Thursday, 28 August 2025

Bang.. Nak Minta Tolong Sikit.. Pinjam RM10.00

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Malam tadi dalam lebih kurang pukul 9.00 malam aku keluar rumah menuju ke Hospital Sungai Buloh kerana ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan.

Selepas Tol Duta aku terus memandu ke arah kiri untuk mengisi minyak di Shell. Dan elok aku park kereta dalam ruangan petak parking tersebut, aku terlihat seorang lelaki berumur mungkin di hujung 40-an. Berada di petak sebelah.

Keadaan beliau seperti agak gelisah sambil berdiri di sebelah kereta proton waja yang terbuka tingkap. Boleh lihat di dalam ada seorang wanita bertudung di tempat duduk hadapan. Dan 3 orang anak di bahagian tempat duduk belakang.

Oleh kerana aku memandang ke arah mereka secara tak languang lelaki berkenaan terpandang ke arah aku. Sambil menggaru kepala dia berjalan ke arah aku dan kemudian memberi lambaian. Dan aku menyambut lambaian beliau.

Sebelum aku sempat tanya kenapa. Beliau terus bersuara "Bang.. Nak pinjam RM10.00 nak isi minyak.. Saya ada RM7.00 jer tak cukup nak isi minyak nak balik rumah di Sungai Buloh.."

Dan dia berkata lagi "Bang bagi no acc dengan no telefon.. Nanti hujung bulan dapat gaji saya bank in semula pada abang.." sambil aku sedang mengeluarkan wallet untuk menghulurkan duit, dia kata lagi "Kalau abang tak percaya abang boleh bayarkan di kaunter, Insyallah saya tak tipu.."

Aku pun cakap "Tenang Bang.. Amik jer RM10.00 ni isi minyak.. Saya tak kata abang tipu pun.." Sambil aku hulurkan RM10.00 aku kata "Tak payah ganti la buat susah jer.. Amik jer lah". 

Sedang aku mengisi minyak, abang tu dah pun selesai mengisi dan kemudian memberi lambaian kepada aku dan mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi. Aku membalas senyuman. Dan memang kelihatan menter di pam tersebut tertera RM10.00.

Tiba-tiba aku terfikir "Eh bodoh nya aku.. kenapa bagi RM10.00 jer patut bagi lebih.. Mesti sampai rumah minyak pun dah habis.. Esok macam mana pulak.." Terasa menyesal sampai pagi ini. 

46 comments:

  1. Dah direzekikan dia dapat RM10 aje kan. Sy pun pernah rasa ralat macam ni cuma situasinya lain. Semoga dipermudahkan urusannya dan tuan jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 mmg tak senang dgn rasa ralat mcm ni kan.. Tapi itulah kenyaatan dunia sekarang ini.. orang yg susah itu ada dan ia ada di mana2..

      Delete
  2. Alhamdulillah..sekurang-kurangnya kita dapat membantu. Dah direzekikan dia dapat RM10 je masa tu. Semoga ada orang baik lagi yang dapat menghulurkan bantuan dan semoga Allah membalas dengan kebaikan atas kebaikan yang dilakukan. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga orang yg memerlukan itu sentiasa dibantu di mana-mana sahaja.. Walau bantuan itu kecil ia tetap mengukir senyuman di wajah insyallah..

      Delete
  3. Allahuakbar. Semuga Allah murahkan rezeki lelaki tersebut dan permudahkan urusannya yang memang sedang dalam kesukaran. Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai ketua keluarga yg struggle nak survive dalam membina keluarga masing masing. Moga dipermudahkan urusan mereka..

      Delete
  4. Allahu kesiannya...pernah SA pi pasaraya CS kat Sungai Buloh tu beberapa tahun lepas, pakcik tua juga..amik beras 5kg, telur 10 biji, Sardin kecik 2 tin san seekor ayam yg belum dipotong..duit di tangan dia note RM10, note RM5 dan selebihnya note RM1, x cukup duitnya so dia tolak ayam tu..SA kesian..SA bayarkan harga ayam..beria dia menolak tp dh rezeki dia kan..bagus tindakan awak .takpe la pertolongan ikhlas dari awak walaupun hanya RM10..zaman sekarang hidup sangat keras..kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kesian pakcik tu.. nak beli barangan makanan basic sahaja.. bukan nak beli barangan extra pun kan.. dan itu pun tak cukup.. alhamdulillah terima SA tlg bayarkan ayam pakcik tu.. Betul sgt hidup mmg keras zaman la ni..

      Delete
  5. Time Allah bagi peluang tu la kita lalai...saya pun selalu gitu...terima kasih orang baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...paling takut Allah tutup hati kita tak nampak nak buat kebaikan yg ada dpn mata.. moga dijauhkan..

      Delete
  6. Alhamdulillah berjumpa dengan orang yang baik...semoga dipermudah urusan penerima dan pemberi..aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allah sentiasa temukan kita dgn org org yg baik samada yg memerlukan atau tidak.. aminn

      Delete
  7. Barakallah fiik! msia ni ramai org baik2 cuma now dh sgt ramai scammers tu jd rasa ragu2 nak menolong/menderma. if kes genuine mcm ni, kita pun memang nak sgt tlg insya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut juga scammer kan tapi itulah kdg2 orang yg memerlukan ni ada gerak hati yg digerakan Allah.. Moga dipermudahkan buat pemberi dan penerima..

      Delete
  8. Allahuakbar tersentuh hati kak mieja, alhamdullilah rezeki menolong beliau RM10, moga dimurahkan rezeki selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga abang tu dimurahkan rezeki sentiasa di dalam dunia yang makin mencabar sekarang ini.

      Delete
  9. Bagi saya, anda sudah buat yang terbaik. Tapi perkara seperti ini berlaku secara tiba-tiba, memang kadang kala kita akan lalai. Semoga anda dipermudahkan segala urusan dan dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah seluas lautan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya kesian pada keluarga itu.. Kalau isi minyak pun tiada duit bagaimana dengan keadaan lain? Bagaimana dengan hari hari kemudian.. makan minum.. mecabar dunia sekarang ini..

      Delete
  10. alhamdulillah rezeki berbudi org xmeminta kalau xterdesak moga kelak kala kesempitan ada yg sudi menolong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu orang tak akan meminta kalau tak terdesak.. dan minta pun hanya cukup utk keperluan..

      Delete
  11. Semoga dr RM10 tu rezeki TT & family akan berkembang lebih byk ..Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga semua rezeki org yg membantu itu dimurahkan Allah..

      Delete
  12. Sebab dia kata boleh bayarkan di kaunter, kira boleh percayalah. Pernah orang datang minta kami tolong duit minyak, masa tu di RnR. Susah nak percaya. Lepas tak dapat dari kami, dia pergi ke orang lain pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kdg2 orang yg betul itu.. i mean betul memerlukan memang akan ada gerak dalam hati kita kan.. tak tahu la susah nak judge org skrg ni.. life mmg mencabar skrg ini..

      Delete
  13. Nah kalo bisa dibayarkan di counter langsung, insyallah tak bohong bapaknya. Bukannya kenapa yaa, sebab skr ini banyak sangat orang2 yg menjual kesedihan yg pada ujungnya meminta duit. Di sini ada beberapa yg seperti itu bang. Kenapa tahu mereka hanya jual kesedihan, sebab kejadian sama berulang lagi, dengan orang yg sama. Di lokasi yg sama pula 😅😅. Jadi kami tahulah mana yg penipu mana yg benar2 susah.

    Bagi bapak itu 10rm pun dah besar pahala Abang. Memang rezeki dia segitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang kalau org itu betul memerlukan akan ada nampak kebenaran di matanya.. kalau udah tlg byrkan di kaunter itu pasti benar tidak menipu.. Tpi kalau sudah selalu bngt ditempat yg sama pasti keraguan lah hahaha..

      Delete
  14. Rasanya selalu jumpa orang macam ni kan..Allah kadang uji, semoga barokah kehidupan tua ya sekeluarga..Subahanallah.Apapun hati2 juga ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujian pada kita juga sama ada di hati ada keikhlasan nak bantu atau tidak.. :D

      Delete
  15. Semoga dipermudahkan urusan mereka sekeluarga... Dan bertambah rezeki utk Afif sekeluarga 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga mudah urusan buat pada sesiapa sahaja yang membantu org lain dalam kesusahan.. terima kasih doa nya ..

      Delete
  16. sedih pulak baca ni. semoga abang tu dipermudahkan urusan dan encik afif pun sentiasa murah rezeki juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Struggle dalam life apatah lagi jika ada anak anak yg sedang membesar.. moga dipermudahkan segala urusan buat mereka yg struggle..

      Delete
  17. Ha ah... rm10 untuk kereta macam tak naik je meter tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah bila fikir blik nape bgi RM 10 jer.. Dia pun tak kan nak minta sampai RM 20-30..

      Delete
  18. Mungkin itu cara Allah nak uji hati kita juga 😊. Kadang-kadang orang yang tiba-tiba datang minta tolong isi minyak moto tu sebenarnya jadi asbab kita dapat kumpul pahala sedekah. Rezeki bukan makin kurang bila berkongsi, tapi Allah gantikan dengan cara lain ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu makin banyak kita berkongsi rezeki semakin luaslah rezeki kita sebenarnya. Kdg2 benda simple jer tapi hati kitalah yg nak memberi atau tidak.

      Delete
  19. Susahnya dia, ujian untuk kita juga.
    Semoga Allah perbanyakkan rezeki buat TT sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang struggle dlm dunia yg kian mencabar skrg ini. Berat lagi pd seorang ayah yg menjadi ketua keluarga.

      Delete
  20. Akhir-akhir ni ekonomi memang susah, jadi rasa seronok bila baca cerita yang tunjukkan masih ada orang prihatin dengan orang lain. Dan semuanya dilakukan tanpa rasa syak wasangka. Saya pun selalu cuba untuk bantu orang lain, walaupun kadang-kadang diri sendiri pun tak berapa cukup, tapi tak sanggup tengok orang lain susah. Saya selalu cuba letakkan diri saya di tempat mereka, mesti terasa susah kalau tiada siapa nak hulur bantuan 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kehidupan dalam dunia sekarang lebih mencabar.. jika kita saling bantu membantu insyallah ramai yg akan lebih diringankan tulang.. Membantu sekadar atas kemampuan kita.. jika mampu bantu jika tidak kita doakan sahaja..

      Delete
  21. Alhamdulillah.
    Insan terpilih untuk bersedeqah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita semua diberi kelapangan dada utk memberi kepada yang memerlukan.. insyallah amin..

      Delete
  22. Alhamdulillah... dia dipertemukan dgn org baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur dapat berjumpa dan berkongsi bersama :D

      Delete
  23. semoga urusannya dipermudahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga urusan abang sekeluarga tu dipermudahkan amin..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...