Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Masih tiada mood nak update kisah kembara di bumi central asia. Maka marilah kita berceloteh di petang hari ni. Ada 3 kejadian yang berlaku depan mata aku hari ini yang menjadi tanda tanya pada diri aku. Dan aku pun saja nak berkongsi di sini.
Pertama - Pagi tadi aku singgah ke 99 Speed Mart nak beli beras sebab beras di rumah dah habis. Dan semasa dalam kedai kelihatan seorang akak yang mungkin di awal 40-an sedang membeli barang.
Dengan gigihnya dia ambil semua barang keperluan seperti gula, tepung, telur, minyak masak dan pelbagai lagi barang lain di dalam bakul yang dijinjing sebelah tangan dan last sekali dia ambil beras 10kg.
Terasa kesian di situ tapi nampak akak tu manage untuk angkat semua barang tu walau dalam keadaan struggle sampai ada barang yang terjatuh ketika dia susun barang di kaunter.
Selepas bayar dan keluar dari kedai kelihatan si suami sedang menunggu sambil menghisap rokok.. Aku macam eh? Bini kau beli barang banyak, berat pulak tu.. kau steady hisap rokok kat luar? At least teman dan tolong la si isteri membeli barang keperluan. Dah confirm nanti yang masak pun isteri kau. Serius aku tak faham lelaki jenis macam ni.
Kedua - Tengah hari tadi kami sekeluarga berempat makan di restoran sebab tak sempat nak masak, terkejar-kejar buat kerja dengan nak ambil report card anak lagi di sekolah. Dan yang di sini juga ada yang menyakitkan hati juga.
Tak jauh dari meja kami ada satu keluarga. Suami, isteri bersama dua anak lelaki yang masih kecil dan nampak terlalu aktif dan ada seorang bayi yang pangku si ibu. Ketika makanan sampai. Si ayah hanya bermain hp sambal menjamah makanan.
Tak kesah langsung keadaan bayi yang sedikit meragam dan dua anak lagi yang sedang bermain sambil buat bising. Nampak si ibu struggle untuk menjamah makanan dihadapan beliau. Aku pun at first sangka baik, kang habis makan mesti si Ayah tu pulak jaga bayi tu.
Tapi bila habis makanan si ayah terus bangun dan berjalan ke arah pintu keluar sambil tangan mengeluarkan kotak rokok. Aku macam what? Tinggalkan si isteri yang sedang struggle nak makan dan nak jaga semua anak-anak macam tu jer?
Ketiga - Ketika sedang menunggu anak balik dari sekolah aku singgah di warung burger yang tak jauh dari sekolah anak aku. Tetiba teringin nak makan burger. Masa aku sampai ada seorang abang ni bersama 3 orang anak dia.
Masa dia order tu aku terdengarlah "Saya nak burger daging dua, burger ayam satu.. Dan satu lagi nak roti, sayur dengan sos sahaja tak nak burger". Terus tersentak kat telinga aku.. "Ah sudah kenapa macam tu".
Dalam hati macam dah tak boleh sangka baik. Tak mampu ke? Tapi demi nak membahagiakan anak-anak makan burger dia sanggup makan roti sahaja? Di dalam percaturan dalam otak macam mana nak tolong abang ni.
Tiba-tiba customer belakang aku bersuara. "Bang.. Burger untuk brother ni dengan anak-anak dia saya bayar kan - 2 Daging 2 Ayam". Sambil terus meletakan duit dalam bekas duit peniaga burger tu.
Abang tu terus toleh dan kata "eh tak perlu, biasalah nak bawa anak makan burger.." Customer belakang aku kata "Tak apa bang, dah bayar dah pun, amik jer.. hari ni kan jumaat jangan halang orang nak buat pahala".
Memang padu ayat customer belakang ni. Terus abang tu tak berkata-kata dan bila dapat burger dia berkali-kali ucapkan terima kasih dan terus menaiki kereta kancil yang agak lusuh dimakan zaman lalu meninggalkan warung burger ini.
Struggle is real.. Dan Orang Yang Berhati Baik Masih Lagi Wujud.
Saya baca bersungguh-sungguh sambil membayangkan 3 peristiwa ini. Selepas itu saya tarik nafas panjang. Dalam hati menyebut....Allah! Allah!
ReplyDeleteTapi dasyat juga ayat brother tu "jgn halang org nak buat pahala"..
ReplyDeleteSemoga peristiwa nie dapat kita jadikan pengajaran..
Paling sayu cerita ke3 tu. Semoga dilimpahkan rezeki yang memberi dan yang menerima. Cerita pertama & kedua tu semoga bapaknya tu diberi hidayah sebelum diuji ketika dah tua nanti anak2 & isteri pulak biarkan sakit sendirian. Semoga yang baik2 jela buat kita semua.
ReplyDelete