Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Tajuk entry ni tiba-tiba lari dunia kisah mengembara di seluruh dunia kan? Ntah tiba-tiba rasa macam nak meluahkan di sini. Mungkin nanti comment-comment dari pembaca dan rakan blogger sedikit sebanyak boleh menceriakan aku yang tengah stress tahap gaban dengan sikap seorang jiran ni.
Lama rasanya menyewa sebelum diberi rezeki untuk membeli rumah sendiri. Dari seawal perkahwinan menyewa sehinggalah anak dah 3 barulah dapat beli rumah. 7 tahun lebih lamanya menyewa. Walau menyewa di bangunan flat dan berjiranan ramai dengan Pakistan, Myanmar, Nepal dan Bangladesh namun terasa keharmonian ketika duduk di situ sebab itu aku boleh bertahan sehingga 7 tahun lebih tinggal di flat lama aku.
Selalu bagi anak-anak aku gula-gula atau coklat setiap kali bertembung dengan mereka di kedai runcit bawah rumah. Masa bulan puasa boleh kata dalam seminggu tu ada jer beberapa kali mereka ketuk pintu bagi juadah berbuka masakkan cara mereka. Sebab tu aku aku amat selesa. Dan mereka ini jugalah memenuhkan ruang solat di surau bawah rumah.
Masa aku inform nak pindah dari flat, mereka siap buat makan-makan di surau dan mereka jugalah yang banyak menolong aku angkat barang nak pindah. Lori pun merek tolong uruskan. Boleh kata aku hanya jaga anak-anak sahaja ketika nak pindah. Well every new place akan wujud new environment but aku tak expect la sampai dapat jiran dari neraka ni.
Kawasan perumahan apartment baru dari developer. Dari 8 rumah dalam satu floor semuanya baik kecuali satu rumah ni. The problem is bila kau beli rumah selepas retired dengan harapan nak tenang, tak nak ada orang bising bagai. Tapi fact kau berjiran dengan 6 buah rumah yang ada anak kecil termasuk aku. Dan lebih teruk pada mulanya depan kita cakap elok bahasa dan akhlaknya. Tapi dibelakang dialah yang suka complain semua jiran-jiran dia (7 rumah yang lain) pada management.
Budak-budak bermain kat koridor tu aku rasa biasalah waktu petang atau weekend dan bukannya pukul 1-2 pagi waktu tengah gelap gelita. Setiap masa nak complain pada Management Office (MO) ada orang bising, Ada orang letak selipar luar pintu, tak letak dalam rumah. Anak bongsu aku umur setahun lebih terjatuhkan botol susu dan susu terpericik sikit atas lantai koridor. Boleh dia amik gambar post dalam group whatsapp bagitau "This kind of people have no attitude of understanding living in community". Kau rasa?
Jiran aku bawa keluar basikal dan letak depan pintu rumah dia sekejap dan masuk balik sebab uruskan anak pulak sebelum nak bawa main di tingkat 5 (area playground and swimming pool). Benda yang tak sampai 5 minit tu dia boleh amik gambar complain dalam group "Ini bukan level rumah flat nak letak basikal sesuka hati depan rumah please have manner". Mungkin kau hidup as retired banker di Maybank dulu. Dan anak pun ada seorang perempuan tu jer. Itu pun dah besar dan bekerja. Dulu mungkin hidup kau senang tak pernah rasa apa itu erti susah atau hidup di kampung yang harmoni dengan tanaman (sebab setiap kali raya atau cuti panjang tak pernah dia balik kampung hahahaa..). Sampai letak pasu satu dua biji pun kau nak complain pada MO "This is wrong and againts with SRATA Law".
Bayangkan dia boleh complain and keep complain pada MO bagitau dekat parking area tak patut ada selain kereta dengan motor sahaja. Habis tu kalau orang tu ada 2 parking lot satu lot lagi dia nak letak motor dia. Ikut suka hati dialah. Nama pun parking lot dia. Bukan dia pi buka stall burger pun kat parking dia sampai kau nak push MO amik tindakan.
Giler seyhhh dapat Jiran Kiriman Dari Neraka Jahanam macam ni. Kalau nak tenang lepas retired pi beli banglo depan laut la.. hidup korang satu family dan bagitau anak kau jangan kawen sebab nanti dapat cucu bising dan menyusahkan. Aku pun tak tahu apa lagi yang akan dia complain pada hari hari yang mendatang. Bayangkan semua 7 jiran yang lain boleh duduk borak bersama tapi dia tak boleh?
Rasa-rasa apa aku perlu buat? Kalau gangguan jin, syaitan dan sihir at least boleh la kita baca alquran hari-hari dalam rumah. Banyakkan ibadah bagai. Insyallah lama-lama hilanglah gangguan tu. Tapi ini gangguan manusia dari neraka. Orangnya pun dah tua aku pun doakan dia cepat masuk kubur supaya kuranglah fitnah yang dia buat sekarang ni. Habis terbantut minda nak update pasal umrah final part.
Pelik betul ni...sampai macam tu sekali fussynya manusia tu erk..kaum apa tu...is it "C"?
ReplyDeleteLebih kepada personality human itu sendiri sebab ada type c yg lain juga in this floor. Mereka pun menjadi mangsa dia walau sesama bangsa. He attack everyone.
DeleteKami pun pernah menyewa apartment, anak jiran kadang main bola dentum pada dinding, biar aje la petang kejap je pun bukan sepanjang hari. Kita pun kadang letak barang luar rumah kejap. Ok je. Moga dipermudah kan urusan Affi sekeluarga. Duduk kat jungle la dia.
ReplyDeleteNama silap type nak cepat 😄
DeleteBiasa lah org atas tepi bising sbb anak anak tgh aktif bermain.. ikut law pun lepas pukul 12 malam tak leh buat bising.. ini pukul 8 malam dh boleh report guard utk bgi warning bising sebab suara budak kuat sgt.. sini jgn harap la nak letak brg kat parking kejap ke apa ke..nnti kena complain dgn jiran neraka huhuu
DeleteBiasa la tu typo typo sikit.. tak perasan .. kalau sy sebab jari gemuk tu yg sellau typo hahaha.. :D
Deletefuhh...boleh stress gini tuan...kena tiba2 dia perlukan bantuan jiran2 baru nak malu agaknya....tapi betul, nie semua personality...dah kalau perangai memang dari neraka, tak kira apa kaum pun...sama je...
ReplyDeleteYer streess yg amat kadang2 tu.. lain la kita ada kacau dia.. dia attack kita balik.. tapi ini langsung tak buat apa.. kita ni siap masak rendang ketupat la time raya.. bagi semua jiran termasuk dia. . Tapi hati dia tetap mcm tu.. kalau 60 tahun mcm hidup ntah bila nak berubah ...
DeleteAduhai.... lama-lama nanti MO pun tersedar yang seorang ini sebenarnya yang bermasalah. Bukan yang tujuh jiran yang boleh duduk borak bersama itu. Elok duduk dalam hutanlah, kawan dengan monyet.
ReplyDeleteKalau saya, kalau tak sanggup hadapi sampai rasa stress dan terganggu, baik pindah saja.
Masalah org tua ni member of JMB.. Ntah macam mana org macam ni boleh jadi member. MO pulak appointed private company oleh JMB.. Mmg ikut telunjuk hidung JMB la.. Pada MO yg tujuh jiran lagi ni yg tak betul hahaha.. baru duduk tak smpai 3 tahun Kak Amie.. tak kan nak pindah huhuhuu..
DeleteItulah... berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Nak pindah randah bukannya senang, tambahan pula baru duduk tak sampai setahun. Sabar sajalah dulu....
Deletetypo # tak sampai 3 tahun
DeleteItulah.. beli rumah ni bukan mcm beli baju boleh tukar2.. tak apa lah kita teruskan berdoa pad Allah Taala.. Moga jiran ni berubah peringai tau masuk kubur cepat..
Deletemesti pening MO dgn jiran ni...asyik komplen je, siap quote strata law...bila main dgn law ni, mmg susah sikit nak lawan..teruk betul kan, takde tolak ansur langsung jiran tu..AGM JMB nanti pakat2 dgn jiran, jangan lantik dia jd AJK..
ReplyDeleteAGM bulan 8 ni.. Mmg siap siap nak tendang dia.. org macam ni mmg tak patut hidup dlm komuniti.. patut hidup dlm hutan jer.. Dia tak ada anak kecik boleh la sound itu ini.. esok dpt cucu tgk la mcm mana org balas kat dia.
DeleteTu la... ingat salah blog tadi... Siap ada foto hiasan merah tu!
ReplyDeleteHahahaa... Kan tiba tiba ada muka merah tu.. geram uncle.. tu yg lepas kat blog.. firts time ni hahaha
DeleteMacam2 peel.....moga tabah menghadapinya.....kadang2 dugaan datang macam ni nak menguji juga kesabaran kita. Moga yang baik2 ajer....
ReplyDeleteAlhamdulillah masih tabah walau stress kekadang tu.. mau tak nya kalau dh ada jiran giler mcm ni..sebab dia masih hidup itu tandanya kami ni jiran jiran masih bersabar hahahahaa..
Deletemay be tahap OCD or perfectionist tu ie semua benda kena folo rules 100%...dan tak leh nak ubah attitude org kan..so kena bertabah ajerlah kot or kalau rasa boleh go with the flow, cubalah jugak folo semua rules tu 100% so dia pun tak de reason to snap pic or complain
ReplyDeleteTahap OCD dari belajar sampai keje.. lepas keje dia lepaskan pada kejiranan pulak rasanya.. Waktu siang budak2 mandi swimming pool pun dia boleh complain bagitau bising pls send security to warning. Dia ada masalah tak boleh hidup dlm komuniti bukan org lain huhuu.. ada anak kecil mmg sometimes ada je yg tak kena..
Deleteapo punya perangai. tapi tak lama tu dok situ. percayalah. dia go against the crowd. nanti Allah bolak balik kan hati dia sbb buat nyusahkan org lain. dia ada banyyyyakkk masa utk komplen yg negative and push people away .
ReplyDeleteMmg dia banyak masa dah retired kan.. Mmg ada jer yg tak kena dgn mata dia.. tunggu next agm boleh buang dia jauh jauh dari member of JMB.. Tak tahu nape suka kumpul perasaan benci jiran pd diri dia..
DeleteMasa akak duduk kondo di Penang, hampir tiap petang ada anak jiran main kereta mainan di koridor. Tapi taklah rasa terganggu, sebab kita faham itu je ruangan luas yang ada untuk main depan pintu rumah. Lagi pun cuma sekejap, waktu petang tu jelah.
ReplyDeleteKena ada tolak ansur bila hidup berjiran.
Agaknya kena kerap bagi makanan yang dah dijampi (doa lembut hati) kat jiran tu supaya jadi jiran dari syurga 😅
Kan memahami sesama komuniti kejiranan.. kalau rasa seluruh floor tu dia sorang jer yg punya mmg susah la kan huhuu.. Waktu ptg.. pagi sabtu ahad itu kan waktu waktu kids bermain..jgn la nak marah2 sgt.. pelik la ada jiran OCD kuat mcm ni.. setuju tu kena ada tolak ansur kan.. dulu blh la skrg kalu bagi mmg tak ikhlas dah hahahaha..
Deletealamak terkejut sbb mmg lain betul drpd entry yg selalu hahahaha
ReplyDeleteItulah.. Mungkin sebab stress nak meluah.. so kita luah kat blog la hahaha..
DeleteTetangga yang selalu complain ini-itu memang bikin pusing, ya :') Awal menikah aku pun tinggal di apartemen dan kami berusaha untuk gak cepat complain terhadap sesuatu. Anak-anak ribut sedikit gak apalah, selama gak membahayakan rasanya gak perlu langsung complain. Semoga cepat ada solusi untuk tetangganya ya!
ReplyDeleteIya biking pusing ribut bagai.. Kalau sudah hidup di apartment harusnya memahami sesama tetangga.. Bukan nya hidup bersendirian dan mahu complain apa sahaja yang tidak kena dimata sendiri. Ngak tahu bagaimana solusinya sama tetangga ini. :P
Deleteparah ini woiii! Betul tu. semoga cepatlah pakcik ni masuk ke kubur. segala benda nak dicomplainnya!
ReplyDeleteDah parah sgt ni dan makin merebak hahaha.. tak tenang semua orang dibuatnya..
Deletesabar bang.. huhu
ReplyDeleteMasih bersabar sebab tu jiran tu boleh bernafas hahahaaa
DeleteMO buat apa setiap kali dia mengadu? MO ikut ckp dia,? atau MO suh pekakkan telinga je?
ReplyDeleteMO dgr la ckp dia sbb dia member JMB.. Kita serang ofis MO baru lah nak takut sikit kalau tak main ikut jer ckp jiran dri neraka tu..
Deleteapa punya perangai laa mcm ni... serba x kena... menyampah pun ya!
ReplyDeleteKitorg yg stay satu floor ni lagi.. bukan takat menyampah.. muntah pun dah hahaha .
Deletesaje je tu nk bagi jiran kenal dia kot.. attention seekers..hhihihi
ReplyDeleteAlah.. jiran je kot.. nak bgi kenal apa sgt hahahah.. Over OCD konon.. hihihii
DeleteDia tak nikah ke? Kalo nikah, saya kasihan dengan spousenya menghadapi orang seperti ini. Kalo tak nak hidup bertetangga, jangan pilih tempat seperti ini. Betul tuh, beli saja villa terpisah, tengah hutan sekalian, biar tak bising.
ReplyDeleteMemang mengada2 tipe yg begini. Tak ada toleransi. Tak paham mana yg masih termasuk normal, dan mana yg tidak.
Semoga ada jalan keluar ya bang
Sudah nikah dan punyai satu orang anak perempuan yg sudah besar dan bekerja. Setuju hasunya beli aja vila ditepi laut dan kawan sama laut dan angin hahahaha :P itulah paling beruntung kalau dia berubah namun masih belum nampak cahaya ke arah itu lagi :D
Delete