Friday, 9 May 2025

Kyrgyzstan Part 8 : Oak Park - Ala Too Square - State History Museum

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Petang 1 Syawal kami keluar dari apartment dan menuju ke Oak Park dan Ala Too Square yang terletak bersebelahan. Dan misi kami kali ini untuk mencuba explore semua attraction yang ada di kawasan sekitar di Chuy Avenue ini. 

Tapi kan bila dah tak puasa jadi macam malas pulak. Padahal masa bulan puasa di beberapa hari yang lepas rajin nak berjalan sana sini ๐Ÿ˜…. Di Almaty, Kazakhstan berjalan sakan sampai lupa diri ini sedang berpuasa huhuu. ๐Ÿ˜…

ะœะฐะฝะฐั ะดะฐัั‚ะฐะฝั‹ atau Manas Statue menjadi kebanggaan rakyat Kyrgyzstan.
Ok antara attraction lain di sini adalah Revolution Militants Square, Gapar Aitiev National Museum of Fine Arts, Sculpture Museum dan yang aku rasa menarik adalah Monument Kilometer Zero yang berada di tengah-tengah bandar Bishkek ini. 

Dan Vladimir Lenin Statue juga berada di sini. Dan terdapat banyak statue pahlawan, tokoh masyarakat, bangsawan dan pemimpin di bina di sekitar kawasan ini. Dan antara yang menarik lagi adalah susunan puluhan ribu bunga tulip yang berwarna warni ditanama sejauh mata memandang di sekitar sini. 

Manas Statue dan State History Museum terletak di tempat yang sama.
State History Museum - Bishkek, Kyrgyzstan.
Alhamdulillah dapat menonton Changing Guard Ceremony di sini.
Panfilov Monument dan Panfilov Park juga berada tak jauh dari Ala Too Square. Dan terdapat Mini Zoo Park Zhivaya. Dan jangan lupa bergambar dengan Monument Stella Nation Friendship. Dan terakhir aku suggest kalau larat dan ada masa lebih maka pergilah ke M V Frunze Museum. Banyak kisah sejarah yang tertulis di situ.

Tak sampai 5 minit kami berjalan terlihat orang ramai sedang berkerumun menonton sesuatu dan kami juga menghampiri. Dan rupanya perlawanan Gusti Lengan. Terdapat sekumpulan pemuda yang membawa meja gusti lengan dan mencabar sesiapa sahaja yang ingin berlawan dengan kumpulan mereka di kawasan Oak Park ini.

Sukan Gusti Lengan antara sukan yang diminati di sini.
Kita tengok dari jauh jer la. Kang kena panggil ajak bergusti pulak hahaha.
Tiba-tiba Atiyya kata "Ayah try la.." aku terus gelak " Tak yah la kang patah tangan orang tu susah kita.." hahaha. Boleh kata orang lelaki di Kyrgyzstan ini hampir 85% semuanya sihat dan aktif bersukan. Jarang nak nampak lelaki yang gempal dan gemuk. Seni Pertahan diri juga bagaikan satu kewajipan kepada setiap lelaki di sini.

Itu dari apa yang aku dapat tahu bila berborak dengan sebuah keluarga Kyrgyzstan semasa dalam perjalanan bas dari Kyrgyzstan ke Uzbekistan. Dan bagi kaum wanita juga boleh dikatakan telah ramai yang mula berlatih di gym dan mempelajari seni mempertahankan diri. Sebab tu mesin token untuk menumbuk banyak di Kazakhstan dan Kyrgystan.

Mesin Menumbuk ni berada di mana-mana sahaja dari Kazakhstan hinggalah ke Uzbekistan.
Dari Resolution Militants Square kami berjalan menuju ke Oak Park dan di pertengahan kami terjumpa bangunan Ala Too Movie Theater. Kalau ada show teringin juga nak tengok theater di luar negara huhu. Dan Kilometer Zero juga terletak tak jauh di hadapan bangunan theater ini. 

Dan di hadapan theater ada satu patung statue iaitu Monument De Suymunkul Chokmorov. Seorang pelakon, pengarah filem terkenal dan artis yang telah melukis lebih dari 400 karya yang boleh dilihat di National Museum of Fine Arts.

Ala Too Movie Theater.
Kilometer Zero Bishkek & Monument De Suymunkul Chokmorov - Google.
Kami terus berjalan ke arah Oak Park dan kelihatan di sini lebih meriah dengan ramai orang menjual gadapan dan aiskrim. Dan disebabkan Oak Park ini terlalu besar, kami telah menaiki keretapi yang berwarna pink untuk explore kawasan sekitar. Memang seronok la Si Atiya dengan adik-adik dia.

Jom kita naik keretapi yang comey ni. Murah sangat seorang RM5.00 sahaja.
Oak Park ni besar moh ler kita round round pakai train ni sahaja.
Ada yang jual aiskrim dan gudapan. Nak sewa basikal pun boleh.
Sewaktu kami sampai di kawasan Oak Park ini. Kelihatan orang ramai telah pun memenuhi kawasan sekitar. Ada yang beriadah dan ada yang bersantai bersama keluarga. Aku pun tak sure sama ada hari ini cuti umum atau tidak sebab nampak ramai juga yang memakai baju kerja seperti baju kemeja dan memakai tali leher ๐Ÿ‘” dan coat ๐Ÿงฅ.

Dari train kami dah boleh lihat mana destinasi selepas ini yang akan kami tuju. Sebab kalau aku seorang diri atau bersama wife memang akan explore setiap inci kawasan ini. Memang banyak tempat yang menarik tapi itulah bawa the kids bersama kan. Agak terbatas sedikit nak berjalan-jalan keseluruh park ini.

Bangunan Information And Tourism Minister. Berada di tengah kawasan perlancongan.
Inilah Aidarbekov Imanaly Statue.
Terletak berhadapan each other di dalam Oak Park.
Walau ketika ini adalah musim winter tapi memang banyak bunga tulip yang ditanam. Seronok sangat bergambar dengan bunga tulip ini. Dari putih, merah, kuning, merah jambu dan warna lain tak sure ada ke tidak hihii. Ada jer beberapa kedai di sekitar menjual biji benih bunga tulip ini tapi ia memerlukan cuaca yang sejuk untuk ditanam.

Sebab masa di Almaty, Kazakhstan beberapa hari yang lepas tidak kelihatan langsung bunga tulip yang ditanam tetapi di sini telah banyak ditanam dan telah pun berbunga. Gambar yang diambil dengan bunga tulip ini terlalulah banyak aku kongsi sedikit sahaja di sini.

Attitude warga Kyrgyzstan tak ada seorang pun yang nak sentuh atau cabut bunga tulip ni.
Rasa kalau di Malaysia, masa tanam dah hilang dan masa berbunga lagi banyak hilang :D
Bagi aku Bunga Tulip yang cantik adalah ketika sebelum terbuka dan ketika separa terbuka berbanding yang telah terbuka luas. Korang pulak macam mana?
Oak Park dan kawasan sekitar adalah main tourist attraction dan juga menjadi tempat beriadah dan bersantai buat warga tempatan. Rasa macam tak cukup kalau nak spend satu hari di sini bukan sahaja kerana tempat yang luas tapi suasana persekitaran yang cantik dan bersih. Itu antara attitude warga tempatan yang aku respect.

Cuba untuk squeeze entry ni dengan memotong banyak jalan cerita dan kurangkan berkongsi gambar tapi gagal juga hahah. Terlalu banyak untuk dikongsikan. Maka insyallah next entry will be the final entry untuk kisah di Kyrgzstan. Tapi macam banyak pulak lagi yang belum diceritkan. Ah dilema sudah hahaa.

Bersambung Kyrgyzstan Part 9 : History of Manas Statue - Stella Monument - Julius Meinl Cafe(Under Construction)

28 comments:

  1. saya tabik bahagian guard yang bertahan untuk berdiri berjam jam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu macam mana diorang boleh bertahan berdiri lama tak bergerak tu..
      Memang respect sungguh..

      Delete
  2. linda yang 0 kilometer kat Johor tu pun tak sampai lagi...cmne nie? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kita kat Malaysia ni dah jumpa lebih dari 25 kilometer Zero. Seronok kalau ia dijejaki huhuu.. ๐Ÿ˜…

      Delete
  3. entry this length sgt ok! seronok jer i baca sambil tgk gmbr2...geram betul tgk all those tulips!!! saya memang flower lover ;) bab org kat sana kurus2 tu..haaa sama kan mcm kat vietnam or jepun..majority kurus2 jer..terbalik dgn suasana di msia--majority bam2/obese

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sgt baca dengan penuh gembira sambil tgk gmbr semua hahaha.. Sy pun geram tgk tulip๐ŸŒท๐ŸŒท tu semua huhuu..
      Negara byk berjalan ni mmg org nya slim susah nak jumpa yg bam2 hahaha.. Malaysia byk naik kete motor huhuu

      Delete
  4. Tak tahu nak komen, sebab tak pernah tengok bunga tulip betul-betul. Sekadar tengok gambar je, macam ni. Jadi, macam bunga ros la, ye. Dia paling cantik masa belum atau separa kembang. Orang pompuan suka la tengok bunga ni, macam-macam warna ada. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah samalah kita.. tak pernah tgk kat Malaysia lagi hihii.. Insyallah moga suatu hari nanti dpt tgk depan mata.. org pmpn kalau jumpa tulip ni mmg suka teramat.. ☺️

      Delete
  5. Bagus ada mesin menumbuk tu...kalo stress boleh punch terus...tulip tu cantik separa terbuka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg ada di mana mana sahaja di central asia.. dia mmg suka main mesin tumbuk ni huhu.. yg laki tgk biasa je..tpi yg perempuan bila tumbuk tu menakutkan hahahah.. ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

      Delete
  6. Agaknya rakyat mereka belajar dari sejarah & iktibar dari perang yg telah dilalui, jadi masing² belajar ilmu pertahankan diri...

    PH suka tulip yg masih kuncup :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua org suka tulip termasuk lah saya hahahaa... Mungkin juga belajar dari sejarah namun kita juga ada sejarah yg patut dipelajari tapi ntah la.. Terlalu selesa dgn Malaysia masih aman hihuu..

      Delete
  7. patutlah orang sana nampak gagah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... Olimpik acara lawan2 dgn olahraga mmg diorang je yg masuk huhuu.. ๐Ÿ˜…

      Delete
  8. Cantiknya bunga tulipnya. Sure wow sangat view nya. Comel betul kereta-kereta kecil warna pink. Kenapa tak cuba gusti lengan tu hehehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sgt la wow suasana bunga tulip tu semua huhuu.. malas la nak cuba gusti lengan tu.. xnk la tiba2 mengharumkan nama Malaysia..

      Delete
  9. negara di Asia Tengah yg kini terbuka utk dilawati selepas Soviet Union tumbang pd thn 1991.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul selepas kejatuhan soviet negara2 yg merdeka telah membuka tourism mereka.. alhamdulillah ramai org islam dalam soviet sebenarnya..☺️

      Delete
  10. random sangat ni tiba-tiba ada gusti lengan ek haha. lelaki2 kyrgstan ni kira manly betullah jenis gagah perkasa. mesin tumbuk pun ada merata-rata
    cantiknya pokok tulip! kalerful gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di sana mcm perkara biasa nak gusti lengan dgn tiba2 muncul hahaha.. boleh dikatakan mostly org sana mmg gagah jugak la.. jarang nak nmpk lelaki gems gems.. hahahaa .

      Delete
  11. Alah alah comel nya seronok semua naik train. Cantik tulip, pernah tengok dekat2 tapi rasanya cantik yang belum mekar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa... Masa naik tu mmg bahagia sgt.. dah la kitorg jer ada atas train tu huhuu.. betul sblm mekar mmg cantik sgt tulip ☺️☺️

      Delete
  12. Wow, semuanya cantik dekat Kyrgyzstan ni. Suka tulip tu, Malaysia duk tengok yang palsu je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok bila ke negara 4 musim macam Kyrgyzstan ini. Byk yg berlainan dari Malaysia. Tulip tu mmg cantik huhu.. Yng palsu pun cantik.. :D

      Delete
  13. memang bersih dan terjaga rapi. wah...raya di perantauan ya. menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala nak merasa raya diperantauan... selalu itu tidaklah huhuu..
      Mostly kawasan semua dijaga bersih dan kemas.. seronok jalan2 :D

      Delete
  14. Mesin Menumbuk tu free ke berbayar? Bagus gak kot nak release stress.
    Comel je keretapi tu, kalerful.
    Tulip bila dah kembang dari jauh nampa macam rose.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia macam game juga kena letak coin.. dalam seringgit macam tu la.. mmg best lepas geram hahaha.. bila dah kembang nampak biasa mcm bunga ros jer kan huhuu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...