Showing posts with label Restoran Beriani & Salai @ Taman Melati Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Restoran Beriani & Salai @ Taman Melati Kuala Lumpur. Show all posts

Monday, 11 September 2023

Restoran Beriani & Salai @ Taman Melati Kuala Lumpur

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Okay nak bercerita pasal restoran nie sebelum kami ke Kuantan tempoh hari. On the way nak ke Tol Gombak mata kami melilau mencari kedai makan sebelum masuk ke highway. Maklum la masing-masing husband and wife belum makan lagi selepas balik kerja.

Dalam pencarian maka ternampak la signboard Restoran Beriani & Salai - Dia punya trademark pun "Singgah Dulu Beriani & Salai Dua-Dua Pun Sedap". Then aku bagitau wife yang tengah drive. Dia kata okay jer lagi pun dah lama tak makan beriani.

Jom kita masuk Restoran Beriani & Salai ini :D
"Singgah Dulu - Beriani & Salai - Dua Dua Pun Sedap".

Restoran yang terletak di No 51, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini dibuka setiap hari kecuali tutup pada Hari Isnin. Waktu operasi bermula jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam. Dan pada Hari Jumaat ditutup dari jam 1.00 petang sehingga 2.30 petang bagi memudahkan perkerja menunaikan Solat Jumaat. Alhamdulillah terbaik management.

Suasana dalam kedai yang begitu luas dan selesa.
Ruang kanak-kanak bermain juga disediakan :D
Suasana dalam kedai yang amat selesa dan teramat luas, insyallah tidak akan ada kes kerusi berlanggar sesama pelanggan. Toilet dan surau juga disediakan bagi memudahkan pelanggan yang datang ke sini. Satu sudut untuk kanak-kanak bermain juga disediakan. 

Di sini mengguna pakai sistem pay at counter and food will be deliver by the staff. Okla Menu tak complicated senang nak order. Ada perkara yang menarik berlaku ketika kami sedang order makanan di kaunter. Casher kata hari ini ada promotion kalau spend more then RM50.00 boleh dapat hidangan Gearbox percuma. Aku pun hurmm why not hahhaa.. Tak pasal-pasal dapat makan gearbox free :P

Family Combo Nasi Putih Set Kasih (4pax) & Set Juita (6pax)
Family Combo Nasi Beriani Set Ratna (4pax) & Set Atma (6pax)
Pastu wife aku menyampuk.. "Kita nak gi Kuantan ni, kang jangan pening lak nak drive, dah la penat balik kerja ni" sambil memberi senyum sinis. Aku pun steady jawap "Ala takde menda la, im okay jer setakat gearbox lembu ni takde menda la, dulu i makan gearbox Zirafah masa di Afrika steady jer" hahaha :P terus dengar perkataan "Menyampah betul" hahahaha.

Tak perlu tunggu lama hidangan sampai terus ke meja kita :D
Masak Lemak Lala, Daging Salai dan Telur Itik serta Beriani Daging.
Air ok not bad. Simple jer presentation dia.
Kami order 3 set Nasi Putih bersama Masak Lemak Telur Itik, Masak Lemak Lala, Masak Lemak Gading Salai dan aku go for Beriani Daging. Tambah side order Telur Dada dan Sotong Celup Tepung. Bersama 2 Lemon Tea, 1 Orange Jucie dan 1 Blackcurrant. Okla all total tak sampai RM70.00 plus dapat free gearbox :D

Last sekali Gearbox yang dinantikan pun sampai :D
One thing aku nak share sedikit info yang aku dapat bila search pasal restoran ni. Beriani & Salai ini dimiliki oleh Zaiyadal Group. Siapa Zaiyadal Group ni? Ia dimiliki oleh Haji Zaid seorang hamba Allah yang banyak membuat usaha dakwah dalam dan juga di luar negara. Dua daripada anak lelaki beliau adalah Hafiz Al-Quran iaitu Usamah dan Abu Ubaidah. Dan Zaiyadal juga memilik sebuah pusat pengajian islam yang dikenali Darul Ulum Zaiyadal dan Madrasah Tahfiz Zaiyadal.

The Zaiyadal Group - Sumber Google.
Tiba-tiba aku macam kagum pulak dengan Zaiyadal Group terutama Haji Zaid ini. Sebab mereka ada banyak cabang business dari Pertanian, Perikanan, F&B, Trading Wholesaler dan banyak lagi termasuk la restoran ini. Dah menjadi kebiasaan aku kalau buat sesuatu posting pasti akan buat research mendalam so ini antara result yang aku dapat Alhamdulillah. Oleh itu boleh datang makan di Beriani & Salai ini tanpa was-was Insyallah.