Saturday, 30 December 2023

Pulau Batam Part 2 : Batam Centre Terminal - Mega Mall - Muzium Raja Ali Haji

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Perjalanan feri mengambil masa 1jam 30minit sehingga 2jam bergantung pada keadaan cuaca dan kesesakan lalu lintas feri yang keluar masuk. Masa aku balik ke Stulang dari Batam, feri delay almost sejam lebih sebab hujan lebat dan laluan keluar masuk feri yang sesak. Dari 11.45 pagi delay sehingga pukul 1.00 petang lebih.

Suasana di dalam Batam Centre Ferry Terminal. 
Sampai di Batam Centre Terminal Ferry dan selesai que immigration yang panjang. Kami cari toilet sebab nak fresh up, tukar pampers anak bagai dan terus ke tingkat 2 untuk ke jejantas nak ke Mega Mall yang berada di seberang jalan. Sebab Blogger Wak Lat kata makanan di Batam Centre ni mahal. Dan dari bacaan aku pun ramai suggest nak makan lebih baik ke Mega Mall ianya lebih enak, selesa dan murah.

Terdapat banyak restoran di sini dan kesemuanya ada certificate by Indonesia Halal
Menggunakan jenjantas melintasi jalan utama untuk ke Mega Mall dari Batam Centre.
Hanya berbekalkan buah Epal, Roti dan Biskut dari rumah sehingga ke dalam feri kami semua dah kelaparan yang teramat ketika sampai di Batam. So first thing misi kami nak cari makanan. Dan bila tengok harga di Batam Centre Terminal ni Nasi Goreng biasa pun IDR50,000/RM15.00 sepinggan. Memang agak mahal.

So my suggestion nak makan better pergi ke Mega Mall memang banyak pilihan.
Nak makan menu nasi, western, Chinese & Arab food semua ada. Cafe pun banyak.
Bila masuk ke Mega Mall ini suasana agak tenang kerana tiada kelihatan orang yang crowded nak departure atau arriving dan amat nyaman sebab sejuk aircond. Seriously tengah panas dapat duduk dalam aircond boleh hilang semua kepenatan hahaa. Kami berjalan dari satu restoran ke satu restoran yang lain mencari menu mana yang memikat hati dan pasti mencari yang murah hihihii :D

Suasana di dalam Malaya Cafe yang selesa, kemas dan bersih. Dan makanan sedap :D
The Kids kata nak makan Nasi Goreng Ikan Bilis IDR12,900/RM3.90 sahaja sepinggan :D
Aku order Nasi Uduk Malaya IDR33,900 Wife Nasi Goreng Seafood IDR36,900/RM11.00.
Kita tambah Pisang Keju Susu IDR12,900/RM3.90 dan Es Kacang IDR28,900/RM8.62.
At last kami masuk ke Malaya Cafe sebab kami lapar nasi dan di sini banyak menu yang tak jauh dari Malaysian Style. Dan paling penting harga consider murah untuk B40 macam kami. Nasi Goreng Ikan Bilis IDR 12,900 kami order 3 untuk The Kids sorang satu. Nasi Uduk Malaya dan Nasi Goreng Seafood, Pisang Keju Susu dan Es Kacang serta minuman 5 gelas. Total semua IDR 216,400/RM64.61. Patut seratus ribu lebih jer tapi Indonesia ada Tax 10% dan Service Charge 5%. 

Bila The Kids suruh amik gambar mereka. Kita layan jer la :D
Time Zone at Mega Mall.
Alhamdulillah selepas kenyang makan kami mula berjalan-jalan dalam Mega Mall ni. Aku dengan wife cuba tengok harga-harga barangan di sini kot la murah dari Malaysia. Ada few yang murah dan banyak harga lebih kurang sama dengan Malaysia. By the way dalam Mega Mall ni ada Time Zone dan Kidz Station Play & Learn. Boleh la kalau nak bawa kanak-kanak. So kami plan last day balik nanti nak bawa The Kids bermain di sini sebelum naik feri.

Berjalan kaki melepasi Dataran Engku Puteri untuk ke Muzium Raja Ali Haji.
Selepas rasa dah cukup memutar dalam Mega Mall ini, kami melangkah keluar dan berjalan kaki menuju ke arah Muzium Raja Haji Ali yang bersebelahan dengan Mega Mall ini. Tapi sayang pintu masuk yang berdekatan tidak dibuka dan kami kena berjalan jauh sedikit masuk ikut main entrance. 

Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Muzium tapi tak tahu kenapa mesti masuk ikut main entrance. Kalau buka pintu pagar belakang ni kan senang :D
Perjalanan sepatutnya 4 minit bertukar menjadi 15 minit :P
Sampai di hadapan Muzium Raja Ali Haji setelah membuat pusingan besar.
Nasib baru lepas hujan tak la panas sangat berjalan kaki. 
RAJA Ali Haji atau nama penuhnya Raja Ali Haji Bin Raja Ahmad lahir di Pulau Penyengat, Selangor pada 1809 dan meninggal dunia pada 1870. Beliau yang juga dikenali dengan panggilan Engku Haji Tua berketurunan keluarga diraja Bugis. Bapanya Raja Ahmad merupakan pembesar Riau.

Raja Ali Haji terkenal menerusi penghasilan karya penting alam Melayu seperti Bustan al-Katibin, Salasilah Melayu Bugis dan Sekalian Raja-Rajanya, Gurindam Dua Belas dan Tuhfat Al-Nafis. Pada 5 November 2004 pemerintah Indonesia menobatkannya sebagai Pahlawan Negara atas bakti yang dicurahkan kepada rantau Nusantara.

Pemandangan dari hadapan Muzium Raja Ali Haji.
Replika Kapal Penjajah Belanda yang datang ke Batam.
Meriam yang digunakan oleh Pemerintah Kerajaan Riau pada suatu ketika dahulu.
Pengkaji ternama Harimurti Kridalaksana merupakan tokoh yang bertanggungjawab memperkenal Kitab Pengetahuan Bahasa kepada dunia akademik pada 1983. Pada 2009, tokoh pengkaji Malaysia, Profesor Emeritus Hashim Haji Musa, merumuskan bahawa Raja Ali Haji cenderung menggunakan sistem bahasa Arab bagi menyusun sistem bahasa Melayu.

Muzium ini juga menampilkan sejarah peradaban Pulau Batam dimulai dengan zaman Kerajaan Riau, Lingga, Pemerintahan Belanda, Temenggung Abdul Jamal, Zaman Penaklukan Jepun, Waktu Kemerdekaan Indonesia, Pemerintahan Daerah Kepri dan Khazanah Melayu sehingga Era Batam di masa kini. Telah dirasmikan pada 18 Disember 2020 sempena Sambutan Hari Jadi Kota Batam Yang Ke-191 Tahun. 

Gambar dari Google. Kubah baru masjid tidak lagi berbentuk seperti piramid ini.
Selesai meneroka Muzium Raja Ali Haji kami meneruskan berjalan kaki ke Masjid Raya Batam atau juga dikenali sebagai Masjid Agung Batam yang terletak di seberang jalan. Tapi telah ditegur oleh pak security yang mengatakan kubah masjid telah terbakar baru-baru ini. Dan pembinaan kubah baru sedang dalam pembinaan dan tidak dibenarkan untuk masuk ke perkarangan masjid.

46 comments:

  1. Belum pernah lagi sampai ke Batam. Cantik gambar masjid tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try ke Batam.. Hatyaii dah selalu sgt org Malaysia pergi.. :D

      Delete
  2. alahaiii comelnyeee the kids tuu semua hehehehe. klasik and vintage betul reka betul muzium tu. l

    ReplyDelete
    Replies
    1. The Kids kalau tak meragam okla hahaha.. Betul klasik martabat seni bina Melayu.. :D

      Delete
  3. alahai berjalan jauh la nak kena pusing tu...kalau buka pintu belakang tu kan senang hihi..jalan dengan anak2 ni nak yang senang2 ajerr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak pe.. Kdg2 fikirkan anak punya pasal mmg kena byk bersabar.. Dan budak2 tak kuat sgt nak backpack ni .. So tak blh push mcm org dewasa..

      Delete
  4. 4 minit ke 15 minit?

    Itu excersise...! hehehe

    Cantik la bangunan Muzium Raja Ali Haji tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer betul excersis utk si ayah nyer hahahahaa..
      Yer betul mmg cantik berkubah bangunan muzium ni..

      Delete
  5. Memang betul harga makanannya.
    Raja Haji ini popular ketika belajar sejarah Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan murah kan harga makanan di Batam :D itu dlm mall belum luar mall lagi.. Raji Haji ni antara pencatit sejarah melayu.. :D

      Delete
  6. Perjalanan yang sangat menyenangkan
    asek bisa kulineran pula, soal harga tak jadi masalah :D
    Saya suka sejerah, dan saya suka banget dengan museum
    kubah masjid pernah terbakar, mirip masjid yang ada di tempat saya nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga nya banyak murah dari Malaysia malah dimakan juga di dalam Mall.. Kalau makan dlm Malll di Malaysia mana mungkin dpt harga sebegitu..
      Jika suka travel pasti suka sejarah oleh itu mana aja museum psti akan dilawati.. :D

      Delete
  7. cantik² mall di sana... kalau di sini saya selalu tgk org jalan² ke pontianak... pun sama cantik² tembat libur nya dan mknn pun nmpk mewah tp murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mega Mall Batam ni wajib masuk selepas sampai dgn feri.. Chil chil dulu then barulah ke tempat lain.. Makanan murah tu yg penting.. :D

      Delete
    2. Betul tu.. boleh jd duta pulau batam dah ni...hehehe

      Delete
    3. Hahahaha.... Kot kot la kan.. Mana la tau dpt rezeki :D

      Delete
  8. Nasi goreng RM3.90 sepinggan tu berbaloi. Portion pun banyak. Tak pernah sampai Batam lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah berbaloi sungguh.. soal makan di Batam mmg enjoy murah2 gitu.. Seronok makan je apa hahahaha :D

      Delete
    2. Boleh masukkan dalam list jalan-jalan ni.

      Delete
    3. Sila kan.. Dekat seberang jer.. naik feri jer pun.. Seronok lah juga :D

      Delete
  9. wahh, wak pon xtau leh masuk muzium Raja Ali ni.. selalu lalu je tepi jln atau masuk dataran tu..
    ps. sebenarnya ada lobang tikus kt pagar utama nk masuk kawasan muzium ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama pun muzium wak.. Mesti lah boleh masuk hahaha.. Kalau sy dtg seorang mesti lgi lama saya kat dlm muzium tu sbb byk info sejarah nya..
      Nape lah wak tak bagitau pintu tikus tu hahaha :D

      Delete
  10. Terima kasih sharing....Batam ada dlm list to visit...insya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama juga sudi membaca :D
      Insyallah Batam best.. Bab makan kat sana sedap dan murah-murah :D

      Delete
  11. Dalam banyak2 gambar tu kan.... tertumpu sungguh kat nasi goreng tu.. nampak sangat menyelerakan.. sungguh lama x makan nasi beria.. just cubit2 mkn sambil suap anak2.. takut gemuks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi goreng tu murah dan sedap.. Makan dalam mall pulak tu.. Mmg terbaik :D
      Hebat nyer boleh mkn cubit2.. Pastu makan apa je nk bg kenyang hahaha.. :D

      Delete
  12. Jalan"sambil kulineran itu memang yang di cari, apalagi kalau ada harga yang lebih murah hati puas perut pun kenyang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambil berjalan-jalan .. Dpt makan makanan yg sedap dan murah .. Mmg terbaik :D

      Delete
  13. Replies
    1. Makan dalam Mall lak tu.. Nasib la tak makan di Batam Centre tu :P

      Delete
  14. yeenakk banget. ehhh. pisang keju susu tu just RM3.90?? murah nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan murah kan.. dah la makan dalam mall lak tu :D

      Delete
  15. suka jer baca entry psl batam cuma buat masa ni lom berhajat ke sana heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok sgt kalau ke Batam.. Best la jugak dan dekat dgn Johor.. Sesuai bawa anak2 jenjalan oversea :D

      Delete
  16. Ooo... boleh naik feri saja, ke Pulau Batam. Saya belum pernah sampai sana. Menarik juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah naik feri jer.. Nak naik flight pun boleh :D
      Boleh la bawa anak-anak jenjalan oversea naik feri hihii :D

      Delete
  17. Terima kasih kongsi informasi tempat makan yang selesa dan sedap.
    Teringat zaman sekolah dahulu, pernah dengar nama Raja Ali Haji. Sudah lupa apa peranannya. Rupanya beliau pernah menghasilkan puisi Melayu Tradisional.
    Meneroka Alam Melayu, memang tidak lepas dari sejarah penjajahan Belanda (Indonesia) dan Brirish ( Tanah Melayu).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama beliau cukup besar dlm sejarah bangsa dan tanah melayu.. Sebab tu mmg aim nak pergi ke muzium beliau di Batam.. Alhamdulillah banyak bahan bacaan yg ada di muzium.

      Delete
  18. Dekat² je muzium & masjid dgn terminal feri...boleh jalan kaki..teringat Gurindam 12 oleh Raja Ali..banyak nasihat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sebelah terminal jer dah ada few attractions Mega Mall, Muzium Haji Ali, Masjid Agung Batam, Batam Monument. Oh ye la Gurindam 12 oleh Raja Ali.. :D

      Delete
  19. Dekat² je muzium & masjid dgn terminal feri...boleh jalan kaki..teringat Gurindam 12 oleh Raja Ali..banyak nasihat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni wajib ke Muzium Raja Haji Ali.. Byk bahan bacaan yg boleh dibaca dalam muzium.. :D

      Delete
  20. Penceritaan yang cukup menarik...Agak mencabar jalan-jalan bersama anak berbanding berdua...apa-apapun..bro nampak sangat bersahaja travel sebab banyak pengalaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawa anak2 travel kena banyak bersabar.. Selalu ingtkan anak2 travel dpt belajar byk perkara.. Bersahaja ? Hihihi.. Kena tenang sentiasa bila travel ni.. Baru la menghayati keadaan di tmpt org :D

      Delete
  21. Akhirnyaaaa bisa baca tulisan blog Abang lagi ☺️. Baru balik dari Kaukasus countries + Belarus, tak sempat lihat blog samasekali 🀣 . Banyak tertinggal saya...

    Indonesia memang banyak tax πŸ˜…. Segala macam di buat tax. Tapi memang Batam itu mahal bang. Mungkin Krn dekat Singapura. Jadi tak jauh beda Ama jakarta harga di sana. Kalo yg murah, dah pasti kota2 yg jauh dari jakarta dan bukan termasuk kota besar. Abang perlu ke solo, Sibolga, Aceh, itu baru murah di sana πŸ˜„. Saya aja kadang berkhayal dulu, cobaaa seandainya tinggal di solo, tapi gaji level jakarta πŸ˜‚. Banyak bisa ditabung 😁

    Kalo pintu belakang di kunci, dan harus masuk dari pintu depan, biasanya Krn mereka kurang staff keamanan dan mungkin banyak case barang hilang. Jadi hanya 1 pintu yg dibuka.

    Pengen juga saya lihat Batam lagi. Trakhir saat masih anak2 kesana. Pastilah dah beda sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa... Menarik itu perjalanannya.. Harus ditulis cpt moga blh dibaca cpt hihihii..
      Btl juga kerna berhampiran sama singapore maka barangan nya mahal gitu..
      Pernah juga ke Aceh murah mura juga di sana.. Tapi tmpt murah tiket nya mahal gitu hahahaa

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...