Thursday, 22 May 2025

I Am Not Perfect But I Am Always Myself

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Kadang kala kita rasa kita dah cukup. Kita dah selesa dengan apa yang kita ada. Hampir semua benda yang ada di sekeliling kita adalah dari hasil kejayaan kita. Tapi kadang-kadang perancangan Allah itu lebih luas mejangkau akal fikiran kita. 

Dengan hanya satu sahaja nikmat yang Allah tarik. Habis terbalik kehidupan kita walau semalam kita seorang yang ceria dan kuat. Bila kita duduk di atas jangan lupa pada yang di bawah. Bila kita ada kemampuan untuk membantu jangan biar mereka yang dekat dengan kita merana.

Tapi itulah.. Kadang orang bertanya Ya Allah, aku dah buat semua benda yang engkau perintahkan tapi besar ujian yang aku kena lalui. Dan makin hari kenapa makin sulit makin berat ujian aku. Sedangkan Engkau tidak menguji hamba Mu melainkan Engkau tahu kemampuan hamba Mu itu.

Ujian itu kadang-kadang ibarat tangan kita yang menggenggam. Kenapa nak tahan bara api dalam genggaman jika kita tidak mampu menahannya. Itulah antara punca kenapa ujian kita kadang-kadang kian memberat. Andai kata orang tak suka kita memegang sesuatu jawatan. Dan jawatan itu pun tidaklah penting mana. Lepaskan sahaja. 

Sekiranya melepaskan jawatan tersebut menyebabkan keadaan menjadi lebih hura hara dalam sesebuah organisasi maka biarlah. Sebab tugas kita dah selesai. Dan janganlah anggap kita seorang sahaja yang boleh membetulkannya. Benda yang baik dan betul pasti akan dihadirkan seseorang yang lebih berkualiti untuk memimpin.

Jasa yang baik itu untuk di sisi Allah bukan untuk dikenang. Jika ia dikenang oleh umat manusia maka bersyukurlah. Tetapi jika tidak maka jangan sesekali kita mengungkit. Biarlah ia menjadi saham yang membantu di akhirat nanti. 

Pendengki dan mereka yang penuh dengan bersifat mazmumah itu sentiasa ada. Jika tidak, tak akan lah Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka boleh jatuh ke tangan Portuguese bak kata Blogger Fairuz. Biarkanlah.. 

Kecewa itu adalah perasaan yang fitrah pada umat manusia. Kecewa kerana tanpa jawatan tersebut kita tidak lagi dapat membantu orang. Tak apa biarlah. Kerana hati kita lebih penting untuk dijaga sebelum memikirkan hati orang lain.

Dan aku tetap aku. Always be Mr Time Traveller.

Sekuat mana aku jatuh dan yang melihat tertawa. Mengembara tetap menjadi jalan kehidupan aku. Andai kata aku berjaya menjejakan kaki ke 100 negara sekali pun. Kaki yang melangkah adalah kaki aku bukan kaki si pendengki. 

Yang menikmati perjalanan hidup yang penuh warna warni juga adalah aku bukan juga kamu. Dia ibarat seolah seperti ada seseorang berkata "Tak cantik la Ferrari kau warna merah" Dan kau jawap "Ferrari kau warna apa?.. Oh lupa kau tak punya Ferrari pun.. So kenapa aku perlu dengar kata-kata dari kau.."

47 comments:

  1. Semoga sentiasa dipermudahkan urusan encik. Kita mampu, sebab tu diuji. Allah sayang lebih inshaAllah. Moga pahala berpanjangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah amin.. moga urusan kita dalam apa jua situasi dipermudahkan Allah Taala. Setiap ujian pasti ada sesuatu yg lebih baik akan tiba.

      Delete
  2. Mungkin ada hikmah disebalik segala yang berlaku. Bersangka baik dengan Allah. Semuga tetap tabah menghadapi segala remeh temeh manusia di sekeliling. Allah lebih mengetahui yang terbaik buat kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah hikmah itu selalu ada pada setiap yg berlaku. Betul harus sentiasa bersangka baik pada Allah Taala. Kerenah manusia kita serahkan pada Allah Taala.

      Delete
  3. Walau apa pun yang berlaku, semoga Allah permudahkan urusan TT dan kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Amian.. Moga Allah Taala permudahkan urusan kita semua.

      Delete
  4. Ye betul...SA pernah alami tentang jawatan tu...orang x suka dan sibuk jadi bahan bualan..elok la lepaskan..itu yg SA lakukan tapi alhamdulillah kalau dah rezeki tak kemana..tetap jadi milik kita...cuma redha..apa juga perkara kita jadi orang terakhir yang dijemput...hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaannn kalau dah nampak kita mmg dilahirkan utk jawatan tu nak buat macam mana huhuu.. Biasalah setiap tmpt ada ramai org ada mcm ragam.. buat dek jer la.

      Delete
  5. Hampir mustahil kehidupan ini tanpa pendengki, jadi kitalah yang perlu tahu cara menangani mereka. Jangan biarkan hidup kita suram disebabkan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. kena belajar utk ignore manusia pendengki yg tak membawa apa apa keuntungan pada diri kita.. bila kita ignore pendengki akan lebih marah hahaha..

      Delete
  6. Semoga kita semua tenang2 aje hadapi setiap dugaan..Org dengki ni mmg 1 penyakit...Kita senyum aje la depan mereka biar mereka lagi sakit smp tak sanggup tgk kita =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg cara terbaik adalah bertenang dan senyum dan juga ignore sbb nanti mereka juga yg sakit hati hahaha .

      Delete
  7. Semoga sentiasa dipermudahkan urusan kite semua, insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga semua urusan kita di atas dunia ini dipermudahkan Allah.. amin...

      Delete
  8. Perkongsian yang menarik.. tq..
    Semoga sentiasa berkongsi perjalanan encik di sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..
      Datang lah selalu yer.. ☺️

      Delete
  9. memang akan ada orang yang tidak puas hati terhadap kita... langkah ke mana tetap sahaja akan jumpa orang yang mcam tu. semoga dipermudahkan urusan encik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah langkah lah macam dan ke mana sekali pun .. kalau tak elok di mata seseorang tu tetap di salah kan.. semoga urusan kita di atas dunia dipermudahkan Allah amin..

      Delete
  10. Memang kat mana-mana akan ada orang yang berpenyakit hati ni… moga dikurniakan kelapangan, moga semua urusan lancar dan mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah kena sentiasa berdoa pada Allah moga kita selamat dan dijauhkan dari manusia yg berpenyakit sebegini..

      Delete
  11. Bak kata yang lebih sopan.... "persetan kan diorang"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju... Kdg kala harus juga bersopan sebegini bagi mereka tahu huhuu..

      Delete
  12. pendengki ada di mana-mana. moga diberi kesabaran & ketabahan yg tinggi buat ustaz afif & dibukakan seluasnya pintu rezeki & moga terus berkongsi kisah travel dgn kami..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah sentiasa berdoa pada Allah agar hati ini tidak memikirkan langsung hal dan kata2 pendengki yg tak menguntungkan.. insyallah akan terus berkongsi pengalaman travel di sini :D

      Delete
  13. life is short, so live it to the fullest. we can't please everyone, so kita buat apa yg kita rasa membahagiakan kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Life is short.. selagi ia baik dan dpt menjaga hati kita dgn baik maka berbuatlah.. bahagia kan hati kita sebelum fikirkan hati org lain.. ๐Ÿ‘Œ๐Ÿป

      Delete
  14. pernah terbaca kat mana entah... kalau kita minta/berdoa sesuatu, maka kita akan didatangkan dgn ujian yg seiring dgn apa yg kita minta... contoh kita minta nak msk syurga tanpa hisab. jd ujiannya pasti sesuatu yg berat dan tak mudah sebab kita tahu ranjau nak ke syurga itu tidak semudah yang difikir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga sebab sesuatu itu kdg2 hadir dgn harga yg tinggi. Dan bila berat sesuatu perkara itu makan itu juga jalan yg mudah di akhirat nanti.. Mmg dalam kehidupan ini hikmah itu sukar utk ditafsirkan.. namun yakin Allah jua sebaik perancang utk hambaNya..

      Delete
  15. pedulikan dgn org lain sbb mereka tak berada 'dalam kasut kita'... kita yg hadap hidup ini dan kita ikut apa yg selari dgn kemampuan dan kudrat kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul setiap kasut tu berlainan walau bersebelahan.. hidup kita ini bukan utk org lain yg tentu kan.. hidup kita biar lah kita yg uruskan.. kudrat kita usaha kita yg tentu kan ☺️

      Delete
  16. Moga dipermudah kan semua urusan nya Afif. Setiap kejadian ada hikmahnya. Apa pun yang jadi, Allah sayang. PHD yang tanpa sijil ni, merata di mana2. Moga dijauhkan dari mereka. Stay strong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.. Ada hikmah setiap kejadian dan pada yg sama utk kita muhasabahkan diri sendiri.. org PHD tanpa sijil ni mmg ada je kat mana2.. Ignore the is the best way not face this kind of people ๐Ÿ˜Ž

      Delete
  17. Semoga dipermudahkan ❤️stay strong✌️✌️
    Allah sentiasa ada apapun rancangan Nya adalah terbaikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah im strong the way i am.. yeap betul.. Kena yakin dgn Allah Yang Maha Mengetahui pada segala hal.. ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘Œ๐Ÿป☺️

      Delete
  18. Kita takkan mampu puaskan hati semua orang. Cukuplah kita ikut acuan yang ditetapkan Allah s.w.t. Tapi easier said than done kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Tak mampu nak puaskan hati semua org.. dan tak perlu pun sebenarnya nak puaskan hati semua org.. life kita biar lah cantik pd hati dan mata kita sendiri.. kann.. ☺️๐Ÿ‘Œ๐Ÿป

      Delete
  19. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua ...Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin terima kasih atas doa yg diberi.. Semoga semua urusan kita dipermudahkan amin.. ☺️

      Delete
  20. Ada orang tak boleh tengok kita lebih, mesti dia nak into the scene jugak. Semoga Allah gantikan dgn yg lebih baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah nak buat macam mana kan.. kdg2 byk faktor yg terjadi bukan sbb jawatan tpi penyandang tu sendiri.. insyallah moga Allah beri. Yg lebih terbaik.. ๐Ÿ‘๐Ÿป☺️

      Delete
  21. Apapun yg tengah terjadi saat ini, semoga Abang tetap kuat dan sabar. Tak payah memang dengar Kata2 orang yg kita tahu tak layak bang. Biarkan saja.

    Masalah jabatan, posisi, harta dan lainnya, anggab saja Allah nak minta balik yg Dia punya. Krn memang tak satupun ada milik kita di dunia ini.

    Tapi terkadang jika kita sabar, maka Allah akan pinjamkan hal lain yg lebih besar buat kita ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah kita memang org yg kuat kalau diganggu seperti masih bisa dan berbisa gitu hahaha.. ignore dan jgn dgr kata mereka yg toksit.. kalau tidak lama2 kita juga terikut..

      Delete
  22. Allah sebaik-baik perancang. Perancangan Allah lebih baik dari rancangan kita. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Syukuri segala nikmat dan ujian yang Allah berikan. Walau apapun yang berlaku, saya doakan semoga Allah permudah segala urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sebagai hamba kena yakin pada ketentuan ilahi.. insyallah yakin ada hikmah pd setiap apa yg berlaku.. apa pun terima kasih atas doanya.. insyallah semoga kita kuat ujian di atas dunia ini amin..

      Delete
  23. kerana jawatan itu datang bersama tanggungjawab...bukan sekadar jawatan..semoga yang baik2 untuk kita semua...aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya utk duduk dan tidak duduk di sesuatu jawatan itu adalah nikmat.. apa pun yg berlaku adalah yg terbaik.. insyallah

      Delete
  24. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...