Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Kadang kala kita rasa kita dah cukup. Kita dah selesa dengan apa yang kita ada. Hampir semua benda yang ada di sekeliling kita adalah dari hasil kejayaan kita. Tapi kadang-kadang perancangan Allah itu lebih luas mejangkau akal fikiran kita.
Dengan hanya satu sahaja nikmat yang Allah tarik. Habis terbalik kehidupan kita walau semalam kita seorang yang ceria dan kuat. Bila kita duduk di atas jangan lupa pada yang di bawah. Bila kita ada kemampuan untuk membantu jangan biar mereka yang dekat dengan kita merana.
![]() |
Ujian itu kadang-kadang ibarat tangan kita yang menggenggam. Kenapa nak tahan bara api dalam genggaman jika kita tidak mampu menahannya. Itulah antara punca kenapa ujian kita kadang-kadang kian memberat. Andai kata orang tak suka kita memegang sesuatu jawatan. Dan jawatan itu pun tidaklah penting mana. Lepaskan sahaja.
![]() |
Jasa yang baik itu untuk di sisi Allah bukan untuk dikenang. Jika ia dikenang oleh umat manusia maka bersyukurlah. Tetapi jika tidak maka jangan sesekali kita mengungkit. Biarlah ia menjadi saham yang membantu di akhirat nanti.
Pendengki dan mereka yang penuh dengan bersifat mazmumah itu sentiasa ada. Jika tidak, tak akan lah Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka boleh jatuh ke tangan Portuguese bak kata Blogger Fairuz. Biarkanlah..
Kecewa itu adalah perasaan yang fitrah pada umat manusia. Kecewa kerana tanpa jawatan tersebut kita tidak lagi dapat membantu orang. Tak apa biarlah. Kerana hati kita lebih penting untuk dijaga sebelum memikirkan hati orang lain.
![]() |
Sekuat mana aku jatuh dan yang melihat tertawa. Mengembara tetap menjadi jalan kehidupan aku. Andai kata aku berjaya menjejakan kaki ke 100 negara sekali pun. Kaki yang melangkah adalah kaki aku bukan kaki si pendengki.
Yang menikmati perjalanan hidup yang penuh warna warni juga adalah aku bukan juga kamu. Dia ibarat seolah seperti ada seseorang berkata "Tak cantik la Ferrari kau warna merah" Dan kau jawap "Ferrari kau warna apa?.. Oh lupa kau tak punya Ferrari pun.. So kenapa aku perlu dengar kata-kata dari kau.."
Semoga sentiasa dipermudahkan urusan encik. Kita mampu, sebab tu diuji. Allah sayang lebih inshaAllah. Moga pahala berpanjangan
ReplyDeleteInsyallah amin.. moga urusan kita dalam apa jua situasi dipermudahkan Allah Taala. Setiap ujian pasti ada sesuatu yg lebih baik akan tiba.
DeleteMungkin ada hikmah disebalik segala yang berlaku. Bersangka baik dengan Allah. Semuga tetap tabah menghadapi segala remeh temeh manusia di sekeliling. Allah lebih mengetahui yang terbaik buat kita.
ReplyDeleteInsyallah hikmah itu selalu ada pada setiap yg berlaku. Betul harus sentiasa bersangka baik pada Allah Taala. Kerenah manusia kita serahkan pada Allah Taala.
DeleteWalau apa pun yang berlaku, semoga Allah permudahkan urusan TT dan kita semua.
ReplyDeleteAmin Amian.. Moga Allah Taala permudahkan urusan kita semua.
DeleteYe betul...SA pernah alami tentang jawatan tu...orang x suka dan sibuk jadi bahan bualan..elok la lepaskan..itu yg SA lakukan tapi alhamdulillah kalau dah rezeki tak kemana..tetap jadi milik kita...cuma redha..apa juga perkara kita jadi orang terakhir yang dijemput...hehehe..
ReplyDeleteKaannn kalau dah nampak kita mmg dilahirkan utk jawatan tu nak buat macam mana huhuu.. Biasalah setiap tmpt ada ramai org ada mcm ragam.. buat dek jer la.
DeleteHampir mustahil kehidupan ini tanpa pendengki, jadi kitalah yang perlu tahu cara menangani mereka. Jangan biarkan hidup kita suram disebabkan mereka.
ReplyDeleteBetul.. kena belajar utk ignore manusia pendengki yg tak membawa apa apa keuntungan pada diri kita.. bila kita ignore pendengki akan lebih marah hahaha..
DeleteSemoga kita semua tenang2 aje hadapi setiap dugaan..Org dengki ni mmg 1 penyakit...Kita senyum aje la depan mereka biar mereka lagi sakit smp tak sanggup tgk kita =D
ReplyDeleteMmg cara terbaik adalah bertenang dan senyum dan juga ignore sbb nanti mereka juga yg sakit hati hahaha .
DeleteSemoga sentiasa dipermudahkan urusan kite semua, insyaAllah
ReplyDeleteSemoga semua urusan kita di atas dunia ini dipermudahkan Allah.. amin...
DeletePerkongsian yang menarik.. tq..
ReplyDeleteSemoga sentiasa berkongsi perjalanan encik di sini..
Terima kasih..
DeleteDatang lah selalu yer.. ☺️
memang akan ada orang yang tidak puas hati terhadap kita... langkah ke mana tetap sahaja akan jumpa orang yang mcam tu. semoga dipermudahkan urusan encik
ReplyDeleteItulah langkah lah macam dan ke mana sekali pun .. kalau tak elok di mata seseorang tu tetap di salah kan.. semoga urusan kita di atas dunia dipermudahkan Allah amin..
DeleteMemang kat mana-mana akan ada orang yang berpenyakit hati ni… moga dikurniakan kelapangan, moga semua urusan lancar dan mudah.
ReplyDeleteInsyallah kena sentiasa berdoa pada Allah moga kita selamat dan dijauhkan dari manusia yg berpenyakit sebegini..
DeleteBak kata yang lebih sopan.... "persetan kan diorang"
ReplyDeleteSetuju... Kdg kala harus juga bersopan sebegini bagi mereka tahu huhuu..
Deletependengki ada di mana-mana. moga diberi kesabaran & ketabahan yg tinggi buat ustaz afif & dibukakan seluasnya pintu rezeki & moga terus berkongsi kisah travel dgn kami..
ReplyDeleteInsyallah sentiasa berdoa pada Allah agar hati ini tidak memikirkan langsung hal dan kata2 pendengki yg tak menguntungkan.. insyallah akan terus berkongsi pengalaman travel di sini :D
Deletelife is short, so live it to the fullest. we can't please everyone, so kita buat apa yg kita rasa membahagiakan kita :)
ReplyDeleteBetul... Life is short.. selagi ia baik dan dpt menjaga hati kita dgn baik maka berbuatlah.. bahagia kan hati kita sebelum fikirkan hati org lain.. 👌🏻
Deletepernah terbaca kat mana entah... kalau kita minta/berdoa sesuatu, maka kita akan didatangkan dgn ujian yg seiring dgn apa yg kita minta... contoh kita minta nak msk syurga tanpa hisab. jd ujiannya pasti sesuatu yg berat dan tak mudah sebab kita tahu ranjau nak ke syurga itu tidak semudah yang difikir...
ReplyDeleteBetul juga sebab sesuatu itu kdg2 hadir dgn harga yg tinggi. Dan bila berat sesuatu perkara itu makan itu juga jalan yg mudah di akhirat nanti.. Mmg dalam kehidupan ini hikmah itu sukar utk ditafsirkan.. namun yakin Allah jua sebaik perancang utk hambaNya..
Deletepedulikan dgn org lain sbb mereka tak berada 'dalam kasut kita'... kita yg hadap hidup ini dan kita ikut apa yg selari dgn kemampuan dan kudrat kita...
ReplyDeleteBetul setiap kasut tu berlainan walau bersebelahan.. hidup kita ini bukan utk org lain yg tentu kan.. hidup kita biar lah kita yg uruskan.. kudrat kita usaha kita yg tentu kan ☺️
DeleteMoga dipermudah kan semua urusan nya Afif. Setiap kejadian ada hikmahnya. Apa pun yang jadi, Allah sayang. PHD yang tanpa sijil ni, merata di mana2. Moga dijauhkan dari mereka. Stay strong.
ReplyDeleteSetuju.. Ada hikmah setiap kejadian dan pada yg sama utk kita muhasabahkan diri sendiri.. org PHD tanpa sijil ni mmg ada je kat mana2.. Ignore the is the best way not face this kind of people 😎
DeleteSemoga dipermudahkan ❤️stay strong✌️✌️
ReplyDeleteAllah sentiasa ada apapun rancangan Nya adalah terbaikkk
Insyallah im strong the way i am.. yeap betul.. Kena yakin dgn Allah Yang Maha Mengetahui pada segala hal.. 👍🏻👌🏻☺️
DeleteKita takkan mampu puaskan hati semua orang. Cukuplah kita ikut acuan yang ditetapkan Allah s.w.t. Tapi easier said than done kan?
ReplyDeleteBetul tu... Tak mampu nak puaskan hati semua org.. dan tak perlu pun sebenarnya nak puaskan hati semua org.. life kita biar lah cantik pd hati dan mata kita sendiri.. kann.. ☺️👌🏻
DeleteSemoga dipermudahkan segala urusan kita semua ...Amin.
ReplyDeleteAmin terima kasih atas doa yg diberi.. Semoga semua urusan kita dipermudahkan amin.. ☺️
DeleteAda orang tak boleh tengok kita lebih, mesti dia nak into the scene jugak. Semoga Allah gantikan dgn yg lebih baik
ReplyDeleteItulah nak buat macam mana kan.. kdg2 byk faktor yg terjadi bukan sbb jawatan tpi penyandang tu sendiri.. insyallah moga Allah beri. Yg lebih terbaik.. 👍🏻☺️
DeleteApapun yg tengah terjadi saat ini, semoga Abang tetap kuat dan sabar. Tak payah memang dengar Kata2 orang yg kita tahu tak layak bang. Biarkan saja.
ReplyDeleteMasalah jabatan, posisi, harta dan lainnya, anggab saja Allah nak minta balik yg Dia punya. Krn memang tak satupun ada milik kita di dunia ini.
Tapi terkadang jika kita sabar, maka Allah akan pinjamkan hal lain yg lebih besar buat kita ☺️
Insyallah kita memang org yg kuat kalau diganggu seperti masih bisa dan berbisa gitu hahaha.. ignore dan jgn dgr kata mereka yg toksit.. kalau tidak lama2 kita juga terikut..
DeleteKdg2 yang berlaku ada hikmah yg lebih baik.. kita sebagai hamba terus sahaja berbuat baik.. dan pasti ada balasan baik di lain waktu.. 😎😊
DeleteAllah sebaik-baik perancang. Perancangan Allah lebih baik dari rancangan kita. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Syukuri segala nikmat dan ujian yang Allah berikan. Walau apapun yang berlaku, saya doakan semoga Allah permudah segala urusan.
ReplyDeleteKita sebagai hamba kena yakin pada ketentuan ilahi.. insyallah yakin ada hikmah pd setiap apa yg berlaku.. apa pun terima kasih atas doanya.. insyallah semoga kita kuat ujian di atas dunia ini amin..
Deletekerana jawatan itu datang bersama tanggungjawab...bukan sekadar jawatan..semoga yang baik2 untuk kita semua...aamin
ReplyDeleteSebenarnya utk duduk dan tidak duduk di sesuatu jawatan itu adalah nikmat.. apa pun yg berlaku adalah yg terbaik.. insyallah
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete