Adalah tidak lengkap sekiranya anda berkunjung ke Bandaraya Melaka dan tidak menjejakkan kaki ke Menara Taming Sari, Taman Bunga Merdeka, Dutch Square, Muzium Samudera, Medan Samudera, Muzium TLDM dan A Famosa. Yang kesemua ini terletak berdekatan antara satu sama lain memerlukan lebih setengah hari untuk berjalan-jalan ke semua tempat ini. Dan ada lebih banyak lagi attraction yang ada namun kita focus di tengah Bandaraya Melaka ini terlebih dahulu.
Jom kita jalan -jalan di Bandaraya Melaka Bersejarah ini :D |
Setelah tiba Melaka dan berkunjung ke Muzium Kapal Selam dan Masjid Tengkera dan makan tengah hari di Medan Selera Persisiran Pantai Klebang. Kami singgah sebentar ke Bandaraya Melaka membawa The Kids berjalan-jalan memang rancangan utama hari ni nak bawa mereka naik Menara Taming Sari dan kemudian menaiki beca.
Melaka Chocolate House di kawasan Taming Sari. |
Dari Menara Taming Sari kami berjalan ke Taman Bunga Merdeka. |
Kami parking kereta di hadapan Menara Taming Sari dan membeli kupon parking kereta RM1.00 sekeping untuk satu jam di salah satu kedai menjual baju di sini. Kalau di KK Mart atau 7E mereka akan jual sebuku ada 10 keping di dalam. Rasa macam rugi pulak kalau beli sebuku dah la datang setahun sekali pun belum tentu :P
Bila sampai di entrance Menara Taming Sari aku tengok ada ramai pelajar rombongan sekolah tengah que bersama orang awam yang lain. Terus aku bisik kat telinga anak kalau kita nak naik pukul berapa boleh balik ni sebab ramai sangat orang. Terus cancel niat The Kids.
Terus kami berjalan ke arah Taman Bunga Merdeka tak jauh dari Menara Taming Sari. Di sini terletaknya beberapa buah kenderaan dan pengangkutan lama yang digunakan di dalam negara Malaysia antaranya kenderaan bomba dan beberapa buah gerabak kereta api lama yang telah ditamatkan perkhidmatannya.
Dan terdapat sebuah pesawat TUDM Lang Rajawali iaitu sebuah pesawat pengangkut tentera Pioneer yang mempunyai 16 tempat duduk tekah berkhidmat bersama TUDM pada tahun 1958 dan diberi nama Lang Rajawali oleh Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman dan telah ditamatkan perkhidmatan selepas 12 tahun kemudian pada November 1969.
Jom naik beca - Ada beberapa pakej. Kita amik yang RM25.00 per ride per beca. |
Bersama pemandu beca kita saudara.... eh lupa tanya nama diorang :D |
Kami ambil beca dari Taman Bunga Merdeka destinasi pertama singgah di A Famosa. Berhenti dalam 5 minit untuk kita bergambar dan kemudian naik semula beca ke Dutch Square. Tapi tak berhenti la di Dutch Square. Just duduk dalam beca dan mereka bawa kita pusing-pusing sahaja.
Naik beca sebenarnya lebih kepada suka-suka nak bawa the kids jalan-jalan. Kalau nak berjalan dari Menara Taming Sari sampai ke Kota A Famosa sebenarnya tak la jauh dan kita berjalan pun bawah teduhan pokok-pokok. Okla seronok tengok anak-anak menjerit kegembiraan hahaha :D
Selepas Dutch Square atau juga dikenali sebagai Red Square kami di bawa ke Medan Samudera betul-betul berhadapan dengan Flor De La Mar atau Muzium Kapal Smaudera. Dan di sini adalah destinasi terakhir kami. Pemandu beca beritahu di sini boleh beli hasil tangan orang Melaka macam Cincalok, Dodol, Belacan dan pelbagai lagi termasuk souvenir dan baju serta pakaian lain boleh dibeli di sini dan boleh tawar menawar di sini.
Last destination dengan beca ini di Medan Samudera. |
Pelbagai barangan dijual di medan ini. Termasuklah tempat makan di tingkat 2 medan ini. |
Di Medan Samudera ini anda boleh melihat beberapa buah kedai memasak dodol dan boleh mencuba terlebih dahulu sebelum membelinya. Barangan kraftangan juga banyak dijual di sini. Dan dibahagian tingkat dua medan ini terdapat food court yang luas dan banyak kedai-kedai menjual makanan. Asam Pedas dan Masak Lemak yang dijual di sini boleh tahan juga rasanya :D
Muzium Kapal Samudera - Replika bentuk asal kapal layar Portugis Flor De La Mar. |
Waktu operasi Muzium Kapal Samudera adalah dari jam 9.00 pagi sehingga 5.30 petang untuk Hari Isnin sehingga Khamis. Dan Jumaat hingga Ahad ia dibuka dari jam 9.00 pagi sehingga jam 9.00 malam. Bayaran tiket masuk adalah RM10.00 untuk dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak.
Dan bayaran tiket masuk ke Muzium Kapal Samudera ini boleh digunakan juga untuk memasuki Muzium Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Muzium Kapal Samudera II yang dahulunya sebuah bangunan Guthrie yang telah diubah suai oleh Jabatan Kerja Raya. Makna kata dengan RM10.00 untuk dewasan kita boleh berkunjung ke 3 buah muzium sekali gus. Menarik kan? :D
Meriam kapal antara yang dipamerkan di Muzium Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM). |
Kapal Tentera Laut Di Raja Malaysia Ex- KD Sri Terengganu juga ditempatkan di sini. |
Disebabkan kita berjalan-jalan dengan The Kids makanya bila selesai turun dari beca Affan dengan Afnan dah mula meragam. Mula lah aku rasa macam "Ah confirm tak jadi masuk Muzium Kapal Samudera ni". Kami cuba bawa masuk ke dalam Medan Samudera cuci mata sekejap dan beli sedikit gudap-gudap for the kids but still. Si Affan dah merengek sebab nak susu dan nak tidur. Jawapnya memang tak sempat la juga kali ini nak masuk muzium kapal ni. :D
Melaka ni memang best jalan2, tapi kena bersabar menghadap jem kat sana hehe.
ReplyDeleteBiasalah bila berjalan dgn budak2 kena fleksibel dari segi itinerari. Tak semua yg dirancang akan menjadi 😅
Dari Klebang ke Bandar Hilir boleh tgk drama korea satu episod tu hahaha.. betul tu.. jalan dgn budak2 mmg gitu jgn harap semua tmpt boleh pergi hahaha :D
Deleterindunya nak ke Melaka kembali. Last pi sana pd 1993. Lama sgt tu...
ReplyDeleteUishhh lama tu.. 1993 saya baru darjah satu tu kalau tak silap hahaha..
Deletelama betul i tak ronda2 melaka...sbb once upon a time sgt kerap ke sana hahah then rasa jemu dah...ni dh lamaaaaa tak ke sana
ReplyDeleteKerap ke sana..? untung la huhuu.. mesti dah habis khatam negeri Melaka ni .. dah lama tak ke sana mesti rasa pelik sbb byk dah kelainan nya :D
DeleteBerarti saya belum lengkap ke Melaka, 3 malam cuma main di JONKER saja, saking malas nak keluar 🤣🤣🤣. Tapi kan waktu itu tema traveling kami, nak santai lepaskan stress 😄😄. Jadi memang cuma cafe hopping di JONKEr 🤭
ReplyDeletesaya masih mau sangat ke Melaka lagi. Ajak suami nanti. Dia pun pasti suka kota ini. Apalagi kulinernya 👍👍
Wisata naik becak biasanya pun saya pakai kalo nak senangkan hati anak2 🤣. Saya dan suami tak terlalu pengen naik begitu. Tapi kalo anak2 happy, dah lah, kita mengalah kan 😄
Kalau 3 malam di Melaka seharusnya sudah boleh ke banyak destinasi yang menarik termasuk food hunting yang sedap-sedap di Melaka. :D
DeleteKalau mau hilangkan stress mencari ketenangan itu maka tidak apa sekadar lepak hotel dan cafe sahaja :D
Betul kulineri nya banyak yang bagus2 di Melaka. Kerna sering kali event bertaraf dunia diadakan di Melaka. ia betul itu kita yang sudah dewasa malah tua ini tidaklah begitu excited menaiki beca tapi bagi anak-anak kecil mmg luar biasa :D
Deletealhamdulillah...sudah dapat info yang menarik dan berharap suatu hati nanti dapat juga ke Melaka untuk jalan-jalan makan angin
ReplyDeleteSekadar berkongsi di pengalaman sendiri dan masih lagi banyak yang menarik di Melaka. Melaka amat sesuai untuk bercuti-cuti dalam negara Malaysia :D
DeletePandai posing kat merian sambil tunjuk tu! Comel!
ReplyDeleteBudak budak zaman sekarang dah advance hahaha.. :D
Deleteberkunjung ke musium membuat kita mengenang masa lampau
ReplyDeleteBetul tu ia mengingatkan kembali sejarah lama yg berlaku..
Deleteooo naik beca dah ada pakej ya sekarang? dulu ikut masa. so nk g memana dia bawa kite dlm tempoh yg dah ditetapkan...
ReplyDeleteAah RM25.00 untuk round trip atau tengok lah macam mana. Dan paling mahal RM50.00 dia akan bawa jauh dan banyak la sikit tempat dia akan stop.
Deletex jumpa blogger fairuz ke? dia keje kat muzium area situ. sy x sure bangunan yg mana satu...
ReplyDeleteKalau tau mau di carinya di situ hahahha :D
DeleteKat sini banyak sangat muzium ntah mungkin berpuluh2 muzium ada di sini :P
Lama dh xjejak ke Melaka ni. Org utara mmg susah nak ke Melaka klau xbersbb
ReplyDeleteBetul la tu org utara nak ke Melaka mmg jauh.. Org KL jer ramai yg bercuti hujung minggu di Melaka..
DeleteSA x tau kenapa x pernah jemu kalau holiday ke Melaka, even repest jer tempat- tempat tu semula...cuma ada beberapa tempat lagi SA x habis explore..asyik JJCM je..
ReplyDeleteItulah so far tak jemu ke Melaka dan setiap kali dtg pun rasa mcm ada jer tempat baru atau tak dpt pergi singgah. Yg best JJCM di Melaka mmg best kan :D
Deletelama tk ke town melaka...dlu2 slalu outstation sempat la juga sambil2 jln2
ReplyDeleteWaaa untung la dulu selalu outstatuon ke Melaka.. Alhamdulillah rezeki tu mesti banyak yang dah diterokai.. :D
DeleteDulu masa anak-anak kecil, ada bergambar dekat AFamosa tu. Lama dah tak ke sana. Macam agak sesak, dan jalannya kecil dan banyak sehala, kan. Pastu, kami pernah tanya tambang beca, RM40. Langsung tak naik.
ReplyDeleteMasa anak2 kecik seronok berjalan dan bergambar kan.. Pernah dtg masa anak sorang.. Now dtg anak dh. 4 huhuu.. Beca ni just nak bagi pengalaman pada anak jer. :D
Delete2015 kami sekeluarga sudah meronda sekitar Bandar Hilir Melaka, menginap di hotel berhampiran. 2023 singgah lagi sekali tapi hanya naik Menara Taming Sari. Lain kali hendak study banyak-banyak tentang Melaka. Jadi bolehlah jelajah banyak tempat menarik seperti saudara sekeluarga.
ReplyDeleteMelaka ada banyak tmpt menarik dan mmg kena dtg few time utk explore kesemuanya.. so far pergi Melaka mmg dah banyak kali tapi kali ni baru nak up dlm blog hahahaa :D
Delete