Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Kalau datang ke Negeri Pahang atau terutamanya dari Daerah Temerloh hinggalah ke Bandar Kuantan. Anda perlu merasai sendiri masakan tradisi orang lama Pahang antaranya Patin Masak Tempoyak, Pais Ikan Patin atau Pais Ikan Baung, Sambal Hitam Ikan Bilis yang diperbuat dari Buah Belimbing Buluh sebagai bahan utama, Rendang Hitam Pahang dan banyak lagi.
|
Senang nak jumpa sebab dia sorang jer warna kuning kat sini :D |
Maka disebabkan itulah kami berkunjung ke Eat Cabin Restaurant ini yang berada di Tanjung Lumpur, Kuantan. Di sini anda boleh mencuba masakan tradisi Negeri Pahang seperti yang telah disebutkan di atas tadi dan terdapat juga menu seperti Asam Pedas, Masak Lemak Cili Api dan juga makanan Cina dan Western. Dan antara yang famous di sini terdapat hidangan Udang Galah bersaiz XXL.
Dibuka setiap hari dari jam 11.00 pagi sehinggalah jam 10.00 malam kecuali Hari Jumaat dibuka dari jam 5.00 petang sehingga jam 10.00 malam dan pada Hari Isnin dibuka jam 11.00 pagi sehingga jam 4.00 petang sahaja. Beralamat di Lot A-1, Jalan Tanjung Lumpur 7, 26060 Kuantan, Pahang. Atau lebih mudah kita pin destination restoran ini ialah terletak betul-betul berhadapan dengan Hospital Pakar KPJ Kuantan.
|
Another ruang makan, musolla dan toilat berada di tingkat dua. |
|
Decoration yang cantik di ruang makan tingkat dua. |
|
Another view di ruang makan di tingkat dua. |
Ruang solat dan tandas yang selesa disediakan di bahagian tingkat dua restoran ini. Terdapat juga beberapa jenis souvenir terutama berkenaan Negeri Pahang atau Kuantan itu sendiri dijual di sini seperti keychain dan fridge magnet. Pekerja yang ramah. Dan few time aku datang sini ada beberapa kali mereka belanja anak-anak aku makan free aiskrim. :D
Basically dah lebih 10 kali aku datang makan di sini samada datang bersama anak-anak atau berdua dengan wife disebabkan selalu juga ke Kuantan atas urusan kerja dan hanya sekali sahaja pengalaman aku datang makan kat sini makanan tak sedap hahahaa. Mungkin that time dapat tukang masak baru kot, habis semua makanan tak ada rasa kecuali pedas semata-mata. :P
|
Sotong Goreng Tepung. |
|
Daging Itik Salai masak apa ntah aku tak ingat hahahaa :P |
|
Asam Pedas Ikan Patin atau Ikan Pari. Dua-dua pun sedap :D |
|
Makan tengah hari kali ini kita order makanan nasi berlauk. |
Overall hampir kesemua menu masakan di sini aku dah try dan alhamdulillah sedap especially Masakan Pais Ikan dan Asam Pedas dia. Aku kadang-kadang siap bungkus bawa balik KL lagi hihii. And aku bagi rate 8.5 out of 10. Apa pun restoran ini selesa dan kemas serta bersih. Cuma harga dia agak tinggi sedikit la berbanding dengan tempat makan lain. By the way semua nasi yang dihidang menggunakan Beras Basmathi yer.
|
Tak sure semua dinosaur ni just decoration atau dia allowed kids to play. |
|
Antara decoration di luar Restoran Eat Cabin ini. |
|
Lepas makan kita buat bayaran di kuanter. Di kaunter ni ada pelbagai souvenir dijual. |
Kat sini ada patung-patung dinosaur yang di susun di bawa sebuah pokok di dalam restoran ini. Aku pun tak sure it just a decoration atau memang nak bagi anak-anak pengunjung yang makan di sini bermain. Sampai turn anak aku datang habis semua dinosaur bersepah hahaha :P . Well aku tengok staff atau owner tak say anything so aku assume memang dia letak untuk kids bermain. :D
Terjumpa pulak dalam google harga makanan di Eat Cabin ini. So aku share sebahagian menu masakan dan harganya sekali di sini untuk preference pembaca. Mana la tahu jika ada rezeki berkunjung ke Bandar Kuantan dan mencari-cari tempat makanan yang sedap. Masakan Kampung Dan Cina Muslim Eat Cabin Restaurant can be consider :D
menarik ni, nanti boleh try...:) tq sharing
ReplyDeleteMost welcome.. Nanti try and up entry bgtau yer hahaha :D
Deletemenarik menu2 sedapp
ReplyDeleteinsyaAllah ke Kuantan bileh cari ni
Insyallah makanan nya sedap.. Boleh la try kalau ke Kuantan.. :D
DeleteLalu banyak kali tapi tak pernah singgah. Kena try ni nanti.
ReplyDeleteAmboi org Kuantan pun lalu tepi jer hahahaa.. Nanti try bg review lak macam mana yer.. :D
Deletebolehlah lepas ni kalau ke kuantan cari bangunan kuning ni :D
ReplyDeleteSila sila.. Cari jgn tak cari kalau ke Kuantan hihihi.. :D
DeleteLuas selesa elok tempatnya. Sesuailah dengan harga makanan lebih tinggi.
ReplyDeletePergh…harga nasi goreng daging tu 😅
Kan.. Takut juga tgk harga nya hihihii.. Okla tmpt selesa dan nyaman.. Ada aircond.. :D
DeleteLapar terus SA baca dan tengok gambar dalam entry ni..sabar jer la...
ReplyDeleteSama jer lah baca entry dia mostly semua makanan jer hahahaha..
Deletekalau dah 10 kali memang betul sedap lah tu. nampak selesa restorannya
ReplyDeleteMungkin sebab situ jer antara tmpt yg selesa kalau nak makan tgh hari dgn the kids and kalau malas masuk mall huhuu..
DeleteTak lalu makan ikan air tawar tapi makanan yang lain nampak sedap..
ReplyDeleteOh tak makan ikan air tawar ke.. Alahai rugi nya hihiihii.. Ok blh try menu lain selain ikan la mcm tu :D
DeletePahang mmg terkenal dgn ikan patinnya, masak tempoyaknya..sedapnya...
ReplyDeleteSatu hari nanti boleh jalan-jalan dekat kuantan juga..
Huhuu.. patin masak tempoyak mmg masakan killer.. nasi bertambah2 huhuu..insyallah moga dipermudahkan :D
DeleteJuli saya nak ke Malaysia lagi, berharap bisalah mampir ke Pahang yaa, dan coba menu2 khas ikan patin tempoyak tadi di restoran ini 😍😍. Penasaran pula. Apalagi lihat foto2 memang nampak sedap.
ReplyDeleteMenu khas suatu daerah/kota begini, yg saya biasa cari tiap kali traveling ke suatu tempat.
Harus mencoba menu masakan ikan patin tempoyak.. walau di mana jua di Pahang seharusnya masakan org lama cara tradisi mmg sedap bangat .. :D
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSuka masakan Cina jadi kena cari yang muslim la. Uniknya ada masakan kampung juga. Pun suka juga....
ReplyDeleteBoleh la try dtg ke sini.. multipurpose nak itu ini pun boleh hahahaa.. apa pun Pais Ikan Patin dia mmg terbaik :D
DeleteKena cuba ikan patin la kalau gitu...
DeleteSemestinya.. Pais Ikan Patin dia terbaik ....
Deletex apa harga mahal sikit janji sedap dan kena dengan selera kita....
ReplyDeleteKan.. bayaran mahal itu utk keselesaan dan nikmat makan :D
DeleteBesar restorannya. Makanan pun nampak sedap-sedap. Pernah makan patin tempoyak Temerloh je. Makanan tradisi pahang lain, belum pernah cuba.
ReplyDeleteAlhamdulillah restoran selesa dan aman.. Patin Tempoyak Temerloh mmg best sedap.. Kena cuba di dearah lain juga.. :D
Deleteboleh tahan juga harganya tapi kalau sedap apa salahnya
ReplyDeleteOkla boleh tahan rasanya makanan di sini.. dan tmpt selesa kalau bawa anak-anak kecil..
Deletesambal hitam pahang memang sedapp... favourite saya tu
ReplyDeleteSama lah kita.. kalau dpt makan dgn nasi kosong panas2 dah cukup.. :D
DeleteThanks for shaaring...nanti sesat ke sana boleh la singgah
ReplyDeleteBaik.. kalau tak sesat mcm man pulak hihihiii.. :P
DeleteNyam-nyam...saya jadi ikut lapar liat lauk pauknya:D
ReplyDeleteHarus berhati hati ketika membaca review makanan hahahaha.. :D
DeleteMenarik suasana resto/cafe macam ni. Selesa nak makan pun. Kalau saya ke Kuantan kena tolak ikan patin. Ikan baung ONz. Padahal lebih kurang je pun ikannya. Asam pedas masak dalam claypot mesti sedap. Eh, ikan pari pun kena tolak juga sebab tak makan. Hihi...
ReplyDeleteAmboi banyak nyer ikan yg kena reject dgn Puan Azhafizah.. Padahal ikan patin dgn baung mana jauh sgt rupanya hahaha.. asam pedas claypot mmg terbaik kalau sedap la kan..
Deletebayar mahal takpe kalau rasa memang sedappp & puasss makann hehehe
ReplyDeleteBaru semalam try makan lagi sekali.. hurmm dah tak sedap mcm dulu.. just rasa mcm tak akan dtg lagi la huhuu..
Deletemata sy nampak pondok telefon
ReplyDeleteadakah owner terbangkan terus dari UK
ke malaysia?
hahaha
Rasa nya owner kedai ni pernah belajar sana kot sbb telefon tu hahahaha :P
DeleteTak sure la den di bawa dari mana huhuuu..
pekat betul asam pedas ikan patin tu
ReplyDeletesebab selalu nampak yg cair je
Asam pedas dia baru jer makan 3 hari lepas.. dah tak sedap macam dulu.. tak tahu kenapa.. rasa mcm tak nak dah makan kat sini huhuu :-(
DeleteBaca entry ni macam nak pergi sekali baca tuan blog reply terus jadi nak singgah
DeleteIkut hati masing2.. cuma kita tak repeat dh kot makan sini..
Deleteoo..ada itik salai...dah 10x mkn kat sini...kalau sedap & harga reasonable, berbaloi repeat...
ReplyDeleteRasa nya skrg dh tak sedap kot hahaha.. last month makan sini dah tak sedap mcm dulu.. ntah la mungkin salah chef ke apa tak tau huhu
DeleteIni kalau bawa orang tua-tua sure deme suka sebab ada menu macam pais semua tuh. Jarang jumpa menu pais ni
ReplyDeleteMenu pais rasanya mcm dah tak ada la pulak.. sebab baru-baru ni dtg makan sebelum puasa mcm dah tak ada pulak pais tu ..
DeleteKalau pergi ke Pahang, ikan patin dan baung memang ku tolak sesiap tapi bila en. Hb order patin masak tempoyak, maka terpaksalah ku tahan baunya sebab ku tak suka bau durian.. hahaha..
ReplyDeleteAlahaiii... Tekak melayu kena lah biasakan diri makan patin masak tempoyak tu.. sedap ooo.. Tahan je la kalau hubby dah order dan terhidang atas meja.. hihihii
Delete