Friday, 8 August 2025

Uzbekistan Part 9 : Magic City Park - A Little Cute Disneyland In Tashkent

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Selesai solat asar di Hazrati Imam Jome Mosque, kami order Yandex untuk pulang ke hostel. Dan ketika itu aku tanya dengan the kids if masih larat dan nak berjalan-jalan di satu tempat permainan yang sangat besar. Sebab kalau sebut macam Disneyland confirm diorang tak tahu. Dan kalau dah balik hostel confirm tak keluar dah selepas ini.

Here we are - Safely arrived at Magic City Park, Tashkent.
Than wife aku kata kita pergi jer la. Bagi the kids enjoy dan kita reward the kids sebab dah berjaya travel backpack selama hampir dua minggu dengan perjalanan hampir 1000km. Dan lagi pun nanti malam senang nak bagi mereka tidur awal kalau dah kepenatan. Aku pun okay. But the kids still blurr lagi tak tahu apa itu Magic City.

Pintu masuk utama Magic City tanpa ada entrance fee. Interesting kan?
Kelihatan seperti sebuah bandar di eropah zaman dahulu.
Terdapat pelbagai kedai pakaian, cosmetic dan sukan.
Terus aku order Yandex ke Magic City and somehow ia terletak dalam satu perjalanan pulang ke hostel. Benda boleh jimat kenapa tidak kan hihi. Once kami berhenti di hadapan Magic City Park. The kids la yang kecoh keseronokan sebab nampak Magic City yang kelihatan seperti sebuah taman tema yang sangat menarik bagi mereka.

MiniSo berada di mana-mana sahaja dari Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan. 
Dalam hati aku "Eh tadi bukan main penat kata tak larat dan nak balik hostel nak tidur la.. apa la.." Kami pun berjalan ke arah pintu masuk dan di sini terdapat ramai polis dan askar yang menjaga keselamatan dan memeriksa setiap orang.

Kesemua beg kami di check seperti di airport. But syukur tiada apa yang menakutkan walau ramai anggota keselamatan yang memegang senjata berat. Dan kelihatan dua buah kereta perisai juga diletak di kiri dan kanan Magic City ini.

Di penghujung bandar ini kelihatan istana Disneyland di sebalik air.
Antara salah satu jalan yang ada di dalam Magic City ini.
Aiskrim, Chocolate, Sweet and Candy berada di mana-mana sahaja.
Bawa kanak-kanak macam kami memang kena cukai jer setiap masa hahaha.. :D
Semasa pemeriksaan ada satu soalan dari seorang polis wanita yang bertanya apa bungkusan hitam dalam beg aku.

Terus aku macam bungkusan apa pulak? Bila tengok terus aku tersenyum 'That is my baby pampers.. popo.. i forgot to throw it away.." Dan dia jawap "Please throw it now''. Sambil aku terus membuangnya ke dalam tong sampah.

Nak makan seafood or nak makan steak pun ada banyak pilihan kedai di sini.
Dan kami melangkah masuk dan lebih menakjubkan tiada sebarang bayaran masuk yang dikenakan sehinggalah kita nak main sesuatu permainan seperti train kanak-kanak, masuk ke rumah snow white, rumah hantu dan sebagainya. 

Selagi kita tak main atau masuk ke sesuatu tempat permainan selagi itu kita boleh berjalan ke semua tempat dengan percuma. Di sini juga terdapat banyak kedai makanan halal, cafe, chocolate and sweet shop, souvenir shop. Dan terdapat banyak kedai barangan berjenama dari pakaian sukan sehinggalah pakaian casual, jam, kasut dan lain-lain.

Kalau datang tepat pada waktunya akan ada pertunjukan air di sini.
Tapi time winter sekarang ini tak sure ada ke tidak.
Besar Ramiz Restaurant dari Turkiye ini. Satu bangunan tu di seorang sahaja.
Menakjubkan juga tiada entrance fee di sini. Dan kami mula meredah disetiap jalan dan lorong yang pasti akan ada sahaja sesuatu yang menarik untuk dilihat atau di explore. Restoran dari pelbagai negara ada di sini seperti China, Japan, Turkey, India dan Middle East. Dan terdapat juga perpuluh restoran fast food yang menjual burger dan pizza.

Dari rumah permainan kanak-kanak sehinggalah ada pawagan khas untuk cerita-cerita kanak-kanak. Terdapat juga sebuah istana seperti di Disneyland yang terletak di hujung park ini yang mempunyai menara setinggi 60 meter dengan sebuah kolam buatan yang sangat besar.

Kalau dapat Garfield kuning yang besar tu macam mana la nak bawa balik Malaysia hahaha.. 
Keseluruhan Magic City ini seluas 21 hektar. Kalau spend the whole day memang seronok.
Selepas selesai bermain beberapa permainan walau ada the kids yang masih tak puas hati sebab continuously nak main dan nak main lagi tanpa henti. Kami bawa the kids makan aiskrim dan lepak di salam satu cafe di sini. Dan seterusnya mencari souvenir tapi faham-faham la harga dalam Magic City agak menakutkan mata yang memandang hahaha :D

Seoul Kimbap & Ramen pun ada di sini. Yang pasti mostly di sini adalah halal.
Habis Candy minta Aiskrim. Habis Aiskrim minta chocolate pastu Popcorn.
Dibuka pada tahun 2021. Mempunyai keluasan sehingga 21 hektar. Dan anda memerlukan masa berjam-jam lamanya untuk explore keselurahan Magic City ini. Ini termasuk children’s rides, a laser cinema, an amphitheater for live shows, and Central Asia’s first aquarium. Dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga 10.30 malam.

Setiap bangunan yang ada di sini adalah berlainan design dari seluruh dunia.
Apa yang menarik di sini adalah restoran dan cafe serta kedai-kedai lain seperti kedai jam, pakaian, jewelry, souvenir dan yang lain-lain tidak dikhaskan di satu-satu tempat. Oleh itu dimana-mana sahaja kita berjalan pasti akan jumpa kedai makan atau cafe bersebelah dengan kedai-kedai lain. 

Berjalan kaki menuju ke first aquaria in Central Asia. 
Dan ia juga menyediakan taman tema indoor, rumah cermin, bowling, dan permainan untuk pengunjung dewasa. Selain itu, taman ini menganjurkan pertunjukan cahaya, muzik dan air pancut harian serta pertunjukan bunga api mingguan. Dan kesemuanya pertunjukan di Magic City ada setiap minggu sepanjang tahun.

First Aquaria in Central Asia in Magic City Park Tashkent.
Design luaran menggunakan seni bina bangunan di Bukhara dan Samarkand.
Waktu kami keluar dari Magic City Park ini suasana menunjukkan waktu matahari dah mula nak terbenam. Dan masa ini the kids semua dah exhausted dengan affan dan afnan dua-dua dah tertidur nyenyak dalam stroller. Dan kami terus order Yandex untuk balik ke hostel. Sampai di hostel memang dah gelap.

Terlalu banyak gambar di Magic City ini yang kami ambil tapi tu lah tak kan nak masuk kan semua, nanti panjang sangat pulak entry ini. Apa pun kalau ke Tashkent letak Magic City ini sebagai salah satu destinasi anda especially jika hadir bersama kanak-kanak. Kalau masa kami banyak di Tashkent pasti akan datang sekali lagi ke sini :D

Bersambung Uzbekistan Part 10 : Kokaldash Madarasah - Taşkent'in Eski Şehir (The Old Village) - Under Construction. 

41 comments:

  1. Dari penat terus bertenaga semua kan. Mana tak seronoknya kalau pergi tempat hiburan best untuk mereka. Makan modal sikitlah sebab banyak kena cukai dengan mereka. hihi..Janji mereka seronok. Okay jugalah tu singgah kan kalau di laluan yang sama nak balik. Kira jimat dah tu alang-alang dah sampai boleh bawa anak-anak berseronok. Betul tu rewards untuk mereka. Bangunan Aquaria dia unik dan menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kids ni mereka tak tahu macam mana generate tenaga diorang.. walau dah penat tiba2 blh bertenaga huhuu.. especially kena pada tempat yg mereka rasa seronok.. makan modal tu pejam la mata sebab dah hujung-hujung kembara 😅☺️

      Delete
  2. Bawak anak2 kecil ke Magic City ni memang seronok sangat lah kan. Kita pun sama seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kalau ada anak kecil mmg sakan diorang bermain.. tmpt mcm nikmat sangat utk mereka.. hahaha.. kita pun layan la kan.. 😅

      Delete
  3. Replies
    1. Unexpected secantik ini ingt mcm tema biasa jer.. ☺️😅

      Delete
  4. seriously masuk tak payah bayar? bestnyaaa n berbaloi sungguhlah macamni. banyak spot bergambar yg cantik pulak tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes masuk tu bayar.. tgk gmbr entrance tu pun mana ada kaunter and so on.. kitrg mmg terus masuk jer.. mmg berbaloi especially bawa the kids.. ☺️

      Delete
  5. Ini bukan kanak-kanak je teruja....saya pun teruja ni. Banyak spot boleh ambik gambar. Menarik juga la Magic City ni dengan banyak kedai halal kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Samalah kita.. as parent pun teruja sampai lupa diri hahaha... Mmg byk spot ambil gmbr tu yg mcm terbyk jer gmbr dlm entry ni hahahaa... Yes mknn halal pun byk ☺️

      Delete
  6. Cantiknya magic city teruja pandang luas tempatnya penat juga jln explore

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat luas dan permainan utk the kids pun byk.. nk explore tu la penat sikit.. 😅

      Delete
  7. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Seronoknya . teringin nak travel macam ni di tempat2 yang cantik.. tapi belum ada kemampuan lagi buat masa ni, insyaAllah. tapi dapt foto-foto cantik di sini pun dah ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam... Alhamdulillah terima kasih atas doa yg diberi.. insyallah saya doakan ust moga dimurahkan rezeki utk travel di byk tmpt di atas dunia ini.. and terima kasih sudi dtg berkunjung ke sini.. ☺️

      Delete
  8. allahuakbar.. kita ni baru plan nak ke sana. tup2 dia anak beranak dah sampai ye. tak pe. nnt akak refer to your posts. tgk mana yg boleh redah ni. tq tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila sila... Mmg cantik Tashkent, Uzbekistan... And dia lagi maju dari Bishkek dgn Almaty.. saya ada la share tapi tak byk mcm org lain.. 👍🏻☺️

      Delete
  9. Kalau letak maskot kartun jalan2 kat situ memang saling tak tumpah disneyland

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada maskot tapi mcm tak banyak tak tau la nape ..sbb wktu petang ke tau sebab ramai cuti raya hahaha.. 😅

      Delete
  10. Subhanallah, kota yang sangat cantik laksana negeri dongeng. Plus cuaca dan cahaya yang sangat terang dan indah. Salam saya buat kota nan indah ini kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul itu laksana seperti dlm cerita dongeng gitu . Kanak-kanak pasti menyukainya.. cuaca yg sedikit sejuk lebih menyenangkan utk kita berjalan ke mana2 sahaja dalam magic city ini.. terima kasih ya ☺️👍🏻

      Delete
  11. Singgah sini..wow! hebat hebat ...bertuah dapat travel begitu cantik..bayangan syurga dah tu..happy anak-anak travel sama..Subahanallah sungguh cantik..gambar membuktikan keceriaan, kebahagiaan dan kegembiraan ..Istana tu..amazing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah diberi rezeki utk melihat dan berkongsi pengalamana di blog ini.. anak2 mmg happy jalan2 dalam magic city ini.. kita la yg penat nak layan kerenah anak2 yg tak reti penat hihii.. 😅

      Delete
  12. Menarik sungguh tempat macam ni. Bangunan pun warna ceria dan unik, jalanraya berwarna-warni, dah pasti budak-budak suka, tengok istana Disneyland tu. Nasib takde yang minta garfield besor tu, ye, bawa balik? 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat yang menarik dan lagi menarik di mata kanak kanak hahaha.. nampak pulak istana Disneyland tu kan.. nasib la tak bawa balik Garfield tu.. jenuh nak mengangkatnya nanti 😅

      Delete
  13. Wow...kagum sungguh, tempat luas cantik gini tak perlu entrance fee.
    Ni kalau setakat jalan-jalan je pun dah seronok dan ambil masa lama, apa lagi kalau nak main permainan yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tiada entrance fee tu yg satu perkara menakjubkan.. betul kalau jalan-jalan sahaja pun dah seronok.. musim sejuk pulak tu huhuu.. the kids mmg heaven la ☺️

      Delete
  14. Cantik dan menarik sekali tempatnya juga sangat bersih persekitarannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mmg cantik bersih.. makanan halal pun banyak.. mudah sgt bgi kita nak berjalan-jalan di sini.. ☺️

      Delete
  15. memang vibe disneyland laaa!! i like hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaann... Boleh la plan ke sini MZ tmpt pun sejuk sesuai sgt ☺️

      Delete
  16. 21 hektar,luas juga ya...tp tempatnya interisting sekali.Terima kasih cerita perjalanan uzbekistan nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga dtg. singgah ke sini.. keluasan taman tema yg amat luas.. mmg menarik sgt .. ☺️

      Delete
  17. Tempat macam inj bukan budak-budak je suka. Emak budak pun suka juga sebab hampir setiap pelusuk tempat dipenuhi bangunan unik dan berwarna warni. Molek benar jadi latarbelakang untuk sesi bergambar sampai lebam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. kami as parent pun excited sangat hahaha.. semua sudut boleh bergambar sampai lebam.. tapi itulah tak boleh nak masuk kan semua gmbr dlm entry ni hihii.. 😅

      Delete
  18. cantik sungguh bangunan di sana yg masih dipulihara dgn baik. keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih dikira baru sangat Magic City ini siap dan dibuka pada org ramai pada tahun 2021.. mmg cantik sangat ☺️

      Delete
  19. wowww... cantikkkk.. nampak pun luas.
    Anak-anak pasti suka tempat-tempat gini.. tu kalau dapat explore semua tempat balik hotel mesti kaki takde rasa dah 😅.. makpak lah.. anak-anak ok je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang luas sampai macam nak tercabut kaki dibuatnya hahaha.. itu pun tak habis kami jelajah seluruh tempat.. Dengan bawa budak lagi.. Budak kang balik hostel terus tidur kita yg parent ni kena buat keje dulu baru boleh tidur.. :D

      Delete
  20. Jarang2 tgk entri psl Uzbek ni. Byk tempat2 menarik juga ya. Ini kalau bawa anak berbaloi la. Negara Kazakhstan saja yg makin dikenali skrg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun tak sengaja terlajak ke sana hahaha.. alhamdulillah berkongsi pengalaman di blog ini.. tmpt ni mmg berbaloi bawa anak2.. happy bukan main.. parent kena standby duit je la hahaha.. 😅

      Delete
  21. Memang miriiiip dengan Disneyland pas awal2 masuk ke dalam 😍😍😍. Saya nih penggemar themepark garis keras 🤭. Jadi kalo suatu tempat memang ada themepark , pasti saya datangi. Apalagi kalau dia juga menyediakan extreme rides, macam rollercoaster, space shot, Viking cruise, confirm tak akan saya lewatkan. Lagi ekstrem, lagi saya suka 😄.

    Tapi di sini permainan nya ada yg extreme bang? Atau mostly untuk anak2 kecil?

    Kalo pun tak ada, tapi masih seru laah untuk eksplor cafe2nya 🤭😄

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...