Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari Umrah Mantop Travel Part 10 : Tawaf Wada' - Maqam Syuhada Badar - Jabal Malaikah
Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Kota Madinah setelah menziarahi beberapa tempat di Badar. Di tengah perjalanan kami telah berhenti di sebuah masjid untuk bersolat Jama Takhir Zohor dan Asar. Peluang ini digunakan bagi mereka yang main pasir tadi untuk membersihkan diri ala kadar. Dan kemudian kami meneruskan perjalanan dan telah tiba di Madinah setelah matahari terbenam.
|
Dapat melihat matahari terbenam semasa perjalanan ke Madinah di dalam bas. |
Kelihatan bangunan hotel kami di Madinah agak baru, mewah dan selesa. Sementara Ust Atif sibuk menguruskan bilik-bilik untuk para jemaah kami telah dipelawa oleh staff hotel untuk naik ke tingkat 2 untuk santapan makan malam. Agak excited kerana ruang makan yang boleh memuatkan lebih dari 5 group jemaah dalam satu masa.
|
Alhamdulillah selamat tiba di Grand Al Shahba Hotel, Madinah Munawwarah. |
|
Keadaan ruang lobi hotel yang amat luas dan selesa. |
Jauh beza jika dibandingkan dengan keadaan tempat makan di Hotel Mekah yang mana untuk kami satu jemaah nak duduk pun tak cukup tempat. Tapi makanan kami di Mekah jauh lebih sedap dari makanan yang disediakan oleh pihak hotel di Madinah. Mungkin sebab hotel ni baru so mungkin diorang tak biasa menyediakan makanan untuk orang melayu.
|
Sesi taklimat dan pemberian kunci selepas makan malam. |
|
Tak tahu apa yang mereka masak.. Tapi dah lapar kita makan jer lah :D |
Setelah selesai makan, Ust Atif telah memberikan kad bilik kepada wakil-wakil bilik. Alhamdulillah kami dikekalkan bersama seperti di bilik hotel di Mekah. Cuma kali ini satu bilik boleh memuatkan 5 orang. Maka dapatlah seorang roomate baru iaitu Tuan Toha. Dan kali ini kami tidak perlu berjalan jauh sebab jarak antara hotel dengan masjidil Nabawi adalah lebih kurang 150 meter sahaja.
|
Roomate kekal bersama dan bertambah seorang lagi. :D |
Lebih kurang jam 10.00 malam setelah kami semua mengangkat barang dan luggage masuk ke dalam bilik dan mandi dan mempersiapkan diri untuk ke masjid yang akan dipimpin oleh Ust Atif. Kami berkumpul di lobi dan bergerak bersama ke Masjidil Nabawi. Setelah bersolat Jama Takhir maghrib dan Isya' di perkarangan Masjid Nabawi, Ust Atif telah membawa kami melawat kawasan hadapan masjid.
|
Laluan di hadapan Raudah. Kita boleh berjalan bersebelah Maqam Nabi Muhamad saw. |
|
Alhamdulillah selesai memberi salam pada Rasulullah di laluan hadapan Raudah. |
Dan adalah keutamaan untuk memberi salam kepada Nabi Muhmaad saw setibanya kita di Kota Madinah. Maka kami telah masuk laluan di hadapan Raudah beramai-ramai namun ketika ini wanita tidak dibenarkan masuk mengikut laluan ini. Setelah keluar di bahagian lain Ust Atif telah memaklumkan untuk kami semua para jemaah akan memasuki raudah pada jam 3.40 pagi iaitu satu jam sebelum masuk waktu subuh.
|
Ramai orang tunggu que nak masuk barisan untuk ke Raudah. |
|
Beratur lebih kurang setengah jam untuk memasuki Raudah. |
|
Hanya yang booking slot di app Nusuk sahaja dibenarkan masuk ke dalam barisan. Dan kita akan ditempatkan di ruang menunggu sebelum masuk ke Raudah.
|
Untuk sekarang Raudah tidak lagi boleh masuk banyak kali dan sesuka hati seperti dulu. Setiap orang yang ingin masuk ke Raudah harus download application NUSUK. Dan kita akan booking slot untuk masuk ke dalam Raudah. Dan hanya dibenarkan masuk ke Raudah sekali dalam masa 45 hari. Oleh itu Ust Atif tidak akan join kami masuk ke Raudah sebab beliau telah pun masuk dengan group jemaah sebelum kami.
|
Ruang solat di hadapan mimbar di dalam kawasan raudah. |
Alhamdulillah dalam group jemaah kami ada beberapa orang yang pernah mengerjakan umrah termasuklah aku maka Ust Atif meminta untuk secara tak langsung tolong guidekan jemaah lain terutama yang first time semasa masuk ke dalam Raudah nanti. Alhamdulillah kami semua dapat masuk dan bersolat dengan harapan dapatlah stay sehingga solat subuh nanti. At last kurang dari 5 orang jer yang dapat stay sampai solat subuh. Yang lain semua kena halau keluar hahaha.
|
Tak dapat nak solat subuh dalam Raudah. Kita solat la di bahagian lain. |
|
Di setiap tiang terdapat rak kasut so bawa masuk kasut masuk ke dalam dan letak berhampiran kita solat. Just make sure ingat berapa nombor rak kasut kalau tak memang pishang la. |
Kerana orang yang terlalu ramai maka telah dibuat peraturan sebegini so sepanjang berada di Madinah hanya sekali sahaja dapat masuk ke Raudah. Berbanding umrah kali pertama hampir 10 kali masuk ke Raudah. Oh ya nak booking slot ke Raudah kena buat seminggu awal dalam app Nusuk tu yer. Kalau tak memang tak ada rezeki la nak masuk ke Raudah.
Bersambung Umrah Mantop Travel Part 12 : Ziarah Masjid Quba - Jabal Uhud - Masjid Khandaq Sab'ah
baru start tahun ni lah ye kena booking di apps Nusuk? kalau sblm ni blh masuk je byk kali kan
ReplyDeleteAah sebelum ni masuk je berapa kali pun kita nak.. tapi sekarang kena booking slot dalam app Nusuk. Sekali masuk sahaja dalam masa 45 hari..
Deleteooo kena booking slot...kena download la applikasi Nusuk ni...
ReplyDeleteYer betul kalau tak ada app ni memang tak boleh masuk Raudah.. terpaksalah ikut rule baru dri Saudi..
DeleteDulu takde buat booking camni. Sekarang ni dah kena. Ada yang kata nak dapat slot pun susah juga.....
ReplyDeleteSebab tu mutawwif kena pandai.. booking slot at least minimum seminggu awal.. jgn lagi dua tiga hari ini nak smpai madinah baru nk book slot.. mmg tak dpt la..
DeleteAlhamdulillah dapat memasuki Raudhah. Rinduuuu nya, moga diizinkan ke sana lagi. Aamiin.
ReplyDeleteSyukur sgt dpt msuk Raudah pada umrah kali ini.. Sebab kita noleh masuk sekali sahaja sepanjang masa berada di Madinah..
DeleteSeronok jadi tetamu Allah..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Semohga dpt menjadj tetamu Allah di tanah suci lagi .
Deleteseronoknya dpt menunaikan umrah. semoga giliran sy akan tiba nanti. Aamiin..
ReplyDeleteInsyallah saya doakan moga Abam Kie dimurahkan rezeki amin..
DeleteOh ic... Saya baru tahu. Krn dulu tak ada pakai aplikasi . Berarti ini setiap orang wajib download aplikasinya ya bang. Tadi sempat saya kira dari travel dah bookingan utk jemaah dia. Tapi kalo baca tulisan ini berarti per orang harus book sendiri.. betulkan?
ReplyDeleteWaah jadi limited sangaat waktunya yaa. Apalagi hrs jauh2 hari..
Iya dulu tidak perlu..cuma skearang peraturan baru.. harus menggunakan app Nusuk utk masuk ke Raudah.. seharusnya setiap org harus book slot utk diri sendiri..dan juga waktunya very limited..
Deletesaya tahu pasal aps ni masa pak cik pergi umrah dulu
ReplyDeletetiba2 teringat zaman g umrah dulu
tak perlu aps
cuma beratur je
sampai masa pintu dibuka
habis diserbunya raudhah tu
tapi ye laa kan
dulu tak seramai hari ni
setiap minggu yg dtg buat umrah
jumlahnya klh mcm org buat haji
Yeap first time dulu pergi tak perlu app ke apa ke.. kalau rajin mmg byk kali dpt masuk ke Raudah.. but now boleh sekali je sepanjang masa di Madinah..
DeleteMungkin juga utk bagi peluang merasa especially pada yg kurang berupaya.. kalau tak muka yg sama jer duduk dlm Raudah.. hihihi..
dari dulu lagi jeles tgk
ReplyDeletekawasan raudah utk org lelaki
ada je ruang utk solat sunat
tak padat pun mcm org pompuan
ms sujud selamba je dia langkah kepala kita
haihhh...
tu tak kira lagi yg mengongoi bagai nak rak dpn makam
kalau sy menyamar jd lelaki msk raudhah agk2 lps tak?
hehehe
Sekarang kawasan Raudah utk lelaki pun dah ada masa utk wanita masuk.. sebab tu app ni kena booking slot.. dan ada waktu2 khas utk wanita dan lelaki..
DeleteJgn la sampai menyamar..kang tak sah langsung segala amal ibadah di Raudah huhuhuu.. insyallah skrg dah byk dipermudahkan oleh pihak berkuasa saudi..
x dan nak menyemar
ReplyDeletedah kena tangkap dulu
sbb muka jelas2 wanita melayu terakhir
hahahahahaahah
Hahahaha tau tak pe.. jgn dibuat la pelik2 tu hahahaa.. sajat pun menyamar jdi pmpn bila buat ziarah di luar sahaja .. tapi ntah la kalau tawaf pun dia nyamar .
DeletePas masuk ke sini hanya bisa menangis tersedu"..huhu..
ReplyDeleteIya betul.. moga diberi lagi rezeki utk menjejakkan kaki lagi ke sini.. Amin
Deletemoga2 ada rezeki i utk repeat ke sini lagi some time in the future..aamiin
ReplyDeleteAmin amin saya doakan miga dipermudahkan rezeki utk ke sana lagi insyallah.. :D
DeleteBagus bila ada apps sebegini, ditambah dengan jemaah yang ramai.
ReplyDeleteMoga ada rezeki satu hari nanti untuk ke sana.
Ada pro and con la jugak.. dulu tal ada apps ni sampai 5 6 kali masuk raudah sepanjang berada di kota madinah.. now hanya boleh masuk sekali.. but everyone dpay masuk la.. :D
Delete