Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Selesai solat asar di Hazrati Imam Jome Mosque, kami order Yandex untuk pulang ke hostel. Dan ketika itu aku tanya dengan the kids if masih larat dan nak berjalan-jalan di satu tempat permainan yang sangat besar. Sebab kalau sebut macam Disneyland confirm diorang tak tahu. Dan kalau dah balik hostel confirm tak keluar dah selepas ini.
 |
Here we are - Safely arrived at Magic City Park, Tashkent. |
Than wife aku kata kita pergi jer la. Bagi the kids enjoy dan kita reward the kids sebab dah berjaya travel backpack selama hampir dua minggu dengan perjalanan hampir 1000km. Dan lagi pun nanti malam senang nak bagi mereka tidur awal kalau dah kepenatan. Aku pun okay. But the kids still blurr lagi tak tahu apa itu Magic City.
 |
Pintu masuk utama Magic City tanpa ada entrance fee. Interesting kan? |
 |
Kelihatan seperti sebuah bandar di eropah zaman dahulu. |
 |
Terdapat pelbagai kedai pakaian, cosmetic dan sukan. |
Terus aku order Yandex ke Magic City and somehow ia terletak dalam satu perjalanan pulang ke hostel. Benda boleh jimat kenapa tidak kan hihi. Once kami berhenti di hadapan Magic City Park. The kids la yang kecoh keseronokan sebab nampak Magic City yang kelihatan seperti sebuah taman tema yang sangat menarik bagi mereka.
 |
MiniSo berada di mana-mana sahaja dari Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan. |
Dalam hati aku "Eh tadi bukan main penat kata tak larat dan nak balik hostel nak tidur la.. apa la.." Kami pun berjalan ke arah pintu masuk dan di sini terdapat ramai polis dan askar yang menjaga keselamatan dan memeriksa setiap orang.
Kesemua beg kami di check seperti di airport. But syukur tiada apa yang menakutkan walau ramai anggota keselamatan yang memegang senjata berat. Dan kelihatan dua buah kereta perisai juga diletak di kiri dan kanan Magic City ini.
 |
Di penghujung bandar ini kelihatan istana Disneyland di sebalik air. |
 |
Antara salah satu jalan yang ada di dalam Magic City ini. |
 |
Aiskrim, Chocolate, Sweet and Candy berada di mana-mana sahaja. Bawa kanak-kanak macam kami memang kena cukai jer setiap masa hahaha.. :D |
Semasa pemeriksaan ada satu soalan dari seorang polis wanita yang bertanya apa bungkusan hitam dalam beg aku.
Terus aku macam bungkusan apa pulak? Bila tengok terus aku tersenyum 'That is my baby pampers.. popo.. i forgot to throw it away.." Dan dia jawap "Please throw it now''. Sambil aku terus membuangnya ke dalam tong sampah.
 |
Nak makan seafood or nak makan steak pun ada banyak pilihan kedai di sini. |
Dan kami melangkah masuk dan lebih menakjubkan tiada sebarang bayaran masuk yang dikenakan sehinggalah kita nak main sesuatu permainan seperti train kanak-kanak, masuk ke rumah snow white, rumah hantu dan sebagainya.
Selagi kita tak main atau masuk ke sesuatu tempat permainan selagi itu kita boleh berjalan ke semua tempat dengan percuma. Di sini juga terdapat banyak kedai makanan halal, cafe, chocolate and sweet shop, souvenir shop. Dan terdapat banyak kedai barangan berjenama dari pakaian sukan sehinggalah pakaian casual, jam, kasut dan lain-lain.
 |
Kalau datang tepat pada waktunya akan ada pertunjukan air di sini. Tapi time winter sekarang ini tak sure ada ke tidak. |
 |
Besar Ramiz Restaurant dari Turkiye ini. Satu bangunan tu di seorang sahaja. |
Menakjubkan juga tiada entrance fee di sini. Dan kami mula meredah disetiap jalan dan lorong yang pasti akan ada sahaja sesuatu yang menarik untuk dilihat atau di explore. Restoran dari pelbagai negara ada di sini seperti China, Japan, Turkey, India dan Middle East. Dan terdapat juga perpuluh restoran fast food yang menjual burger dan pizza.
Dari rumah permainan kanak-kanak sehinggalah ada pawagan khas untuk cerita-cerita kanak-kanak. Terdapat juga sebuah istana seperti di Disneyland yang terletak di hujung park ini yang mempunyai menara setinggi 60 meter dengan sebuah kolam buatan yang sangat besar.
 |
Kalau dapat Garfield kuning yang besar tu macam mana la nak bawa balik Malaysia hahaha.. |
 |
Keseluruhan Magic City ini seluas 21 hektar. Kalau spend the whole day memang seronok. |
Selepas selesai bermain beberapa permainan walau ada the kids yang masih tak puas hati sebab continuously nak main dan nak main lagi tanpa henti. Kami bawa the kids makan aiskrim dan lepak di salam satu cafe di sini. Dan seterusnya mencari souvenir tapi faham-faham la harga dalam Magic City agak menakutkan mata yang memandang hahaha :D
 |
Seoul Kimbap & Ramen pun ada di sini. Yang pasti mostly di sini adalah halal. |
 |
Habis Candy minta Aiskrim. Habis Aiskrim minta chocolate pastu Popcorn. |
Dibuka pada tahun 2021. Mempunyai keluasan sehingga 21 hektar. Dan anda memerlukan masa berjam-jam lamanya untuk explore keselurahan Magic City ini. Ini termasuk children’s rides, a laser cinema, an amphitheater for live shows, and Central Asia’s first aquarium. Dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga 10.30 malam.
 |
Setiap bangunan yang ada di sini adalah berlainan design dari seluruh dunia. |
Apa yang menarik di sini adalah restoran dan cafe serta kedai-kedai lain seperti kedai jam, pakaian, jewelry, souvenir dan yang lain-lain tidak dikhaskan di satu-satu tempat. Oleh itu dimana-mana sahaja kita berjalan pasti akan jumpa kedai makan atau cafe bersebelah dengan kedai-kedai lain.
 |
Berjalan kaki menuju ke first aquaria in Central Asia. |
Dan ia juga menyediakan taman tema indoor, rumah cermin, bowling, dan permainan untuk pengunjung dewasa. Selain itu, taman ini menganjurkan pertunjukan cahaya, muzik dan air pancut harian serta pertunjukan bunga api mingguan. Dan kesemuanya pertunjukan di Magic City ada setiap minggu sepanjang tahun.
 |
First Aquaria in Central Asia in Magic City Park Tashkent. |
 |
Design luaran menggunakan seni bina bangunan di Bukhara dan Samarkand. |
Waktu kami keluar dari Magic City Park ini suasana menunjukkan waktu matahari dah mula nak terbenam. Dan masa ini the kids semua dah exhausted dengan affan dan afnan dua-dua dah tertidur nyenyak dalam stroller. Dan kami terus order Yandex untuk balik ke hostel. Sampai di hostel memang dah gelap.
Terlalu banyak gambar di Magic City ini yang kami ambil tapi tu lah tak kan nak masuk kan semua, nanti panjang sangat pulak entry ini. Apa pun kalau ke Tashkent letak Magic City ini sebagai salah satu destinasi anda especially jika hadir bersama kanak-kanak. Kalau masa kami banyak di Tashkent pasti akan datang sekali lagi ke sini :D
Bersambung Uzbekistan Part 10 : (Under Construction)
Dari penat terus bertenaga semua kan. Mana tak seronoknya kalau pergi tempat hiburan best untuk mereka. Makan modal sikitlah sebab banyak kena cukai dengan mereka. hihi..Janji mereka seronok. Okay jugalah tu singgah kan kalau di laluan yang sama nak balik. Kira jimat dah tu alang-alang dah sampai boleh bawa anak-anak berseronok. Betul tu rewards untuk mereka. Bangunan Aquaria dia unik dan menarik.
ReplyDeleteBawak anak2 kecil ke Magic City ni memang seronok sangat lah kan. Kita pun sama seronok.
ReplyDeletecantiknyaaaaa....magic city
ReplyDelete