Showing posts with label HulhuHulhumale. Show all posts
Showing posts with label HulhuHulhumale. Show all posts

Friday, 13 September 2024

Salam Jumaat Dari Kepulauan Lautan Hindi

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah.. Salam Jumaat Dari Kepulauan Lautan Hindi..

Insyallah nanti aku update di mana keberadaan aku sekarang..

Just sharing few photo here..

Selamat tiba di sini setelah menaiki bot selama dua jam setengah dari pulau utama.
Pengangkutan utama di sini hanyalah bot dan ferry semata-mata.
Ni terserempak dengan sekumpulan dolphin semasa menuju ke Shark Garden.

Ada ketam main cak cak masa tengah layan sunset di tepi pantai.
Sebuah masjid di bandaraya utama yang dibina oleh negara dari timur tengah.
Laut yang bersih dan air yang terlalu jernih.
Sebuah masjid yang dibina pada kurun ke 16.
Update 20 September 2024 : Pengalaman berada selama 4 hari di sebuah negara kepulauan ini memang amat menerujakan. Syukur alhamdulillah diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke negara yang ke 44 dalam kehidupan kembara aku.

Apa pun aku bersyukur sebab berpeluang untuk menjejakkan kaki ke 7 buah pulau di negara ini dalam masa 4 hari 3 malam. Dan seperti biasa aku masih lagi dapat mengekalkan trip backpackers under budget all in ketika berada di pulau ini. Insyallah nantikan kisah penuhnya dalam entry yang akan datang :D