Friday, 6 December 2024

Bali Part 13 : Glamping With Sunrise View At Natya River Sidemen

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Semua yang duduk di belakang tidur dengan nyenyak. Mungkin sebab aku yang berada di depan walau tertidur tapi asyik terjaga sebab takut juga pak supir terlelap sekali. Orangnya pun sudah berumur maka kita pun teman dan cuba berborak-borak dan sekali sekala bergelak ketawa. 

Pemandangan di pagi hari ketika matahari terbit di Natya River Sidemen.
Sempatlah juga Pak Supir kata tidak suka sama Prabowo kerna masih lagi hangat dengan Pemilihan Presiden Indonesia. Aku pun layan jer lah. Katanya dulu Pak Jokowo dengan Prabowo bermusuhan tapi diberi jawatan terus jadi sahabat. Aku pun gelak dan berkata sama juga ceritanya di Malaysia.

Di tengah perjalanan ketika kami semua terjaga aku tanya dengan Ustaz Anas "Malam ini nak tidur di Ubud atau nak try Glamping..?" Ust Anas kata okay juga try glamping. Maka terus buka Agoda dan booking 2 Khemah Glamping Di Natya River Sidemen yang aku dah siap simpan dalam bucket list di app Agoda.

Perjalanan dari kawasan bandar masuk ke kawasan pedalaman. 
Lega rasanya bila jumpa reception selepas 100 meter berjalan kaki dari parking.
Namun tiba-tiba Pak Supir kata dia tak boleh hantar ke Sidemen sebab harus pulang segera untuk melihat kedua orang tuanya. Tapi berkata akan turunkan kami di satu tempat yang mana jalannya menuju dan yang terdekat ke Sidemen. Kami pun setuju sebab keadaan yang dah mula gelap. Kesian sama Pak Supir.

Kami diturunkan di sebuah jalan simpang 4 yang agak sibuk dengan sebuah supermarket dan station minyak bersebalah kami. Serta ramai orang berjualan di pinggir jalan. Setelah menurunkan barang dan bersalam sama pak supir serta dihulurkan duit IDR500,000 pada Pak Supir kami berpisah. Kata ku "Kalau ada rejeki kita jumpa lagi ya".

Inilah tempat kami turun dari Grab malam tadi. Malam tadi gelap seram sejuk jer.
Lepas turun dari Grab kena jalan turun bukit ini untuk ke entrance resort.
Malam tadi kami jalan menuruni tangga di lereng bukit dengn lampu samar-samar.
Dah siang barulah nampak cantik tempat ini ada banyak tempat bersantai yang disediakan.
Baru tahu ada kawasan sawah padi di sebelah laluan kami malam tadi.
Dah jumpa laluan beratap kayu ini maka reception berada di hujung jalan sahaja.
Sementara Ustaz Anas dapatkan booking grab, kami membeli beberapa keperluan di dalam supermarket dan aku membeli nasi putih dari para jualan di pinggir jalan. Rencana nya kami akan makan malam di glamping aja. Kerna sekarang utamanya harus sampai di glamping dulu.

Beberapa pemandu grab reject booking kami kerna katanya perjalanan ke sana tidak menguntungkan malah ada yang terus menelefon kami menggunakan whatsapp call menawarkan harga mereka sendiri yang lebih mahal dan kalau setuju barulah mereka akan ambil dan bawa kami ke Sidemen.

Menikmati pemandangan indah matahari terbit dari Natya River Sidemen.
Memang speechless sungguh duduk di anjung ni dan layan sunrise.
Ini anjung pertama yang kami duduk layan sunrise dan kemudian tukar ke tempat lain.
Aku bagitahu Ustaz Anas "Try lagi sebab waktu masih awal lagi. Kalau dalam 20 minit semua reject kita amik jer offer yang ditawar tapi yang paling murah". Selepas 15 minit akhirnya seorang pemandu grab accept dan terus muncul dihadapan kami dalam 2 -3 minit sahaja.

Anjung kedua kami duduk layan sunrise. Memang cantik sangat pemandangan.
Behind the scene video time-lapse sehingga matahari naik melepasi puncak gunung.
Kelihatan pemandu adalah seorang lelaki dalam lingkungan awal 40an dan terus memberi salam pada kami, mungkin melihat ada yang bertudung dan berpurdah. Selepas confirm kami terus reloaded barang dan terus beredar menuju ke Sidemen. Pemandu Grab Pak Man memperkenalkan dari dan memberitahu dari Jawa serta beragama islam.

Wifi is everywhere. So boleh jer duduk di mana-mana dan boleh order drink dari reception. 
Bab nak shoot video gambar bagai ini memang serah pada orang wanita :D
Di tengah perjalanan Pak Man tiba-tiba bertanya ke mana mau pergi malam-malam ini. Sambil aku kata Sidemen Pak. Terus dia terdiam mungkin masa dia accept dia tak perasan mana destinasi kami hahaha.. "Rejeki itu kan dari Allah.. Kita usaha insyallah Allah permudahkan rejeki kita" tiba-tiba bapak bersuara. Kami pun iya betul.

Perjalanan memakan masa hampir 40 minit dengan jarak 29 km dengan harga IDR190,000 dan tadi berbelanja di supermarket IDR38,000 untuk Air Mineral, Jus, IndoMee, Roti dan Nasi Putih IDR5,000 x3 = IDR15,000. Alhamdulillah lega kami semua untuk malam ini dah selesai tak perlu difikirkan lagi.

Another place for chill and relaxing without chair.
Kalau malam akan ada lampu-lampu yang menghiasai setiap tempat.
Seriously memang tempat ini cantik dengan nature dan sangat recommended.
Perjalanan ke Sidemen agak menakutkan dengan beberapa kawasan yang agak gelap menempuh kawasan hutan dan sawah padi. Serta google map yang memberi jalan (tanah merah) shortcut. Kelakar tapi mendebarkan sehingga Pak Man ada bertanya beberapa kali betulkah location yang kami 📌 ini. Sehinggalah kami sampai di entrance Natya River keadaan tidak seperti sebuah resort glamping. 

Kami harus berjalan menurun bukit dalam 100 meter dan kemudian turun tangga dan melalui sawah padi dan akhirnya barulah kami sampai di reception. Dan terus di panggil "Pak Afif ya.. Biliknya telah siap dan sedia untuk dimasuk". Urusan lain katanya esok pagi sahaja kerna sudah lewat malam. Lagi pun kami orang terakhir yang check in. Dan malam itu full house.

Cafe yang terletak di dalam Natya River ini. Makanan tak halal boleh layan drinks sahaja.
Kami pilih tempat ini untuk makan breakfast sambil layan view :D
Entry ni memang panjang sebab ada banyak gambar aku nak share. Sorry la yer :D
Kami terus ke khemah dan ini pengalaman pertama Cikgu Hani dan Mya tidur glamping hahaha.. Bilik Mandi berdindingkan buluh dan pokok-pokok serta beratapkan langit. Wife aku pun geleng kepala. Aku senyum dan berkata "Kata nak tidur glamping hahaha.." Selepas semua mandi kami berkumpul dibawah satu ruang seperti gazebo besar dan luas.

Dua khemah yang tengah itu adalah khemah kami. RM89.00 semalam untuk dua orang.
Ni khemah yang agak mahal hampir RM200 sebab ada private anjung dan toilet sendiri.
Pintu merah tu tandas dan bilik mandi untuk yang duduk khemah macam kami.
Ada yang dah check out seawal pagi. Kelihatan pekerja sedang membersihkan khemah.
Dan meminjam kettle dari reception tadi untuk memanaskan instant lauk dari produk Jasmani dan kami akan makan dengan nasi putih yang telah dibeli tadi. Malam itu sambil makan dan berborak sehingga lewat malam barulah kami pulang ke khemah dan tidur sehingga subuh.

Seawal subuh kami bangun dan bersolat. Nak ke bilik air harus berteman sebab ia berasingan dengan khemah kami. Selesai solat kami semua duduk di sebuah tempat yang menghadap ke arah sungai dan gunung ganang sehinggalah matahari naik.

Ok jom turun mandi sungai yang amat jernih ni. Sejuk betul air dia.
Orang perempuan mula-mula tak nak masuk air takut sun burn la.
Hampeh diorang pertama basah baju dan pertama yang lupa diri hahahaa.
Ustaz Anas masa tengah behave. Once semua dah basah main air tak ada siapa yang amik gambar.
Bila dah cerah barulah kami tahu betapa indah dan cantiknya tempat ini. Patutlah excess untuk masuk ke sini susah. Sebab nature yang dipelihara di sini memang terjaga bersih sejauh mata memandang. Dan jauh dari kesibukan bandar dan bunyi kenderaan yang mecet. Cuma kedengaran bunyi serangga dan alam semula jadi.

Sambil melayan sunrise kami sarapan coffee dan tea 3 in 1, biskut dan roti. Dan kemudian turun ke arah sungai main air dari yang tak nak masuk air sampai habis masuk kepala bagai. Dan sambung pulak mandi di swimming pool. Masa di sungai tadi aku ada kutip beberapa batu hitam yang aku rasa adalah batu volcano dan bawa pulang ke Malaysia.

Unit glamping yang paling murah tapi dah upgrade ada portable aircond.
Ini unit glamping kami lebih luas dan ada dua portable aircond.
Depan khemah ada batu-batu so tak ada la messy masa nak masuk khemah.
Alhamdulillah luas nak solat berdiri berjemaah berdua dengan wife pun selesa.
Selepas bermain air kami pulang ke khemah, mandi dan mengemas barangan untuk check out pada jam 12.00 tengah hari. Lepas check out kami stay di cafe sekejap layan milkshake dengan ice coffee sambil order grab. Seorang staff menegur dan memberitahu kalau tengah hari begini agak susah dapat grab kalau dapat memang bernasib baik la.

Aku cakap dengan semua kita lepak sini sampai petang pun tak apa sebab semua tempat yang kita plan semua dah pergi. Sebab lepas ni nak ke Kuta atau Denpasar dan di sana kawasan bandar hotel banyak dan bukan sekarang bukan weekend so insyallah ada jer bilik kosong.

27 comments:

  1. Subhanallah cantiknya. Best nya glamping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Glamping di Natya River Sidemen mmg pengalaman yg menarik :D

      Delete
  2. Patutlah ramai grab drivers reject, jauh ke dalam tempatnya hihi... Anyway nampak cantik dan tenang sekali. Bagus ya capaian internet di sana 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Kita mana la tahu nak ke situ tempatnya masuk ke dalam.. tapi alhamdulillah result destinasi mmg menerujakan :D

      Delete
  3. wow 40 minit perjalanan nak pergi situ, dengan keliling jalan gelapnya lagi.
    bila dah siang barulah nampak betapa cantiknya tempat glamping ni, air sungai dia nampak jernih sangat. harga pun murah jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi tak siang kitaorang feel mcm betul ke menginap glamping di sini hahaha.. Esok pgi tu baru tahu betapa indahnya Natya River Sidemen ni.. Harga murah sbb jauh ke dalam kot.. tapi mmg berbaloi :D

      Delete
  4. curhat dengan foreigners ya pak supir tak suka dengan prabowo ;p . kalau dah terpilih, berarti kan dah takdir Tuhan, macam mana nak protes takdir ;p.

    jauuuh sangat ternyata lokasi ini ya bang.. memang sepertinya harus sewa kendaraan , krn susah grab atau gocar sampai sana. tempat2 di bali yang masih nature sangat selalunya pasti remote dan terpencil.. memang kalo stay sana, biasanya untuk menikmati tempatnya, jadi bukan untuk eksplor sana sini.

    cantiiiiik sangat glamping ini... sungainya tuh saya sukaaaaa betul.. terlihat memang jernih dan bersih ^o^. ada banyak batu pula..

    isi dalam glamping pun utk yg harga biasa juga nyaman... saya jd penasaran lihat jenis kamar yg lebih mahalnya. ini kalo ada anak2, pasti diorang tak nak keluar dari sungai ;p

    glamping yg saya bellum pernah coba... waktu itu tertarik dengan glamping di bandung... bagus sangat memang, tapi masa antri utk bisa dpt kamar kurang lebih 10 bulan hahahahahahaha... memang full selalu.. jd saya tak nak dulu.. 10 bulan ntah2 saya ada urusan penting lain ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luahan hati pak supir aja hahaha.. kita pun mendengar sekadar meneman pak supir memandu.

      Kalau sewa kenderaan memang cara paling terbaik utk dtg ke sini. Sebab grab kebanyakan reject booking kami.. tempat di sini mmg nature bangat.. berbaloi jika dtg utk stay semalam dua di sini..

      Delete
    2. Jgn dikata anak2.. kami yg tua ini pun mandi sungai sampai sejam hahaha.. padahal mulanya hanya mahu celup kaki aja.. tapi terasa rugi jika tidak mandi setelah dtg dari kejauhan..

      10 bulan jika mahu booking glamping di Bandung? Lama bngt.. di sini booking dua hari sebelum sudah dpt tmpt nya.. mungkin masih belum popular utk para wisata.

      Delete
  5. part naik grab mlm2 utk sampai ke tmpt glaming tu memang suspens laaa..anyway cantik sgt view kat tmpt glamping tu...i like!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suspen sangat2... Kitrg pun dah terdiam sampai la grab berhenti di tgh gelap hahaha.. bila dah tido dlm khemah lega dah bangun pgi lepas tu lagi la teruja . :D

      Delete
  6. Saya sendiri orang Indonesia, belum pernah sampai ke lokasi ini. Subhanallah, ngeri juga hari mulai gelap melewati hutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempatnya memang kurang dikenali.. agak jauh ke dalaman.. tapi mmg cantik bangat dan indah sekali.. kalau smpai di siang hari tiada masalah.. bila smpi mlm ada ngeri gitu..

      Delete
  7. pemandangannya bagus banget
    enggak nyangka kalau itu di indonesia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya memang di Bali, Indonesia. Pemandangan nya memamg menawan gitu.. :D

      Delete
  8. Itu kemah yang nyaman ya dengan pemandangan alam yang indah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap pemandangan yg indah dan suasana yg cantik itu pasti ada harga dan pengalaman yg perlu dibayar..

      Delete
  9. MasyaAllah indahnya pemandangan, lagi pulak masa sunrise.
    Pengalaman yang menarik! Cuma cuak sikit sebab jauh nak masuk waktu malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun terpegun melihat sunrise di sini.. indah sungguh rasa mcm nak repeat lgi stay di sjni.. kalau dtg waktu siang ok je... Dtg malam seram sikit la hihii..

      Delete
  10. Sungainya nampak cetek je walaupun airnya nampak deras.
    Tengok air dah terasa sejuk 😁
    Cantik surrounding kat situ, betul-betul nature.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air deras dan sejuk paling bedt bersih sgt... Seronok main air sampai hampir sejam kat sungai tu huhuu.. yes mmg nature sgt di Natya ini.. recommended:D

      Delete
  11. Wuih perjalanan malam menuju lokasi glampingnya agak menyeramkan juga ya Mas. Tapi syukurlah sampai disana dengan selamat.
    Tendanya cantik dan rapi juga. Rasanya akan nyaman tidur dan beristirahat disana.
    Jadi sempat mandi di air sungai yang airnya jernih itu Mas?

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perjalanan di waktu malam memang menyeramkan tapi kalau datang di siang hari insyallah ada pemandangan yg indah. Kejauhan dari bandar memang tempatnya cantik dan masih lagi hijau gitu :D
      Air sungainya jernih, sejuk dan bersih bangat.. tapi agak deras utk kanak-kanak.

      Delete
  12. Jauh ke dalam tapi menjanjikan sesuatu yang boleh dijadikan kenangan why not kan...cuma makanan je la takde yang Halal ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esok pagi tu baru ada perasaan terujam. Masa baru smpai malam tu mcm menyesal pun ada hahahah :D
      Makanan kena prepare byk sbb bali susah makanan halal..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...