Saturday, 19 July 2025

Brunch Bersama Family Di Kedai Kopi Atok - Bandar Kuantan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Selepas menyiapkan the kids semua di bilik hotel. Kami menuju keluar bagi mencari sesuatu untuk perut yang sedang bermainkan lagu meminta sesuatu untuk diisi. Disebabkan kami dari De Spring Hotel maka tempat yang paling dekat ada menuju ke Kedai Kopi Atok.

Kedai Kopi Atok  - Jalan Bukit Ubi, Bandar Kuantan.
Beralamat di No 77, Jalan Bukit Ubi, Bandar Kuantan, 25200 Kuantan, Pahang. Sebuah kedai kopi berkonsep santai, hipster, old school dan sesuai untuk didatangi oleh semua peringkat umur masyarakat untuk semua bangsa. Dibuka setiap hari dari pukul 7.30 pagi sehingga pukul 7.00 malam. Dan tutup pada setiap Hari Isnin.

Ini adalah tempat baru yang mana sebelum ini kedai kopi ini dikenali sebagai Kedai Kopi Atok Wall Street yang terletak di Jalan Haji Abdul Rahman, 25000 Kuantan, Pahang. Betul-betul bersebelahan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Kali ni kami dapat tempat duduk di luar tapi ok juga berangin dan terlanggar siku.
Berkonsepkan "Kedai Kopi Traditional Zaman Dahulu".
Pekerja agak ramai insyallah tak akan ambil masa lama untuk dapat makanan.
Setiap kali ke sini pasti penuh dengan pelanggan yang sedang menjamah makanan. Ada kala kelihatan pelancong asing juga duduk santai di sini. Dan yang lebih menyeronokan adalah walau tempat ini agak viral sentiasa dipenuhi pelanggan tapi harga makanan di sini masih lagi berpatutan. 

Lokasi kedai yang corner lot juga amat mudah untuk dijumpai, berhadapan dengan jalan utama iaitu Jalan Bukit Ubi. Latest masa aku datang minggu lepas walau pun keadaan hujan lebat pelanggan tetap hadir tanpa henti. 

Cakoi dan Pau Goreng dibuat fresh setiap masa.
Cuma satu kekurangan yang aku nampak adalah ruang tempat duduk makan agak sempit. Kalau terlaga siku, tersondol kaki sesama pelanggan itu adalah perkara biasa. Nak buat macam mana kan dah tempatnya tak besar tapi pelanggan yang hadir sentiasa ramai. Tak kan nak pindah tempat lain pula huhu.

Baby Rose Tea, Teh Tarik Kurang Manis & Teh O Limau Suam.
Antara recommended makanan yang aku boleh suggestkan adalah Pau Gulung Atok iaitu pau kukus kosong yang dimakan bersama sambal. Pau Kacang Merah Goreng dan Cakoi di sini sedap sebab dibuat fresh setiap masa di hadapan kita. Kuey Teow Goreng dan Mee Goreng di sini bagi aku wajib dicuba. Terdapat juga pau kukus pelbagai jenis di sini.

Nasil Lemak Ayam & Telur RM10.90. Telur Separuh Masak RM3.90.
Mee Kari RM8.90. Bihun Sup Daging RM7.90.
Nangka RM10 - Ada seorang pakcik berbaju oren menjual dari meja ke meja.
Tempat makan classic dan vintage. Harga insyallah sangatlah reasonable.
Terdapat makanan berat dan ringan yang disediakan sepanjang masa mereka beroperasi dalam sehari. So untuk aku yang hadir bersama anak-anak kecil ini senang nak bagi mereka pilihan makanan. Disebabkan aku dah makan breakfast di hotel maka the kids jer yang menjamah makanan. Mihun Sup Daging, Mee Kari dan Nasi Lemak Ayam Crispy.

Boleh consider untuk makan di sini kalau nak mencari tempat makan yang sedap, viral dan murah di Bandar Kuantan. Lagi-lagi macam aku yang bawa sampai 4 orang anak. Harga reasonable and affordable untuk datang bersama family ☺️.

34 comments:

  1. sempoi kedai kopi atok....boleh try ni kalau ke belah sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai sempoi.. makanan insyallah not bad dan ada yg sedap.. Dtg Kuantan wajib try makan sini..

      Delete
  2. Nanti kalau ke Kuantan boleh cari kedai ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat recommended utk dtg makan di sini kalau ke Kuantan..

      Delete
  3. Tempat makan yang asyik nih Mas. Duduk di luar saja rasanya lebih nikmat daripada di dalam. Sambil menikmat hidangan, juga menikmati semilir angin dan orang-orang yang lewat.

    Hidangan makanannya membuat lidah berdecak. Kalau saya disana barangkali akan pesan nasi lemak dan telur setengah masak saja...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      Tempat makan memang asyik utk duduk santai.. nasi lemak nya juga enak bersama kopi panas.. duduk santai melayan suasana mmg menenangkan kan mas. ☺️

      Delete
  4. memang affordable sangat harganya! kedai2 kopi klasik camni memang tempatnya sempit sikit kan, meja pun kecik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopi secawan pun RM3-4 jer.. mmg affordable insyallah.. yg ada tentera ramai mcm saya ni tak la kalut time nak bayar hihi πŸ˜…

      Delete
  5. Agaknya dia guna konsep "Rapatkan saf, penuhkan saf" kot...? Tu yg rapat2 tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaaha betul jugak tu.. mengamalkan rapat kan saf... Kena try uncle kedai ini lalau uncle ke Kuantan.. mesti uncle rasa byk persamaan hihiii

      Delete
  6. Kalau lalu memang selalu penuh. Kami dulu pergi awal sangat 7.30, cakoi semua belum siap. Order apa yang dah siap je. Nak repeat tapi tak pergi lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah lagi lagi weekend memang beratur la nak mai makan sini.. nasib nasib jer la kalau dtg org tak ramai hahahaa.. 7.30 pg awal sangat kot.. org cakoi pun tak mai kot huhuu

      Delete
  7. ramai pelanggan datang ke kedai kopi tu ya, menu pun menarik..berselera nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai simple, unik dan makanan yg ada pun variety. Nampak pelancong pun dtg.. harga pun murah ☺️πŸ‘πŸ»

      Delete
  8. santai makan kat luar best tu. Nampak sedap semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan santai santai di sini layan kopi dgn cakoi panas2 mmg best ☺️

      Delete
  9. Menarik suasana kedai kopinya. Makanan pun ada bermacam-macam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai dia tenang jer harga pun berpatutan. Cakoi dan Pau tu mmg fresh setiap hari.. ☺️

      Delete
  10. mi tu kuantiti sikit atau pinggan tu yg besar? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurmm.. banyak jugak la kuantitinya.. pinggan tu jer nampak besar hihii.. dia mcm membukit gitu ☺️

      Delete
  11. sedapnyaaa cakoiiii.... sambil mengopi mkn cakoi 10 msk mulut pun tak perasan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dtg petang2 pastu tiba2 hujan renyai.. layan kopi dgn cakoi tu sedapp hihii...πŸ˜…πŸ‘πŸ»

      Delete
  12. Boleh masuk dalam wishlist kalau tersesat ke Kuantan lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib masuk wishlist tau kalau ke kuantan huhuu.. so far tak pernah lgi mengecewakan hihii.. ☺️☺️

      Delete
  13. Bole singgah kalau sampai di Kuantan satu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah kalau singgah kedai kopi atok tak mengecewakan.. πŸ˜….. setakat ini la..

      Delete
  14. Kagum.. byk gambarnya dan detail pulak ceritanya... mmg review yg paling puas hati bila dibaca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Review seikhlas hati dari pengalaman bersama anak-anak.. kalau tempat best dan sedap pulak tu.. mmg seronok la kita nak bagi review kan hihii.. ☺️

      Delete
  15. Replies
    1. Kena pulak masa dtg hujan.. layan cakoi panas dgn kopi panas mmg umpphhh.. sedapp.. πŸ˜…πŸ‘πŸ»

      Delete
  16. OK park. Boleh masuk list bila ke Kuantan. Selalu bila sampai sana terus takde idea nak makan kat mana haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sebenarnya setiap tempat ada tempat tempat makan yg best cuma kita org luar ni tak tahu tu yg tak jumpa huhuh.. ok nanti ke Kuantan blh terjah sini yer.. πŸ˜…

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...