah lalu menurun sehingga ke Jambatan Buluh.
Once dah sampai di Jambatan Buluh ini maka dalam 50 langkah sampailah ke Leke Leke.
Oh ya masa nak masuk di entrance trekking ini. Kami diberikan minum Jus Kunyit dan hanya aku dengan Ust Anas sahaja yang berani mencuba itu pun minum sikit dan baki curi-curi tuang ke tanah hahaa. Tak leh nak telan mungkin sebab rasa kunyit yang pekat dan dalam mindset kunyit tu untuk masak jer bukan buat jus :D

Jus Kunyit Segar diberi percuma kepada setiap pengunjung yang datang.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15-20 minit trekking untuk sampai di Leke Leke Waterfall. Kelihatan ada lebih 20 pengunjung yang hampir kesemuanya pelancong bawang putih. Boleh pulak buka baju dan hanya berpakaian dalam yang kecik tu jer. 

Kami pun turun sekejap dan celup kaki dalam air buat rasa-rasa sebab dah sampaikan. Dan kemudian memulakan sesi bergambar dan selesai bergambar kami terus beredar dari Leke Leke Waterfall. Sebab kami tak bawa baju mandi dan kedua takut kepala air di jambatan buluh tadi sebab cuaca nampak mendung.

Inilah dia Leke Leke Waterfall salah satu antara puluhan waterfall di Bali.
Awan dah mendung moh ler kita cepat-cepat balik ke entrance masuk tadi.
Terdapat sebuah cafe yang terletak di laluan keluar. Yang tak nak ke waterfall boleh la lepak sini
Lagi pun kami tidak membawa baju untuk mandi. Dan kelihatan awan pun agak mendung. Maka moh ler kita beredar cepat. Terdapat sebuah cafe di entrance yang mempunyai anjung di lereng bukit. Memang cantik view macam biasa kalau nak duduk menikmati pemandangan bukit bukau yang menghijau kenalah order minuman atau makanan. 

Di sini juga ada aktivti swing dan flying fox seperti di Terrace Padi Tegallalang.
Di sini juga terdapat beberapa aktiviti seperti beberapa jenis swing dan flying fox. Dan di sini tidaklah terlalu crowded seperti di Tegallalang. Dan apa yang best di sepanjang trek ini adalah terdapat banyak pohon buah-buahan seperti Durian, Manggis, Duku, Langsat, Rambutan, Nenas dan sebagainya. Masa ni pulak Buah Durian dah besar menunggu gugur jer.

Warung khas untuk para Supir berehat dan menunggu para pengunjung yang dibawa.
Tu dia dah jumpa Pak Supir nya sedang berborak dipanggil pun tak sedar.
Selesai kami naik ke entrance semula terus mncari Pak Supir yang sedang duduk di pondok menunggu khas untuk para Supir. Sempat juga aku membeli kopi susu ais di sini dengan harga cuma IDR5,000. Kalau di Cafe tadi puluhan ribu huhuu.

Sebelum menaiki kereta kita dibenarkan menggunakan tandas yang disediakan untuk membersihkan kasut atau pakaian jika terdapat kesan tanah atau kotoran yang melekat. Dan bilik mandi juga disediakan jika pengunjung ingin membersihkan diri setelah pulang bermandi mandi di waterfall.

Di sebelah kawasan parking kereta terdapat satu pemandangan yang indah.
Beberapa sawah yang telah sedia untuk ditanam anak pokok padi.
Pada asalnya entry ini ditulis sekali dengan cerita di The Hidden Garden Coffee (Bali Part 10). Tapi sebab entry ini dah terlalu panjang sangat dan terlalu banyak gambar yang aku nak share di sini maka aku potonglah entry ini kepada dua buah entry. Alhamdulillah nampak pendek dan tak lah panjang sangat :D

Bersambung Indonesia Bali Part 10 : The Hidden Garden Coffee House At Tahaban (Under Construction) 

Thursday, 14 November 2024

Bali Part 8 : Pasar Rakyat Ubud - Lunch At Restaurant Bebek Joni

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 


Lebih kurang 2 jam spend masa di Campuhan Ridge Walk ini kami mula berjalan pulang dengan niat terus ke Pasar Rakyat Ubud dan Ubud Palace yang terletak 850 meter dari South Entrance Campuhan Ridge Walk ini. Mungkin agak jauh tapi di pinggir jalan dipenuhi dengan kedai-kedai jualan so its a nice to have a little walk.

Jom masuk Pasar Rakyat Ubud. Pelbagai souvenir dan kraftangan ada dijual di sini.
Baru sahaja kami berjalan dalam 50 meter kami ditegur oleh seseorang dan memperkenalkan diri beliau dan perkerjaannya sebagai seorang pemandu pelancong atau Pak Supir. Dan menunjuk facebook beliau dengan gambar bersama pelancong yang pernah beliau bawa. Katanya boleh bawa ke mana sahaja dan harga boleh kasi terus jadi. 

Terdapat beratus-ratus pedagang di sini. Baik di dalam bangunan atau di luar.
Antara tempat wajib disinggah jika mahu membeli fridge magnet.
Maka aku pun bertanya kalau mahu jalan-jalan wisata ke Bedugul especially ke Ulun Danu. Beliau menjawap IDR500,000 all in sehingga pulang ke pintu hotel semula di Ubud. Dan kalau mahu berhenti di mana-mana sahaja dalam perjalanan pun boleh katanya. Sebab on the way ke Bedugul ada banyak attraction katanya.

Aku pun bagitau dengan yang lain kita agree sahaja la sebab kalau bahagi 4 orang. Maka baru IDR125,000 atau bersamaan RM35.00 seorang dan Pak Supir kata perjalanan akan mengambil masa 4 hingga 5 jam untuk pergi dan balik. Dan kemudian dia offer untuk bawa kami ke hotel terlebih dahulu kalau nak mandi dan tukar baju sebab nampak kami semua muka kepenatan.

Jom kita jalan-jalan area luar bangunan dulu. Harga agak lebih murah dari di dalam.
Panjang sangat pasara di luar ni, kita jalan half way sahaja.
And then aku bagitau tapi kami nak ke Pasar Rakyat Ubud terlebih dahulu sebelum pulang ke hotel. Tapi Pak Supir kata ngak perlu risau. Pulang dulu ke hotel dan kemudian saya bawa ke pasar sebelum ke Bedugul. Dan kalau mahu berhenti makan tengah hari sebelum ke Bedugul pun bisa.

Antara souvenir dan barangan kraftangan lain yang dijual.
Patung-patung memang banyak dijual sebab Bali memang dihiasi dengan patung.
Terjebak jugalah membeli satu dua tiga empat barang di sini hihi..
Terus aku sebut "Kalau singgah ke Restaurant Bebek Joni boleh ke?" Pak Supir jawap "Boleh" apa sahaja dalam perjalanan biasa aja berhenti. Maka kami pun terus naik Toyota Avanza Pak Supir. Kondisi kereta Pak Supir ini lebih baik dari Avanza Pak Supir semalam yang kami naik ke Pergunungan Kintamani.

Sampai di Yarama Cottage kami terus mandi dan bersiap serta berkemas dan terus check out sebab confirm balik dari Bedugul nanti waktu dah gelap. Sebab untuk malam ini kami plan nak tidur glamping. Pak Supir menunggu hampir 30 minit di luar sebelum kami muncul kembali dengan membawa beg. 

Inilah pekerja di Yarama Cottage yang boleh berbahasa Upin dan Ipin dengan fasih.
Insyallah kalau ada rezeki ke Ubud lagi memang aku nak check di Yarama Cottage ini lagi. Masa urusan check out aku sempat menghulurkan Sachet 3 in 1 Teh Boh made in Malaysia kepada 3 orang staf yang dari semalam banyak membantu kami. Sampai bagi pinjam motor malam tadi nak beli makanan.

Welcome to Restaurant Bebek Joni yang dikelilingi dengan sawah padi.
Sampai sini confirm bergambar terlebih dahulu sebelum duduk order makan :D
Terdapat satu kawasan dalam restoran ini yang dipenuhi dengan Pokok Teratai.
Bebek bermaksud itik dalam bahasa Malaysia. Joni tu nama owner kot hahaha :D
Sebelum puku 10 pagi kami dah pun menaiki kereta Pak Supir menuju ke Pasar Rakyat Ubud. Kata Pak Supir di sini bagus kalau mahu membeli kraftangan hasil orang tempatan ubud. Dan harga nya tidak begitu mahal walau ini adalah kawasan tourist. Aku pun kata "Insyallah kalau ada yang berkenan nanti pasti akan dibeli.."

Selain datang makan di sini juga boleh bergambar di beberapa tempat cantik yang dibina.
Oh ya Pak Supir ni ayahnya muslim tapi maknya hindu. So dia kata dia pun islam kadang-kadang. Pernah solat di masjid masa kecil bagai. Aku pun haa ye lah. Selepas selesai kami membeli belah souvenir, gudapan dan bergambar. Kami meneruskan perjalanan dengan Pak Supir ke Restaurant Bebek Joni. Oh ya Bebek itu maknanya Itik dalam bahasa Malaysia.

Puas bergambar dan ke hulu hilir. Moh ler kita cari tempat duduk.
Ada tempat makan duduk di dewan terbuka atau boleh makan di Gazebo.
Selain menyediakan makanan Halal di sini. Tempat makan di Bebek Joni juga menyediakan pemandangan dan suasana yang indah secara tidak langsung menambahkan lagi selera makan. Ada beberapa tempat yang cantik untuk bergambar. Dan boleh memilih untuk duduk di kerusi atau mengeseh atau bersila di Gazebo atau di atas tikar.

Antara menu makan tengah hari kami di Bebek Joni.
Nanti aku update semula apa menu yang kami order time ni.
Selepas makan kita kembali semula ke pintu entrance Pak Supir dah menunggu.
Nice place tapi agak mahal so cukup lah datang sekali jer hihi :D 
Tapi kalau nak makan di sini kena fikir dua kali sebab harga makanan di sini agak atau terlalu mahal. Untuk lunch kami berempat jumlah bil adalah IDR526,000 bersamaan dengan RM148.00. Tapi bak kata Ustaz Anas sekali sekala kita kena reward diri bila travel murah ni. 

Ok untuk status makanan di sini ianya lebih kepada "Muslim Friendly" sebab tiada Certificate Halal dari badan yang bertanggungjawap sama seperti Nasi Ayam Kedewatan Ibu Mangku. Staff restaurant memberitahu mereka mempunyai dua tempat masak yang berbeza satu dikhaskan untuk memasak makanan untuk orang islam.

Bersambung Indonesia Part 9 : Leke Leke Waterfall & Hidden Garden Coffee At Tabahan (Under Construction)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...