Thursday, 8 February 2024

Menaiki Bot Menyusuri Hutan Paya Bakau Di Sungai Cherating

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Alhamdulillah seminggu dua ni mood nak update blog kembali lagi tapi mungkin juga sebab budak-budak dah start cuti sekolah so rasa kerja harian tu kurang sikit. Just ada seorang jer yang masih kena hantar ke tadika. Dari 4 tempat yang perlu dihantar setiap pagi iaitu di 2 buah sekolah dan satu rumah pengasuh and now only one to be send. Seronok ayah boleh duduk minum kopi pagi-pagi dengan tenang hahaha.

Jom kita explore menyusuri hutan paya bakau di Sungai Cherating.
Okay tutup intro sambung cerita. Pada hujung tahun lepas kami outstation ke Kuantan like always then tergerak hati nak ke Cherating sebabnya ada sorang anak saudara ikut and ada few kawan-kawan dari Indonesia datang bercuti ke Kuantan. So kami plan untuk meet up di Kuantan and then tanya wife nak bawa jalan mana kita sebab bukan orang Kuantan.


Maka datanglah idea ntah dari mana untuk ke Cherating. Satu sebab sana pusat percutian dan peranginan poupular sampai masuk dalam game saidina - part ni si anak saudara kitorang yang cakap (Syafiqah). Dan aku dengan wife pun tak pernah lagi jejakkan kaki ke Cherating padahal selalu jer drive dari Kuantan ke Kuala Terengganu atas faktor kerja.

Nampak macam kedai makan jer. Tapi tak tahu macam mana nak singgah :D
Menyusuri bawah jambatan untuk ke laluan masuk Hutan Paya Bakau.
Pada hari kejadian kami turun ke lobi hotel seawal pagi dan makan breakfast yang telah disediakan oleh pihak hotel. One thing yang aku suka Hotel Classic ni ialah breakfast yang disediakan dan makanan dia variety sangat-sangat. Dari buah-buahan, kuih muih, kalau ada Nasi Lemak, Bihun dan Mee Goreng pun ada sekali. Kadang-kadang Mee Kari, Roti Jala, Bihun Sup pun ada. Padahal bayar murah jer rate bilik di Classic Hotel ni.

Disebabkan hari ini hari bekerja maka Cherating tidaklah terlalu ramai pengunjung but still kelibat warga asing yang datang sebagai pelancong itu ada di mana-mana. Dari Hotel Classic ke Pantai Cherating mengambil masa 45 minit dengan jarak sejauh lebih kurang 50km. Kami sampai seawal jam 8.30 pagi. And sampai-sampai jer macam blur tak tahu nak buat apa sebab tak tahu nak buat apa hahaha..

Perjalanan sejauh 50km dari Bandar Kuantan ke Pantai Cherating.
Maka kami stop di Hafiz's Adventure Activities yang beralamat di No 7/ 1156, Cherating Lama, 26080 Kuantan, Pahang. Dibuka setiap hari dari dari jam 9.00 pagi sehingga 10.30 malam. Beberapa aktiviti menarik yang disediakan antaranya Mangrove River Cruise, Watching Fireflies (Kelip-Kelip) di malam hari menaiki bot. River Kayaking and ATV @ Quad Bike at soft jungle trail with local guide. 

Ada juga aktiviti kebajikan seperti Mangrove river clean up and mangrove tree planting program. Dan yang paling menarik ada aktiviti Release Baby Turtle To The Sea dan Turtle laying eggs watch on the beach at night. Ada aktiviti yang hanya dilimitkan pada waktu-waktu tertentu dan ada yang terbuka sepanjang waktu ia beroperasi.

Ular Hutan Paya Bakau atau lebih dikenali dengan nama Ular Cincin Emas.
Ketam Batu - Hukum Makruh dimakan sebab hidup dua alam.
Biawak pun ada kat sini.
Ni burung apa eh.. Siapa tahu?
Ketam ni ada yang berwarna-warni.
Samada ini anak biawak atau spesis biawak lain yang kecik.
 Cantik elok jer duduk dalam lubang kecik ni.
Syukur kami semua seramai 5 orang dewasa dan 2 kanak-kanak memang cukup untuk satu trip bot bagi aktiviti Mangrove River Cruise. Bayaran dikenakan adalah RM45.00 seorang. Satu sesi river cruise adalah selama sejam sehingga satu jam setengah bergantung pada cuaca dan pasang surut air. Sebab kalau air terlalu surut ada few place yang tak boleh diredahi oleh bot.

Catch the moment 
Tenang jer.. Bot memang dipandu perlahan untuk kita menghayati keindahan
Alhamdulillah pengalaman yang amat menarik dan menakutkan juga hahahaa. Sebab antara haiwan yang kita dapat lihat dan agak banyak adalah ular paya bakau atau juga dikenali sbagai Ular Cincin Emas. Kata pemandu bot ular ni buta siang dan hanya akan bergulung di ranting pokok di siang hari. Hanya aktif di malam hari so tak perlu risau kata dia. But kami still takut sebab ular is ular kan hahahaa :P

Dia ni kan kat mana-mana jer ada. Kiranya haiwan paling banyak la yang kami jumpa.
Suasana dan keadaan Hutan Paya Bakau Sungai Cherating.
Seronok tengok perkampungan di pinggir Sungai Cherating ni.
Kata pemandu bot zaman dulu-dulu macam ini la keadaan Kuantan.
Disebabkan aku sorang jer lelaki maka aku duduk belakang dengan pemandu bot dan yang lain semua perempuan duduk depan. Lagi kuat diorang jerit sebab lalu bawah ular kat ranting tu lagi kuat la pemandu bot ni usik diorang. Okla tak ada ular yang jatuh atas bot sepanjang menyusuri Sungai Cherating ni. Seronok dapat lihat pelbagai jenis burung dan juga ketam yang berwarna-warni sepanjang perjalanan. 

Time matahari nak naik kami dah on the way balik ke jeti Hafiz's Adventure Activities.
Akhirnya selepas sejam lebih kami pulang ke pangkal jalan.
Okay belanja sikit muka anak saudara. Pelajar Aviation Kolej.
Tour yang mengambil masa lebih sejam ini tak terasa lama mana pun. Dia macam "eh tiba-tiba dah nak habis dah ke?" Rasa tadi macam baru jer naik bot memang rasa tak puas sangat. Lagi pun kami amik trip yang pagi suasana tenang aman dan tak berapa nak panas sangat. Cuma balik tu baru terasa sikit panas sebab matahari baru nak naik tapi still dalam paya bakau rasa sejuk jer. 

64 comments:

  1. Bestnya aktiviti ni tapi part ular tu seriau 😅
    Anyway seronoknya tengok rumah² tepi sungai tu... Macam dulu-dulu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah part ular tu yg cuak sket hahaha.. Tapi btl la kata pemandu bot.. Dia tak akan jatuu waktu siang hari hihii.. Yeap suka tgk rumah2 tepi sungai tu.. Sampan jdi pengangkutan utama..

      Delete
  2. Selalu kalau sebut cherating mesti ingat laut. Haaaa... Ada juga sisi lain pasal cherating kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada uncle banyak sisi cerah di Cherating.. nak kena explore lagi apa yg best di Cherating.. dgr2 nak membatik pun ada kat sana..

      Delete
  3. Wow ada ular juga kah di hutan bakau. Kalo ketam memang biasanya ada di bakau ya.

    Indahnya Cherating.😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer ada ular dan mmg banyak ular nya di atas ranting pokok huhuu.. Ketam juga byk.. Cherating mmg indah dan cantik.. :D

      Delete
  4. walaupun dia buta di siang hari, risau tu tetap ada...best aktiviti mcm ni..melihat fauna alam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan mmg risau kot la jatuh atas bot mau semua loncat terjun hahahaha... Tapi pengalaman yg menarik la :D

      Delete
  5. Alhamdulillah.
    Banyak tempat menarik dan keindahan alam semula jadi di negara kita untuk dijelajahi.
    Marilah datang ke Sabah, boleh menyusuri Sungai Kinabatangan, melihat pelbagai jenis haiwan di hutan kiri kanan sungai
    Tapi, saya sendiri sekarang tak berani lagi berada di sekitar sungai sebab banyak peristiwa orang kena baham buaya! Macam tak selamat pula rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kalau ada travel blogger focus dlm Malaysia sahaja pun sebenarnya banyak tmpt dan aktiviti yg sgt2 menarik..
      Huhu.. bahaya itu ada di mana2 sahaja.. insyallh kita travel dgn niat utk melihat keindahan ciptaan Allah.. tapi bila umur dh meningkat ni mmg rasa tak seberani mcm muda2 dulu hihii..

      Delete
  6. Cherating tak pernah sampai lagi...
    wah..menarik tapi kan yg ular tu kan eee..takut dia jatuh nya , mmg terjun terus...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat pergi sebelum ia menjadi mahal sebab lambakan pelancong hahaha.. :D
      Itulah kami pun tak tahu lepas duduk dlm bot baru tahu ular tu scary hahaha.. apa blh buat layan jer la.. :D

      Delete
  7. Betuuuuul, ular is ular 🤣🤣🤣🤣. Mau dikata dia buta saat siang, tapi rasanya saya tak semangat kalo tahu dia ada di atas pohon yg dilewati. Ntah2 saking lelap tidur, dia terjatuh ke boat kan 😂

    Memang kalo ke hutan bakau begini, pastilah harus siap dengan aneka hewan yg dijumpai 🤭. Tapi memang cuma ular saja yg saya tak bisa lihat 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ular is ular .. walau buta tapi bisanya tetap hidup hahaha.. dlm kepala mmg fikir macam mana buat kalau ular nya jatuh atas bot hahaha.. mau anak kecil nya dibaling dulu keluar bot hahaha..
      Sekali sekala okla kita layan nature seperti ini.. bagi kesedaran pada anak2.. :D

      Delete
    2. Dan saya jadi bayangkan, rumah2 penduduk sekitar situ, seberapa sering mereka terjumpa ular dalam rumah 😅. Sementara ada kawan saya, yg rumahnya dekat sawah. Kalo dah musim hujan, ga usah tanyalah berapa kali ular masuk ke dalam 🤣. Mau pingsan rasanya 😅

      Delete
    3. Kalau diperkampungan mmg begitu kemunculan ular itu tidak aneh.. Kdg2 anak kecil bisa buat permainan sahaja.. Hahahaha.. Cuma kita yg jarang sekali lihat kelibat ular mmg seram sejuk lagi2 bila di atas kepala huhuu

      Delete
  8. tang ular tu kita seram...walaupun pemandu bot kata takde papae...kikiki
    rumah2 dekat tepi sungai tu still ada orang duduk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemandu bot lebih berpengalaman.. tapi kalau nak jadi jadi jugak kan hahahaha.. well alhamdulillah walau berpuluh ular yg kami jumpa tiada satu pun jatuh atas bot hahaha..
      Aah ada org duduk ..itu mmg perkampungan tepi sungai.. kan best kalau ada homestay boleh try :D

      Delete
  9. suka tgk ular menjalar jalar
    tp dalam masa sama gerun
    hahaha

    seronok dpt nikmati alam mcm ni
    byk benda kita boleh belajar dan hargai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan dei jauh excited tapi bila di bawah ular di pohon .. semua diam seribu bahasa hahaha..
      Betul tu dari kecik kena ajar anak2 biasa duduk atas bot dan biasakan masuk hutan.. dan biasa kan balik dgn baju kotor.. :D

      Delete
  10. Errr MZ surrender la bab2 ular tuuuu

    ReplyDelete
  11. Macam seriau aje pengembaraan ini. Kalu husband Mrs. A ni tak mahu dia sebabnya mabuk naik bot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik bot tu mmg best semua berseronok sakan bergelak sampai lah part jumpa ular di beberapa pohon pokok.. terus diam hahaha.. oh ye ke mabuk naik bot . Bukan kaki mancing la tu hahaha

      Delete
  12. What if klu ular tu jatuh atas bot hiksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terfikir jugak masa naik bot tu.. tapi tu la benda tak jadi so takde la if tu hihii

      Delete
  13. teringat masa menyusuri Sungai Sukau di Sandakan Sabah pada thn 1999 dulu. Terlihat juga ular ni di dahan pokok... seramnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishh lama tu saya darjah 6 masa tu.. seram kan bila nampak ular2 ni di atas ranting pokok..

      Delete
  14. Apabila kita dalam keadaan seronok ...masa tidak rasa berlalu dengan pantas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dan juga tour mangorve river ni amat menarik dan tidak membosankan.. Sebab tu tak rasa masa berlalu dgn pantas.. Huhuu

      Delete
  15. Imut banget burung tuu..di hutan mangrove ternyata banyak macam hewan yg di temui ,dari yg lucu sampai yg seram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg lucu bergelak senyum semuanya.. Yg seram sunyi sepi tiada suaea yg kedengaran.. Hahahaha..

      Delete
  16. Mengisi liburan dengan menakluk alam itu sangat menyenangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenang aman dan damai.. Menyenangkan sangat suasana :D

      Delete
  17. kuusss semangat. serem tgk ular2 tu, kang memacam bermain di fikiran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitaorg yg duduk dlm bot lalu bawah ular tu lagi la darah setitik pun takde dah hahahaha...

      Delete
  18. Burung warna oren tu ialah burung raja udang atau kingfisher. Menarik trip macam ni cuma kalau ada stop satu tempat, makan2 kemudian balik semula mungkin lebih menarik. Kalau 2 jam baru puas kut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan king fisher warna biru ke hahaha .. ok satu family king fisher la tu.. hahaha.. trip ni kalau ada makan2 tu mmg best la.. tapi tu la dia simple easy going jer.. klau 2 jam mmg puas la duduk atas bot.. :D

      Delete
  19. seronoknya dapat lihat keindahan alam sekitar.. tapi ade takutnya di situ.. ular tu nampak menakutkan.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk nature mmg best tapi jumpa ular tu part tak berapa nak best la huhuu.. :P

      Delete
  20. Best betul aktiviti ni..ntah bila SA dapat peluang explore macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah suatu hari nanti... Ada minat insyallah ada jalannya nanti tu :D

      Delete
  21. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  25. Kalau nak tahu burung tu boleh pergi kat google lense kat Google ni. Nanti kuar facts pasal burung tu. Nampak macam kingfisher.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Burung Kingfisher tapi biasa jumpa warna biru tapi yg ini warna lain.. skrg senang guna google lens..

      Delete
  26. Best buat aktiviti macam ni sesekali. Seram pula tengok ular dan haiwan disekeliling tu. Memang menjeritlah kami kaum perempuan. hihi...Tapi memang enjoy sangat berbaloilah dengan harga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg menjerit2 kalau org pmpn naik bot masuk paya bakau di Cherating ni hihihii.. seriau sgt kalau ular tu jatuh atas bot.. mau semua terjun ke dalam air hahaha :D

      Delete
  27. tengok peta tu baru sy perasan
    jauh juga eh dari kuantan nak ke cherating
    hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap bukan dekat-dekat belakang rumah mak tipah yer hahaha..
      Cherating masih lagi dalam kawasan Bandaraya Kuantan..

      Delete
  28. bila tengok haiwan2 tu
    baru terasa betapa pentingnya
    hutan bakau ni kepada mereka
    bayangkan kalau ia dihapuskan
    hanya krn pembangunan?
    kat mana laa haiwan2 ni nak hidup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak apa.. dari pemandu bot cerita .. dulu Kuantan adalah kawasan macam ni tapi sekarang telah terhapus dek kerana pembangunan.. Apa pun Kuantan masih best dengan suasana nya yg tersendiri :D

      Delete
  29. tempat2 sebegini perlu diperekenalkan lbh agresif lg
    buat mcm thailand
    diorg betul2 ambil manfaat
    dgn hutan paya bakau ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Malaysia ni nampak mcm tourism dia lemah sket la dalam promosi dan dalam nak bangunkan kawasan tourism yg telah ada di Malaysia ni.. Di bali tmpt sawah pun boleh jadi tourism side beribu-biru org dtg setiap minggu.

      Delete
  30. Bestnya aktiviti macam ni dan tak rasa ramai yang nak pergi bila tgk gambar ular tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun takut2 jugak.. tapi betul kata pemandu bot..ular tu tak akan jatuh ke atas not sbb buta siang hahaha..

      Delete
  31. Macam kena jadikan agenda wajib kalau ke Cherating ni ye sebab menarik banget aktiviti kembali ke alam semulajadi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sekali sekala naik bot menyesuri hutan paya bakau mmg seronok sangat :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...