Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Okay nak bercerita pasal restoran nie sebelum kami ke Kuantan tempoh hari. On the way nak ke Tol Gombak mata kami melilau mencari kedai makan sebelum masuk ke highway. Maklum la masing-masing husband and wife belum makan lagi selepas balik kerja. Dalam pencarian maka ternampak la signboard Restoran Beriani & Salai - Dia punya trademark pun "Singgah Dulu Beriani & Salai Dua-Dua Pun Sedap". Then aku bagitau wife yang tengah drive. Dia kata okay jer lagi pun dah lama tak makan beriani.
|
Jom kita masuk Restoran Beriani & Salai ini :D |
|
"Singgah Dulu - Beriani & Salai - Dua Dua Pun Sedap". |
Restoran yang terletak di No 51, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini dibuka setiap hari kecuali tutup pada Hari Isnin. Waktu operasi bermula jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam. Dan pada Hari Jumaat ditutup dari jam 1.00 petang sehingga 2.30 petang bagi memudahkan perkerja menunaikan Solat Jumaat. Alhamdulillah terbaik management.
|
Suasana dalam kedai yang begitu luas dan selesa. |
|
Ruang kanak-kanak bermain juga disediakan :D |
Suasana dalam kedai yang amat selesa dan teramat luas, insyallah tidak akan ada kes kerusi berlanggar sesama pelanggan. Toilet dan surau juga disediakan bagi memudahkan pelanggan yang datang ke sini. Satu sudut untuk kanak-kanak bermain juga disediakan.
Di sini mengguna pakai sistem pay at counter and food will be deliver by the staff. Okla Menu tak complicated senang nak order. Ada perkara yang menarik berlaku ketika kami sedang order makanan di kaunter. Casher kata hari ini ada promotion kalau spend more then RM50.00 boleh dapat hidangan Gearbox percuma. Aku pun hurmm why not hahhaa.. Tak pasal-pasal dapat makan gearbox free :P
|
Family Combo Nasi Putih Set Kasih (4pax) & Set Juita (6pax) |
|
Family Combo Nasi Beriani Set Ratna (4pax) & Set Atma (6pax) |
Pastu wife aku menyampuk.. "Kita nak gi Kuantan ni, kang jangan pening lak nak drive, dah la penat balik kerja ni" sambil memberi senyum sinis. Aku pun steady jawap "Ala takde menda la, im okay jer setakat gearbox lembu ni takde menda la, dulu i makan gearbox Zirafah masa di Afrika steady jer" hahaha :P terus dengar perkataan "Menyampah betul" hahahaha.
|
Tak perlu tunggu lama hidangan sampai terus ke meja kita :D |
|
Masak Lemak Lala, Daging Salai dan Telur Itik serta Beriani Daging. |
|
Air ok not bad. Simple jer presentation dia. |
Kami order 3 set Nasi Putih bersama Masak Lemak Telur Itik, Masak Lemak Lala, Masak Lemak Gading Salai dan aku go for Beriani Daging. Tambah side order Telur Dada dan Sotong Celup Tepung. Bersama 2 Lemon Tea, 1 Orange Jucie dan 1 Blackcurrant. Okla all total tak sampai RM70.00 plus dapat free gearbox :D
|
Last sekali Gearbox yang dinantikan pun sampai :D |
One thing aku nak share sedikit info yang aku dapat bila search pasal restoran ni. Beriani & Salai ini dimiliki oleh Zaiyadal Group. Siapa Zaiyadal Group ni? Ia dimiliki oleh Haji Zaid seorang hamba Allah yang banyak membuat usaha dakwah dalam dan juga di luar negara. Dua daripada anak lelaki beliau adalah Hafiz Al-Quran iaitu Usamah dan Abu Ubaidah. Dan Zaiyadal juga memilik sebuah pusat pengajian islam yang dikenali Darul Ulum Zaiyadal dan Madrasah Tahfiz Zaiyadal.
|
The Zaiyadal Group - Sumber Google. |
Tiba-tiba aku macam kagum pulak dengan Zaiyadal Group terutama Haji Zaid ini. Sebab mereka ada banyak cabang business dari Pertanian, Perikanan, F&B, Trading Wholesaler dan banyak lagi termasuk la restoran ini. Dah menjadi kebiasaan aku kalau buat sesuatu posting pasti akan buat research mendalam so ini antara result yang aku dapat Alhamdulillah. Oleh itu boleh datang makan di Beriani & Salai ini tanpa was-was Insyallah.
Encik belum bls emel saya berkenaan currency 🥲🥲
ReplyDeleteSaya nk thu cara dptkan currency dri negara lain 🥺 kan encik kata encik bnyk currency 😁
Tak sempat balas lagi busy sangat hahaha.. Insyallah nanti kita reply.. :D
Deletewaaa thanks for this entry. terus rasa teringin nak cuba...selalu jer nmpk restoran ni tp tak pernah masuk mkn kat sini...
ReplyDeleteItulah makan pun sedap tapi lepas google kagum pulak dgn owner ni... Kalau nak dtg bgtau sekali hahaha...
Deletesaya pun dah pernah sampai kedai ni sebelum balik Kuantan...gearbox tu nampak menggoda sgt
ReplyDeleteBetul menggoda betul gearbox tu kan hahaha nasib free sbb pembelian RM50 ke atas.. :D
DeleteMenu berbeza dalam restoran yg sama. Menarik tu, harga pun berpatutan.
ReplyDeleteSimple jer menu kat sini dgn harga berpatutan..
Deletenmpk juga sbb laluan blk umh parent kt gombak....tp tk try lg,,,rezeki la tu ada promo dpt free gearbox tu
ReplyDeleteItulah rezeki tak sangka dapat hidangan gearbox tu.. Okla tu ada can nak gi kalau ke gombak lagi..
DeleteBaru tau pasal Zaiyadal Group, kagum sungguh. Moga bisnes mereka terus maju jaya.
ReplyDeleteTerliur tengok hidangan tu semua 😋
Moga ada rezeki singgah makan di kedai ni.
Itulah saya pun baru tahu pdsl Zaiyadal Group ni.. Amin moga business mereka terus maju.
DeleteMmg la sy yg tgk semula pun terliur habis ni hahaha..
wahh makannns., nyum2
ReplyDeleteBab makan kita kene raikan jgn menyesal kalau tak makan hahaha..
DeleteKat Africa gear box gajah pun ada kan.. hahaha..
ReplyDeleteDiorang kat sana monyet buaya pun makan.. Gajah tak pernah lgi dgr dorang makan hahahaa...
DeleteYummy tummy. Price not bad. Hmmm makanan pun looks nice.. boleh Cuba la next time.
ReplyDeleteYes price not that bad.. Bukan jenis sepinggan sampai 20 lebih huhuu.. And makanan pun sedap..
DeleteTiap kali lalu nak balik Kuantan memang perasan kedai ni, hhmm kena try nanti
ReplyDeleteItu lah.. Sama lah dgn kita.. Selalu nampak last tersinggah juga :D
DeleteAbang, salai itu artinya apa?
ReplyDeleteTadi saya pikir gearbox bagian oxtail, ternyata tulang sumsum yaa 😅. Nak ketukar pula 😄. Ini pun saya sukaaa. Apalagi kalau sumsum tulangnya banyak, dihisap sedaap tuh 😁
Tempatnya memang kliatan luas, bersih pun. Semoga lah kalau saya ke KL lagi bisa juga cobain makan di sana. 👍
Salai itu yg dimasak dgn kepanasan hujung bara API dgn asap nya gitu.. hahaha faham ke?
DeleteItu gearbox itu tulang kaki nya lembu..harus di cungkil2 isi nya.. sedap bangat..mmg luas tulang makan nya.. Dan penting bersih. Kalau dtg ke KL roger aja..
Supaya tak salah tangkap akhirnya saya coba browsing. Ok jadi salai itu mengasapi lah yaaa. Tadi dibagi contoh kayak ikan asap, daging asap. Betul tak 😄?. Kalo itu berarti paham saya😁.
Deleteiya betul itu.. di asap-asap kan sehingga kering kemudian kita ambil yg telah disalai itu untuk buat masak lemak. Kamu sudah ngerti ya :D
Deleteterliur tengok masak salai tu.. favorite sangat..
ReplyDeleteKan ... Masak salai ni kalau pandai buat nya mmg sedap sampai 2 3 pinggang tambahnya.. :P
DeleteDaging salai itu yg di asap ya ?..sedap siii liat menunya..bikin ngiler
ReplyDeleteYer betul yg di asap2 gitu.. masak guna hujung2 bara api.. kalau dtg ke Malaysia harus cubain masak lemak daging salai.. :D
DeleteDatang membalas kunjungan awak ke blog saya.... belum sempat baca lagi... tp lauk-lauk tu nampak sedap sgt.
ReplyDeleteTerima kasih sudi berkunjung ke sini.. Nanti dtg lagi yer hihihii.. :D
Deletesaya paling tertarik dengan sup gearbox...nampak amat menyelerakan
ReplyDeleteKan.. gearbox ni kalau betul masak sampai lembut dan tercabut isi isi dia mmg kaw rasa dia .
Deletetengok sup gearbox tu terus terasa nak masak sup gearbox plak..mana plak nak cari ni...
ReplyDeleteCari kat pasar tani.. esok kan weekend mesti ada kat pasar tu hahahaa . Sedap sup gearbox..
Deletesampai skrg x berani makan sup gear box. nampak semua makanan tu best2 belaka.
ReplyDeleteKenapa tak berani abam kie.. sekali sekala boleh cuba tu.. jgn selalu hihii..
DeleteFuh! Gearbox dia!
ReplyDeleteMenggugat keimanan kan hahahaa.. :D
DeleteMenariknya tempat makan begini.
ReplyDeleteSudahlah semua makanan nampak sedap, disediakan surau pula. Bagus betul kan. Taklah terburu-buru makan untuk mencari tempat solat.
Betul sgt tu.. once kita bawa kids specially mmg kene ada toilet dan surau untuk memudahkan kita tidak terkejar2..
DeleteSedapnya, beriani daging, siap ada gearbox lagi. Nampak sedap-sedap belaka.
ReplyDeleteItu lah tak pasal2 dpt gearbox free hihihii.. alhamdulillah mmg sedap :D
DeleteFuhh free gearbox tu!
ReplyDeleteYes its free... sedap lak tu . :D
Deleteperghhhhh masak lemak tuuuuuu menceces tgkkkk
ReplyDeletewahhh bagusnya owner resto ni. mudah-mudahan usaha beliau ni dicontohi para peniaga lain. dunia, dunia juga. akhirat jgn dipinggirkan....
Masak lemak kalau yg daging salai tu. . Bau dia blh tak perasan dah tambah nasi tu hahaha.. Itu lab terkejut jugak bila buat reserach kan pasal owner restoran ni.. Semoga terus berpanjangan amal kebikan beliau..
Deleteoo..tepi MRR2, mmg byk kedai makan di sini...bolehlah singgah...tak pernah lg makan gearbox...huhu..kena hirup dgn straw kan..
ReplyDeleteAah betul sebelah MRR2 jer.. Mmg situ byk kedai makan..rambang mata dibuatnya.. Gearbox ni sedap kalau kene gaya masakan nya.. :D
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletemasya Allah hebat ownernya tu..wehhh dapat gearbox percuma! alhamdulillah sedap...menu2 salai dengan beriani tu ok tak? nanti boleh try kalo balik KL..
ReplyDeleteItulah kita pun tak sangka owner dia seseorang yang hebat dlm perniagaan dan dal berdakwah.. Alhamdulillah ok sedap tapi bukan 10/10 la.. Mesti cuba tak nyesal insyallah..
DeleteTempat makan pun luas. Ibu dan ayah boleh makan dengan tenang sebab ada tempat mainan kanak-kanak dalam ni.
ReplyDeleteBetul tu.. Sesuai sgt nak dtg dgn anak kecil ruang yg amat luas.. Siapa ada tmpt anak2 bermain.. :D
Delete