Pages

Friday, 3 January 2014

Pergulungan Noktah Terakhir Untuk Kalender 2013

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kita masih lagi di beri peluang bernafas untuk menghirup udara segar di permulaan tahun 2014.. Sambil kita bernafas menghirup udara anugerah tuhan.. mari kita lihat seketika ke arah belakang.. ruang keselesaan yang telah di beri pada kita pada 2013.. adakah telah kita dapat lakukan dengan sempurna.. Moga apa yang kurang dan yang belum kita perbaiki.. Insyallah kita sama2 usahakan untuk di perbaiki pada 2014..


Sekadar renungan bersama  :D

Pergulungan kalender 2013 adalah pencapaian yang terbaik bagi aku dalam dunia pengembaran.. Aku berjaya menjejaki ke ke 13 buah negara iaitu 3 negara di Europe - England, Ireland dan Northen Ireland.. 2 negara di Africa - Swaziland dan Lesotho.. 5 negara di Middle East - United Arab Emirate, Jordan, Egypt, Qatar dan Oman.. 3 negara di Asia Thailand, Brunei dan Indonesia..

Dan berkesempatan selepas pulang ke Malaysia pada Ogos 2013.. sempat membuat trip ke Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Sabah.. dan hampir 75% dari keseluruhan trip dalam tahun ini aku mengembara seorang diri.. Alhamdulillah secara tak langsung aku berjaya menjejak kaki ke 28 negara dan 146 bandar di dunia.. dan melengkapkan kesemua 14 negeri di Malaysia..

1. January - Republic of South Africa


2. February - Kingdom of Swaziland


3. March - Kingdom of Lesotho


4. April - United Arab Emirate


5. April May - England

6. May - Ireland


7. May - Northern Ireland

8. June - Kingdom of Jordan


9. June - Egypt

10. June July - Kingdom of Qatar


11. July - Kingdom of Oman


12. July - Thailand


13.  September - Pulau Pinang


14. October - Sarawak


Azam untuk tahun 2014 ini.. akan kurangkan pengembaraan.. kalau boleh target tahun ni nak kawen.. walau calon tak ada tapi tetap azam hahahaa.. boleh tak macam tu ??.. Kalau nak travel lagi pun untuk tahun 2014 ni.. aku target naik ke atas.. Vietnam, Philippine, China, Macau, Hong Kong, Jepun dan South Korea.. bukan semua yer tapi salah satu dari negara2 ni..

Walau apa pun 2014 ini aku akan declare sebagai tahun untuk aku berehat.. dan azam paling besar insyallah Umrah kumpul duit sepanjang tahun ni.. dan tahun depan tunaikan Umrah.. lain2 azam macam biasa la.. antaranya nak kuruskan badan.. tahun ni berjaya hilangkan 12.5 kilo.. dari 88 kg sekarang 75.5 kg..


15. October - Brunei Darus Salam


16. Novermber - Wilayah Persekutuan Labuan


Amal ibadah tu for sure kene tingkatkan selalu apa guna travel selalu tapi diri jauh dari Allah.. Macam Kak Coco kata " Mengembara membuatkan kita lebih dekat dengan Nya.." Kuatkan azam travel macam mana pun solat jangan tinggal.. Janganlah bila ada masalah masa travel baru nak doa pada Allah.. sepatut orang yang bermusafir lah kene banyak berdoa supaya selamat dari musibah..


17. November - Sabah 


18. December - Republic of Indonesia



Dan sempena tahun Visit Malaysia ni.. apa kata kita banyakan buat trip dalam Malaysia.. Ada banyak gunung boleh hiking.. Hutan untuk trekking.. Pulau untuk di jejaki.. Tempat Bersejarah untuk di ziarahi.. theme park, water park, muzium, zoo untuk di lawati.. Aktiviti camping, fishing, mandi air terjun dan banyak lagi.. 

Kena hayati dan hargai apa yang ada di negara kita sebelum terlambat.. macam Penjara Pudu tup tup dah hilang.. ramai yang tak sempat nak ziarah dan tulis dalam blog.. aku antara yang menyesal sebab tak hargai ketika masih ada.. Apa pun make sure tahun 2014 ni lebih baik dari 2013.. :D

91 comments:

  1. selamat pengantin baru ... hahhaha awal tak wish??! supaya azam TT tu cepat tercapai nyaa..kasik semangat skit..haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa... awal sesangat kot nak wish.. point tu jugak dia nak comment hahahaa.. :P
      amin moga azam nana tron pun tercapai untuk 2014 ni :D

      Delete
  2. saya pernah masuk penjara pudu dengan rombongan sekolah dulu.. pengalaman yang sangat menarik, saya ingat sampai sekarang.. :-)
    saya doakan awak bertemu jodoh tahun ni.. in sha Allah.. amin.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah pernah masuk penjara pudu masa sekolah rendah dulu.. tapi masa tu kecik lagi tak hargai sgt.. pi lawatan pun byk main tak menghayati sgt huhuu.. :P
      Aminn.. moga doa itu di makbulkan :D

      Delete
  3. alhamdulilah.itu juga azam tahun ni..nak mengembara dengn family. in shaa allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Travel dengan family pun satu kelainan untuk keseronokan :D
      Moga tercapai aminnn :D

      Delete
  4. alamak..kata2 ustaz idrus tu menusuk kalbu...cam terkena batang idung eden ni

    28 buah negara?...waduh...dasyat betul...rezeki tu luas pemandagan byk pengalaman

    Apa?..nak kahwin..langkah bendul ni tapi apa2 pun alhamdulillah...kalau ada jodoh nanti allah permudahkan..yg pasti jgn kawin senyap2..jemput akak tau..kalau x putus sahabat..akak dh letak dlm dairi TTBoy kawin thn ni..nanti leh bwk isteri tu g umah..cantik dah tu planning..

    Ye betul batul hari ni lebih baik dari semalam dan thn ni lebih baik dari thn lepas :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ustaz Azhar tu kata pada umum.. moga tak lupa di mana kita berada..
      Aah 28 .. 30 pun tak sampai lagi.. huhuhu.. Insyallah pemandangan akan di perluaskan lagi..
      Ish.. langkah bendul ker.. ntah2 akak dulu kot aminnnnnnn... insyallah tak kawen senyap2.. mana boleh lupa rakan blogger semua.. bw isteri g rumah??? mmg bkn lps kawen akan bw blik rumah ker? hahahaa..

      Delete
  5. Replies
    1. Thanks Encik Supermeng Malaya.. susah betul nak dapat comment tuan kat sinii.. terharu sekejap hahahaa.. :D

      Delete
  6. waaahhh..kata2 ustaz azhar mmg menusuk jantung...hehehe... :)


    teruja tgk sepanjang pjalanan pgembaran afif 2013.. 2014 ni afif kan dh mula keja kan.. :) selamat bkeje nanti.. :D


    amboi... target dia nak khwin gak tahun ni.. sama je target dgn zaza tp xdak calon..ahahaahahaha...


    o...tgh kuruskan badan ye...gdluck.. :)

    amal ibadah..insyaallah...sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa kan afif.. :)


    penjara pudu..zaza duk msia pun xpernah pg.. tapi baca sejarah2 dia suka.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa.. panjang commetn hehee.. ustaz azhar the best :D
      itu lah dah start keje tak leh nak travel sgt.. focus pada kerja.. oh sama ek nak kawen.. nnti jemput tau :D ( aah tgh kuruskan badan la ni huhuu.. :P )
      Memang tak tahu kenapa di runtuhkan penjara pudu tu.. syg betul..

      Delete
  7. 146 town dalam masa setahun..
    pehh..
    happy new year

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh bukan.. bukan untuk tahun ni jer.. it mean dah 146 bandar untuk the whole time :D
      Yeap happy new year to :D

      Delete
  8. banyak2 gambar, paling jeles dengan Jordan dan Egypt...bila tah nak sampai...Egypt tu selamat lagi ke utk tourist wanita...huhuhu

    nak kawin dah?jangan lupa jemput ye!nak makan nasik minyok!hehehehe pastu leh pi honeymoon kat korea tu..eh...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Egypt selamat lagi le tak.. hurmm tak tahu la.. tapi memang kat sana macam tak berapa selamat mana pun.. insyallah kalau kawen pasti akan jemput Kak DJ.. aik honeymoon kat korea?? hahahaa.. haruskah di situ semata2 :P

      Delete
  9. selamat tahun baru dan saya doakan agar cepat bertemu jodoh.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn.. terima kasih.. :D
      Selamat Tahun Baru juga untuk Kak Lady Dreamer :D

      Delete
  10. ske bace blog ni..seronok dapat berjalan2 kn..n mesra alam owner blog ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesra alam..??? itu lah mesra alam fauna dan flora gitu huhuhuuu..
      MOga telinga bulat pun akan berpeluang untuk mengmbara :D

      Delete
  11. semoga tercapai segala yang diazamkan...ya, betul, kat kpg sendiri pun belum habis cover lagi..nak kuruskan badan lagi?? oklah..75.5kg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. terima kasih Puan Nohas.. :D
      itu lah lepas ni balik kampung kene explore habis2.. ish 75.5kg still besar once a upon a time berat saya 65 kg jer tau :P

      Delete
  12. Syabas & tahniah atas kejayaan pengembaraan yg begitu menarik & teruja sgt membacanya... ...
    Didoakan azam th ini tercapai spti yg diharapkan... Selamat menempuh alam kerjaya, alam mencari teman hidup ( didoakan bertemu jodoh yg baik ) & kembara lagi. Amat bagus jika menyahut cabaran Tahun Melawat Malaysia tu.......kenali negara sendiri di samping negara orang kan.......Selamat Tahun Baru 2014......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. kena sahut Tahun Melawat Malaysia.. masa terbaik untuk melawat negara sendiri :D terima kasih sudi membaca blog ini.. aminn untuk doa Puan Fauzeyah.. :D
      Insyallah akan terus memajukan diri dalam mengembara :D

      Delete
  13. insyaAllah..moga terlaksana azam tu..keh keh.... kalau xtercapai tahun 2014..boleh carry forward tahun seterusnya :p

    banyak sungguh mengembara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak tu.. kalau tak tercapai boleh carry forward ke depan hahahaaa.. :D
      Alhamdulilah syukur dapat mengembara banyak tempat.. :D

      Delete
  14. untunglah org tu dah nak kahwen ..may live happily ever after ya

    ReplyDelete
  15. May all you wishes come true. Jangna lupa jemput makan nasi minyak ye...tapi once a wanderlust, memang payah sikit nak duduk diam diam kat rumah kan? All the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn... insyallah tak lupa untuk jumpa rakan blogger yang lain :D
      Itu lah harap 2014 ni boleh duduk diam2 di rumah ...kaki boleh belajar untuk tidak bnyak berjalan :D

      Delete
  16. Nak kawen dah ? Wiwit . May Allah ease ur plan mr .
    Aminn :)

    Bile awak tu dah declared nak berehat in 2014 , terus rase mcm oh okay .
    Nak minx tunjuk ajar je lepas ni . Nak ajak travel sekali org tu dah pencen .

    Wakakkakaka :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru azam.. still dunno how.. but please pray for me.. :D
      hahahaa.. pencen skejap jer.. bukan for all the time.. huhuhuu...

      Delete
    2. Insya Allah . Where theres a will theres a way kan . Si emma mungkin ? Hahaha tbe2 :p

      Sekejap je ? Owh okay . Boleh jadi sifu saya :D

      Delete
    3. Emma Maembong pun tak tahu kewujudan blog ni hahaha... :P
      Sifu nanti bila dah ada company travel agent hehehe..

      Delete
  17. Wah hebatnya....jangan lupa saya ye....nak merasa nasi minyak awak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah tak lupa Tuan Khairuddin.. nasi minyak.. tukar nasi kandar la pulak hahaha :P

      Delete
  18. Jealous gila! Especially Northern Ireland dan Ireland yang saya tidak sempat pergi masa belajar di UK. Macam banyak blogger azam tahun ini adalah kahwin. Hahahaha... Semoga hasrat awak tercapai. Happy New Year to you. Terima kasih banyak banyak sebab selalu visit blog saya. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana boleh tak sempat pulak.. rugi nyer.. dah dekat tu kalau study di UK..
      Eh ramai ek azam nak kawen.. bagus la.. boleh buat group pasangan hahahaa.. :D
      Happy New Year to u to Diana Teo wish u the best to.. :D

      Delete
  19. Replies
    1. Tioman belum pergi lagi.. Insyallah mungkin dalam tahun ni sempena tahun melawat Malaysia hehee.. rogerr.. ok jer.. :D

      Delete
  20. Assallammualaikum wbt Afif
    Selamat Tahun Baru dik, lama betul akak tak singgah sini... Cantik betul pemandangan di header blog ni!

    Teruja baca posting Afif kali ni.. Tahniah dik, banyak tempat yang awak dah lawati & semoga setiap tempat memberikan pengalaman & mengubah cara kita berfikir dalam setiap perkara..

    Akak berdoa anak lelaki akak pun akan dapat peluang macam Afif, Aminnn :)

    Semoga doa Afif nak menunaikan umrah & bertemu jodoh tahun ni pun akan tercapai, Amin Ya Rabbal 'Alamin.. Jangan lupa jemput akak tau bila dah sampai serunya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kak Ayu... lama benor tak dengar kabar..harap sihat sentiasa :D
      Selamat Tahun Baru juga untuk kak ayu.. header cantik.. biasa jer kot huhuu.. terima kasih

      Aminn.. insyallah setiap yang kita lihat moga menjadikan kita lebih baik dalam kehidupan.. moga anak akak lebih maju dari sy.. insyallah umrah mmg niat :D insyallah akan jemput akak klau bertemu jodoh nnti :D

      Delete
    2. Afif, sejak masuk ofis baru memang akak sibuk sangat dik, kerja pun bawak balik ke rumah.. so jarang2 dapat jenguk blog kawan.. tapi sentiasa ingat dalam doa & ingatan setiap hari..

      semoga dipermudahkan segalanya untuk kita semua.. aminnnn :)

      Delete
    3. Oh lupa lak akak dah masuk ofis baru.. tak apa la.. itu kerjaya kene penting kan dahulu :D As long akak ingat doa dan ingatan itu pun dah cukup thanks :D
      Amin moga semua di permudahkan :D

      Delete
  21. ok i is jealous.. ^_^ bila lah nak keliling dunia yeeee,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa.. jealous ker... insyallah jika dah tertulis Lieya Von ada rezeki untuk melawat ke luar negara.. pasti akan keliling dunia juga :D

      Delete
  22. wow..perjalanan yang panjang untu setahun..alhamdulilah rezeki bro..dari luar ngara kmbali ke malaysia..jgn lupa 2014 tahun mlawat malysia..so kita ambilinsentif ni utk melawat percutian dlm negara :)

    Kingdom of Lesotho it lebenan kan? maaflah geografi kyuranf sikit :P dgn ireland pling teringin nak pergi he..he. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa kita buat serius la.. ada masa kita sibuk buat apa yang mampu jer la.. Alhamdulillah itu lah nama nyer rezeki.. oh itu memang tak lupa untuk amik insentif sempena tahun melawat malaysia.. :)

      Apa pulak Kingdon of Lesotho tu Lebenon ngarut jer.. Lesotho di Afrika.. hahahaa.. Ireland memang lawa sangat :D

      Delete
    2. ha..ha..memng lemah geografi nampaknya aku.. owh kat afrika rupanya :)

      Delete
    3. Tak apa la.. Negara kecik ko tak tahu.. tak lemah .. lain la kalau Russia or Japan ko tak tahu memang lemah geografi la hahahah :P

      Delete
  23. Alhamdulillah dan tahniah atas pencapaian tahun ni bro. Aku pun tahun ni nak kurangkan sikit travel especially ke luar. Kalau nak buat pun mungkin banyak dalam negara. Tambah2 barang sekarang mahal. Haha.

    Selamat tahun baru. InsyaAllah ada masa kitaa buat trip sama jom pegi mandi air terjun ke. Hehe. Chilling best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Bro Khai.. barang mahal tu pun boleh jadi isu tak travel hahaha.. ye la.. jelajah negara sendiri dulu.. banyak lagi yg kita sendiri tak kenal..

      Selamat Tahun Baru.. Insyallah boleh jer kita buat trip sama.. Mandi air terjun tu yang best jom jom.. :D

      Delete
  24. Aduiiiii. Jeles tau. Me muda dah banyak tempat dijelajah. .zaman akak dulu tak macam la ni.

    Betul tu dik.travellah yg membuatkan akak be rumah diri..kashmir lah yg banyak mengubah diri akak...semoga kita sentiasa bermusabahah diri. .

    Duaa kan kesihatan akak ni ok. Taun depan banyak tpt nak pegi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheee... sekadar pperkongsian.. tak ada niat nak bagi jeles heehe :P
      Itu lah travel lebih membuat kita membuka mata melihat apa yang kurang di tempat kita..
      Semoga kita muhasabah diri :D insyallah di doakan kesihatan akak.. moga travel safe selalu tahun ni :D

      Delete
  25. anneyong.. setiap bulan ko travel.. untunglah... hahahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada setiap bulan.. dalm sebulan sekali macam tu jer la :P
      Hahahaha...

      Delete
  26. Adududududududu.... segan pulak nak komen kat blog yg tegar dgn travel ni.. kita lite2 (or not so lite traveller jah huhu).

    Pekata cari calon masa travel... kenyit2 mata sikit.. kot ada yg lekat.. buleh balik kg kat 'oversea' hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Kak Dekdaa.. apa habaq.. lama tak dgr kabar hahaha.. last tegur tahun lepas :P
      ish wat pe na segan..buat biasa jer sudah.. hehehee... cari calon masa travel.. wah kelip mata boleh lekat ker? hebat tu. ajar sket hehe :P

      Delete
  27. bgus azam nak kawen tu..
    kawen tu pun ibadah juga..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la.. insyallah azam ni.. tolong doakan yer :D

      Delete
  28. Terbaiklah, baru nak mula baca blog anda, macam banyak tempat menarik jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Sudi Datang ke Blog nie.. :D
      sekadar berkongsi pengalaman mengembara sahaja .. :D

      Delete
  29. moga tercapailah azam baru tu..

    ReplyDelete
  30. Pergghhh cayalah Bro...
    Semua travel jauh2... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene percaya lah.. bila dah travel jauh2 :D
      Alhamdulillah Allah murahkan rezeki tahun ni :D

      Delete
  31. tudia aihhh tajuk n3 pengulungan hehe
    bestnye dpt g egypt leh tgk piramid..hangpa p tgk dlm piramid tu x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah hujung tahun kita gulung jer la.. :D
      Piramid tu busuk jer .. bau tahu unta banyak sangat.. pastu orang kat sana ganas2.. senang kene tipu yer jugak ... dalam tak masuk mahal la..

      Delete
  32. terkesima akak baca entry nih sebab ada sebut nama akak?
    *kesat air mata tanda terharu*
    *pastu lambai kat para peminat*
    heheh

    dik....all your big steps start from small steps..rite...

    akak doakan kebahagian mencari kawansejiwa nanti...
    menu dalam kenduri kawen kena ada roti jala tau!!!


    heheheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lambai kat peminat tu yang tak tahan tu :D hehee.. tapi akak memang ramai peminat pun.. no wonder la.. ahhaakkss.. Betul tu ia bermula dengan step yg kecil..

      Aminn.. thanks akak.. moga adalah yg dtg nanti.. insyallah boleh add menu kenduri kawen roti jala :D

      Delete
  33. Jauh berjalan luas pemandangan... Syukur Alhamdulilah rezeki Allah berikan.. Akak mmg suka baca entry blog nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak mysha.. semakin jauh kiat berjalan semakin luas pemikiran dan pandangan kita :D alhamdulillah rezeki 2013 untuk meluaskan pandangan.. terima kasih sebab suka dan selalu datang baca di sini :D

      Delete
  34. setiap bulan pasti ada sahaja negara yang dijejaki.. bagus azam nak kahwin dan tunaikan umrah tu.. semoga tercapai.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki tahun 2013 di permurahkan Allah Taala..
      Insyallah tahun ni target itu la.. dah cukup tgk anak2 kengkawan masa dah tiba tgk anak sndiri hehehee.. :D

      Delete
  35. waahhh... hampir seluruh negara dah ni... hebak laaa.... syok la bakal org rumah buleh join sesama travel... heeee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat bakal orang rumah suka travel tak pe la.. takut jenis tak suka susah travel ni.. habis la berkecai cita2 nak tawan dunia hahhaah :D

      Delete
  36. wah...banyak gak tempat ko pegi untuk tahun 2013 ek..jeles plak aku tengok..hehehe..semoga 2014 semakin banyak lagi tempat ko boleh lawat sambil share kepada orang yang tak boleh bak travel banyak macam aku nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2014 ni nak buat amal lebih sket.. ( Nak Kawen ) hahahhaa.. doakan la..
      Apa2 pun travel tetap menjadi naluri hidup ku :D insyallah akan terus share semua pengalaman pengembaraan di blog ini.. :D

      Delete
  37. subhanallah! ika kagum! ika pun minat travel, cuma sekarang masa sangat terhad, kalau ikutkan banyak tempat ika nak pergi, cuma mungkin selesaikan apa yang utama dulu :)

    boleh menuntut ni macam mana nak travel sorang2..huuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat jalan travel nie.. boleh melihat indah nya kebesaran ciptaan Allah Taala.. :D tak pe kalau tgh study.. study jer dulu.. focus supaya tak lari main point tu.. :D
      Nak menuntut?? hahahaa.. pengalaman akan menjadi pengajar yg terbaik :D

      Delete
  38. Emmm...UAI dah bagi amaran tu jaga jaga....hehe...
    Travelling ni makan duit banyakkan TT.....tapi tak pe pengalaman pun berkepul kepul....nanti dah kawen kena duk diam diam kat rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah akan selalu berjaga2 :D peringatan terbaik tu.. travelling mmg pakai duit banyak but all the time kene pandai la nak spend berjimat cermat.. itu lah dah kawen duduk jer la rumah diam2.. besar kan anak2 :D hehehee...

      Delete
  39. selamat tahun baru.....err..da nk dgkt tgh buln bru wish..;p
    kurngkan pgmbraan?npe? besh nye dapat travel..bnyk pnglmn travel la ni kan.. =)
    tapi target tahun ni tuu..xde calon cmne tu..huhu..xpela..lau smpi jodh nti adela kan..
    yaya pon same..tahun ni..InsyaAllah.. ^,^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru Cik Yaya.. :D tak apa still dalam Januari hehehe..
      Kene la kurang sebab kalau nak fikir kawen sebab nanti duit tak cukup hahaha..
      tapi akan travel jugak but slow slow la.. smbil berjalan sambil melihat.. smbil mencari .. doakan la .. oh yaya pun sama tahun ni moga di permudahkan :D

      Delete
  40. teruja tgk pengembaraan keliling dunia...jelos2.haha.moga dimurahkan rezeki & all da best in 2014 & tahun2 akan datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar berkongsi pengalaman dan keindahan alam yang telah di lalui.. :D
      Terima kasih .. moga EijA pun di murahkan rezeki 2014 dan pada masa akan datang juga.. :D

      Delete