Friday, 19 April 2024

5 Tips Menyimpan Duit Untuk Travel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Disebabkan mood nak menulis kisah travel belum ada lagi mungkin asbab baru balik dari Central Asia awal minggu baru ini. Maka meh la kita tulis sesuatu yang boleh siap dalam lingkungan satu jam penulisan. Dan disebabkan ada beberapa soalan berkenaan tajuk ini telah diajukan maka aku pun decide nak update cara aku menyimpan duit untuk travel.

Menabung Serendah RM1.00

Percaya atau tidak tanpa RM1.00 tak akan cukup satu juta pada RM999,999.00 dan pada pepatah lain mulakanlah satu langkah pertama untuk kita lihat 10 langkah kehadapan. Maka di situlah aku percaya walau kita menyimpan RM1.00 ia tetap memberi kita satu amount di masa hadapan.

Disebabkan aku suka travel maka masalah utama pada aku adalah duit. So antara cara nak kumpul duit adalah dengan memulakan menabung serendah RM1.00 setiap bulan. Dan aku menyimpan setiap satu helai duit kertas iaitu RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100 setiap bulan dengan jumlah RM186.00. Dan darab 12 bulan (setahun) = RM2,232.00.

First thing bila dapat gaji setiap bulan memang aku akan asingkan siap-siap this part of saving and kena make sure simpan di tempat yang bukan kita boleh terpakai termasuklah bukan dalam akuan bank. Dan simpanan ini aku akan guna untuk travel di tahun hadapannya. Dan pada ada waktu yang aku kurang berkemampuan maka aku akan kurangkan menyimpan mana jumlah yang tak nak aku simpan. Contoh bulan ni aku tak simpan note RM20 dengan RM100.

Main Kutu

Satu faktor susahnya nak menyimpan adalah Displin terhadap diri sendiri. Maka cara paling mudah nak menyimpan duit adalah bermain kutu. Di tempat aku bekerja kami ada main kutu yang incharge dia adalah akak senior seorang tu. Alasan dia kenapa dia nak buat kutu ni sebab nak elak ada staf yang tak cukup duit sehingga meminjam dari staf yang lain. 

Aku suka main kutu ni sebab kita "Give and Forget". Tau tau jer dah bila sampai turn kita memang happy jer kan hihii. Dan menjadi kebiasaan aku untuk amik turn paling last sekali. Walau amount yang kami main adalah agak rendah iaitu RM100.00 sebulan tapi setiap kali rotation yang pada kebiasaan kami main 12-14 orang. Maka dapatlah RM1,200- RM1,400.00 pada hujung atau awal tahun.

Amanah Saham Bumiputra (ASB)

Aku just nak share satu teknik nak menyimpan dengan cepat. Dan teknik ini di ajar sendiri oleh pakcik dua pupu from my wife side which is my mother in law punya dua pupu yang tinggal di Perak. Dan alhamdulillah aku follow teknik dia so far memang berkesan. Okay pada yang boleh buat loan ASB RM50-100k tu. Make sure u all jangan buat under satu loan. 

Contoh : If you boleh buat loan ASB RM70k maka pecahkan kepada beberapa account ASB contoh RM10k + RM10k + RM10k + RM10k + RM15k + RM15k (Total RM70k). So apa kelebihan dan kebaikannya? Apabila kita dapat dividen contoh 5% setahun dan jumlah ASB kita adalah RM70k maka dividen yang kita dapat adalah RM3,500.00 setahun. 

Selepas 3 tahun jumlah dividen yang kita dapat adalah RM10,500.00 (sekiranya kekal 5% dividen setahun) maka guna dividen RM10,000.00 itu untuk bayar full settlement satu loan ASB yang berharga RM10k tu. Oleh itu kita dah ada cash RM10k di ASB dan loan kita dah berkurang dari RM70k kepada hanya RM60k sahaja. Termasuklah commitment bayaran bulanan juga telah berkurangan.

Dan bayangkan jika anda mampu buat loan ASB sehingga RM200k maka setiap tahun anda boleh guna dividen untuk buat full settlement (buang) satu loan ASB berharga RM10k. Dan dalam masa 10 tahun anda dah boleh ada RM100k cash di dalam ASB. Mungkin akan ada sedikit rugi dengan dividen yang tak menentu. Tapi boleh ke anda simpan RM10k dalam masa 3 tahun (untuk RM70k ASB) atau RM100k dalam masa 10 tahun (untuk RM200k ASB) ?

Dan yang lebih pasti setiap loan ASB yang kita buat full settlement tu maka setiap tahun monthly commitment kita akan berkurang. Bayangkan anda buat loan ASB RM200k untuk 20 - 23 tahun lama nya dan bayaran setiap bulan adalah sama apatah lagi bila BLR sekarang ni asyik naik maka monthly commitment pun naik. Tapi dengan teknik ini selepas 10 tahun loan RM200k hanya menjadi RM100k bermakna monthly commitment pun berkurang separuh dan kita dah ada RM100k cash dalam ASB.

Korang boleh faham kan? kalau tak faham boleh belanja coffee nanti aku explain lagi detail hahahaha :D

To Be Continue Part 2 Insyallah - Asalnya nak buat 10 Tips Menyimpan.. Tapi nantilah sambung next entry. Kalau rasa entry ini berguna dan bermanfaat sila comment di bawah yer. Dan mungkin korang boleh beri pandangan atas tips yang aku share ni :D

63 comments:

  1. skrg dah ada cara mudah. mcm apps MAE dah ada tabung. so kita boleh deduct trs drpd duit gaji etc kat situ setiap bulan.
    akan dtg khabarnya EPF akaun ke 3 akan diwujudkan dan client boleh withdraw duit tu. mungkin tu boleh jd simpanan utk travel/umrah/haji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. EPF akaun 3 kalau tak wajib tak apa takut jadi kewajipan maka dipotong lagi gaji kita hihihi.. kalau withdraw anytime dah jadi mcm sistem bank pulak.. kan.. App MAE tu tak try lagi.. bab yg guna pakai app ni kita mcm kureng sket hahahah...

      Delete
  2. sy buat cara pertama-menabung. sbb lbh selesa cara mcm tu dan boleh pantau selalu. bertambah ke... berkurang ke...
    kalau berkurang tu haaa boleh maki diri sendiri kenapa belanja mcm tak ingt dunia? hahahaha
    ye laa kan kdg terpaksa ambil sikit duit simpanan sbb hal2 urgent yg x dpt dielak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menabung dgn duit real lain feel dia dari menabung di tmpt yg tak nampak ni kan hahaha.. bila buat kira2 akan jadi semangat nak cecah amount yg dlm target.. simpanan utk urgent condition itu simpanan lain :D

      Delete
  3. buat loan ASB tu menarik tp sy x berani... hehehe

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian tips!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama.. sekadar berkongsi dari pengalaman sendiri :D

      Delete
  5. nice share.. wow, sampai ada 10 tips.. power... patut banyak merayau.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for coming and read about this tips.. saje berkongsi moga bermanfaat.. byk merayau eh... Mana ada.. biasa je lah hahahah :D

      Delete
  6. Ohhhh...gitu rupanya....nak kena buat cenggini la nampaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba la try ... Insyallah ada nanti hasil nya :D

      Delete
  7. Wow, sampai buat loan ASB ye. Saya takut buat loan, dan tidak galakkan suami buat loan juga.
    Simpan duit cash memang betul, tak kira berapa banyak. Simpan syilling pun ok sesangat. Cuma sekarang macam dah payah nak simpan duit syilling. Last sekali saya masukkan syilling, staf bank pandang semacam je, sebab nak kena kira lama. Macam apa entah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat loan utk ASB tak sama buat personal loan.. ASB utk investment.. buat dgn cara yg betul insyallah ada hasilnya..
      Simpan duit cash sangat penting tak kesah la kan walau syiling kan.. Dari sedikit hasil nya boleh membukit kan.. :D

      Delete
  8. sy simpan autodebit dlm ASB tu. sampai buka 6 akaun yg harga tetap kat situ jd 6X sethn dpt dividen kan? hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. actually byk platform yg ada untuk simpanan dan investment yg mendatangkan hasil.. Just kita aware atau tidak jer.. :D

      Delete
  9. wah terbaik ada pelaburan ASB setiap tahun dapat diveden boleh belanja travel ke mana saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. ASB untuk jangka masa panjang even nak guna utk travel make sure dah matang at least 5 tahun tak sentuh dividen...

      Delete
  10. Saya ada dua jenis simpanan tetap setiap tahun untuk tabungan travel:
    1. ASB
    2. Main Kutu... ni memang best kalau dapat yang terakhir. Tak perlu nak fikir kena bayar hutang hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Basically for those yg buat ASB awal2 dulu mmg untung compare for those yg baru nak mula dari sekarang.. dulu dividen 7-9% setahun.. Tolak monthly commitment still ada lebihan... Lagi2 yg tak usik dividen 5 tahun ke atas mmg seronok.. :D

      Delete
  11. Saya kalau nak travel memang tunggu dividen.. alhamdulillah dah tak ada hutang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... Sedap bila dividen dah matang lebih 5-7 tahun.. masa tu nk guna dividen utk travel mmg seronok :D

      Delete
  12. Uncle seorang yang pakar dalam menabung ni... Tapi uncle lagi pakar dalam pecah kan tabung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org org zaman dulu mmg pakar uncle hihii.. Tabung kaca ayam tu ke yg uncle pecah kan? Hihii..

      Delete
  13. ASB & Bonus. Di samping menahan belanja lain, set priority utk belanja utk hobby atau apa yg kita suka. Arwah ayah selalu2 sangat remind kami, SAVE FIRST AND SPEND LATER. Dia jugak yang encourage kami travel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu save first spend later.. most of the time bila kita amalkan mcm tu ..kita dpt elakkan byk terbeli benda yg tak penting.. kita akan beli benda yg betul2 yg kita mahu dan juga ia satu keperluan bukan kemahuan.. :D

      Delete
  14. Menarik saya jadi tahu tentang ASB mungkin di Indonesia ada istilahnya sendiri juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga.. Yg pasti di Indonesia pasti ada pelaburan pelaburan yg dijalankan oleh kerajaan...

      Delete
  15. Menarik.. cuma nak tanya, bila ambik loan asb 10k, mesti ada compounding interest kan? macamana boleh setelkan loan tu dgn dividen dalam 3 tahun? Lagi satu, dari segi zakat, simpanan + dividen kena bayar zakat simpanan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Loan ASB tak perlu zakat.. Cuma dividen sahaja perlu zakat sekiranya mencecah amount RM24,007.00 untuk nisab 2024 ni..
      Saya buat Loan ASB dgn CIMB so far tak ada any charges utk buat full settlement.. Bank lain mungkin ada.. atau tgk pada promotion utk buat loan ASB msa kita buat tu..

      Delete
  16. Sekarang ni saya tengah menyimpan utk trip tengok aurora di Finland/Iceland. Dekat apps MAE, boleh buat tabung simpanan travel mcm main kutu jugak la tapi main kutu dgn diri-sendiri je hihi. Tiap2 bulan akan auto-deduct dari akaun simpanan masuk dalam tabung simpanan travel ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ramai yang bicara pasal app MAE ni.. okla tu satu platform juga utk menyimpan.. auto deduct kan lebih mudah.. kalau ke Finland Iceland nak follow hahahahaa...

      Delete
  17. simpan kat tabung haji .. dividen pun cantik sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.. Tabung Haji pun satu tmpt simpanan dan pelaburan yg baikk..

      Delete

  18. Satu lagi tips, tangguh dulu beli kete baru & family planning. Hehe.

    Dulu sebelum PKP saya pakai Persona 2nd hand, anak kecik sorang. Merata dpt pergi bertiga Jepun, Korea, Spain,Turkey, Italy, Swiss, Denmark, Sweden etc.

    Time PKP xleh travel, wife beranak baby prem (selalu sakit) & gatal tangan angkat kete Jepun. Wlpun skrg gaji naik banding dulu, tapi inflasi. Kos2 mahal, belum ada rezeki travel overseas.

    Doa2 la PMX revise salary penjawat awam A.S.A.P Ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru share 3 tips.. insyallah ada lagi 7 tips saya nak share.. semua atas pengalaman diri sendiri.. tangguh beli kereta baru yg lebih cantik dan mahal tu betul but family planning sy tak agree.. sebab takdir Allah itu kita biarkan Allah yg buat yg terbaik utk kita.. itu just pandangan kecil saya la..
      Saya berharap pd ekonomi Malaysia kembali strong dan kukuh dan tiada inflasi yg besar mcm skrg tak kesah siapa pun yg pegang jawatan pm tu..

      Delete
  19. Buat pinjaman ASB rupanya yang pecahkan akaun bank berbeza. Seronok juga tahu rahsia untuk simpan duit melancong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just sharing my own experience... Mungkin ada org lain yg lebih baik perancangan nya.. nanti saya share lagi few tips mengumpul duit utk travel ya..

      Delete
  20. Thank you for sharing. Main kutu tu best. Tapi paling tak best kalau dapat mak kutu ngan anak kutu yang suka kencing 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama... Sebab tu sebelum main kutu tgk dulu siapa mak kutu dan di mana kita main kutu tu.. kalau di tmpt keje yg mak kutu nya dah senior dan lama buat rotation tu mmg best la.. hihii

      Delete
  21. ntila nak buat tabung juga :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tabung Travel... Tabung Kecemasan.. Tabung Kegembiraan.. Tabung Sedekah.. lagi byk tabung lagi bagus hihihii...

      Delete
  22. Boleh juga tips nya tuh..menabung buat jalan" dari kelipatan kecil sampai yang besar,kalau dalam setahun dah banyak terkumpul,saya harus banyak belajar dari para ahlinya😀👍tapi ya kadang susah buat disiplin menabung tu hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau wang kertas rupiah Indonesia lebih bagus sebab ada banyak note nya..
      Apa pun kalau untuk menabung seharusnya displin kena tinggi.. supaya hasilnya dikemudian hari kita akan tersenyum.. :D

      Delete
  23. yeahhhhh sama saya pun menabung di ASB.. tunggu matang sepenuhnya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu matang penuh baru la senyum seronok nak travel kan hihii..

      Delete
  24. MZ tgh gigih menabung ni...plan nak travel by year end insya Allah, moga2 smooth semuanya laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya doakan moga semua urusan dipermudahkan buat MZ.. insyallah travel hujung tahun ini tercapai :D

      Delete
  25. Sebagai rutin traveler saya juga sering ditanya gimana cara supaya bisa traveling setiap tahun. Banyak teman berfikir saya dibayar, atau dpt sponsor. Kadang2 kalo sedang males jawab, saya bilang aja, 'iya disponsor, oleh duit suami sendiri 😅'.

    Lagian yg namanya traveling udh pastilah budgetnya dari menabung. Sekarang tinggal tetapkan mau kumpulin budget berapa, dan alokasikan dana setiap bulan. Menabung Rp500k per bulan, dalam setahun dah Rp6juta. Bisa untuk kliling Jawa. Atau KL lah kalo mau Luar negara.

    Yg penting memang niat dan konsisten kan.

    Saya sendiri buat rekening khusus traveling di HSBC. Krn bank ini menyediakan 13 mata uang asing jadi saya bisa tabung di masing2 mata uang.

    Sengaja saya pisah.. kalo kebutuhan sehari2 saya taro di CIMB. Jadi tak bergabung. Krn nanti saya takut terpakai 🤣

    Cuma kalo investasi macam saham, crypto, gold bar, ini memang utk tabungan masa depan. Saya jarang taro budget traveling di sana, mengingat naik turunnya juga tak menentu 😅.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kdg2 malas mau jawap bila ditanya begitu.. kita ini bukan kaya cuma menyimpan byk dan kurangkan belanja semata2 utk travel.. bila travel pun berjimat cermat, makan pun yg murah2.. tapi nila pulang selepas travel ditanya mana souvenir hahahaha..

      Delete
    2. Walau pun jumlah selepas tahun yg di simpan tidak banyak tapi ia dpt membantu dlm mencapai jumlah yg diperlukan.. betul tu..tabungan harus byk dan berbeda tempat.. jgn mudah guna jika tidak perlu.. ia konsisten itu perlu bangat..

      Delete
    3. Setujuuu. Kuncinya ada pada KONSISTEN. Ditambah juga niat. Ada teman saya beriya2 menabung. Katanya utk jalanl2. Tapi saat uangnya dah terkumpul, dia bilang sayang pula. Jadi tak terpakai untuk traveling.

      Kalo menurut saya itu Krn niatnya dari awal memang bukan jalan2 😄. Makanya saat dah terkumpul jadi tak nak pula. Cuma tak apa, at least dia konsisten saat menabungnya 😅

      Delete
    4. Dalam apa pun perkara kena ada displin yg tinggi.. jika tidak tiada hasil yg akan dicapai.. Jika niat bukan nak travel mestilah syg duit itu.. apa pun duit tetap akan habis walau simpan mcm mana pun :D

      Delete
  26. entah kenapa nabung itu susah sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah.. tapi kalau menabung dgn niat yang betul serta matlamat insyallah jadi mudah ia..

      Delete
  27. Teknik yang pertama saya suka dan praktikal untuk apply dengan syarat jika perbelanjaan luar jangka...kalau ada memang simpanan pun boleh licin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kdg2 bermain dgn cash yg realiti lebih memberi semangat.. sbb tu penting juga menabung dgn nilai sebenar.. Kena jaga displin supaya simpanan tidak tersentuh.. :D

      Delete
  28. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...