Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Kadang kala kita rasa kita dah cukup. Kita dah selesa dengan apa yang kita ada. Hampir semua benda yang ada di sekeliling kita adalah dari hasil kejayaan kita. Tapi kadang-kadang perancangan Allah itu lebih luas mejangkau akal fikiran kita.
Dengan hanya satu sahaja nikmat yang Allah tarik. Habis terbalik kehidupan kita walau semalam kita seorang yang ceria dan kuat. Bila kita duduk di atas jangan lupa pada yang di bawah. Bila kita ada kemampuan untuk membantu jangan biar mereka yang dekat dengan kita merana.
![]() |
Ujian itu kadang-kadang ibarat tangan kita yang menggenggam. Kenapa nak tahan bara api dalam genggaman jika kita tidak mampu menahannya. Itulah antara punca kenapa ujian kita kadang-kadang kian memberat. Andai kata orang tak suka kita memegang sesuatu jawatan. Dan jawatan itu pun tidaklah penting mana. Lepaskan sahaja.
![]() |
Jasa yang baik itu untuk di sisi Allah bukan untuk dikenang. Jika ia dikenang oleh umat manusia maka bersyukurlah. Tetapi jika tidak maka jangan sesekali kita mengungkit. Biarlah ia menjadi saham yang membantu di akhirat nanti.
Pendengki dan mereka yang penuh dengan bersifat mazmumah itu sentiasa ada. Jika tidak, tak akan lah Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka boleh jatuh ke tangan Portuguese bak kata Blogger Fairuz. Biarkanlah..
Kecewa itu adalah perasaan yang fitrah pada umat manusia. Kecewa kerana tanpa jawatan tersebut kita tidak lagi dapat membantu orang. Tak apa biarlah. Kerana hati kita lebih penting untuk dijaga sebelum memikirkan hati orang lain.
![]() |
Sekuat mana aku jatuh dan yang melihat tertawa. Mengembara tetap menjadi jalan kehidupan aku. Andai kata aku berjaya menjejakan kaki ke 100 negara sekali pun. Kaki yang melangkah adalah kaki aku bukan kaki si pendengki.
Yang menikmati perjalanan hidup yang penuh warna warni juga adalah aku bukan juga kamu. Dia ibarat seolah seperti ada seseorang berkata "Tak cantik la Ferrari kau warna merah" Dan kau jawap "Ferrari kau warna apa?.. Oh lupa kau tak punya Ferrari pun.. So kenapa aku perlu dengar kata-kata dari kau.."


