Saturday 15 June 2024

Umrah Mantop Travel Part 13 : Makan Bakso Unta & Borong Kurma Di Kebun Majed Zuhairi

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Selepas melakukan ziarah di beberapa tempat bersejarah di sekitar Kota Madinah. Akhir sekali kami dibawa ke sebuah tempat untuk membeli buah kurma secara borong dan terdapat juga beberapa souvenir yang dijual untuk dibawa pulang ke tanah air. Tempat yang sama aku pernah datang pada tahun 2018 yang lalu. Namun keadaan persekitaran telah banyak ditambah baik berbanding dulu.

Tak perlu tanya just amik dan makan. Kalau suka boleh beli tak nak beli pun tak apa
Ianya adalah sebuah ladang kurma dan juga tempat menjual kurma pelbagai jenis dari sekitar Kota Madinah seperti Kurma Ajwa, Safawi, Madjoul, Sukkari, Mariami, Aliyah dan banyak lagi. Dan untuk pengetahuan semua di Kota Mekah tiada langsung ladang kurma yang di tanam atau diusahakan sejak dari zaman Rasulullah lagi. Segala kurma yang ada di Mekah adalah dibawa dari kawasan lain.

Kurma Ajwa antara yang mahal di semua tempat.
Semua Kurma di sini boleh rasa kesegarannya.
Nak kurma yang belum dikeringkan pun ada di sini. Tapi yang ini aku tak minat sangat.
Kebun Majed Zuhairi ini telah menjadi destinasi wajib bagi semua travel agent terutama dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore. Terdapat juga bas yang membawa pengunjung dari Bangladesh, India atau dari Central Asia seperti Kazakhstan, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Tajikistan dan juga dari Turkey. Pengunjung dibawa merasai sendiri pengalaman masuk ke ladang kurma dan membeli kurma yang segar.

Harga Kurma Ajwa Gred A kadang-kadang boleh mencecah sehingga 80 Riyal untuk 1kg
Madjul, Maryami, Sukkari, Safawi, Aliyah - Semua ada dijual di sini.
Istimewa di sini anda boleh mencuba kesemua jenis kurma tanpa had. Sekiranya berkenan maka boleh beli seberapa banyak yang anda mahu. Namun harga di sini tidak lah begitu murah walau dikatakan harga terus dari ladang. Tapi kualiti buah kurma di sini memang cantik, baru dan segar. Dan jangan risau kerana pak arab dan pekerja di sini juga boleh berbahasa melayu mungkin kerana orang melayu antara paling ramai yang datang ke sini.

Selain menjual kurma, di sini juga anda boleh membeli atau memborong coklat yang dijual secara timbang. Dan pelbagai jenis kekacang serta beberapa jenis buah-buahan turut dijual di sini antaranya buah Tin, Delima, Anggur, Pisang, Limau dan Mangga. Namun sama juga seperti kurma tadi harga di sini tidaklah begitu murah. Dan hanya kurma sahaja anda boleh makan secara percuma yang lain tak boleh yer.

Buah Tin fresh. Biasa kita makan yang dah dikeringkan tu and aku still prefer yang kering tu
Dari kami sampai first day  kami sampai di Kota Thoif sampai la ke Madinah.
Buah Anggur kesemuanya manis dan segar. Fuhh teringat kesedapannya :D
Buah Delima di sini memang manis betul.
Dan aku tak membeli apa-apa di sini sebab dari pengalaman pertama dulu dah tahu harga di sini tidaklah begitu murah. Namun ada sahabat dalam jemaah agak boleh tahan juga membeli sehingga ada yang membeli sehingga sekotak dua buah kurma. Mungkin juga suasana yang meriah menjual beli dalam keadaan indoor yang sejuk. Kita jadi lebih mesra untuk membeli :D

Sekiranya tidak membeli atau selepas beli kurma anda boleh keluar ke arah ladang kurma bagi melihat sendiri buah kurma yang berbuah lebat di pohon. Dan sekarang mereka telah menyediakan tempat untuk duduk santai di bawah pepohon kurma. Sambil menikmati coffee atau tea yang dijual. Dan menu utama di sini adalah Bakso Bebola Daging Unta. 

Macam dah di Jakarta ada orang jual Bakso. Tapi ini special sebab daging Unta :D
Bebola Daging Unta. 
Semangkuk kecil ini berharga 20 Riyal Saudi. Mahal Bangat ini :P
Kelihatan beberapa orang jemaah duduk menjamah bakso yang dijual. Bila ditanya sedap atau tidak, jawapan yang diberi mereka adalah sangat sedap dan lebih kepada nak hilangkan rindu dengan makanan di tanah air. Tapi bila aku dapt tahu harga semangkuk bakso adalah 20 Riyal dengan 4 biji bebola daging unta. Tak apalah. Mahal giler weii hahaha..

By the way aku pun tak sure mereka yang makan bakso ni tahu atau tidak yang bebola daging itu adalah dari unta bukannya lembu. Aku dangan Abg Wan layan coffee jer masa ni. Sebab aku memang tak plan nak beli apa-apa. Dan aku dah pesan dengan abg wan kalau nak beli souvenir dengan kurma nanti aku bawa area Masjid Bilal. Di sana harga sangatlah marhaen.

Alhamdulilah seronok bersantai di ladang kurma ini sambil layan coffee.
Sekembali kami ke hotel di area Masjidil Nabawi dari trip ziarah sekitar Kita Madinah maka dengan itu tamatlah kesemua trip ziarah yang disediakan oleh pihak Travel Agent Mantop. Baki 2 hari lagi adalah aktiviti bebas di sekitar area hotel dan Masjidil Nabawi.

25 comments:

  1. Bijak juga tuan kerana berhati-hati dengan soal harga...sikap begitu amat diperlu untuk elak kena tipu oleh mereka yang tidak bertanggung jawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama di mana-mana sahaja.. Jika tempat attraction tourist memang barang akan lebih mahal sedikit dari tempat lain. Namun di mana jua harus bijak berbelanja :D

      Delete
  2. Baru nak ty, gi mana rasanya bebola unta tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay la not bad.. Sedap jer sebab rasa dari kawan offer makan seketul hahahah :D

      Delete
  3. Dulu saat ustad rombongan saya menawarkan beli kurma, cuma saya yg tak pesan sedikitpun ๐Ÿคญ. Krn memang tak suka kurma samasekali, kecuali kurma muda yg masih merah atau kuning๐Ÿ˜….

    Krn itu saya tak ikut pas rombongan pergi ke tempat kurma, bisa jadi mereka kemari juga. Saya dan suami lebih memilih cari parfume di mall ๐Ÿคญ.

    Tapi saya baru tahu di Mekkah tak ada ladang kurma yg utk dijual, dan semua datang dari kawasan lain. Sayang juga yaa. Apa tak ada lahan atau tak ada orang yg nak terjun mengolah lahannya?

    Tapi nampak sedap bakso daging unta itu ๐Ÿ˜. Kalo saat itu saya lihat, dan pasti nak coba ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ustaz yang bawa kami juga ada menawarkan kurma yang di packing khas. Namun saya kurang berminat apatah lagi bajet ongkosnya tidak begitu banyak. Kalau yg pertama dulu adda juga membeli dan dibawa pulang namun kali ini tidak dibeli langsung kurma. kerna harga di Malaysia sama sahaja dgn di sini.

      Delete
    2. Kerna tanah di Mekah itu tidak sesuai dan tanah di tempat lain lebih sesuai untuk menanam Pohon Kurma gitu. Kalau orang dari Indonesia pasti akan cuba Bakso Unta ini. Ia sedap cuma harga nya agak keras gitu :D

      Delete
  4. Saya tak berapa suka mkn kurma..if mkn pun yg jenis lembap/basah/frozen tu..rutob ker apa nama dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan sekadar ianya adalah sunnah Nabi Muhamad saw.. Saya pun tak berapa gemar lagi-lagi yg jenis basah atau yg kuning/ merah yg blm kering tu huhuu..

      Delete
  5. Sedap2 nya nampak kurma. Betul, memang kena berhati2 tanya harga sebelum beli apa2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ingat ada berapa jenis.. yg pasti mmg banyak dan boleh je amik rasa semua tu.. kalau tak beli pun dia tak kesah hahaha..

      Delete
  6. Wah, specialnya ada bakso daging unta. Memang agak mahal harganya tu, tapi berbaloilah untuk mencuba.
    Banyak tempat jualan kurma di Madinah. Tak ingat kami singgah di kedai mana, tapi tetap teringat keenakan jenis kurma susu yang kami beli dan bawa pulang ke tanahair.
    Waktu kami singgah Thaif, tempat jual buah-buahan sedang diubahsuai. Tak dapatlah hendak soping buah di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Special sbb lain dari yg lain kan.. di madinah kena try milk shake kurma dgn susu kambing hihii.. sedapp. Di Thoif mmg tmpt beli buah.. syg nya kalau tak dpt membeli belah buah di Thoif..

      Delete
  7. Kalau SA...SA beli je sebab nak cuba..nanti dah balik tanah air ntah bila nak rasa..tapi kalau dah kekangan harga dan u dont afford to have it...takpe la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ok boleh je beli nak merasa kan.. mangkuk tu kecik sgt utk 20 Riyal hahaha.. rasa tak berbaloi sgt hahaha..

      Delete
  8. makkkk aiiii pehal mahal nau bakso unta tuuuu...
    kalau 10 boleh tahan lagiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak pe terus rasa macam tak try pun tak pe hahahaha... Masalahnya ramai yg membeli setiap hari sold out hahahaa..

      Delete
  9. Replies
    1. Tak ingat sangat sebba tak beli pape pun.. tapi biasa kurma ajwa yg paling mahal.. kan huhuu

      Delete
  10. kalau makan tester kurma ajwa 10 kali pun tak apa ke? hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya makan dekat 20 biji .. mmg dia bgi makan.. bedal jer semua jenis kurma yg ada kat situ hahahaa.. :D

      Delete
  11. seronoknya dpt berjalan tempat orang.. ambil pengalaman dan simpan seribu kenangan.. tengok kurma tu nampak menyelerakan.. fresh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah diberi rezeki menjadi tetamu di tanah suci.. mmg kurma dia semua fresh mmg nmpak menyelerakan:D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...