Pages

Tuesday, 31 December 2013

Jelajah Miri Part 5 : Misi Berjalan Sambil Mencari Makan

 Sambungan Dari Jelajah Miri Part 4 : Muzium Petroleum - Sunset Di Canada Hills - Pasar Malam Ria Saberkas


Assalamualaikum..

Seawal pagi lagi Pak Man dan Lynn dah bawa aku naik kereta.. jauh jugak perjalanan untuk makan breakfast kali nie.. destinasi kami ialah Mee Jawa Kampung Pulau Melayu.. Lynn kata nak makan sini kene datang awal.. kalau lambat confirm habis.. memang betul sebab kami memang second last customer.. padahal baru pukul 9.45 pagi..


Ini lah kedai makan Mee Jawa Kampung Pulau Melayu..

Kedai Makan Mee Jawa ini dari sudut pandangan aku seperti di usahakan oleh sekumpulan makcik2 dari kampung ini.. Mereka hanya membuka untuk sarapan pagi.. memang penuh setiap hari mahu pun hari kerja.. Apa2 pun make sure jika nak datang.. anda datang pada warung yang betul.. maklum la bila dah popular ni.. warung lain nama nak sama pun tumbuh macam cendawan..


Mee Jawa dengan Kepak Ayam Goreng Tepung.. Terbaikk..  :D











Menu utama semestinya Mee Jawa.. dan yang kedua famous ialah Kepak Ayam Goreng Tepung.. memang sah orang Miri suka makan kepak ayam hahaa.. Sepinggan mee jawa RM 5.00 dan seketul chicken wing ialah RM2.50.. tapi aku rasa 2 makanan ni jer ada kat sini hehee.. tapi pape pun terbaikk mee jawa makcik2 nie..

Lepas makan mee jawa kami terus berjalan2 ke beberapa Mall yang ada di sekitar Bandar Miri ni.. antaranya MYY Mall, Merdeka Mall Miri, Boulevard Mall dan Bintang Mall..  masa ni la sempat aku beli fridge magnet dan hantar poskad.. dan benda paling aku nak beli ialah bubu ikan.. sebab aku minat benda ni dari kecik lagi hahahaa.. tapi perjalanan masih jauh.. tunggu la kalau ada jumpa di Sabah nanti baru aku beli..


Bintang Mall.. Antara mall yang baru di Miri.. macam2 ada.. :D













Ini lah Bubu Ikan yang aku nak beli sangat  :P


Lepas kami jalan-jalan di beberapa mall.. Lynn dengan Pak Man ajak aku lunch di Singapore Chicken Rice - SCR.. Makanan famous di SCR ni ialah nasi ayam.. dan yang lebih menyelerakan ialah ayam boleh pilih untuk yang kukus atau roasted.. dan semestinya ayam roasted.. nasi sama jer macam nasi ayam di tempat lain.. but ayam dia rasa sedap special lain sket..

Tadi pagi makan breakfast lambat.. ni dah makan lunch pulak.. Habis makan lunch.. kami meneruskan perjalanan ke mall yang lain.. nampak gaya Lynn dengan Pak Man berbelanja lebih dari aku hahaa.. macam aku pulak yang bawa mereka jalan2.. dah terbalik huhuu.. aku bab2 nak bershopping ni memang la kureng sket.. ikut orang pi shopping ok boleh..  :D


Ice Lemon Tea with Soya Milk Cincau..
Ini lah Mee Kolok Daging Goreng..
Set Nasi Ayam Kukus.. Nampak biasa jer kan.. tapi Ayam dia memang A..!!

Jam menunjukan baru pukul 3.00 petang.. Pak Man kata lepas ni nak pi mana lagi.. aku jawap tak tahu sebab target aku cuma Gua Niah, The Grand Old Lady dan few attraction di dalam Bandar Miri sahaja.. tiba-tiba Lynn kata kalau kita pi Taman Negara Bukit Lambir sempat nie.. sebab tutup pun pukul 5.30 petang..

Dari Miri hanya 32 km untuk ke Lambir Hills National Park.. memang tak jauh mana.. Yang best sangat di Lambir ni ialah ada nya bebarapa air terjun dan boleh bermandi-manda dan picnic di beberapa lokasi yang di benarkan.. ada sesetengah air terjun tidak di galakan untuk bermandi.. Dan antara air terjun yang famous ialah - Latak Waterfall,  Pantu Waterfall, Pancur Waterfall, Tengkorong Waterfall, Dinding Waterfall..


Akhirnya sampai juga di Taman Negara Bukit Lambir.. :D




Kaunter Pendaftaran.. RM10.00 Adult
Melalui titi ini untuk memulakan perjalanan..

Tapi nasib tidak menyebelahi kami.. bila kami sampai pukul 3.40 petang di kaunter nak bayar entrance.. kakak tu kata tak boleh masuk.. sebab waktu terakhir untuk masuk ialah 3.00 petang.. sebab untuk sampai ke point pertama akan amik masa setengah jam.. pergi balik dah 1 jam.. itu tak masuk lagi aktiviti nak picnic or mandi.. dan lagi2 kalau yang suka amik gambar memang tak cukup masa..

Taman Negara Bukit Lambir nie rupanya tutup pukul 5.00 petang.. walau kami merayu pada akak kaunter tu tetap tidak membenarkan tapi cara dia beritahu kami pun baik dan sopan.. dan ayat terakhir dia kata.. " mungkin akak boleh bagi kamu masuk.. tapi kat dalam ada ranger.. mesti kantoi jugak.. dan akak jugak yang kene nanti "..


Berhenti di Sungai Liku sebab tengok air yang jernih dan bersih..

Dengan tak sengaja trekking sket tepi sungai ni.. ada cetak ada dalam..


Jom redah sungai..
Lynn cuba menangkap udang2 yang bermain..

On the way balik Miri.. kami singgah di Sungai Liku sebab keadaan sungai yang jernih.. susah nak jumpa sungai air jernih dan yang tiada buaya di Miri ni hehee.. Banyak pulak udang dan ikan bermain walau di kawasan cetek.. part yang dalam tak berani pulak nak redah hahaha.. still terbayang-bayang wajah bujang senang.. :P


Singgah di Masjid Darul Ehsan Piasau Jaya untuk bersolat..
Boleh tahan juga hebat nyer masjid2 di Miri ni.. Alhamdulillah..  :D

Sebelum pulang kami bertiga singgah makan malam di The Bulatan Cafe.. makanan utama di sini ialah Mee Kolok.. ada Mee Kolok Goreng Ayam / Daging.. Mee Kolok Sup.. macam2 ada.. dan rojak Miri.. tak tahu la rojak ni special di Miri atau dia saja bagi nama Rojak Miri..

Mee Kolok Goreng Ayam..
Mee Kolok Sup Ayam
Rojak Miri..

Hari ni memang mission nak jalan-jalan dan makan.. makanan di Miri memang sedap2.. kalau datang Miri jangan lupa cuba sebanyak makanan yang ada di sini.. tak rugi.. biar menyesal makan jangan menyesal tak makan hehehe.. Okay.. ini hari terakhir aku di Miri, Sarawak.. insyallah esok akan bertolak ke Brunei Darus Salam.. Harap semua akan berjalan dengan lancar..

Dan tak lupa juga nak mengucapkan selamat tahun baru untuk semua rakan2 bloggers, followers dan readers.. moga azam untuk tahun 2013 semua nyer tercapai.. dan memulakan azam yang baru untuk tahun yang baru.. insyallah akan terus memajukan diri dalam dunia pengembaraan.. hope to see u all next year  :D

Entry Jelajah Miri Yang Lepas - Sila Klik Link Di Bawah :



Saturday, 28 December 2013

Jelajah Miri Part 4 : Muzium Petroleum - Sunset Di Canada Hills

Sambungan Dari Jelajah Miri Part 3 : Gua Niah - Pekan Batu Niah to Bandar Miri


Assalamualaikum..

Hari ketiga aku di Miri.. Tak buat banyak sangat aktiviti.. maklum la menumpang rumah Pak Man.. tak kene bayar apa-apa.. dah macam rumah sendiri rasa malas jer.. Lynn dan Pak Man kata nanti petang kita pi tengok sunset di Canada Hills.. ok la tu sebab siang ni aku malas sket..

Canada Hills ni lebih kepada kawasan orang bersantai.. ramai yang datang pada waktu pagi dan petang untuk beriadah seperti bersenam, jogging, picnic bersama keluarga malah ada yang buat senaman Tai Chi.. Ada juga sebuah restoran di sini tapi tak ada tanda halal.. banyak alcoholic jer kat situ.. Canada Hills juga di kenali sebagai The Grand Old Lady.. Dan juga di kenali sebagai Bukit Telaga Minyak bagi masyarakat setempat..


The Grand Old Lady..
Gambaran bagaimana mereka membuat kerja penggalian..
Tengok macam tak cukup tenaga.. Jom tolak..!!
Antara peralatan lama dalam penggalian minyak zaman  dulu..

Fakta Sejarah - Apa yang menarik di Canada Hills ni.. di sinilah terletaknya Muzium Petroleum.. dan kenapa muzium ini di bina di sini..?? jawapannya ialah.. di sinilah terletaknya telaga minyak pertama di Miri.. Bahkan yang pertama di Malaysia.. di gerudi dengan cara alat kawat.. atau kata lain manual..

Mula di gerudi pada 10 Ogos 1910 dan tamat pada 22 Disember 1910.. mengambil masa lebih 2 bulan untuk siap.. Kedalaman asli 452 kaki dan yang terakhir atau paling maksima 1096 kaki.. Di tutup setelah beroperasi selama 62 tahun.. pada tarikh 31 Oktober 1972.. dengan pengeluaran 7 tong sehari atau anggaran 660,000 tong sepanjang ia beroperasi..


Pintu masuk Muzium Petroleum  -  Sejarah minyak di Malaysia..













Dan baru aku tahu terdapat 624 telaga minyak di Miri.. dengan anggaran lebih 80 juta tong minyak telah di keluarkan dari dearah Miri.. Dan syarikat minyak pertama yang beroperasi di Miri atau di Malaysia ini ialah Anglo-Saxon Petroleum Company.. daripada kumpulan Shell Royal Dutch..


Pemandangan sebahagian Bandar Miri di waktu petang..
Matahari yang mula melabuhkan diri..

Syarikat Petroleum dan Gas Malaysia - Petrolium Nasional Berhad - Petronas hanya di tubuhkan pada 14 Ogos 1974.. bertahun lamanya selepas syarikat lain menapak mengambil hasil di negara Malaysia.. apa pun sebagai rakyat Malaysia.. Aku bangga dengan pencapai Petronas pada masa kini.. di mana jua aku travel.. masyarakat luar kenal The Twin Tower Petronas..  harap tak terkeluar dari tajuk lagi hehehehe.. 


Ada adik beradik ni sanggup jadi model camera aku hehehee..  :D


Buruk benor gambar aku amik.. siapa sudi ajar aku amik gambar pleasee..  :P
Datang balik pada waktu malam untuk melihat keindahan Bandar Miri

Berbekalkan sandwich dan air mineral.. Pak Man, Lynn dan aku duduk menunggu sunset.. ramai juga orang lain yang datang untuk menikmati sunset di atas bukit ni.. Selesai sunset kami pulang menunaikan solat maghrib dan terus ke satu2 nyer pasar malam di Miri iaitu Pasar Ria Saberkas.. Maka bermula food hunting hehee.. paling best aku nak beli kat sini ialah Kepak Ayam Bakar yang memang famous di Miri ni.. lagi2 bau dia sampai kat parking kereta..

Jom Puisng-Pusing Dalam Pasar Ria Saberkas..


" Selamat Datang Ke Pasar Ria Saberkas "

RM 2.00 4 batang tu..Mana nak dapat harga macam ni di KL..
Terbaikk..!!  Satay yang murah dan sedapp.. :D

RM 2.00 seketul.. beli 3 RM 5.00..
Ini lah kepak ayam bakar yang famous di Miri.. 
Jom serang Kek Lapis Sarawak  :D
Warna - warni.. rambang mata sekejap..
Ini mungkin masa tengah sedih kot.. tu warna dia macam tu  :P

Harga dari RM 3.00 - RM 4.00.. perasan tak semua nyer kepak jerr..
Ikan bakar di mana aja.. laut kan sebelah jer kan  :D
Hati Buyah Berempah ( Beef Lung ) RM 5.00

Kek Lapis Sarawak pun ada jual dan murah sket.. even ramai bagi suggestion kalau nak beli Kek Lapis kene pi Kedai Siti Payung di Muara tapi aku tak kisah asalkan ia adalah kek lapis.. nanti dah ada bini baru kisah yer dok hahaa.. :P 

Ok antara makanan yang menarik di sini korang kene rasa ialah Hati Buyah Berempah.. Satay Ayam dan Daging - Murah 4 batang RM 2.00 jerr.. memang di balun habis.. pelbagai jenis Ikan Bakar yang amat murah.. Nasi Ayam Berempah.. but yang best sangat ialah semuanya murah.. Continue Part 5..