Friday, 15 August 2025

3 Perkara Menyentuh Hati Yang Terjadi Hari Ini

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Masih tiada mood nak update kisah kembara di bumi central asia. Maka marilah kita berceloteh di petang hari ni. Ada 3 kejadian yang berlaku depan mata aku hari ini yang menjadi tanda tanya pada diri aku. Dan aku pun saja nak berkongsi di sini.

Pertama - Pagi tadi aku singgah ke 99 Speed Mart nak beli beras sebab beras di rumah dah habis. Dan semasa dalam kedai kelihatan seorang akak yang mungkin di awal 40-an sedang membeli barang.

Dengan gigihnya dia ambil semua barang keperluan seperti gula, tepung, telur, minyak masak dan pelbagai lagi barang lain di dalam bakul yang dijinjing sebelah tangan dan last sekali dia ambil beras 10kg.

Terasa kesian di situ tapi nampak akak tu manage untuk angkat semua barang tu walau dalam keadaan struggle sampai ada barang yang terjatuh ketika dia susun barang di kaunter.

Selepas bayar dan keluar dari kedai kelihatan si suami sedang menunggu sambil menghisap rokok.. Aku macam eh? Bini kau beli barang banyak, berat pulak tu.. kau steady hisap rokok kat luar? At least teman dan tolong la si isteri membeli barang keperluan. Dah confirm nanti yang masak pun isteri kau. Serius aku tak faham lelaki jenis macam ni.

Kedua - Tengah hari tadi kami sekeluarga berempat makan di restoran sebab tak sempat nak masak, terkejar-kejar buat kerja dengan nak ambil report card anak lagi di sekolah. Dan yang di sini juga ada yang menyakitkan hati juga.

Tak jauh dari meja kami ada satu keluarga. Suami, isteri bersama dua anak lelaki yang masih kecil dan nampak terlalu aktif dan ada seorang bayi yang pangku si ibu. Ketika makanan sampai. Si ayah hanya bermain hp sambal menjamah makanan.

Tak kesah langsung keadaan bayi yang sedikit meragam dan dua anak lagi yang sedang bermain sambil buat bising. Nampak si ibu struggle untuk menjamah makanan dihadapan beliau. Aku pun at first sangka baik, kang habis makan mesti si Ayah tu pulak jaga bayi tu.

Tapi bila habis makanan si ayah terus bangun dan berjalan ke arah pintu keluar sambil tangan mengeluarkan kotak rokok. Aku macam what? Tinggalkan si isteri yang sedang struggle nak makan dan nak jaga semua anak-anak macam tu jer?

Ketiga - Ketika sedang menunggu anak balik dari sekolah aku singgah di warung burger yang tak jauh dari sekolah anak aku. Tetiba teringin nak makan burger. Masa aku sampai ada seorang abang ni bersama 3 orang anak dia.

Masa dia order tu aku terdengarlah "Saya nak burger daging dua, burger ayam satu.. Dan satu lagi nak roti, sayur dengan sos sahaja tak nak burger". Terus tersentak kat telinga aku.. "Ah sudah kenapa macam tu".

Dalam hati macam dah tak boleh sangka baik. Tak mampu ke? Tapi demi nak membahagiakan anak-anak makan burger dia sanggup makan roti sahaja? Di dalam percaturan dalam otak macam mana nak tolong abang ni.

Tiba-tiba customer belakang aku bersuara. "Bang.. Burger untuk brother ni dengan anak-anak dia saya bayar kan - 2 Daging 2 Ayam". Sambil terus meletakan duit dalam bekas duit peniaga burger tu. 

Abang tu terus toleh dan kata "eh tak perlu, biasalah nak bawa anak makan burger.." Customer belakang aku kata "Tak apa bang, dah bayar dah pun, amik jer.. hari ni kan jumaat jangan halang orang nak buat pahala".

Memang padu ayat customer belakang ni. Terus abang tu tak berkata-kata dan bila dapat burger dia berkali-kali ucapkan terima kasih dan terus menaiki kereta kancil yang agak lusuh dimakan zaman lalu meninggalkan warung burger ini. 

Struggle is real.. Dan Orang Yang Berhati Baik Masih Lagi Wujud.

19 comments:

  1. Saya baca bersungguh-sungguh sambil membayangkan 3 peristiwa ini. Selepas itu saya tarik nafas panjang. Dalam hati menyebut....Allah! Allah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita.. kdg2 Allah tunjuk untuk kita ambil pengajaran utk diri kita juga..

      Delete
  2. Tapi dasyat juga ayat brother tu "jgn halang org nak buat pahala"..
    Semoga peristiwa nie dapat kita jadikan pengajaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ayat tu mmg padu kalau krna mmg terus tak leh nak kata apa dah huhuu.. insyallah moga menjadi pengajaran buat kita semua..

      Delete
  3. Paling sayu cerita ke3 tu. Semoga dilimpahkan rezeki yang memberi dan yang menerima. Cerita pertama & kedua tu semoga bapaknya tu diberi hidayah sebelum diuji ketika dah tua nanti anak2 & isteri pulak biarkan sakit sendirian. Semoga yang baik2 jela buat kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kadang2 kita tak sedar di kiri kanan kita ada jer mereka yg susah dan memerlukan.. dpt belanja makan burger pun dah boleh berikan senyuman pd mereka. Kalau dapat suami yg malas tak membantu tu mmg mengucap jer lah..

      Delete
  4. Situasi 1 dan 2 tu saya pernah nampak juga. Sikit pun tak rasa kesian pada isteri yang struggle bawa barang banyak dan yang jaga anak-anak tu. Suami tetap menatap handphone tanpa peduli. Apa nak jadilah kan. Hanya mampu berdoa yang baik-baik untuk mereka.
    Alhamdulillah masih ada orang baik. Padu ayat abang tu. Terbaik. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak faham kan jenis suami yg tak nak tolong isteri langsung.. tau nak jaga perut dengan kepala otak sendiri jer.. Jenis nak main hp sampai makan depan anak2 pun dia tak kesah.. Kdg2 nak tlg org mmg kena bagi ayat padu.. :D

      Delete
  5. Tiga situasi berlaku depan mata, Allah perlihatkan ragam hidup manusia, memang akan berlau secara tiba2 depan mata..kita yang melihat tanpa senagaja pasti berfikir, tak dapat terima apa yang berlaku. Kita mendoakan semoga saja keluarga itu bahagia, suami jadi baik..mendoakan yang baik semoga baik yang berlau..Sedih sebenarnya melihat..Kita yang melihat ambil iktibar banyakkan beristigfar..InshaAllah akan aman perasaan yang terusik melihat keadaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah apa yg berlaku kita kena ambil pengajaran. moga kita boleh elakkan dari ia berlaku pada kita atau pd org terdekat dengan kita. moga mana yg tak elok itu dpt lah dia ubah dan kita buatkan ia menjadi iktibar. itulah sedih bila lihat di depan mata..

      Delete
  6. hanya bisa menyimak, dan sambil menghelai nafas.
    Orang berhati baik masih ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu... kita hanya boleh menarik nafas panjang dan hadamkan sahaja..
      Orang yg baik itu masih wujud.. moga lebih ramai org yg baik atas bumi ini..

      Delete
  7. Situasi 1 dan 2 tu pernah jumpa tp kes 1 boleh tolong angkat brg tp kes 2 tu wife dia kena tegur sendiri sbb anak dh 3 takkan nk biar suami tak ada tanggungjawab jaga anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... wife kena ada kekuatan untuk menegur dari awal sebelum keadaan menjadi lebih teruk... biasa la org kalau dah biasa esok lusa susah nak di ubah.. kena bagi faham pd suami tanggungjawap jaga anak bersama ..

      Delete
  8. Memang geram sungguh la kalau suami jenis camni... tiba2 rasa hangin
    Kisah ketiga tu sedih tapi alhamdulillah ada org baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Kita yg tgk depan mata lagi la hangin dibuatnya.. buat tak tahu jer.. buat isteri macam maid pulak haishh.. 😤

      Delete
  9. Nak kena hempuk kalau dapat suami macam ni...amboiii betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar kak.. sabar kak... kta pun geram jugak kalau jumpa org lelaki mcm tu huhu

      Delete
  10. Salam kenal tuan rumah, datang ke sini sambil membalas kunjungan, juga follow sekali. Macam-macam perangai orang yang kita jumpa kan. Kadang-kadang rasa geram je kita tengok. Tapi situasi yang ketiga tu memang saya pujilah abang tu, moga allah membalas kebaikannya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...