Showing posts with label Indonesia.. Show all posts
Showing posts with label Indonesia.. Show all posts

Tuesday, 24 December 2024

Bali Part 17 : Bali Collection - Lunch At Bebek Tepi Sawah - Water Blow Nusa Dua

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Indonesia Bali Part 16 : The Keranjang Bali - Richeese Factory - Mandara Bridge Toll Highway

Dari The Keranjang Bali kami menaiki Grab terus ke Bali Collection di Nusa Dua Jaya di Kuta Selatan. Ada post kawalan polis yang akan random check setiap kereta yang akan memasuki ke Bali Collection ini. Alhamdulillah kami lepas tanpa sebarang masalah.

Walaupun Bali Collection ok ini berkonsep open air tapi keadaan persekitaran di sini agak redup dengan banyak pokok-pokok besar yang menutupi ruang berjalan kaki dari satu kedai outlet ke kedai yang lain. Dan banyak tempat duduk di bawah pokok yang disediakan.

Safely arrived at Bali Collection Nusa Dua Jaya at Kuta Selatan.
Ada beberapa booth menjual produk pakaian buatan tempatan.
Bali Collection adalah sebuah mall open air yang mempunyai banyak outlet jenama ternama dunia di sini. Beralamat di 56XJ+22F, Jl. Kw. Nusa Dua Resort, Benoa, Kec. Kuta Selatan, Kabupaten Badung, Bali 80361, Indonesia. Dibuka seawal 10.00 pagi dan tutup pada jam 10.00 malam setiap hari.

Terdapat lebih dari 30 store brand pakaian terkemuka dari seluruh dunia. Seperti Surfer Girl, Billabong, Hurley, Quicksilver, Bamboo Blonde, Giordano, Levi's, Pink Eleven, Polo and D&G. Dan lebih 20 restoran terkemuka samada dari Indonesia atau luar negara. Terdapat kedai Souvenir tempatan seperti Padi Art Market, Wikowi Art & Craft and Bali Bagus.

Entrance dari West Gate. Kelihatan kebanyakan shuttle drop off di sini.
Keadaan di sini tenang dan tak crowded mungkin sebab cuaca tengah panas terik.
Seronok jugalah kalau nak have a walk di sini suka dengan konsep open air mall.
Dikelilingi dengan hotel dan resort mewah bertaraf 5 bintang dan ke atas. Mempunyai security yang ketat untuk masuk ke sini. Free Wifi di seluruh 8 ekar kawasan mall. Shuttle setiap setengah jam disediakan untuk ke lebih 20 destinasi hotel dan resort di Nusa Dua dari 10.00 pagi sehingga 9.00 malam.

Very recommended untuk datang ke sini walau tak ada niat nak shopping.
Tak ada plan sangat nak buat apa di sini just lebih kepada nak tengok-tengok apa yang ada dan nak habiskan masa sebelum ke airport lewat petang nanti. Masa ni dah pukul 1.30 petang dan kami belum lunch lagi maka kami decide untuk lunch di sini sahaja jika ada mana-mana restoran halal.

Terdapat money changer di sini tapi harga tukaran macam di KLIA 1 :D
Polo - Brand asal British yang dicuri dari ideal asal orang India. Fakta yer :D
Masuk Kedai Quiksilver brand famous masa muda belajar di Afrika dulu.
Aku cakap dengan Ustaz Anas mungkin makanan di sini mahal sikit tapi tak apa lah kot sebab dah nak balik dah and this will be our last reward di Bali. Dan selepas ini memang kita akan terus ke airport untuk balik ke Malaysia.

Dan di sini kami terjumpa Restoran Bebek Tepi Sawah yang cukup famous di Bali. Dan makanan di sini tidak ada sijil halal tapi mereka memberitahu ayam dan daging di sini dari supplier yang mempunyai sijil halal. Sama jugalah ceritanya seperti di Restoran Bebek Joni yang kami makan di Ubud dua hari lepas. 

Suka dengan decoration dalam restoran ini. Nampak soft jer tak serabut.
Antara menu di sini. Seafood sehingga ke ayam dan vegetarian menu pun ada.
Mungkin sebab ini lunch terakhir kami di sini maka kami spend lebih IDR500,000 dengan tidak sengaja. Just nak habiskan duit sebelum pulang ke Malaysia malam nanti. Alhamdulillah makanan sedap cuma banyak pulak nyamuk yang menyerang kaki walau kami pilih tempat duduk di dalam.

Disebabkan juga cuaca yang amat panas ketika ini air yang kami order habis diminum sebelum makanan sampai dan kami kena order air untuk second round. Paling sedap air jus buah-buahan di sini memang rasa 100% original macam tak campur air langsung. Aku repeat jus tembikai dua kali hahaha :D

Alhamdulillah inilah menu kami. Ikan dan Ayam Bakar. Dan Bebek Bakar adalah wajib.
Seorang memang minum lebih dari segelas air sebab cuaca memang panas sangat.
Selesai makan kami berjalan ke arah Bali Water Blow. Salah satu attraction di yang ada di Nusa Dua ini. Jarak lebih kurang 900 meter dari Bali Collection. Bayaran masuk untuk dewasa adalah IDR25,000 dan kanak-kanak IDR15,000. Namun hanya jika kita bernasib baik maka dapatlah lihat waterblow yang menarik most of the time waterblow nya tak menjadi. 

Bali Water Blow also known as Water Blow Nusa Dua. "When waves crash at high tide into this reef, the resulting splashes reach several meters in height". Balinese culture is rich with stories that personify the natural elements, and Water Blow is no exception. The crashing waves are said to be the breath of a sea god, a guardian of the coast.

Keadaan terbaik keadaan "water blow" tapi jarang-jarang berlaku. Ikut nasib la :D
Untuk yang nak datang ke sini make sure bawa payung dan air minum sebab cuaca panas yang amat. Once kita dah keluar dari area Bali Collection maka tiada lagi pokok yang akan melindungi kita dari terik matahari. Dan waktu cadangan yang sesuai adalah di awal pagi dan lewat petang sebab tak panas sangat.

Pemandangan Water Blow Nusa Dua dari atas - Sumber Google.
Nak tunggu water tu blow dengan cuaca panas ni kena bersabar sikit la hahaha..
Dan kalau ada peluang datanglah pada waktu air pasang sebab kalau surut memang tak dapatlah tengok dan bergambar waterblow tu. Kami datang sekejap sahaja sebab cuaca panas dan dapat bergambar sikit terus kami balik entrance dan terus booking grab balik ke Anika Guest House dengan harga IDR118,000 bersamaan RM32.60 dengan jarak 13km.

Dalam perjalanan Ustaz Anas dapat notification dari App AirAsia bahawa flight untuk malam ini delay. Terus kami terdiam sekejap sebab plan sampai di Anika Guest House nanti just amik luggage dan terus ke airport. Kami memang dah check out seawal pagi tadi sebelum keluar dan simpan luggage di kuanter sahaja.

Monday, 19 February 2024

Salam Dari Bali Yuk - Stay Tune Readers :D

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Alhamdulillah kita try update blog walau berada jauh dari rumah dan paling bersabar try update guna handphone. Syukur selamat tiba di I Ngurah Rai International Airport Bali malam tadi dengan flight Airasia QZ0555. By the way harga return tiket kami dapat RM418.00 seorang. Insyallah akan berada di sini selama 5 malam 4 hari.

Suasana sunrise di Natya River Sidemen 
Glamping at Natya River Sidemen is one of the best ever experience. 
Setakat ini dah selamat mengejar Sunrise Di Gunung Batur, ke Danau Batur dan Hot Spring. Dan alhamdulillah selamat bersolat subuh di Masjid Besar Al Muhajirin Kintamani. Dan at this moment dah selamat check in di Daerah Ubud. Hotel cantik dengan harga RM75.00 untuk semalam actually bukan hotel la tapi cottage. Alhamdulillah nice. :D

Pemandangan Danau Beratan & Gunung Mangu di Bedugul.
Masjid Besar Al Hidayah at Bedugul yang terletak di atas bukit.
Selepas di Kintamani kami ke Tegalalang dan attraction utama di sini adalah Terrace Padi dan boleh melakukan pelbagai aktiviti yang menarik dan paling popular adalah aktiviti swing. Flying fox dan bergambar di bird nest yang lumayan banyak.

Coffee Plantation at Hidden Garden Luwak Coffee.
Inilah buah kopi. Once kalau dah masak ia berwarna merah.
Update - Setakat sekarang kami telah selesai berwisata ke Bedugul dan diperjalanannya singgah ke Leke Leke Waterfall dan Coffee Plantation melihat sendiri beberapa jenis pokok kopi dan pembuatan Kopi Luwak dan berkesempatan melihat ank musang pandan yang baru dilahirkan beberapa hari lepas.

Di Bedugul ada beberapa attraction antaranya Masjid Besar Al Hidayah, Pura Ulu Danu Beratan, Strawberry Farm, Pasar Hasil Tani Bedugul, dan paling seronok terdapat banyak makanan halal kerana di sini terdapat ramai orang islam. Boleh dikatakan hampir kesemua orang yang berniaga adalah orang islam dan wanitanya memakai tudung.

Keramas Black Sand Beach 
 
New place discover in my travel journey - Black Sand Beach :D
Update - Check in Hotel di Ubud - Yarama Cottage RM87.00 per night. Chech in Hotel di Sidemen - Natya River Sidemen RM67.00 per night. Check in Hotel di Kuta Anika Guest House RM49.00. Check in Hotel di Nusa Dua Santika RM120.00.

Setakat sekaranng ini kos perjalanan bersama supir dan grab adalah IDR 2,386,000.00 dan bahagi untuk 4 orang maka seorang IDR 596,500.00 bersamaan RM175.00. Alhamdulillah Trip Bajet Backpackers menjadi lagi :D

Bali Collection at Nusa Dua
Ada performance pada waktu malam di Bali Collection.
Outdoor concept of branded shopping mall
Billabong brand masa zaman remaja dulu huhuu.. :D
Update - Bali memang best dan cantik serta aku sendiri recommended untuk ke Bali tapi ke arah countryside sebab keadaan lebih tenang dan jauh dari kesibukan bandar. Lebih-lebih lagi jalan yang jem setiap masa. Dalam waze mungkin 40 minit tapi in realiti perjalanan boleh jadi sehingga 2 jam.

Kawasan pantai sekiranya bawa anak kecil lebih baik elakan sebab hanya pub, bar kelab malam dan yang teramat tak sesuai untuk orang islam berkunjung terutama Pantai Canggu, Pantai Seminyak sehinggalah ke Tanah Lot. Kalau ke area kawasan pantai luar bandar lebih elok dan bersih cantik tiada sesak dengan para pelancong. Kalau boleh ke Pantai Pendawa di selatan Bali lagi cantik.

Masjid Agung Asasut Taqwa yang terletak tidak jauh dari airport.
Gerbang Tol Ngurah Rai adalah satu-satunya Tol di Bali.