Sunday 17 September 2023

Iran Part 1 : IKA Imam Khomeini International Airport Tehran

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Satu perjalanan yang tidak diduga atau terlintas dalam fikiran kepala aku untuk menuju ke sebuah negara yang dipanggil The Islamic Republic of IRAN. Satu mungkin disebabkan media terutamanya media barat selalu menunjuk atau memberi gambaran akan ketidakstabilan negara Iran itu sendiri. Tiada kemajuan, tiada hubungan dengan negara luar, keganasan dan juga extremism yang tinggi. Well we will never know until we are there.

Keadaan terkini Imam Khomeini International Airport. Dah ada train ke City Center
Dari pandangan aku especially di Bandar Tehran iaitu capital bagi Iran. Agak maju ada underground train almost merangkumi seluruh bandar. Perkhidmatan bas yang cukup baik tak perlu langsung mengharapkan teksi semasa berjalan-jalan di sekitar Tehran. Hotel yang banyak dan amat murah. Dan last aku boleh kata rakyat Iran memang baik hati dan sopan santun.

7 jam 40 minit Flight - From KLIA to Imam Khomeini International Airport (IKA). 
Harga tiket Airasia pada ketika itu untuk return adalah RM680.00 seorang. So at first confirm aku & wife dan beberapa minit kemudian abang wife aku pun nak ikut, Wan nama dia. Selang beberapa hari adik ipar (Lina) dengan husband dia (Iedan) nak ikut sekali sebab aku bagitau ada poissible kita akan jumpa snow di sana nanti. And some how flight jauh almost 8 jam dengan harga murah ni kita relakan je :D

Ahli trip kali ini - 3 Beradik 2 Ipar 1 Anak Saudara.
Untuk sekarang 2023 Malaysian Passport Holder tak perlukan visa untuk ke Iran tapi masa aku dulu kene apply visa di Kedutaan Iran sebelum terbang ke sana dengan bayaran RM140.00 untuk tourist visa dan mengambil masa 3 ke 5 hari berkerja untuk siap. Alhamdulillah tak susah pun nak apply visa Iran ni. 

Segala perancangan dibuat dalam masa kurang 7 bulan dari tarikh penerbangan. Alhamdulillah kami berlima spend kurang dari RM700.00 seorang selama 8 hari di sana dan ia termasuk perjalanan bas bandar ke bandar, tiket entrance, makan minum, penginapan dan souvenir. Kami sempat melawat Tehran, Qom, Isfahan, Shiraz dan Persepolis. 

Tehran - Isfahan - Shiraz - Persepolis - Qom
Persepolis Park - Tapak Warisan UNESCO - Peninggalan Ibu Kota Kerajaan Persia
Masa aku datang ke Tehran ni train dari airport ke city center masih dalam construction. So the only way nak ke bandar ialah dengan menaiki teksi yang berharga RM100.00 tapi untuk bayar lebih murah kita naik teksi ke train station yang paling dekat dengan airport iaitu Station Haram-e-Motahar (Red Line) dengan harga RM20.00 sahaja. Dan kemudian kita boleh pergi ke mana-mana sahaja di dalam Bandar Tehran. 

Kalau hari ni train telah disambungkan dari Station Haram-e-Motahar ni sampai ke Aiport lebih kurang dalam 3 station untuk sampai ke Airport so mudah dah nak travel ke Iran lepas ni. Menjimatkan masa dan duit. Dan yang best lagi semua attraction di Tehran ni ada train station di bersebelahan. Dan dari pengalaman aku Tehran Metro Line tak comlicated macam di Paris atau Tokyo.

Update 2023 - Metro Line Tehran telah mempunyai 7 Line kesemuanya.
 Winter - Setelah study dibuat maka barulah kami tahu bahawa waktu kami datang nanti pada bulan Januari adalah antara waktu kemuncak winter di mana suhu akan berada di bawah minus kosong (-0). Masa ni wife memang dah beli siap-siap jacket wind breaker sebab masa winter di Jepun hari tu dia memang suffer teruk tak tahan sejuk.

Kami landing di Tehran lebih kurang pukul 9.00 malam dan keadaan memang sejuk sangat-sangat. Ketika beratur di immigration ada beberapa pegawai (aku assume mungkin polis) akan menyuruh wanita yang tidak bertudung untuk menutup kepala mereka walau dengan apa cara sekali pun. Dan malam tu kami over night di Airport dengan suhu -5 degree.

Keadaan di dalam Bazar yang rata-rata telah menjangkau usia ratusan tahun.
Isfahan sebuah bandar yang amat cantik
Currency - dengan duit Iranian Rial (IRR) - Di Malaysia boleh kata ke semua Money Changer tak ada duit Iran maka cara paling mudah kita kene tukar duit US Dollar dan bila sampai airport Iran nanti baru tukar ke Iranian Rial. Untuk sekarang tahun 2023 USD100.00 bersamaan dengan 4,200.000 IRR. By the way tak perlu tukar semua USD di Airport sebab Money Changer agak banyak di mana jua. Tukar mengikut keperluan sebab nanti balik Malaysia Money Changer tak terima duit IRR ni.

Keadaan serba moden underground train di Tehran
Azadi Tower at Tehran
Halal - Ini bahagian yang paling penting. Binatang yang disembelih oleh orang Iran yang berpegang dengan ajaran Syiah seperti Ayam, Lembu dan Kambing semuanya adalah TIDAK HALAL. So bila sampai airport atau dimana jua jangan terus nak ngap apa sahaja yang dijual especially makanan diorang memang nampak sedap macam di Turkiye.

Dari pengalaman aku ada tempat-tempat yang menjual makanan Halal sebab mereka menggunakan ayam atau daging lembu yang di import dari Turkiye. Dan kalau nak juga makan maka boleh search masjid-masjid yang ditadbir oleh orang-orang yang berpegang pada Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Tehran. Sebab kebiasaanya berdekatan masjid ada restoran halal.

Bersambung Iran Part 2 : Snowing In Darband Village At Mountain Tochal 

50 comments:

  1. tahun bila yer u travel to iran ni? i assume sblm covid thingy lah kan? murah betul tix flight tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer betul sebelum covid hahaha.. airasia promo mmg murah time tu.. terus beli tak fikir panjang.. tu yg terkena waktu winter tu :D

      Delete
  2. Saya pernah pergi Iran masa tahun 2018 dan itu adalah last flight AirAsia ke Iran. Nak repeat lagi lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes Iran one of the country i pun nak repeat lagi kalau ada kesempatan.. Beautiful country.. :D

      Delete
  3. Dalam list Iran ni Insya Allah. Thanks for sharing, nak tunggu sambungan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok baik insyallah moga kita istiqomah nak update cerita di Iran ni hahahaha... Btw negara iran mmg cantik sangat2..

      Delete
  4. Alhamdulilah..pernah melawat ke negara iran ni.. memang cantik and memang best.. hotel, view dan tempat yang cantik dan menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.. view landskap permukaan bumi di Iran memang cantik.. kaya dgn sejarah tamadun manusia sejak sekian lama . Apa pun travel ke Iran mmg murah :D

      Delete
  5. Ternyata Iran tak seseram yang di bayangkan yaa, indah juga,dan fasilitasnya juga bagus, kapan ya. bisa ke sanaπŸ€”

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. sebelum pergi ada juga fikir yg bukan-bukan.. tapi mujur semuanya alhamdulillah selamat.. org di sana juga baik2.. :D

      Delete
  6. Terima kasih infonya. Sebelum ini asyik baca yang negatif saja tentang Iran. Terima kasih juga peringatannya tentang halal tak halal sembelihan di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama sekadar berkongsi info. Samalah kita pun sblm pergi Iran rasa mcm tak selamat kalau travel ke sana.. :D

      Delete
  7. bandaranya megah sekali y di tehrain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul train semua berada di bawah tanah.. Termasuk kawasan luar bandar train nya tetap di bawah tanah..

      Delete
  8. waahhhh bestnya baca tentang di Iran! moga ada rezeki jejak ke sana satu hari nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah moga dipermudahkan rezeki utk ke sana.. Saya doakan :D

      Delete
  9. Banyaknya ilmu dapat baca entri ni. Bukan semua makanan halal. Duit Iran, money changer sini tak ambil. Cantik juga ye, sana. Sejuknya, sampai suhu negatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah moga bermanfaat pada yg menbaca sekadar berkongsi :D yes iran mmg cantik.. sgt2

      Delete
  10. Ada terbaca kata makanan sana senang, actually susah juga kan sb dorg syiah. Pasal aurat tu mmg semua org kena tutup kepala kan. Eksaited nyaa for next entry. Cepat sket update ya,! Tak sabar πŸ€—

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan senang tapi yg halal tu susah. Insyallah will update soon next entry :D

      Delete
  11. Luar biasa! saya kagum. Rasanya saya juga ingin sekali bisa travel kemana-mana. Tapi dari blog ini saya dapat pengetahuan banyak. Terima kasih untuk share pengalamannya. Ijin saya follow blognya ^_^
    salam perkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenala juga dari saya ":D
      Terima kasih sudi membaca di blog ini. Sesiapa pun bisa travel ke mana sahaja. Dimana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. kan? Semoga sy diberi kekuatan utk terus share pengalaman di blog ini :D

      Delete
  12. Saya sediiih kalau baca ttg Iran 🀣. Soalnya plan nak ke sana 2020 Sept, tapi covid menyerang. Dah bayar padahal πŸ˜‚πŸ˜‚. 2022 Karena tetep ga ada kejelasan berangkat, akhirnya saya minta diswitch trip nya, dengan yg pasti berangkat. Travelnya kasih saran USA trip pas tahun baru. Tapi saya harus tambah biaya lah.

    Ya sudah, akhirnya Iran saya cancel, ganti jadi US 🀣🀣

    Sayabtuh teringin sangat lihat semua negara sanction bang. Korea Utara saya dah pernah, 2019 lalu. Makanya langsung ingin Iran juga, tapi blm rezeki.

    Tahun ini sebenernya teman ajak ke Iran, December. Tapi saya dah terlanjur pula beli tiket ke Azerbaizan, Georgia dan Armenia πŸ˜….

    Jadi tak mungkin ikut ke Iran.

    Menarik ceritanya πŸ‘. Ditunggu part 2. Semoga tahun depan saya bisa ke Iran juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh.. tidak ke Iran tapi diberi peluang utk ke USA.. lagi sekali mau ke Iran tapi ke Azerbaijan dan Georgia .. kalau begitu selalukan aja nia ke iran pasti banyak tempat yg akan di tuju, hahahah gitu ngak :D
      Kalau udah ke Kore Utara maka nya Iran apalah sangat :D
      ok baik minggu part 2 nya akan keluar

      Delete
  13. Wah kita selalu di kelabui oleh media barat cerita negatif tentang mereka, tu yang selalu rasa macam eh selamat ke tak ni Iran dan Iraq. Bila baca travelog Ustazah berbasikal... beza sungguh. Cuma bila kata syiah tu kenapa ya di kira tidak halal. Bukan mereka ugama Islam juga ke cuma lain mahzab. Maaf tak faham bab ni. Terima kasih infonya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. selagi kita tak lihat dgn mata kasar sendiri selagi tu boleh percaya 100% apa yg diberitahu..
      Tak halal sebab syiah bukan dikira mazhab tapi sebagai satu ajaran baru sbb dlm bab aqidah terutamanya byk yg bercanggah dgn ahli sunnah wal jamaah.

      Delete
  14. W'salam TT,
    Syok baca penggembaraan TT ke Iran bersama family.. Thank you so much for sharing.. Dapat juga LZ melihat dan tahu tentang negara Iran dari gambaran sebenar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih juga sudi membaca pengalaman kembara kita di bumi iran.. asal nyer tak plan pergi beramai2 tu huhuu.. ok nanti kan part 3 minggu depan.. :D

      Delete
  15. my ex officemate pergi iran tahun 2014. dia beritahu sy, kalau nak pergi nanti tunggu tren dr airport siap. nanti dah sng sikit. dia cerita mcm2 fasal iran ni. tp tu laa x lama lps tu air asia ttp route ke iran. pd hal kami dah plan dah nak pergi thn 2018 kalau tak silap.... arwah mak cik pernah ke iran dulu ms kerja telekom. dia pegi dlm thn 90an. dia kata ok je iran ni. cuma kalau dah termasuk masjid syiah tu, pandai2 laa nak hidup hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitrg pun masuk masjid stiah dan bersolat tapi takde la guna batu karbala tu huhuu.. kitrg pergi 2016 kalau tak silap. And now mmg train dah siap .. senang je nak ke bandar dari airport.. skrg nak pergi tak tau la tiket mahal mana huhuu..

      Delete
    2. jgn ckp psl tiket. boleh bikin migrain hehehehehe

      Delete
    3. Tunggu promo je la dari mana2 airlines huhu..

      Delete
  16. oo..ada ya masjid ahli sunnah di Iran, ingatkan semua syiah...menarik airportnya...modern design..suka tengok bazar2 lama di negara2 Islam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer ada masjid ahli sunnah di tehran.. Just kene cari itu kalau nk cari makanan halal la.. If nak solat di mana2 masjid pun takpe.. Sbb qiblat still mekah..

      Delete
  17. Murahnya tiket, tahun bila pergi ni?
    Seronok dapat pergi dengan ahli keluarga, cipta memori bersama.

    Jarang orang travel ke Iran, menarik nak tahu kisah kembara Iran ni.
    Pernah baca buku kembara Ustazah Basikal, orang Iran baik-baik dan sangat suka pelancong asing Muslim datang ke negara mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa airasia mula2 buka penerbangan ke sana sebelum covid. Alhamdulillah mmg seronok travel dgn family..
      Betul mereka sgt baik dan mcm terpegun bola ada pelancong dtg ke negara mereka..

      Delete
  18. woww, budget betul tak sampai 2k perbelanjaan termasuk tiket..nice! menarik bab halal tu..kalo tak teringat Iran ni ikut fahaman Syiah, memang terus ngap aje kan sebab fikir dia negara Islam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Travel marhain mmg kene mur-mur banyak la hahaha.. Itulah travel travel jugak bab halal kene jaguk kan.. :D

      Delete
  19. Lama sudah cerita ini. Harap saudara ada peluang ke Iran lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah nak tulis tapi asyik tertangguh2 jer.. At least part 1 dah up insyallah boleh habis kan sampai habis.

      Delete
  20. Tak pernah melawat Iran ni. Nampaknya negara ni pun best juga kalau melancong sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg best org iran pun ramah sgt2..kalau ada peluang make sure pergi ke iran. Ground budget pun murah utk traveller.. :D

      Delete
  21. Wah banyak ilmu dapat..... ingatkan Iran ni negara yang seperti dikhabarkan secara negatif.. sebenarnya baik2 je sana tu ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita pun beranggapan negetif jee pasal iran ni.. But once daj travel ke sana.. Mmg totally opposite.. :D

      Delete
  22. saya juga tertarik dengan negara Iran namun selalu dimomokkan oleh media bahawa negara tersebut adalah fahaman Syiah....dalam masa yang sama saya kagu dengan Iran kerana ia negara yang kuat dan ditakuti oleh banyak negara barat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebiasaanya ada dua perkara yg terjadi kepada negara yg ditekan dari segi ekonomi dan sebagainya.. Samada nk maju dgn cara sendiri atau kekal mundur.. Namun iran mmg berjaya memajukan negara sendiri..

      Delete
  23. Wow kagum SA..SA belum berpeluang ke banyak negara..setakat ni Indonesia, Thailand, China, Vietnam, Australia ( semua gambar hilang SD card corrupt) dan Malaysia Of Course..berangan gak nak travel lagi..nanti la bila sampai masa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SD corrupt boleh pi hantar repair.. Boleh selamatkan gambar2 di dalam card tu.. Syg nya gmbr hilang.. Insyallah ada tu rezeki nk pi trael lagi :D

      Delete
  24. Wahhhhhhh best nya pergi Iran. Antara salah satu negara yang saya teringin banget hendak pergi terutamanya Isfahan. Kena tunggu Tabung Ayam penuh dulu huhuhuhu.Metro Line Tehran boleh tahan mantap. Kalau baca media barat, macam kan terpleot beno Iran ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada rezeki nk menjejak kan kaki ke sana.. Ni dpt masa tiket murah kalau harga betul mmg tak la dpt pergi mahal.. Buat trip backpack jer tak sampai RM2 ribu seorang all in..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...