Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari Bulgaria Part 1 : Tiba Di Sofia Selepas 9 Jam Perjalanan Bus Dari Istanbul
Selamat tiba di pintu masjid setelah berjalan hampir 20 minit atau 2.4km dari Sofia Bus Station. Lega rasanya bila ada tempat untuk bersolat dan berehat seketika. Pada waktu aku sampai di masjid, solat subuh berjemaah telah pun selesai.
Oleh kerana masjid ini lama dan bersejarah maka tempat wudhu berada di luar. Terpaksalah angkut backpack ke tandas dan tempat wudhu dalam kesejukan berangin. Apa pun syukur alhamdulillah dapat solat subuh masih di dalam waktunya.
![]() |
| Banya Bashi Camii atau The Bath Mosque antara icon utama di Sofia, Bulgaria. |
Banya Bashi Mosque ini telah siap dibina mengikut seni bina Ottomaniyah pada tahun 1576M dan reka bentuk telah dicipta oleh Mimar Sinan. Watak atau tokoh utama yang sama dalam membina The Blue Mosque of Istanbul di Turkey.
Masjid ini adalah satu-satunya masjid bersejarah dari zaman pemerintahan kerajaan Ottomaniyah yang masih wujud dan berfungsi sebagai masjid di Bandar Sofia ini. Yang lain samada telah musnah, dirobohkan atau dijadikan muzium.
Masjid ini mampu memuatkan 700 orang jemaah pada satu-satu masa dan ia terletak berhampiran Sofia Central Mineral Bath yang menjadi asbab nama masjid ini The Bath Mosque atau Banya Bashi Camii di dalam bahasa Turkey atau Баня Баши джамия dalam bahasa tempatan (Bulgarian). Tempat mandian ini telah wujud dari zaman pemerintahan Rome lagi.
Dalam beberapa kajian sejarah ada yang mengatakan masjid ini telah siap dibina lebih awal iaitu di antara 1566–1567M atau bersamaan 974 Hijri. Namun bukti pada pintu masuk masjid ini yang tertulis 1576M menjadi pegangan ahli sejarah.
![]() |
| Pemandangan ruang solat di dalam Banya Bashi Mosque. |
![]() |
| Internal design yang cantik berusia ratusan tahun. |
![]() |
| Tempat solat wanita berada di atas yang dibina menggunakan kayu. |
Mengikut catatan sejarah dari pengembara terkenal kurun ke-16 iaitu Evliya Çelebi seorang explorer dari Turkey (1611-1682) yang telah mengembara selama 40 tahun. Menjelajah kesemua kawasan di eropah tengah, utara, selatan dan timur termasuk Rusia dan Crimea. Afrika utara sehingga ke timur tengah termasuk Iraq, Palestine, Sudan dan Somalia.
Beliau mencatatkan bahawa di Bandar Sofia sahaja terdapat lebih 53 buah masjid dan di waktu kegemilangan jumlah masjid mencecah angka 100 buah. Namun di hujung era pemerintahan Ottmaniyah hanya berbaki 50-80 buah masjid sahaja. Dan makin berkurang pada 1908 setelah berakhirnya pemerintahan Ottomaniyah di Bulgaria.
![]() |
| Pemandangan di bahagian pintu masuk masjid. Sebelah kiri pintu ada tandas. |
![]() |
| Berborak dengan ahli kariah masjid yang tinggal berdekatan. |
Antara punca utama pengurangan adalah ketika gempa bumi besar yang melanda Bulgaria pada 30 September 1858 dan 04 April 1904 yang menyebabkan banyak struktur bangunan musnah yang dianggarkan 70-80% kemusnahan. Dan pada ketika itu sejumlah besar bangunan bersejarah termasuklah banyak masjid dan gereja yang berusia ratusan tahun turut musnah.
![]() |
![]() |
| Public Bath yang wujud sejak kurun ke-15 yang menjadi tumpuan pelancong ketika itu. |
Dan punca lain adalah disebabkan peperangan yang telah berlaku termasuklah The Russo-Turkish War 1806-1812. Perang Dunia Kedua 1939-1945 dan terakhir sekali disebabkan Pemerintahan Party Communist 1944-1990 yang melarang penglibatan rakyat kepada sebarang aktiviti keagamaan termasuk penutupan masjid dan gereja.
Sekarang berbaki hanya 5 buah masjid yang terselamat dan Banya Bashi adalah satu-satunya yang masih berfungsi sebagai masjid kepada lebih 8000 orang islam di sekitar Bandar Sofia ini. Tapi cuba banyangkan Ottomaniyah telah memerintah Bulgaria dari 1400 selama lebih 500 tahun. Dan dengan banyaknya masjid pasti islam adalah agama utama rakyat di sini.
![]() |
| Suasana yang tenang di pagi hari selepas waktu subuh berdekatan masjid. |
![]() |
| Central Market Hall of Sofia terletak seberang jalan dengan Banya Bashi Mosque. |
![]() |
| Regional History Museum of Bulgaria terletak berhadapan Banya Bashi. |
Selesai solat aku mengambil masa berehat sambil membaca al-quran sebab nak check in hotel pun pukul 12.00 tengah hari nanti. Sempat juga berborak dengan beberapa orang jemaah dan ada aku bertanya kalau ada mamak kat sini.
Kot dapat perkena chai panas tapi tak ada kedai muslim yang buka pagi untuk breakfast di sini. Mungkin orang-orang India dan Pakistan belum datang menetap di sini lagi. Kalau ada komuiti mereka pasti ada kedai runcit dan kedai makan huhu..
![]() |
![]() |
Di hadapan Bany Bashi Mosque terdapat kawasan lapang yang pada satu ketika dahulu adalah kawasann public bath yang menggunakan spring water yang menjadi tumpuan dunia. Namun sekarang tiada lagi, yang ada cuma air panas yang mengalir tanpa henti sepanjang tahun. Di bina khas untuk orang ramai mengambil air secara percuma.
![]() |
![]() |
Lebih kurang pukul 8.00 pagi ketika suasana mula dipenuhi dengan aktivti manusia. Aku berjalan kaki menuju ke arah hotel yang telah di booking dari Istanbul melalui Agoda.com yang terletak lebih kurang 450 meter dari masjid tadi atau dua blok bangunan sahaja. Agak mudah untuk dijumpai bersebelahan dengan sebuah restoran dan simpang empat.
![]() |
![]() |
Dan macam biasa kita cuba nasib tanya kalau nak check awal boleh ker dan jawapan biasa aku dapat "tak boleh". Dan kemudian aku minta letak beg di kaunter sementara nak tunggu waktu check in dan memang kebiasaanya dibenarkan. Dapatlah aku merayau dengan lebih jauh tanpa backpack 13kg di belakang badan. 😅
![]() |
Cuma ada seorang staff kat sini agak racist sedikit tapi tak apalah kita nak tumpang tidur berbayarkan. Ignore jer la. Alang-alang dah sampai aku pun minta nak guna kettle nak buat mi segera dengan bancuh coffee 3 in 1. Tak sabar nak breakfast.
Masa aku minta nak guna kettle tu ada seorang makcik tu ok jer bagi aku guna tapi masa nak tunggu air tu masak datang pulak yang racist tu, dah dia catu pulak berapa banyak air nak bagi aku. Buat Mamee Asam Laksa, Mushroom Soup dengan Coffee 3in1. Memang habis la air dalam kettle tu 😅
Bersambung Bulgaria Part 3 : (Under Construction)




















Masjidnya sangat klasik gitu. Alahai Cian dah la makan megi ,air pun kena catu. Biasalah tu kan traveling tak semua org okay.
ReplyDeleteCantik Masjid Banya Bashi. Tapi kami tengok dari luar saja, tak masuk.
ReplyDeleteCantik dan unik. Tempat wudhuk bawah tanah memang menarik ni. Negara kita takde kan rasanya.
ReplyDelete