Showing posts with label Kyrgyzstan. Show all posts
Showing posts with label Kyrgyzstan. Show all posts

Monday, 9 June 2025

Kyrgyzstan Part11 : Our Last Moment In Bishkek Second Day Of Syawal (Final)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Hari terakhir kami di Bishkek lebih kepada santai-santai sahaja dan hanya ke Osh Bazaar sahaja untuk makan tengah hari dan juga membeli bekalan untuk perjalanan yang jauh ke Tashkent malam nanti. Banyak meluangkan masa di apartment supaya the kids dapat rehat secukupnya. Dan dengan harapan tak la meragam dalam perjalanan bas malam nanti.

Subuh terakhir kami di Bandar Bishkek pada hari kedua raya aidilfitri.
Seawal pagi kami telah repacking bag backpack dan luggage serta mengemas rumah. Tak sanggup nak tinggalkan rumah kalau ada part yang kotor. Sebab owner terlalu baik pada kami. Masa sampai first day di Bishkek pun dia jugalah yang telah memesan dan membayarkan e-hailing Yandex kami untuk ke apartment beliau. 

Alhamdulillah selesai mengemas apartment sebelum check out.
Owner baik dan banyak membantu, kita pun senang hati ikhlas nak menjaga.
Semua blanket kita lipat dan simpan semula dan kutip semua sampah.
Dan apabila mengetahui bas kami bertolak jam 6.00 petang, owner telah mengizinkan untuk kami check out jam 5.00 petang. Sebab bus station hanya 15 minit atau 3 km perjalanan menaiki kereta. Owner kata kesian pada the kids akan kesejukan dan akan menunggu lama di bus station nanti kalau check out 12.00 tengah hari.

Dan pukul 11.30 pagi kami keluar menuju ke Osh Bazar tanpa membawa sebarang beg. Kalau ikutkan plan asal selepas check out pukul 12.00 tengah hari, angkut semua beg pergi lunch di Osh Bazaar dan kemudian terus menuju ke bus station sebab Osh Bazaar dah half way ke Western Bus Station (1.6km sahaja).

Alhamdulillah sampai di Osh Bazaar. Kali ini masuk ikut entrance belakang.
Menanti tempat duduk yang kosong dah kelaparan nak makan tengah hari.
Beli ayam ayam goreng crispy, nugget dengan pai daging. 
Dah lebih seminggu di central asia ni tahu la kacca tu kaunter hihii :D
Dan kali ini kami masuk ikut pintu entrance yang terletak di belakang bazaar. Dan di sini kelihatan banyak gerai peniaga kecil menjual makanan, roti, buah dan sayuran. Dan kami terus duduk di salah satu meja makan yang telah disediakan. 

Dan ketika ingin membeli makanan di kaunter ada seorang pemuda telah membantu aku order makanan sebab cashier tu tak boleh langsung speaking English. Aku telah berbual dengan pemuda tersebut menggunakan bahasa arab walau bahasa arab aku dah ke laut sebab lama dan jarang sangat digunakan hahaa.

Syukur dibantu pemuda Kyrgyzstan ketika membeli makanan.
Pemuda Kyrgyzstan ini adalah salah seorang pelajar tajaan kerajaan Kuwait untuk belajar di salah satu university di Kuwait (no wonder lah fasih berbahasa arab). Selesai makan kami masuk ke main hall Osh Bazaar dan membeli apa yang patut sambil merayau di area yang tidak kami kunjungi sebelum ini. Antaranya section yang menjual susu dan cheese.

Di bahagian belakang Osh Bazaar kelihatan lebih ramai orang dan barang lebih murah.
Sayur semua segar. Seronok membeli dan memasak di apartment selama tinggal di Bishkek.
Makcik ni menjual segala jenis cheese. ada yg murah ada yang tak sedap hahaha.. tak best :D
Kami membeli potongan kecil hampir setiap jenis cheese nak merasa huhuu.
Ada yang macam half way nak jadi cheese. Mana yang nampak elok kita cuba lah hihi :D
Di bahagian belakang Osh Bazaar ini lebih kepada kawasan B40 aku umpamakan. Berbanding di bahagian main entrance di hadapan. Walau di sini nampak keadaan para peniaga yang tidak tersusun dan agak tidak bersih dengan ramai yang menjual dengan hanya membawa bakul dan ada yang membentangkan kain.

Tapi bagi aku amatlah seronok sebab boleh join the local dalam membeli dan pastinya harga di sini lebih murah. Tak sama keadaan jika di Malaysia sebab kalau yang jual di luar tu mostly warga asing macam Pasar Borong Selayang tu. Tapi di sini yang berniaga tu semua orang tempatan. Umpama keadaan di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan.

Balik dari Osh Bazaar kami decide untuk berjalan kaki half way.
Saja nak lihat kawasan sekeliling dan life masyarakat tempatan pada hari kedua raya.
Bila bandar bersih walau tak maju. Memang seronok berjalan apatah lagi selamat.
Selesai di Osh Bazaar kami pulang ke apartment dan jam menunjukan pukul 2.30 petang. The kids sempat main air panas dalam bathtub lagi dan kemudian siapkan mereka dengan pakaian nak check out. Wife and the kids sempat lagi tertidur dengan nyenyak dalam sejam. Dan aku? Memang kena berjaga la kang tertinggalkan bas susah pula.

Tepat pukul 4.45 petang kami check out dan hanya perlu tinggalkan kad di dalam apartment. Booking Yandex yang pertama kena reject sebab terlalu ramai katanya. Dan kali kedua sambil tersenyum driver tu kata masuklah sebab tak jauh pun bus station. Kami sampai di bus station sebelum jam 5.15 dan terus menuju ke bas yang telah sedia menunggu.

Perjalanan terakhir kami dari apartment ke Bishkek Western Bus Terminal.
Pemandu Yandex kami yang baik hati. Suka berborak walau english so so.
Tapi tak kesah la kan.. asalkan faham dan dapat berkomunikasi sambil ketawa :D
Sempat membeli dimsum di bus station sebab takut sangat the kids kelaparan. Ye lah perjalanan selama 12 jam atau lebih bergantung keadaan jalan dan trafik. Dan paling worse keadaan di border yang mungkin sekejap atau boleh jadi lama.

Bas akan melalui Kazakhstan untuk menuju ke Uzbekistan walaupun Kyrgyzstan dan Uzbekistan adalah jiran bersebelahan. Maknanya kami kena turun sebanyak 4 kali untuk cop passport. Dan keadaan yang paling mendebarkan adalah kami sekeluarga di tahan hampir sejam oleh pihak askar di border Kazakhstan selepas melepasi immigration Kyrgyzstan.  

Sunday, 1 June 2025

Kyrgyzstan Part 10 : Kyrgyz Traditional Drink Is Consider Alcohol Or Not?

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 


Dalam Part 7 aku ada mention terdapat orang yang memberi minuman percuma pada pagi 1 Syawal. Dan boleh dikatakan hampir di setiap simpang jalan ada sahaja kelihatan orang yang memakai baju dengan logo serta warna yang sama memberikan minuman ini kepada sesiapa sahaja yang mahukan.

Setelah aku mendekati dan baru aku tahu bahawa ia adalah sejenis minuman traditional masyarakat Kyrgyz's. Cuma aku tak pasti nama dan apa jenis minuman traditional tersebut. Dan ada sebab kenapa kita kena amik tahu pasal minuman ini.

Minuman Traditional Kyrgyzs yang disediakan percuma pada 1 Syawal.
Semasa Ramadhan tidak kelihatan. Masuk syawal tumbuh merata air ni.
Ini kerana bila kita masuk ke sesetengah restoran, kadang kala ia di serve sebagai pembuka selera. Dan dari bacaan aku berkenaan minuman traditional Kyrgyz ini ada di antaranya mengandungi alcohol sehingga boleh memabukkan. Maka sebegai seorang muslim kita kena ambil berat sedikit berkenaa soal Halal dan Haram ini. 

Namun dari carian di internet aku tak jumpa mana-mana artikel atau statement yang mengatakan jenis yang mana adalah halal atau tidak tapi banyak sumber yang aku jumpa hanya mengatakan ada di antaranya mengandungi alcohol. Namun minuman traditional seperti teh atau disebut chai tu insyallah tak perlulah diragui.

Inilah rupa keadaan air yang diberikan secara percuma.
Jom la amik secawan sebab dah berapa kali di offer pada setiap kali lalu.
Minuman Kyrgyz's paling utama ialah Kumis juga dikenali sebagai Kymyz atau Airag. Diperbuat dari susu kuda yang ditapai. Sangat popular di kalangan masyarakat Kazakh, Kyrgyz dan Mongol. Sejenis minuman yang mempunyai rasa masam, berbuih dan sedikit bergas. Dan susu kuda untuk membuat Kymyz ini hanya diperah ketika musim panas sahaja.

Ia adalah minuman yang ditapai dengan kandungan alkohol yang rendah dan dianggap sebagai minuman yang berharga. Kadangkala digunakan dalam perubatan traditional masyarakat nomad. Kymyz adalah simbol layanan dan hubungan untuk sesama komuniti nomad. Oleh itu ia sering dijadikan hidangan pembuka kepada pelancong.

Minuman Kumis atau popular dengan nama Kymyz - A fermented mare's milk.
Maksym iaitu minuman bergas yang diperbuat daripada beberapa jenis bijirin yang ditapai dan merupakan minuman yang sangat istimewa di musim panas. Ia sering dijual di jalanan dalam tong kecil. Jarma sejenis minuman yang diperbuat dengan menggunakan tepung oat panggang dan kadangkala menggunakan beberapa jenis bijirin lain.

Chalap ialah minuman susu biri-biri tradisional Kyrgyz yang ditapai. Ia juga dikenali sebagai Tan. Sering digambarkan sebagai minuman yang menyegarkan. Ia dibuat dengan mencairkan Ayran (minuman susu masam) dengan air dan menambah garam. Chalap popular semasa musim panas dan biasanya disajikan di Kyrgyzstan, Uzbekistan dan Kazakhstan.

Minuman Bozo - minuman yang popular ketika musim winter.
Bozo sering dirujuk sebagai Kyrgyz Beer. Dibuat dengan menapai bijirin seperti malt, gandum, jagung, atau barli. Minuman pekat dan beralkohol ringan yang sangat popular di kawasan luar bandar semasa musim sejuk. Terkenal dengan rasa masamnya dan dipercayai mempunyai manfaat kesihatan seperti meningkatkan imuniti dan mencegah anemia.

Hampir kesemua minuman traditional ini ada dijual dalam botol dalam pasaran.
Teh (Chai) Walaupun bukan minuman tradisional Kyrgyz secara khusus seperti Kumis atau Maksym. Teh adalah bahagian asas budaya Kyrgyz terutamanya semasa waktu makan. Terdapat ratusan jenis teh yang ada di Kyrgyzstan. Dan boleh dikatakan setiap restoran menyediakan pelbagai jenis teh yang berlainan dari pebagai jenis daun, bunga dan bahan lain.

Teh atau Chai adalah minuman asas budaya masyarakat Kyrgyzstan.
Dan aku mengambil secawan minuman tradisi ini selepas kelihatan ada wanita yang bertudung dan lelaki tua berkupiah turut menikmati minuman ini. Okay bila aku try minum sedikit dapat rasa ia bergas, bau seolah roti yang direndam dalam air untuk beberapa hari. Dan ada bau macam bau yeast yang amat kuat dan berwarna putih dan macam ada bijiran oat.

Hebat orang-orang di sini boleh minum sekali teguk sahaja :D
Boleh dikatakan setiap simpang jalan ada sahaja air percuma ini diberikan.
Hanya sampai di tengah lidah dan terus aku keluarkan semula sebab memang tak boleh go further haha. Sebab dalam fikiran rasa macam minuman yang tak boleh diminum jer. Tapi orang lain aku tengok ada yang minum sekali teguk jer. 

Aku pun sebelum nak minum fikir banyak kali dengan bau dia yang hahaha better not say la. So in the end aku siram kat bawak pokok tanpa dilihat orang lain. Mungkin lepas ni kena jumpa Asel Mustafaeva untuk tanya semua jenis minuman ni apa status untuk diminum oleh orang islam hahahaa..

Bersambung Kyrgyzstan Part 11 : (Under  Construction)

Thursday, 15 May 2025

Kyrgyzstan Part 9 : History of Manas Statue - Stella Monument - Julius Meinl Cafe

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Kyrgyzstan Part 8 : Oak Park - Ala Too Square - State History Museum

Kisah Manas yang banyak diperdengarkan di dalam sajak mahu pun syair di kalangan warga Kyrgyzstan dari turun menurun yang bermula dari sebelum kurun yang ke 18 yang mengisahkan kehebatan seorang pahlawan dari Qhazan yang pertama.

Emperor yang memerintah satu kerajaan yang sangat besar dan kuat merangkumi masyarakat Turkic, Chinese dan Mongolia serta sebahagian bangsa Afghan dan Parsi utara. Sebuah kerajaan yang tertubuhkan lebih 1000 tahun yang lalu. 

Manas Statue Bihskek - The First Great Qhazan Emperor - Kyrgyzstan.
Pemerintahan berkeluasan dari sebahagian Russia merentasi Kazakhstan, Mongolia sehingga ke Wilayah Xinjiang, China. Dan ke selatan sehingga ke Tajikistan Uzebkistan dan utara Afghanistan. Memiliki lebih dari angka sejuta tentera yang berkhidmat tidak termasuk tentera simpanan dan tentera kerahan rakyat.

Dari Aidarbekov Imanaly Statue kita boleh lihat Manas Statue di Ala Too Square.
Banyak statue pahlawan, tokoh dan pemimpin Kyrgyzstan dibina di Oak Park.
Antara salah satu pemandangan di Oak Park, Bishkek. Sangatlah kemas dan bersih.
Dikatakan syair yang pertama telah ditulis oleh musuh utama Qhazan sendiri yang mengakui kehebatan Qhazan iaitu Oirat seorang pemerintah yang memerintah sebuah kerajaan di barat Mongolia. Manuskrip syair oleh Oirat itu dikatakan telah ditemui pada kurun ke 17. Dan dikatakan kumpulan syair mengenai Qhazan mempunyai lebih dari 553,500 baris.

Bangunan Supreme Court of Kyrgyzs Republic dan Marksa Statue berada di hujung Oak Park. 
Terlihat pulak sekumpulan gadis Kyrgyzstan sedang menyambut sesuatu.
Eh dia senyum pulak pada kita, nak balas senyuman kang kena cubit peha hahahaa..
Begitulah hebatnya Pahlawan Qhazan ini pada suatu ketika dahulu. Dan pada tahun 1995 kerajaan Kyrgyzstan telah menyambut ulang tahun Qhazan yang ke 1000. Ini kerana Qhazan adalah simbol kepada kekuatan orang-orang Kyrgyzs sehingga sekarang. Slogan "We are forty" kerana "Qhazan - A legendary hero who united forty regional clans".

Statue Manas telah dibina pada tahun 1999 semepena 10 tahun kemerdekaan Kyrgyzstan daripada Soviet Union (USSR). Dan lokasi Manas Statue pada sekarang ini adalah lokasi asal Vladimir Lenin Statue yang kemudian telah dipindahkan ketempat lain pada tahun 2003.

Lama juga kami spend masa di sini. Banyak tempat untuk kita lihat dan explore. Dan juga kawasan yang terlalu luas. Alhamdulillah the kids enjoy everything in here. Kami terus menuju ke Manas Statue dan bergambar dengan bendera Kyrgyzstan. Di waktu petang kelihatan lebih ramai orang berkunjung ke sini.

Kami sempat melihat pertukaran askar yang berjaga di hadapan State History Museum. Cumanya ia tidaklah sehebat seperti pertukaran di Seoul dan London. Atau mungkin dalam beberapa pertukaran dalam sehari itu ada satu dua pertukarana yang dibuat dengan megah. Kalau ada yang tahu boleh comment di bawah yer.

Dataran Ala Too Square di mana letaknya Manas Statue dan Flag of Kyrgyzstan.
The Members of The 701st Military Unit Kyrgyz National Guard of Honor 
Bergambar dengan Burung Helang Pemburu yang sangat besar. 
Sama seperti di Malaysia ada yang offer untuk mengambil gambar dan terus print gambar. Ada yang menjual makanan ringan, air minuman dan juga souviner tapi yang paling interesting adalah ada seorang warga tempatan ni yang membawa dua ekor burung helang pemburu yang sangatlah besar. 

Jika nak ambil gambar burung sahaja kena bayar apatah lagi bergambar dengan burung berkenaan. Makanya aku ambil gambar dari jauh sahaja. Sebab bila ajak the kids untuk bergambar tapi semua tak berani sebab burung tu mcm sama besar dengan diorang huhuu. 

Stellah of Nation Friednship Monument. Kyrgyzstan & Russia 1876.
Boleh dikatakan setiap peristiwa akan dibuat monument dan tokoh akan dibina statue.
Dari sini kami berjalan terus ke hadapan dan melewati Stella of Nation Friendship Monument yang terletak disebelah kanan jalan tak jauh dari Manas Statue tadi. Monument ini dibina pada tahun 1974 bagi mengenang peristiwa Kyrgyzstan menyertai former Russian Empire pada tahun 1876. 

Selepas dari Stella Monument ini the kids semua dah tak larat nak berjalan lagi. Katanya semua nak balik ke apartment nak makan dan tidur. Aku pun okay la.. "Nanti balik semua mandi dalam bathtub dengan air panas yer". Dan aku terus memesan Yandex dan kurang dari 20 minit kami telah tiba di apartment.

Recommended untuk try coffee, kek dan pasrty di sini.
Hot Coffee Latte & Hot Chocolate. Seronok minum di malam hari ketika waktu sejuk.
Kami berehat di apartment sehinggalah malam tiba dan selepas isya kami berjalan keluar mencari cafe yang sesuai untuk melayan kesejukan malam. Dan di antara banyak cafe di sini kami memilih Julius Meinl Vienna 1862 Cafe.

Mungkin kerana keunikannya berwarna merah. Dan juga sebab si atiyya dengan athira la yang berkuasa untuk memilih hahaa. Di antara kami semua hanya aku yang memilihi coffee dan 3 hot chocolate menjadi pilihan the girls semua. 

Cuaca di malam hari tetap sejuk walau heater telah dipasang di dalam cafe.
Tema cafe ni macam tempat vampire pulak dengan bunga ros & kain merah bagai.
Tapi tak seram pun dan coffee di sini sedap sangat. Ada pilihan pastry yang boleh dicuba.
Kelihatan ramai yang berkunjung ke cafe ini tapi mostly take away dan boleh dikatakan hanya kami sahaja yang duduk melepak di sini melayan hot coffee and chocolate dengan agak lama. Sambil-sambil tu search google apa plan untuk esok sebab dah last day di Bishkek.

Terasa sekejap 4 hari di Bishkek dan esok kami akan meneruskan perjalanan menuju ke Tashkent, Uzbekistan dengan menaiki bas hampir 10 jam lamanya. Harap-harap the kids tak meragamlah sepanjang perjalanan waktu malam dan bolehlah kami semua tidur dengan tenang di dalam bas.

Friday, 9 May 2025

Kyrgyzstan Part 8 : Oak Park - Ala Too Square - State History Museum

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Petang 1 Syawal kami keluar dari apartment dan menuju ke Oak Park dan Ala Too Square yang terletak bersebelahan. Dan misi kami kali ini untuk mencuba explore semua attraction yang ada di kawasan sekitar di Chuy Avenue ini. 

Tapi kan bila dah tak puasa jadi macam malas pulak. Padahal masa bulan puasa di beberapa hari yang lepas rajin nak berjalan sana sini 😅. Di Almaty, Kazakhstan berjalan sakan sampai lupa diri ini sedang berpuasa huhuu. 😅

Манас дастаны atau Manas Statue menjadi kebanggaan rakyat Kyrgyzstan.
Ok antara attraction lain di sini adalah Revolution Militants Square, Gapar Aitiev National Museum of Fine Arts, Sculpture Museum dan yang aku rasa menarik adalah Monument Kilometer Zero yang berada di tengah-tengah bandar Bishkek ini. 

Dan Vladimir Lenin Statue juga berada di sini. Dan terdapat banyak statue pahlawan, tokoh masyarakat, bangsawan dan pemimpin di bina di sekitar kawasan ini. Dan antara yang menarik lagi adalah susunan puluhan ribu bunga tulip yang berwarna warni ditanama sejauh mata memandang di sekitar sini. 

Manas Statue dan State History Museum terletak di tempat yang sama.
State History Museum - Bishkek, Kyrgyzstan.
Alhamdulillah dapat menonton Changing Guard Ceremony di sini.
Panfilov Monument dan Panfilov Park juga berada tak jauh dari Ala Too Square. Dan terdapat Mini Zoo Park Zhivaya. Dan jangan lupa bergambar dengan Monument Stella Nation Friendship. Dan terakhir aku suggest kalau larat dan ada masa lebih maka pergilah ke M V Frunze Museum. Banyak kisah sejarah yang tertulis di situ.

Tak sampai 5 minit kami berjalan terlihat orang ramai sedang berkerumun menonton sesuatu dan kami juga menghampiri. Dan rupanya perlawanan Gusti Lengan. Terdapat sekumpulan pemuda yang membawa meja gusti lengan dan mencabar sesiapa sahaja yang ingin berlawan dengan kumpulan mereka di kawasan Oak Park ini.

Sukan Gusti Lengan antara sukan yang diminati di sini.
Kita tengok dari jauh jer la. Kang kena panggil ajak bergusti pulak hahaha.
Tiba-tiba Atiyya kata "Ayah try la.." aku terus gelak " Tak yah la kang patah tangan orang tu susah kita.." hahaha. Boleh kata orang lelaki di Kyrgyzstan ini hampir 85% semuanya sihat dan aktif bersukan. Jarang nak nampak lelaki yang gempal dan gemuk. Seni Pertahan diri juga bagaikan satu kewajipan kepada setiap lelaki di sini.

Itu dari apa yang aku dapat tahu bila berborak dengan sebuah keluarga Kyrgyzstan semasa dalam perjalanan bas dari Kyrgyzstan ke Uzbekistan. Dan bagi kaum wanita juga boleh dikatakan telah ramai yang mula berlatih di gym dan mempelajari seni mempertahankan diri. Sebab tu mesin token untuk menumbuk banyak di Kazakhstan dan Kyrgystan.

Mesin Menumbuk ni berada di mana-mana sahaja dari Kazakhstan hinggalah ke Uzbekistan.
Dari Resolution Militants Square kami berjalan menuju ke Oak Park dan di pertengahan kami terjumpa bangunan Ala Too Movie Theater. Kalau ada show teringin juga nak tengok theater di luar negara huhu. Dan Kilometer Zero juga terletak tak jauh di hadapan bangunan theater ini. 

Dan di hadapan theater ada satu patung statue iaitu Monument De Suymunkul Chokmorov. Seorang pelakon, pengarah filem terkenal dan artis yang telah melukis lebih dari 400 karya yang boleh dilihat di National Museum of Fine Arts.

Ala Too Movie Theater.
Kilometer Zero Bishkek & Monument De Suymunkul Chokmorov - Google.
Kami terus berjalan ke arah Oak Park dan kelihatan di sini lebih meriah dengan ramai orang menjual gadapan dan aiskrim. Dan disebabkan Oak Park ini terlalu besar, kami telah menaiki keretapi yang berwarna pink untuk explore kawasan sekitar. Memang seronok la Si Atiya dengan adik-adik dia.

Jom kita naik keretapi yang comey ni. Murah sangat seorang RM5.00 sahaja.
Oak Park ni besar moh ler kita round round pakai train ni sahaja.
Ada yang jual aiskrim dan gudapan. Nak sewa basikal pun boleh.
Sewaktu kami sampai di kawasan Oak Park ini. Kelihatan orang ramai telah pun memenuhi kawasan sekitar. Ada yang beriadah dan ada yang bersantai bersama keluarga. Aku pun tak sure sama ada hari ini cuti umum atau tidak sebab nampak ramai juga yang memakai baju kerja seperti baju kemeja dan memakai tali leher 👔 dan coat 🧥.

Dari train kami dah boleh lihat mana destinasi selepas ini yang akan kami tuju. Sebab kalau aku seorang diri atau bersama wife memang akan explore setiap inci kawasan ini. Memang banyak tempat yang menarik tapi itulah bawa the kids bersama kan. Agak terbatas sedikit nak berjalan-jalan keseluruh park ini.

Bangunan Information And Tourism Minister. Berada di tengah kawasan perlancongan.
Inilah Aidarbekov Imanaly Statue.
Terletak berhadapan each other di dalam Oak Park.
Walau ketika ini adalah musim winter tapi memang banyak bunga tulip yang ditanam. Seronok sangat bergambar dengan bunga tulip ini. Dari putih, merah, kuning, merah jambu dan warna lain tak sure ada ke tidak hihii. Ada jer beberapa kedai di sekitar menjual biji benih bunga tulip ini tapi ia memerlukan cuaca yang sejuk untuk ditanam.

Sebab masa di Almaty, Kazakhstan beberapa hari yang lepas tidak kelihatan langsung bunga tulip yang ditanam tetapi di sini telah banyak ditanam dan telah pun berbunga. Gambar yang diambil dengan bunga tulip ini terlalulah banyak aku kongsi sedikit sahaja di sini.

Attitude warga Kyrgyzstan tak ada seorang pun yang nak sentuh atau cabut bunga tulip ni.
Rasa kalau di Malaysia, masa tanam dah hilang dan masa berbunga lagi banyak hilang :D
Bagi aku Bunga Tulip yang cantik adalah ketika sebelum terbuka dan ketika separa terbuka berbanding yang telah terbuka luas. Korang pulak macam mana?
Oak Park dan kawasan sekitar adalah main tourist attraction dan juga menjadi tempat beriadah dan bersantai buat warga tempatan. Rasa macam tak cukup kalau nak spend satu hari di sini bukan sahaja kerana tempat yang luas tapi suasana persekitaran yang cantik dan bersih. Itu antara attitude warga tempatan yang aku respect.

Cuba untuk squeeze entry ni dengan memotong banyak jalan cerita dan kurangkan berkongsi gambar tapi gagal juga hahah. Terlalu banyak untuk dikongsikan. Maka insyallah next entry will be the final entry untuk kisah di Kyrgzstan. Tapi macam banyak pulak lagi yang belum diceritkan. Ah dilema sudah hahaa.