Malam tadi dalam lebih kurang pukul 9.00 malam aku keluar rumah menuju ke Hospital Sungai Buloh kerana ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan.
Selepas Tol Duta aku terus memandu ke arah kiri untuk mengisi minyak di Shell. Dan elok aku park kereta dalam ruangan petak parking tersebut, aku terlihat seorang lelaki berumur mungkin di hujung 40-an. Berada di petak sebelah.
![]() |
Keadaan beliau seperti agak gelisah sambil berdiri di sebelah kereta proton waja yang terbuka tingkap. Boleh lihat di dalam ada seorang wanita bertudung di tempat duduk hadapan. Dan 3 orang anak di bahagian tempat duduk belakang.
Oleh kerana aku memandang ke arah mereka secara tak languang lelaki berkenaan terpandang ke arah aku. Sambil menggaru kepala dia berjalan ke arah aku dan kemudian memberi lambaian. Dan aku menyambut lambaian beliau.
![]() |
Sebelum aku sempat tanya kenapa. Beliau terus bersuara "Bang.. Nak pinjam RM10.00 nak isi minyak.. Saya ada RM7.00 jer tak cukup nak isi minyak nak balik rumah di Sungai Buloh.."
Dan dia berkata lagi "Bang bagi no acc dengan no telefon.. Nanti hujung bulan dapat gaji saya bank in semula pada abang.." sambil aku sedang mengeluarkan wallet untuk menghulurkan duit, dia kata lagi "Kalau abang tak percaya abang boleh bayarkan di kaunter, Insyallah saya tak tipu.."
![]() |
Aku pun cakap "Tenang Bang.. Amik jer RM10.00 ni isi minyak.. Saya tak kata abang tipu pun.." Sambil aku hulurkan RM10.00 aku kata "Tak payah ganti la buat susah jer.. Amik jer lah".
Sedang aku mengisi minyak, abang tu dah pun selesai mengisi dan kemudian memberi lambaian kepada aku dan mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi. Aku membalas senyuman. Dan memang kelihatan menter di pam tersebut tertera RM10.00.
Tiba-tiba aku terfikir "Eh bodoh nya aku.. kenapa bagi RM10.00 jer patut bagi lebih.. Mesti sampai rumah minyak pun dah habis.. Esok macam mana pulak.." Terasa menyesal sampai pagi ini.
Dah direzekikan dia dapat RM10 aje kan. Sy pun pernah rasa ralat macam ni cuma situasinya lain. Semoga dipermudahkan urusannya dan tuan jugak.
ReplyDeleteAlhamdulillah..sekurang-kurangnya kita dapat membantu. Dah direzekikan dia dapat RM10 je masa tu. Semoga ada orang baik lagi yang dapat menghulurkan bantuan dan semoga Allah membalas dengan kebaikan atas kebaikan yang dilakukan. Aamiin...
ReplyDeleteAllahuakbar. Semuga Allah murahkan rezeki lelaki tersebut dan permudahkan urusannya yang memang sedang dalam kesukaran. Aamiin
ReplyDeleteAllahu kesiannya...pernah SA pi pasaraya CS kat Sungai Buloh tu beberapa tahun lepas, pakcik tua juga..amik beras 5kg, telur 10 biji, Sardin kecik 2 tin san seekor ayam yg belum dipotong..duit di tangan dia note RM10, note RM5 dan selebihnya note RM1, x cukup duitnya so dia tolak ayam tu..SA kesian..SA bayarkan harga ayam..beria dia menolak tp dh rezeki dia kan..bagus tindakan awak .takpe la pertolongan ikhlas dari awak walaupun hanya RM10..zaman sekarang hidup sangat keras..kan?
ReplyDeleteTime Allah bagi peluang tu la kita lalai...saya pun selalu gitu...terima kasih orang baik...
ReplyDeleteAlhamdulillah berjumpa dengan orang yang baik...semoga dipermudah urusan penerima dan pemberi..aamin
ReplyDeleteBarakallah fiik! msia ni ramai org baik2 cuma now dh sgt ramai scammers tu jd rasa ragu2 nak menolong/menderma. if kes genuine mcm ni, kita pun memang nak sgt tlg insya Allah
ReplyDeleteAllahuakbar tersentuh hati kak mieja, alhamdullilah rezeki menolong beliau RM10, moga dimurahkan rezeki selalu.
ReplyDelete