Pages

Tuesday, 31 December 2013

Jelajah Miri Part 5 : Misi Berjalan Sambil Mencari Makan

 Sambungan Dari Jelajah Miri Part 4 : Muzium Petroleum - Sunset Di Canada Hills - Pasar Malam Ria Saberkas


Assalamualaikum..

Seawal pagi lagi Pak Man dan Lynn dah bawa aku naik kereta.. jauh jugak perjalanan untuk makan breakfast kali nie.. destinasi kami ialah Mee Jawa Kampung Pulau Melayu.. Lynn kata nak makan sini kene datang awal.. kalau lambat confirm habis.. memang betul sebab kami memang second last customer.. padahal baru pukul 9.45 pagi..


Ini lah kedai makan Mee Jawa Kampung Pulau Melayu..

Kedai Makan Mee Jawa ini dari sudut pandangan aku seperti di usahakan oleh sekumpulan makcik2 dari kampung ini.. Mereka hanya membuka untuk sarapan pagi.. memang penuh setiap hari mahu pun hari kerja.. Apa2 pun make sure jika nak datang.. anda datang pada warung yang betul.. maklum la bila dah popular ni.. warung lain nama nak sama pun tumbuh macam cendawan..


Mee Jawa dengan Kepak Ayam Goreng Tepung.. Terbaikk..  :D











Menu utama semestinya Mee Jawa.. dan yang kedua famous ialah Kepak Ayam Goreng Tepung.. memang sah orang Miri suka makan kepak ayam hahaa.. Sepinggan mee jawa RM 5.00 dan seketul chicken wing ialah RM2.50.. tapi aku rasa 2 makanan ni jer ada kat sini hehee.. tapi pape pun terbaikk mee jawa makcik2 nie..

Lepas makan mee jawa kami terus berjalan2 ke beberapa Mall yang ada di sekitar Bandar Miri ni.. antaranya MYY Mall, Merdeka Mall Miri, Boulevard Mall dan Bintang Mall..  masa ni la sempat aku beli fridge magnet dan hantar poskad.. dan benda paling aku nak beli ialah bubu ikan.. sebab aku minat benda ni dari kecik lagi hahahaa.. tapi perjalanan masih jauh.. tunggu la kalau ada jumpa di Sabah nanti baru aku beli..


Bintang Mall.. Antara mall yang baru di Miri.. macam2 ada.. :D













Ini lah Bubu Ikan yang aku nak beli sangat  :P


Lepas kami jalan-jalan di beberapa mall.. Lynn dengan Pak Man ajak aku lunch di Singapore Chicken Rice - SCR.. Makanan famous di SCR ni ialah nasi ayam.. dan yang lebih menyelerakan ialah ayam boleh pilih untuk yang kukus atau roasted.. dan semestinya ayam roasted.. nasi sama jer macam nasi ayam di tempat lain.. but ayam dia rasa sedap special lain sket..

Tadi pagi makan breakfast lambat.. ni dah makan lunch pulak.. Habis makan lunch.. kami meneruskan perjalanan ke mall yang lain.. nampak gaya Lynn dengan Pak Man berbelanja lebih dari aku hahaa.. macam aku pulak yang bawa mereka jalan2.. dah terbalik huhuu.. aku bab2 nak bershopping ni memang la kureng sket.. ikut orang pi shopping ok boleh..  :D


Ice Lemon Tea with Soya Milk Cincau..
Ini lah Mee Kolok Daging Goreng..
Set Nasi Ayam Kukus.. Nampak biasa jer kan.. tapi Ayam dia memang A..!!

Jam menunjukan baru pukul 3.00 petang.. Pak Man kata lepas ni nak pi mana lagi.. aku jawap tak tahu sebab target aku cuma Gua Niah, The Grand Old Lady dan few attraction di dalam Bandar Miri sahaja.. tiba-tiba Lynn kata kalau kita pi Taman Negara Bukit Lambir sempat nie.. sebab tutup pun pukul 5.30 petang..

Dari Miri hanya 32 km untuk ke Lambir Hills National Park.. memang tak jauh mana.. Yang best sangat di Lambir ni ialah ada nya bebarapa air terjun dan boleh bermandi-manda dan picnic di beberapa lokasi yang di benarkan.. ada sesetengah air terjun tidak di galakan untuk bermandi.. Dan antara air terjun yang famous ialah - Latak Waterfall,  Pantu Waterfall, Pancur Waterfall, Tengkorong Waterfall, Dinding Waterfall..


Akhirnya sampai juga di Taman Negara Bukit Lambir.. :D




Kaunter Pendaftaran.. RM10.00 Adult
Melalui titi ini untuk memulakan perjalanan..

Tapi nasib tidak menyebelahi kami.. bila kami sampai pukul 3.40 petang di kaunter nak bayar entrance.. kakak tu kata tak boleh masuk.. sebab waktu terakhir untuk masuk ialah 3.00 petang.. sebab untuk sampai ke point pertama akan amik masa setengah jam.. pergi balik dah 1 jam.. itu tak masuk lagi aktiviti nak picnic or mandi.. dan lagi2 kalau yang suka amik gambar memang tak cukup masa..

Taman Negara Bukit Lambir nie rupanya tutup pukul 5.00 petang.. walau kami merayu pada akak kaunter tu tetap tidak membenarkan tapi cara dia beritahu kami pun baik dan sopan.. dan ayat terakhir dia kata.. " mungkin akak boleh bagi kamu masuk.. tapi kat dalam ada ranger.. mesti kantoi jugak.. dan akak jugak yang kene nanti "..


Berhenti di Sungai Liku sebab tengok air yang jernih dan bersih..

Dengan tak sengaja trekking sket tepi sungai ni.. ada cetak ada dalam..


Jom redah sungai..
Lynn cuba menangkap udang2 yang bermain..

On the way balik Miri.. kami singgah di Sungai Liku sebab keadaan sungai yang jernih.. susah nak jumpa sungai air jernih dan yang tiada buaya di Miri ni hehee.. Banyak pulak udang dan ikan bermain walau di kawasan cetek.. part yang dalam tak berani pulak nak redah hahaha.. still terbayang-bayang wajah bujang senang.. :P


Singgah di Masjid Darul Ehsan Piasau Jaya untuk bersolat..
Boleh tahan juga hebat nyer masjid2 di Miri ni.. Alhamdulillah..  :D

Sebelum pulang kami bertiga singgah makan malam di The Bulatan Cafe.. makanan utama di sini ialah Mee Kolok.. ada Mee Kolok Goreng Ayam / Daging.. Mee Kolok Sup.. macam2 ada.. dan rojak Miri.. tak tahu la rojak ni special di Miri atau dia saja bagi nama Rojak Miri..

Mee Kolok Goreng Ayam..
Mee Kolok Sup Ayam
Rojak Miri..

Hari ni memang mission nak jalan-jalan dan makan.. makanan di Miri memang sedap2.. kalau datang Miri jangan lupa cuba sebanyak makanan yang ada di sini.. tak rugi.. biar menyesal makan jangan menyesal tak makan hehehe.. Okay.. ini hari terakhir aku di Miri, Sarawak.. insyallah esok akan bertolak ke Brunei Darus Salam.. Harap semua akan berjalan dengan lancar..

Dan tak lupa juga nak mengucapkan selamat tahun baru untuk semua rakan2 bloggers, followers dan readers.. moga azam untuk tahun 2013 semua nyer tercapai.. dan memulakan azam yang baru untuk tahun yang baru.. insyallah akan terus memajukan diri dalam dunia pengembaraan.. hope to see u all next year  :D

Entry Jelajah Miri Yang Lepas - Sila Klik Link Di Bawah :



90 comments:

  1. Wow mee kolok dia pelbagai, dan look yummeh especially time lunch mcm ni. Sarawak tak jauh, next time boleh pegi taman negara lambir lagi. Panjangnya entry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap.. mee kolok itu pelbagai.. mungkin tempat lain ada cara lain memasaknya :D
      Memang tak jauh.. tapi tak ramai yang membuka mata untuk melihat keindahan di sana .. entry panjang ek?? sorry kepala pening sket hahaha.. :P

      Delete
  2. aduh..terliur tengok mee jawa tu... huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee Jawa tu memang sedap.. sepinggan memang tak cukup hehehe.. :D

      Delete
  3. First ke ni...ahaha...Mee Jawa tapi mkn nya di Miri...seperti mee rebus je..apa yg sedapnya eh ehh..mcm kurang bhn je..pastu letak dalam pinggan..kalau masuk mangkuk baru best..tak lah meleleh kuah tu nanti..ke mmg mcm tu

    sporting betul lah pak man dan lyn tu..leh teman bawak jln2 kat Mall...no wonder lah tak byk budget dalam trip kali ni..untung lah ada kwn kat sana kan..

    Wah..byk betul waterfall...kalau dah negeri yg penuh dengan alama semulajadi kan..

    Rojak miri tu ada kelainan...ada tauge...nampak sedap..sedap tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak bukan first la kali ni hehehe.. Mee Jawa di Miri jangan terperanjat yer :D
      Nampak simple tapi memang sedap sesangat.. kalau dtg nnti kene cuba tau.. dia mmg mcm ni guna pinggan..

      Lynn dan Pak Man memang sporting.. maklum la bila ada tetamu ni ceria dia lain sket kan lagi2 nak enjoy keindahan alam.. kene cari yg satu kepala..baru seronok..

      Rojak Miri tu memang sedap.. ada tauge banyak tu yang kelainan nyer :D

      Delete
  4. alamak..rupanya org ke tiga..huhhu...adakah ini entry terakhir thn ni :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah ini entry terakhir.. aah betul ini terakhir hehehe.. :D

      Delete
  5. hahaha i loike kata pujangga 'biar menyesal makan, jangan menyesal tak makan' tuuu.....hahahaha memang best la makanan kat Sarawak kan...awak tak jumpa pisang cheese yg sedap tu ke?hehehe

    tak sangka Miri banyak mall...hish ni gara2 tpengaruh cite adik sepupu la ni kata miri ni pendalaman!hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 kene macam tu jugak Kak DJ.. sebab bukan selalu.. so makan jgn tak makan.. dah la jauh nun di Miri sana.. Pisang cheese tak brkesempatan la.. insyallah next time amin.. Miri ni bandar bukan pendalaman la Kak Dj hehee..

      Delete
    2. tu la kan...sbb tu sy suka enjoy the food kalo travel, lagi2 kalo kat tmpt kita takde...hehehe alaa takpe, pisang cheese tu boleh buat sndiri je...goreng pisang, tabur cheese dan susu!siap!hehehe

      yezza awak punya trip dah membuka mata sy ni...next time myb leh terjah sana pula!hehehe

      Delete
    3. Food and travel memang tak boleh di pisahkan.. especially food yang jarang kita dengar and tak ada kat tempat kita hehehee.. oh pisang goreng tabur susu dan cheese jer la ek.. ok nnti boleh try :D Kene la buat cuti-cuti Malaysia jugak :D

      Delete
  6. Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok selamat tahun 2014 juga :D

      Delete
  7. bestnya tgk suasana warung mcm tu.. :) lepak2 best sgt..fuh bintang mall... tgk barang2 waaahhh...teruja..bestnya shoping nih.. hehehehe...

    lawa lah tgk pintu denai utama... buat halam rumah mcm ni indahnya rasa.. haha... menu2 yg nyelerakan..oh lama x makan mee... sedapnya... pos kat zaza semangkuk.. hehehe.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama pun mee jawa kg pulau melayu.. memang seronok duduk lepak kat situ.. fridge magnet 3 biji RM 10.00.. memang murah la.. :D

      Nak semangkuk..?? tak dapatnak tolong tu hahaha.. kene mai sendiri la..

      Delete
  8. thumbs up!! =D menanti perjalan 2014 pulak ;) selamat tinggal 2013

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menanti.. ?? hehee.. ini perjalanan 2013 masih banyak tertangguh lagi... kene siap kan semua dulu hahahaa.. than baru boleh travel lain pulak hahaha.. :D

      Delete
  9. Rojak Miri tu Nampak sungguh menyelerakanlah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. rojak Miri tu memang sedap.. antara kelainan dia ada banyak tauge tu yang sedap :D

      Delete
  10. Best la ada pemandu pelancong. Lynn tu memang org miri ke>

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lynn tu kerja di Miri.. my classmate masa darjah 6 sekolah rendah dulu.. kawan nak tolong guide apa salah nyer yer dak :D

      Delete
  11. makanan dia tu yang tahan teman nengokk.. tolonglahh.. teman udah makan tadi, ni lapo balik dah.. gemok nanti teman siap kamu.. ha3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa... tak boleh nak tolong la.. tuan blog tengok pun boleh lapar balik hahaha..
      aik gemuk pun nak salahkan orang lain hahahaa :P nikmati lah gambar makanan di Miri ni yer :P

      Delete
  12. mee jawa tu nampak macam mee rebus.. mesti sedapkan? best dapat makan mee kolok yang original sarawak.. akak kalau bab makan memang no.1.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee Jawa tu nampak macam mee rebus tapi tak sama langsung.. aah sedap sangat kot.. yer mee kolok memang sedap bila di sarawak hahaaa.. makan kene la bab no 1 :D

      Delete
    2. rasa teringin nak makan yang original dari sarawak..
      Entri Terbaru

      Delete
    3. Sila la ke Sarawak.. AirAsia selalu buat tambang murah.. Moga impian tercapai di Sarawak memakan mee kolok.. :D

      Delete
  13. wahh..pelbagai jenis makanan...mee jawa, mee kolok goreng, kolok sup..rojak lagi..memang layan..nampaknya Miri jg destinasi utk makan2..

    Wishing you a happy and prosperous year ahead..ya, betul, majukan diri dalam dunia pengembaraan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang masa sampai sana.. kawan bagitau kat sana memang makan pun heaven.. sebab citarasa semenanjung dan indonesia ada di sana.. make sure hilang kan berat bdn sebelum ke Miri.. sebab mesti makan banyak :D

      Selamat Tahun Baru juga untuk puan nohas moga ceria dan success selalu :D

      Delete
  14. selamat tahun baru TT!

    Macam- macam penggayaan masakan mee kolok tu yek!
    Dulu penah try...tapi.. *cengkerik
    Hehee

    Semoga terus sukses bertravel!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru Nana Tron.. :D

      Dulu pernah try cengkerik?? apa kah.. ada cengkerik ke kat dalam mee kolok hahaha.. kesian nyer.. ok thanks for the wish.. u to moga success :D

      Delete
    2. Nyaman pun boleh hahahaa.. :P
      Sedap kan... layan gituuu :D

      Delete
  15. alamak terliur aku tgok mee jawa tu.. mee kolok? firs time dgr...
    wow memng bersih2 sungai kat sana..bebas dari pncemaran..tahniah kpda pnduduk tmpatan atas kesedaran sivik yg tinggi mjga alam skitar..he..he.. tetiba..
    happy new year my frends :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bagi yang belum pernah ke sarawak .. memang belum pernah dengar Mee Kolok nie.. ia nya adalah antara yg special di Sarawak .. make sure jika kesana kene cuba :D
      Banyak sungai yg keruh macam teh susu.. yg jernih tak banyak sangat.. Happy new year to :D

      Delete
    2. aku baru google rupa mee kolok..memng x pnah tgok n rasa..insaallah ada rezeki akan cuba..itulah sungai blakang umah aq lg jernih he..he..sebab sllau tgok gmbar sungai sana keruh biasalah dlam n panjang :)

      Delete
    3. Huh belakang rumah ko ada sungai.. best giler kot rumah ko ada sungai.. pokok durian lagi tu..sungai kat sarawak besar2.. dalam2.. pastu penghuni pun besar2 jugak :D

      Delete
    4. ada..la.. rumah kampung..kalau kau g travel hutan royal belum.. nak drop sblum p sana..jmput dtang ke umah aku.. ha..ha.. ar ah skrg time durian dkat sini :)

      Delete
    5. Memang tgh plan nak ke Belum Royal State .. nak camping kat sana.. insyallah akan plan awal supaya boleh drop makan durian huhuhuu.. :D

      Delete
    6. jumput2 jumput datang bro :)
      selamat dtg ke negeri perak..ewah mcm duta kecil x rasmi plak :P

      Delete
    7. Insyallah confirm datang kalau dah dekat ngan area sana :D
      duta kecil or tak rasmi pun boleh hehehee.. :D

      Delete
  16. kawan2 ika yang asal dari sarawak selalu sebut pasal mee kolok ni...tapi tak pernah lagi rasa....bestnya dapat ke sana...insyaAllah ada rezeki dah free daripada segala tanggungjawab belajar, boleh menjelajah seperti tuan blog :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee Kolok pun ada banyak jenis.. ada yg di goreng.. ada yg di makan macam sup atau berkuah.. apa2 pun ia memang sedap sangat :D
      Mulakan penjelajahan sedikit demi sedikit.. moga satu hari nanti impian affy afiqah menjadi kenyataan :D

      Delete
    2. tapi memang halal ke? sebab kalau tak silap ada kawan ika yang non muslim kata tak halal...
      insyaAllah, nak lengkapkan dulu jelajah semenanjung :))

      Delete
    3. Sama la macam di semenanjung.. me gerong yang tak halal pun ada.. makan la di kedai orang islam.. yang ada tanda halal Jakim :D

      Bagus la..jalan-jalan.. cuti-cuti malaysia dulu :D

      Delete
    4. ohhhh lebih kurang macam kat semenanjung jela kan, haa takpe2, boleh try nanti ihiks :)

      itu laa, malaysia pun tak habis pusing haa :D

      Delete
    5. Tahun 2014 kan tahun melawat malaysia.. mesti banyak promotion tahun ni.. boleh la jalan satu Malaysia tahun nie :D

      Delete

  17. seharian menjelajah Miri mesti puas hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sehari jelajah miri puas tapi kalau nak puas biar lebih lagi.. sebab ada banyak lagi tempat yg menarik di Miri :D

      Delete
  18. mee jawa tu nampak sangat menyelerakan! tak tahu pulak yang mee kolok ada pelbagai jenis yg boleh dimasak...

    tak sabar nak tunggu entry Brunai...Selamat Tahun Baru 2014 Afif :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru Mrs Smile.. :D

      Aah.. memang banyak cara masak.. ada yg buat ala2 western pun ada hahaha.. macam daging balck pepper.. insyallah akan try siap kan entry Brunei secepat mungkin :D

      Delete
  19. Miri sounds interesting...yeah Visit Malaysia 2014...will be on my list...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. conquer our own country first.. supaya kita hargai keindahan negara sendiri :D

      Delete
    2. terkomen dua kali?? tak la.. belum komen lagi.. cepat komen sekarang hahahaa :D

      Delete
  20. me kolok..1st time dengar,,huhu..
    nk fridge magnet :3 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik.. duduk sabah pun tak akan tak pernah dengar mee kolok??? biar betul...
      fridget magnet nak satu??? tapi dia jual 3 sepuluh la.. hahahaa :P ..

      Delete
  21. Tak pernah lagi makan mee kolok. Tapi mee jawa pernah la. Aku pun org Jawa. haha takde kaitan pun. Macam mahal je RM 5 utk mee jawa tu?

    Banyaknya mall kat Miri & Taman Negara ni nampak kemas sikit dari Niah,,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah.. memang sebelum datang sarawak buat research.. bru ada org kasi tahu mee kolok.. smpai sana baru makan.. mee jawa tu ntah la mahal ke idok.. mungkin mahal.. tapi baloi la sedapp.. dan ada ayam sekali..

      Taman negara niah dan lambir dua2 ada kelebihan sendiri.. ;D

      Delete
  22. hasil kraf mereka mmg cantik dan berseni...mee kolok dan mee jawa tu nampak tersangat mebeles..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee Jawa dan Mee Kolok tu memang ada kelainan masing2.. sedapp mebeles sgt2 hahaha.. :D aah org sarawak mmg pandai dgn seni kraf ni..

      Delete
  23. syok nye jalan2...mee kolok biase raye tp kn rojak tuhh mcm xpnh jee..sedap x?pergh pic semua buat aku kebulur aje ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee kolok kat sana 365 hari setahun ada jual hahaa.. sedapp sgt kot.. rojak itu tak tahu la.. mungkin dia jer yg bagi nama rojak miri hahahaa.. rojak tu sedap makan seorang sepingan mmg puas :D

      Delete
  24. Uiiii gambo makanan sama banyak dengan gambo jalan-jalan....buat terliur je...ni blog travel ke blog makanan ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa.. miss t.. ini dah last part.. memang banyak la gamabar makan nyer heheee...
      sekali sekala tunjuk gambar makan la jugak baru tak boring travel kan :D

      Delete
  25. pergi melawa kat negeri orang kalau dapat makan kat kedai2 kg macam kedai mee jawa tu memang best orang yang membesar kat kota macam aku nih...hehe..klik tabung inti..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. orang bandor macam kita nie memang akan terpegun dengan suasana kampung.. pastu ada warung ala2 macam tu memang terbaikkk :D

      Delete
  26. Bubu tu macam mana nak bawa balik dik? Pikul macam style bawa back-pack ke hihi... memang menarik kakak tengok pun tertarik.

    Selamat tahun baru dari kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itu saya tak beli masa di Miri.. kene cari kat last destination di Kota Kinabalu nanti.. tak kisah la nak pikul ke whatever,.. asal kan dapat bawa balik satu hahaha..

      Selamat Tahun Baru Kak Zakie :D

      Delete
  27. masakan kampong tuh memang sedap lah.. karena kaya cita rasa dan bumbu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masakan kampung memang enak begitu goiq..sepinggan mana cukup.. mahu kene dua pinggan baru cukup hahaha :D

      Delete
  28. menarik debomPPP!!
    x pnh jejak lagi MIRI ni
    beautiful nature...
    ingatkan mee jawa ni ada je kat JOHOR
    rupanya kat MIRI pun pamos jugak erk
    tq 4 sharing info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sarawak memang menarik sampaikan British, Australia dan Jepun pun nak conquer Borneo hahahaa.. sana la tempat Nature kita yang masih banyak kekal..

      Yep orang johor suka mengembara kot.. tu smpai Miri pun ada Mee Jawa hahaha... :D

      Delete
  29. Mee jawa klo kat bangi ada satu yang sedap... Kat opis nih ada bos tu orang sarawak, slalu gakla dia bawak mee kolok kering yg belum masak tu kat staff...

    Jernihnya sungai tu yer.. sronok pulak tgk!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually tak tahu pun wujud nya mee jawa nie hahaha.. nasib pi sarawak.. dapat la kenal dan merasai nyer :D oh bos akak orang sarawak untung la selalu dapat mee kolok ering tu hehahee.. sungai yang jernih memeng seronok :D

      Delete
  30. Kepak ayang ? Sampai tersasul . Mungkinkah bakal isteri org ganung ?

    Hehehe sori merepek .
    Miri macam besttt je . Tapi jauhhhh nak drive .
    Oh maiiiii T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huh tersasul.. kat mana..?? memandai jer.. ganung ke gunung?? hahaha.. :P
      huh nak kerepek.. pi la beli sendiri.. Miri memang best pun .. :D

      Delete
  31. Entri untuk Brunei tak ada walhal dah post kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah .. maaf sebab ada masalah internet slow.. semua kerja tergendala untuk hari ini.. :(

      Delete
  32. alhamdulillah... seronok berjln x luper singgah solat... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Solat penting.. apa guna travel kuat solat nyer tidak kan.. :D

      Delete
  33. auntie yang baru pindah kat sini tak gi lagi tempat tempat ni..kalau nak souvenior cantik baik gi kat jalan brooke...lagi murah tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huh baru pindah sana.. best la kat Miri aman tenang jer.. tak de la teruk sgt sesak lalu lintas :D oh ok thanks next time will visit Jalan Brookefor souvenir.. :D

      Delete
    2. Salam..Miri mmg byk tempat mkn yg best2.Next time if dtg lagi try lah mkn mee kolok kat awang mahyan.Mmg power!Lepak mkn kat warung kpg pengkalan gak..

      Delete
    3. Waalaikumsalam.. Betul tu..memang setuju di Miri memang banyak tempat makan yang hebat dan menyelerakan :D

      Hari tu ada try Mee Kolok juga.. insyallah next time akan cuba di Awang Mahyan dan Wrg Kmpng Pengkalan.. terima kasih info tu :D

      Delete
  34. wahh beshnyer....
    ehemm..ade belikan utk yaya x sourvnr...?hheeeee ^o^

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa... ini masa bulan bape huhuu.. xde la yaya... insyallah next trip :D

      Delete