Thursday, 28 August 2025

Bang.. Nak Minta Tolong Sikit.. Pinjam RM10.00

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Malam tadi dalam lebih kurang pukul 9.00 malam aku keluar rumah menuju ke Hospital Sungai Buloh kerana ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan.

Selepas Tol Duta aku terus memandu ke arah kiri untuk mengisi minyak di Shell. Dan elok aku park kereta dalam ruangan petak parking tersebut, aku terlihat seorang lelaki berumur mungkin di hujung 40-an. Berada di petak sebelah.

Keadaan beliau seperti agak gelisah sambil berdiri di sebelah kereta proton waja yang terbuka tingkap. Boleh lihat di dalam ada seorang wanita bertudung di tempat duduk hadapan. Dan 3 orang anak di bahagian tempat duduk belakang.

Oleh kerana aku memandang ke arah mereka secara tak languang lelaki berkenaan terpandang ke arah aku. Sambil menggaru kepala dia berjalan ke arah aku dan kemudian memberi lambaian. Dan aku menyambut lambaian beliau.

Sebelum aku sempat tanya kenapa. Beliau terus bersuara "Bang.. Nak pinjam RM10.00 nak isi minyak.. Saya ada RM7.00 jer tak cukup nak isi minyak nak balik rumah di Sungai Buloh.."

Dan dia berkata lagi "Bang bagi no acc dengan no telefon.. Nanti hujung bulan dapat gaji saya bank in semula pada abang.." sambil aku sedang mengeluarkan wallet untuk menghulurkan duit, dia kata lagi "Kalau abang tak percaya abang boleh bayarkan di kaunter, Insyallah saya tak tipu.."

Aku pun cakap "Tenang Bang.. Amik jer RM10.00 ni isi minyak.. Saya tak kata abang tipu pun.." Sambil aku hulurkan RM10.00 aku kata "Tak payah ganti la buat susah jer.. Amik jer lah". 

Sedang aku mengisi minyak, abang tu dah pun selesai mengisi dan kemudian memberi lambaian kepada aku dan mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi. Aku membalas senyuman. Dan memang kelihatan menter di pam tersebut tertera RM10.00.

Tiba-tiba aku terfikir "Eh bodoh nya aku.. kenapa bagi RM10.00 jer patut bagi lebih.. Mesti sampai rumah minyak pun dah habis.. Esok macam mana pulak.." Terasa menyesal sampai pagi ini. 

15 comments:

  1. Dah direzekikan dia dapat RM10 aje kan. Sy pun pernah rasa ralat macam ni cuma situasinya lain. Semoga dipermudahkan urusannya dan tuan jugak.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..sekurang-kurangnya kita dapat membantu. Dah direzekikan dia dapat RM10 je masa tu. Semoga ada orang baik lagi yang dapat menghulurkan bantuan dan semoga Allah membalas dengan kebaikan atas kebaikan yang dilakukan. Aamiin...

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar. Semuga Allah murahkan rezeki lelaki tersebut dan permudahkan urusannya yang memang sedang dalam kesukaran. Aamiin

    ReplyDelete
  4. Allahu kesiannya...pernah SA pi pasaraya CS kat Sungai Buloh tu beberapa tahun lepas, pakcik tua juga..amik beras 5kg, telur 10 biji, Sardin kecik 2 tin san seekor ayam yg belum dipotong..duit di tangan dia note RM10, note RM5 dan selebihnya note RM1, x cukup duitnya so dia tolak ayam tu..SA kesian..SA bayarkan harga ayam..beria dia menolak tp dh rezeki dia kan..bagus tindakan awak .takpe la pertolongan ikhlas dari awak walaupun hanya RM10..zaman sekarang hidup sangat keras..kan?

    ReplyDelete
  5. Time Allah bagi peluang tu la kita lalai...saya pun selalu gitu...terima kasih orang baik...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah berjumpa dengan orang yang baik...semoga dipermudah urusan penerima dan pemberi..aamin

    ReplyDelete
  7. Barakallah fiik! msia ni ramai org baik2 cuma now dh sgt ramai scammers tu jd rasa ragu2 nak menolong/menderma. if kes genuine mcm ni, kita pun memang nak sgt tlg insya Allah

    ReplyDelete
  8. Allahuakbar tersentuh hati kak mieja, alhamdullilah rezeki menolong beliau RM10, moga dimurahkan rezeki selalu.

    ReplyDelete
  9. Bagi saya, anda sudah buat yang terbaik. Tapi perkara seperti ini berlaku secara tiba-tiba, memang kadang kala kita akan lalai. Semoga anda dipermudahkan segala urusan dan dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah seluas lautan.

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah rezeki berbudi org xmeminta kalau xterdesak moga kelak kala kesempitan ada yg sudi menolong

    ReplyDelete
  11. Semoga dr RM10 tu rezeki TT & family akan berkembang lebih byk ..Amin...

    ReplyDelete
  12. Sebab dia kata boleh bayarkan di kaunter, kira boleh percayalah. Pernah orang datang minta kami tolong duit minyak, masa tu di RnR. Susah nak percaya. Lepas tak dapat dari kami, dia pergi ke orang lain pulak.

    ReplyDelete
  13. Nah kalo bisa dibayarkan di counter langsung, insyallah tak bohong bapaknya. Bukannya kenapa yaa, sebab skr ini banyak sangat orang2 yg menjual kesedihan yg pada ujungnya meminta duit. Di sini ada beberapa yg seperti itu bang. Kenapa tahu mereka hanya jual kesedihan, sebab kejadian sama berulang lagi, dengan orang yg sama. Di lokasi yg sama pula ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…. Jadi kami tahulah mana yg penipu mana yg benar2 susah.

    Bagi bapak itu 10rm pun dah besar pahala Abang. Memang rezeki dia segitu.

    ReplyDelete
  14. Rasanya selalu jumpa orang macam ni kan..Allah kadang uji, semoga barokah kehidupan tua ya sekeluarga..Subahanallah.Apapun hati2 juga ya..

    ReplyDelete
  15. Semoga dipermudahkan urusan mereka sekeluarga... Dan bertambah rezeki utk Afif sekeluarga ๐Ÿคฒ๐Ÿป

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...