Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari
Indonesia Bali Part 16 : The Keranjang Bali - Richeese Factory - Mandara Bridge Toll HighwayDari The Keranjang Bali kami menaiki Grab terus ke Bali Collection di Nusa Dua Jaya di Kuta Selatan. Ada post kawalan polis yang akan random check setiap kereta yang akan memasuki ke Bali Collection ini. Alhamdulillah kami lepas tanpa sebarang masalah.
Walaupun Bali Collection ok ini berkonsep open air tapi keadaan persekitaran di sini agak redup dengan banyak pokok-pokok besar yang menutupi ruang berjalan kaki dari satu kedai outlet ke kedai yang lain. Dan banyak tempat duduk di bawah pokok yang disediakan.
|
Safely arrived at Bali Collection Nusa Dua Jaya at Kuta Selatan. |
|
Ada beberapa booth menjual produk pakaian buatan tempatan. |
Bali Collection adalah sebuah mall open air yang mempunyai banyak outlet jenama ternama dunia di sini. Beralamat di 56XJ+22F, Jl. Kw. Nusa Dua Resort, Benoa, Kec. Kuta Selatan, Kabupaten Badung, Bali 80361, Indonesia. Dibuka seawal 10.00 pagi dan tutup pada jam 10.00 malam setiap hari.
Terdapat lebih dari 30 store brand pakaian terkemuka dari seluruh dunia. Seperti Surfer Girl, Billabong, Hurley, Quicksilver, Bamboo Blonde, Giordano, Levi's, Pink Eleven, Polo and D&G. Dan lebih 20 restoran terkemuka samada dari Indonesia atau luar negara. Terdapat kedai Souvenir tempatan seperti Padi Art Market, Wikowi Art & Craft and Bali Bagus.
|
Very recommended untuk datang ke sini walau tak ada niat nak shopping. |
Tak ada plan sangat nak buat apa di sini just lebih kepada nak tengok-tengok apa yang ada dan nak habiskan masa sebelum ke airport lewat petang nanti. Masa ni dah pukul 1.30 petang dan kami belum lunch lagi maka kami decide untuk lunch di sini sahaja jika ada mana-mana restoran halal.
|
Terdapat money changer di sini tapi harga tukaran macam di KLIA 1 :D |
|
Polo - Brand asal British yang dicuri dari ideal asal orang India. Fakta yer :D |
|
Masuk Kedai Quiksilver brand famous masa muda belajar di Afrika dulu. |
Aku cakap dengan Ustaz Anas mungkin makanan di sini mahal sikit tapi tak apa lah kot sebab dah nak balik dah and this will be our last reward di Bali. Dan selepas ini memang kita akan terus ke airport untuk balik ke Malaysia.
Dan di sini kami terjumpa Restoran Bebek Tepi Sawah yang cukup famous di Bali. Dan makanan di sini tidak ada sijil halal tapi mereka memberitahu ayam dan daging di sini dari supplier yang mempunyai sijil halal. Sama jugalah ceritanya seperti di Restoran Bebek Joni yang kami makan di Ubud dua hari lepas.
|
Suka dengan decoration dalam restoran ini. Nampak soft jer tak serabut. |
|
Antara menu di sini. Seafood sehingga ke ayam dan vegetarian menu pun ada. |
Mungkin sebab ini lunch terakhir kami di sini maka kami spend lebih IDR500,000 dengan tidak sengaja. Just nak habiskan duit sebelum pulang ke Malaysia malam nanti. Alhamdulillah makanan sedap cuma banyak pulak nyamuk yang menyerang kaki walau kami pilih tempat duduk di dalam.
Disebabkan juga cuaca yang amat panas ketika ini air yang kami order habis diminum sebelum makanan sampai dan kami kena order air untuk second round. Paling sedap air jus buah-buahan di sini memang rasa 100% original macam tak campur air langsung. Aku repeat jus tembikai dua kali hahaha :D
|
Alhamdulillah inilah menu kami. Ikan dan Ayam Bakar. Dan Bebek Bakar adalah wajib. |
|
Seorang memang minum lebih dari segelas air sebab cuaca memang panas sangat. |
Selesai makan kami berjalan ke arah Bali Water Blow. Salah satu attraction di yang ada di Nusa Dua ini. Jarak lebih kurang 900 meter dari Bali Collection. Bayaran masuk untuk dewasa adalah IDR25,000 dan kanak-kanak IDR15,000. Namun hanya jika kita bernasib baik maka dapatlah lihat waterblow yang menarik most of the time waterblow nya tak menjadi.
Bali Water Blow also known as Water Blow Nusa Dua. "When waves crash at high tide into this reef, the resulting splashes reach several meters in height". Balinese culture is rich with stories that personify the natural elements, and Water Blow is no exception. The crashing waves are said to be the breath of a sea god, a guardian of the coast.
|
Keadaan terbaik keadaan "water blow" tapi jarang-jarang berlaku. Ikut nasib la :D |
Untuk yang nak datang ke sini make sure bawa payung dan air minum sebab cuaca panas yang amat. Once kita dah keluar dari area Bali Collection maka tiada lagi pokok yang akan melindungi kita dari terik matahari. Dan waktu cadangan yang sesuai adalah di awal pagi dan lewat petang sebab tak panas sangat.
|
Pemandangan Water Blow Nusa Dua dari atas - Sumber Google. |
|
Nak tunggu water tu blow dengan cuaca panas ni kena bersabar sikit la hahaha.. |
Dan kalau ada peluang datanglah pada waktu air pasang sebab kalau surut memang tak dapatlah tengok dan bergambar waterblow tu. Kami datang sekejap sahaja sebab cuaca panas dan dapat bergambar sikit terus kami balik entrance dan terus booking grab balik ke Anika Guest House dengan harga IDR118,000 bersamaan RM32.60 dengan jarak 13km.
Dalam perjalanan Ustaz Anas dapat notification dari App AirAsia bahawa flight untuk malam ini delay. Terus kami terdiam sekejap sebab plan sampai di Anika Guest House nanti just amik luggage dan terus ke airport. Kami memang dah check out seawal pagi tadi sebelum keluar dan simpan luggage di kuanter sahaja.
Bersambung Indonesia Part 18 : Flight Delay - Eiger Adventure 1989 - Santika Hotel - Uluwatu Temple - Final Part. (Under Construction)
Macam best jugak pergi mall open air, pengalaman baru. Tapi panas pulak ya.
ReplyDeleteAgaknya macam Design Village di Penang - outlet mall dalam taman. Cuma taklah luas.
Mesti terpukau kalau dapat menyaksikan water blow tu.
Memang best.. Boleh la nak cuci mata dan layan keindahan di sini macam sebuah pekan zaman dahulu setiap kedai berjauhan sesama sendiri gitu hahaa :D
DeleteTak ada rezeki nak tengok water blow sampai 8 meter tu. Insyallah next time :D
Excited plak bila tgk mall tu haha i kan suka shopping๐คฉ๐ err bab2 flight delay tu memang tak berapa besh laaaa
ReplyDeleteKalau suka shopping mmg wajib la ke Bali Collection nanti.. Bab flight delay ni unexpected kan.. mmg kena hadap jer la huhu..
DeleteBest nya Bali sekarang jauh berubah dari dulu. Mall open air tu mengancam lah. Food kat Bali & Indonesia ni memang sedap je nampak.
ReplyDeleteVibe di Bali Collection ninmmg best macam small town.. Okla kawasan kebanyakan redup.. byk tmpt duduk.. Food di Indonesia mmg sedap sama culture tapi berbeza masakan gitu.. :D
Deletecantiknye... ank saudara baru je balik honeymoon dr sini tempoh hari...
ReplyDeleteMemang Bali banyak tempat cantik... Kawan kawan pun ramai honeymoon di Bali :D
DeleteNampak menarik juga tempat ni ...
ReplyDeleteWater blow tu menakjubkan ๐๐ป
Water Blow tu mmg menakjubkan.. tapi tu la..nak tunggu dia blow sampai mencapai 8 meter tu sesekali jer huhuu
Deleteconcept shopping open air lebih kurang macam Genting Premium Outlet la ni, cuma panas ceng ceng jelah.
ReplyDeletememang mengancam sungguh air tembikai tu 100% pure. baru berbaloi
Itulah kalau tempat sejuk mmg seronok open air tapi kalau panas habis basah ketiak hahaha.. tpi okla di sini redup dgn teduhan pokok.. air tembikai kalau pure mmg best..
DeleteBelanja la video water blow tu... mesti menggagumkan!
ReplyDeleteMasa blow tu tak sempat nak amik video .. sbb dia bukan sepanjang masa blow cantik.. most of the time suram jer hahaha..
Deletepada yang tak makan bebek ni mcm kira rugilah tak dapat rasa ye...
ReplyDeleteKalau ke Indonesia mmg sy cari bebek.. sbb di sana dh jadi makanan harian so mmg byk menu utk bebek ... Rugi la kalau tak makan bebek/itik :D
DeleteBali Water Blow dan Pantai Nusa Dua terletak di tempat yang sama?
ReplyDeleteTertunggu-tunggu juga gambar Pantai Nusa Dua yang dikatakan sangat terkenal di Bali.
Bukan tmpt yg sama tapi tak juah la kalau nak jalan kaki dari Water Blow ke Pantai Nusa Dua tu dalam 1 km juga. Kita tak pergi ke Pantai Nusa Dua tu. sebab tak cukup masa :D
DeleteBali antara destinasi yang saya teringin nak pergi. Sebelum pergi, baca dulu info menarik tentang Bali.
ReplyDeleteOk boleh baca semua part yg saya dah tulis.. walau banyak tapi still ada banyak lagi tmpt yg saya tak dpt nak discover.. insyallah Bali mmg nak repeat lgi.. kawasan luar bandar mmg nature betul.. :D
Delete