Pages

Friday, 23 June 2017

Kecerian Berpuasa Di Bulan Ramadhan Kali Ini Untuk Aku

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Alhamdulillah.. Sama ada perasan atau tidak kita dah pun masuk fasa minggu terakhir bulan puasa untuk tahun 2017 ini.. Aku doakan moga semua yang mengenali diri ini kekal dan bertambah ceria dan pada masa yang sama amalan juga makin bertambah untuk hit bonus Lailatul Qadar.. Insyallah..

Bagi aku ini adalah tahun kedua berturut-turut berpuasa di Malaysia.. Hope next year ada la rezeki untuk berpuasa di oversea dengan tugasan yang biasa dilakukan insyallah.. Yela feel dan cara puasa di perantauan tak sama.. Suasana, Budaya, Makanan, Resam dan adat semua berlainan.. Sebab tu aku suka berpuasa di perantauan..




Raya tahun ni korang semua balik mana.. Insyallah tahun ni aku akan beraya di kampung sebelah mertua di Jimah Lama, Negeri Sembilan pada hari raya pertama, Kuala Pilah hari raya kedua, Tampin hari raya ketiga.. Malam raya ketiga insyallah akan bertolak ke Pontian, Johor untuk menziarahi saudara mara dari belah arwah ayah aku.. 

Di Johor insyallah akan ziarah Pontian, Benut, Pulai, Muar dan Johor Baru dari hari raya ke-4 sampai raya ke-6 insyallah.. On the way balik dari Johor raya ke-7 akan singgah rumah sedara di Klebang dan Alor Gajah, Melaka.. 1 Julai ada open house di Salak Tinggi so sekali arung la semua hahahaa.. So far ini lah plan beraya aku pada Syawal ini..

Misi balik kampung raya kali ini selama 8 hari Insyallah :D

So if happen aku pass by area korang masa raya ni sila la hello2.. Kalau ada yang nak jemput datang kerumah la hahaha.. Mana tau kat area korang ada makanan yang best2 kan.. or dalam rumah korang ada menu sedap lain dari yang lain dan lain dari tempat yang lain.. Melainkan yang hanya dalam rumah korang jer ada hahahaa.. 

Well.. Food hunting aku untuk raya kali ini ialah Purasak yang hanya boleh didapati di Johor Darul Takzim.. Murtabak Singapore di salah satu kedai lama sebelum Jambatan Muar tu.. Biryani Gam Johor kampung style.. Rempeyek Ikan Bilis atau Kacang Tanah dari orang Kampung Pontian.. Dan last sekali ialah aku nak makan Nasi Ambeng orang jawa dengan Sambal Goreng, Serunding Kelapa.. Ya Allah sedap nyer la haii bila sebut bulan puasa nie..

Insyallah kali ni raya balik Johor.. Kita cari makanan Johor nie :D

Okay itu kalau kat Johor.. So kalau raya di Negeri Sembilan ni.. Pada kebiasaanya sehari dua sebelum raya menjelma meraka ada “Hari Bantai”.. iaitu sembelih lembu dan diagih-agih daging pada orang kampung.. So masa ni la korang akan nampak setiap rumah kampung tengah salai daging.. huhuuuu terbaikk.. Nenek wife aku lak selain daging dia akan Salai Itik dan Ikan Keli tapi orang negori panggil ikan sembilang.. Ntah kenapa aku pun tak tau kenapa..


Segala yang disalai nie kalau masak lemak cili api.. Perghhh sodap tu..

Tajuk entri ni nikmat berpuasa tapi cerita pasal raya pulak aku nie.. Nampak sangat tak sabar nak raya kan hahahaa.. Cerita puasa aku tahun ni biasa2 jer.. aktiviti berbuka puasa pun yang menarik cuma sekali dua jer.. Berbuka dengan Perdana Menteri di Seri Pedana, Putrajaya pada awal minggu puasa kerana menjadi wakil PINTA.. Dan jemputan berbuka dari Denai Hati Network di Philea Mines Beach Resort, Seri Kembangan..


Selfie sket PM.
Bersama pelajar Tahfiz di banwah naungan PINTA

Baju raya tahun nie tak beli.. Tak rasa pun nak shopping apa2 untuk raya tahun nie.. Lagi pun anak baru seorang kalau ada dua nampak la best nyer nak pakai sedondon kan hahahaa.. Moga doa aku makbul la nak dapat anak kedua sempena malam2 akhir ramadhan ini.. Korang pun sudi2 la doakan yer hehehee.. Aaamiiiinnnn..

Insyallah niat dan azam untuk terus berblogging masih kuat di hati dan ingatan.. Travel tak pernah berhenti cuma menaip untuk blog jer terhenti seketika.. tak tahu la kenapa.. Rasa-rasa lepas raya ni insyallah la akan kembali aktif berblogging semula.. Rindu sangat nak aktif blog macam dulu.. Doa2 kan la yer..




Minggu raya kedua nanti nak fly ke Perth, Australia selama semiggu untuk pertama kali nya dalam hidup aku.. Insyallah negara yang ke-41 dalam buku pengembaraan aku.. Cuak jugak sebab ini first time nak jejakan kaki ke Australia.. Yela dengar macam2 cerita berkenaan nak lepas immigration tu.. Harap tak ada masalah la Insyallah..

If korang yang dah pernah pergi tu terbaca post aku nie.. Aku harap sangat la dapat bagi info dan tips sikit kalau tak banyak pun.. Mana dan macam mana nak pergi ke destinasi yang best-best tu.. Kat mana nak dapat makan yang best-best or aspecially yang wajib kene makan ke hahahaa.. Nampak sangat kemalasan aku nak study kan.. Okla Selamat Menghabiskan baki puasa yer.. :D


88 comments:

  1. Oh orang Johor asal usulnya. Samalah kita walaupun dan berdekad duduk di Selangor tapi BP tetap di hati... Selamat Hari Raya buat Afif sekeluarga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Darah Johor itu asal dari sebelah arwah ayah.. Saya jer lahir Selangor..
      Selamat Hari Raya jua pd Pak Mie.. :D

      Delete
  2. Replies
    1. Selamat Hari Raya pada Tuan Khairuddin Lim.. :D

      Delete
  3. lamanyaa CT tak singgah sini.. masih belum terlambat nak wish
    salam aidilfitri kan.. meriah tu tengok macam2 perancangan hari raya..

    have a blast eid..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah lama juga tak singgah sini kan.. Saya pun dah lama tak update.. Meriah tu yg seronok kan hari raya..
      Selamat Hari Raya jua.. :D

      Delete
  4. selamat hari raya bro... banyak tempat nak dituju tu... semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya.. Itulah dah berkeluarga ni byk la destinasi nya.. Selamat hari raya jua.. :D

      Delete
  5. selamat hari raya :)

    wahh nak p australia bestnya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya aidilfitri juga.. Alhamdulillah dah ada di Australia nie.. :D

      Delete
  6. Salam Aidilfitri, Afif & famili...meriah perancangan ziarah hari raya..disamping pelbagai makanan tradisional Johor & Negori..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Puam Nohas.. Terima kasih sudi meninggalkan komen di sini.. Setiap negeri ada kelainan dalam makanan mereka.. Yg psti sedap belaka :D

      Delete
  7. Nak ucap selamat hari raya, dah habis dah raya. Akak ucapkan selamat la perjalanan awk ke Perth. Semoga semuanya dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih masih sudi memberi ucapan raya huhuu.. Alhamdulillah dah selamt balik pun.. Perth best.. Tenang jer.. Hahaha..

      Delete
  8. Salam Zulkaedah TT.... hakak balik Muo Raya pertama hari tu sampailah Raya ke 4. Bukak ke kedai Murtabak Singapore sebelum jambatan tu Raya Raya ....
    Apam balik bulat kacang merah tak nak cari ke?

    So macammana? menjadi tak usaha keras bulan Ramadhan hari tu? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsaalam.. Salam Zulqaedah utk akak.. plan nyer tak menjadi nak sunggah ke murtabak di muar tu.. ramai sgt sedara yg nak di ziarahi.. next time la.. Apam balik bulat kcg merah hahahaha blm tau lagi huhuuu.. insyallah moga ada berkat doa di bulan ramadhan :D

      Delete
  9. Mana entry Perth? Apa makanan best kat sana? Heheh... salam kenal encik TT :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entry perth insyallah akan menyusul kemudian :D
      Makanan kat sana biasa2 jer.. Nasi Goreng Lobster on the way ke Pinnacles Desert.. Dgn fish and chips di Frementle.. Dua ni wajib try la.. Ok slm kenal jugak

      Delete
  10. Purasak! Tak pernah cuba juga, teringin juga nak try kalau jumpa :D

    Menarik blog, gua follow sini ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ho rugi la kalau tak pernah rasa purasak nie.. Tanya org bugis la.. Confirm ada.. Thanks follow sini :D

      Delete
  11. Di kira raya sakan jugak lah kan.

    Tempat makan yg tuan sebut di johor tu semua saya tau. Kerap jugak saya singgah tempat tu bila balik kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakan tak sakan la jugak.. Kan raya sekali setahun.. Pastu nak jumpa sedara paling senang waktu raya la..
      Oh org johor jugak... Murtabak singapore je terlepas nak makan hahahaa

      Delete
  12. wahh ada jugak ya sedara dekat klebang n alor gajah. kampung saye area situ lah. Btw apa citer dekat perth tu? immigration semua okay ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ker.. Kg situ jugam ntah2 sedara hahaha.. Alhamdulillah trip ke perth berjalan dgn baik.. Immigration pun sopan jer hahaha..

      Delete
  13. assalammualaikum..
    lama nya yaya xsinggah sini..
    apa khabar? ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Hahaha kita pun lama tak singgah blog sendiri.. Alhamdulillah sihat walafiat jer..

      Delete
  14. lame betul tak singgah sini.. btw, dah abes raya laa.. hihi.. update laa entry baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha itu lah dlm usaha nak update yg baru nie... Keadaan mmg sibuk sesangat.. Insyallab entry perth akan menyusul..

      Delete
    2. Hahahaha malu nyer org dah dtg dua kali.. Tapi kita blm update hahaha..

      Delete
  15. selamat hari raya korban pulak hehe.. meriah raya dpt mkn mcm2 makanan traditional.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya korban juga yer hahahaa.. lama benor tak update nyer.. raya mmg la dpt makan macam2.. hehehee..

      Delete
  16. update mana update terkini....

    Silent Reader....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa... Draf banyak sangat lebih 20.. Tapi semua belum ada finishing huhuu...

      Delete
  17. singgah sini hehe sy ingat sy sorang sahaja menyepi berbulan bulan takda entri baru haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Cik Itah.. ada anak kecil dan seorang baby sekarang ni susah nak bahagikan masa.. insyallah coming soon i will be back hihiii.. :D

      Delete
  18. Selamat Tahun Baru Owner Blog.

    Tahniah!
    Blog timetravelafif terpilih dalam senarai Top 55 Blog Travel Malaysia 2017.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru 2018 juga.. Terima kasih datang menyinggah ke sini.. oh ye ke.. terima kasih la pada yg menyenaraikan :D

      Delete
  19. Keep blogging takpe pelan2 pon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah i will.. never stop dreaming to blogging again :D

      Delete
  20. Assalam TTboy..apa khabar..lama x dengar cerita..apa perkembangan terkini..kongsi la dgn kawan2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kak Jari Manis.. :D
      lama tak dengar kabar.. hihiiii.. rindu la pulak :P
      perkembangan banyak.. cuma kene amik msa nak update..
      dah jadi ayah utk dua orang anak skrg ni hihiii take time sket :D

      Delete
  21. Assalamuakaikum. Saya senang baca blog ini. Hobby travelling. Boleh bagi nombor cellular phone? Insyaa Allah, saya ada plan ke Malaysia bbrp bulan lagi. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. boleh email atau pergi ke page saya di Facebook timetravelafif :D

      Delete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  23. bulan yang kedatangannya selalu dinantikan karena dibulan ini semua perbuatan baik pahalanya digandakan, semoga kita dapat meraih manfaat maksimal dibulan Ramadhan kali ini, Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga diberkati Allah dalam amalan di bulan puasa..

      Delete
  24. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  28. Usually, I never comment on blogs but your article is so convincing that I never stop myself to say something about it. You’re doing a great job Man. Best article I have ever read

    Keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously.. thank you so much for drop by :D

      Delete
  29. 1st time dengar nama purasak tu. Nak kena try ni. Tapi yg paling nak try kat johor ni telur belangkas. Nampak mcm sedap jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa orang selatan je akan tahu makanan di selatan sama juga org pantai timur or orang utara.. kene explore baru dapat tahu keistimewaan nya :D

      Delete
  30. Lama you tak blog. Semua baik-baik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. keadaan tak sama macam dulu hahahaa.. tapi tu lah tak tau bila nak start semula :D

      Delete
  31. lebaran sebentar lagi yeee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru minggu pertama puasa dah fikir lebaran yer hahahaa..

      Delete
  32. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  35. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  36. singgah sini.. lama blog ni x update ya
    sy pun baru ja comeback

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okla tu dah come back.. Dri sy yg tak back back lagi hahahaha.. Slmt maju jaya

      Delete
  37. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  39. GenX eSolutions - Travel Technology Company has pre certified 180+ supplier with wide range of products for OTA's, Travel Agents and Tour Operators. GenX eSolutions offer services - hotel booking engine & software, flight booking engine, b2b & b2c booking engine and mobile app in travel vertical. It is one of the most innovative travel technology solution company in India with over 50+ clients based in different geographies like United Kingdom, Egypt, Kuwait, Jordan, Saudi Arabia, Sharjah, India, Nigeria, Kenya, Jeddah, Iran, Lebanon, Riyadh, Algeria, UAE and many more. http://www.genxesolutions.com

    ReplyDelete
  40. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  41. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  42. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  43. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  44. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete