Pages

Tuesday, 6 December 2016

Resorts World Langkawi FAM Trip With Media & Blogger

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia..


First at all nak habaq betapa syukur rasa diri ini yang masih lagi bernyawa pada bulan yang terakhir pada tahun 2016 ini.. Moga kita semua sentiasa ceria, bahagia dan tenag dalam apa jua yang kita lakukan.. Dan aku doakan semoga tahun 2016 ini berlalu dengan penuh warna-warni keceriaan pada pembaca blog ini :D

Okay nak share my story about FAM Trip oleh Resorts World Langkawi yang baru tak baru jugak la.. Actually ini my first trip with them so memang aku banyak berdiam pada mulanya.. Lepas dah kenal habis riuh rendah ketawa terbahak terbehek hahaha.. ok jom sambung baca dan layan gambar :D 


With all the members FAM Trip Resorts World Langkawi

Belum sampai seminggu pulang dari Morroco tiba-tiba dapat satu email.. Actually email dah masuk masa aku kat Morocco lagi.. Ada invitation FAM Trip ke Resorts World Langkawi.. Hurmm rasa macam nak pergi sebab dah dekat 17 tahun tak jejak Pulau Langkawi.. Tapi penat Morocco belum reda lagi dan paling penting nak kene apply visa keluar rumah dari si isteri hahahaa..

Tetiba elok jer si isteri approve visa untuk aku pergi ke Fam Trip ni bila aku tanya hahahaa.. Memang senyum panjang tak terkira la panjang nyer.. Maka bermula pengalaman aku bersama FAM Trip ini ke Langkawi dengan menaiki pesawat Malindo di KLIA pada Hari Jumaat.. 


Breakfast Mcdonald sementara menunggu flight di KLIA..

Di sebabkan aku ni blogger yang dah tak berapa nak aktif sangat sekarang nie.. Boleh dikatakan hampir 95% Blogger lain memang aku tak kenal hahaha.. Kecuali seorang blogger ni Ramble And Wander atau Mr RaW.. Tapi bagus jugak la sebab yang lain pun tak kenal aku hahahaha.. so jangan bajet famous yer.. :P   Oh by the way pihak media selain blogger pun ada.. Tetiba terasa kecil sungguh :D

Tiba sahaja di Langkawi Airport shuttle bas membawa kami semua terus ke Resorts World Langkawi dan di sambut oleh Hotel General Manager Mr Yap .. Lunch atau makan tengah hari yang disediakan oleh pihak hotel di Seagull Coffee House amatlah menyelerakan bagi mereka yang sudah kelaparan hahaha.. Pihak kaunter hotel telah menyiapkan bilik untuk kami maka sesiapa yang telah selesai lunch maka boleh terus check in ke bilik..


So here we are.. Resorts World Langkawi..
Tak sempat nak amik gambar semua makanan.. Lapar sangat :P
Lepas makan jom check in, aku dapat bilik Sea View.. :D
Bilik aku Sea View with 2 Queen Bed, Toiletries, Iron, Fridge, Tv, Wifi, Aircond..

Info: Di sini terdapat 6 jenis bilik penginapan yang disediakan Garden View, Deluxe Sea View, Sea View, Premier Sea View, Premier Suite dan Presidential Suite.. Untuk Meeting & Event pihak hotel juga menyediakan The Grand Ballroom dan Function Rooms.. Dan antara kemudahan lain yang disediakan swimming pool, gym dan yang paling menarik spa treatment di Taman Sari Royal Heritage Spa.. 

Setelah rehat di bilik lebih kurang 30 minit kami dijemput ke salah satu Function Room untuk sesi overview briefing oleh Hotel Manager Mr Yap dan kemudian melawati keseluruh kawasan Resorts World Langkawi ini.. Di sini baru aku teruja dan kagum dengan keunikan bilik Presidential Suite dan Premier Suite..


Swimming pool yang terletak di "Garden View"..
Taman Sari Royal Heritage Spa.. 

Terdapat beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan di sini seperti JetSki, Canoeing and Kayaking, Fishing dan lain-lain lagi.. Dan lokasi Resorts World Langkawi yang terletak di Marina membolehkan anda mengambil shuttle resort pergi dan balik ke Pekan Pantai Cenang secara percuma dengan hanya kurang 10 minit perjalanan.. 

Antara kawasan yang disarankan untuk dilawati ialah Kilim Geopark - Sebuah kawasan UNESCO di Pulau Langkawi di mana antara aktiviti yang anda boleh lakukan adalah Boat Touring menyusuri kawasan hutan paya bakau, Eagle Feeding, Fish Feeding, Melawat Gua Kelawar dan banyak lagi..


Signature Suite..

Signature Suite ni design untuk kesenangan bagi 4 - 6 orang.. sesuai untuk seisi keluarga dilengkapi 2 bilik ruang tamu berserta sofa dan tv.. bilik air berserta tub mandi.. Ruang yang luas sesuai dengan konsep resorts.. Ruang rehat di balkoni menghadap laut.. Oh by the way signature suite adalah yang terbaru di Resorts World Langkawi..

Presidential Suite ni pulak memang terlalu exclusive.. Memang dalam history yang check in hanya orang-orang kenamaan baik dari sultan hingga la orang kaya sahaja yang check in tempat nie.. Dilengkapi dengan dapur memasak, gym, ruang tamu, 2 bilik untuk staf orang gaji atau bodygurad gitu, bilik sauna, balkoni yang luas menghadap laut dan banyak lagi..


Presidential Suite..

Well pendapat aku tempat ni memang sesuai untuk mereka yang datang bersama seisi keluarga.. Pasangan Honeymoon.. Rombongan kecil mahu pun besar.. Quick escape holiday pun boleh.. Dan kalau datang untuk mencari ketenangan diri pun sangatlah suggested.. kann :P

Oh dan satu perkara lagi ialah jangan lupa untuk menikmati pemandangan matahari terbenam jika anda menginap di Resorts World Langkawi ini kerana lokasi di Marina ini yang menghadap ke arah barat Selat Melaka memberikan anda pemandangan yang cukup indah.. Ditambah dengan keenakan BBQ yang disediakan oleh pihak resorts menambahkan lagi keceriaan suasana malam kami :D

Will Continue Part 2 : Mangrove Safari Fam Trip at Kubang Badak - Langkawi Island


42 comments:

  1. Replies
    1. Mau tak best dapat bilik ada dua katil queen.. duduk sorang hahahaa..

      Delete
  2. ala...akak bukan org pertama komen..
    cis cis
    FAM trip? wow..anda memang femes laa..apa pulak tak femesnyer
    dah la femes..humble pulak tu
    (err..apa puji2 nih ?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa lambat beberapa minit jer nak buat mcm mana huhuu.. tu la pasal.. apa puji2 nie hahahaa

      Delete
  3. Bila dapat jemputan tu kira famous lah... bukan senang nak dapat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa... Diorng terjemput kot .. but syukur la rezeki :D

      Delete
  4. wahh..bestnya..semua fully sponsored...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah tanpa di sengaja kan oleh mereka hahahaha.. :P

      Delete
  5. kerabu sotong ka tu? sedapnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kerabu sotong dgn kerabu ayam huhuu.. mmg sedap..

      Delete
  6. Alhamdulillah rezeki dapat jenjalan free :)
    Cantik bilik2 dia, menu pun meriah! :0

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee.. alhamdulillah.. mmg bilik dia selesa sgt.. :D

      Delete
  7. wah bestnyeeeeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tau tak pe.. langkawi paradise katakan :D

      Delete
  8. ni yg rs nk g langkawi skrg juga!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila-sila.. Malindo tengah buat promo RM79.00 je tu :D

      Delete
  9. Wow this hotel is so cantik!

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  10. wow dasat yer dapat jemputan gitu.. kira femesler tu... nampak mewah jugak yerk untuk yang nak ke langkawi cam akakni yang rasaya hanya duk hotel tak sampai 10jam... almaklumler pi langkawi bukan nak cari ketenangan tapi duk jalan merata dan duk sibuk cari pinggan mangkuk... (ha... ha.. tak habis2 yer...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur.. tetiba je dpt jemputan tu.. seronok la dpt tido hotel berstar byk nie hahaha.. sama lah kita pi langkawi nk shoppin g

      Delete
  11. Nak pergi kat sini la nanti.
    Blogwalking kejap kat sini. Jemput join segmen saya. Ada hadiah misteri utk dimenangi.
    http://huseinrider.blogspot.my/2016/12/segmen-pray-4-aleppo-by-husein-rider.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh Tuan Hussein Rider datang mengunjung.. terharu nyer :D
      ok thanks for the invatation tu.. selamat bersegmen.. :D

      Delete
  12. baru je balik dari langkawi.. heheh

    ReplyDelete
  13. mana part 2 nyer.....
    penat akak panjat tiang cari line internet tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa.. part 2 dah siap tunggu musim kentujuh habis je nak publish.. :P

      Delete
  14. semua bilik ada 2 queen bed ke? sy plan nak kesana bulan 3 ni. kalau semua 2 queen bed, jimat la pitih den hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan semua bilik ada dua queen bad.. ada satu queen.. ada dua single or 3 sinlge.. :D

      Delete
  15. bahagianyaaa hahaa dpt bilik sorg.. lama juga tak ke langkawi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau tak pe bahagia bilik besar tido sorang jer hehehee...

      Delete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete