Showing posts with label Tashkent. Show all posts
Showing posts with label Tashkent. Show all posts

Wednesday, 22 October 2025

Uzbekistan Part 14 : Ice City - Alisher Navoi Monument - Tashkent Airport (Final)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Uzbekistan Part 13 : Naik Tashkent Metro Pulang Ke Sulton Hostel

Hari terakhir kami di Tashkent sebelum pulang kembali ke Almaty, Kazakhstan malam nanti dan kemudian akan menaiki flight Airasia pulang ke Malaysia keesokan harinya. Selama 4 hari di sini kami lebih kepada santai-santai dan hanya berjalan dalam Bandar sahaja. Sekarang Airasia dah pun terbang ke Tashkent so tak perlu la nak patah balik ke Almaty.

Welcome to Tashkent Ice City. A Family Amusement Park.
Mungkin ada yang bertanya kenapa tidak ke Samarkand dan Bukhara. Jawapan kami mudah satu sebab kami travel dari Almaty dan kemudian ke Bishkek, Kyrgyzstan. Dan untuk meneruskan lagi perjalanan, kami dah cukup exhausted. Tambahan few day earlier kami berpuasa. And another things is kami membawa anak-anak kecil bersama.

Boleh nampak perkataan Ice City dari depan mall.
Kena masuk mall ini untuk ke Ice City yang terletak dibelakang mall ini.
Terdapat beberapa buah kereta polis dihadapan mall ini.
Nak masuk mall ini ada security check seperti di airport oleh pihak polis.
Memang jika tidak membawa anak-anak mungkin kami dah pun belasah ke Samarkand dan Bukhara. Apa pun yang penting setiap trip mengembara kita kena enjoy. Okay, seawal subuh lagi kami dah mengemas barang dan packing semula bag backpack kami. Sebab plan selepas check out nanti nak ke Ice City yang terletak walking distance sahaja dari hostel ini.

Pemandangan di dalam mall selepas masuk dari main entrance.
Sama macam di Malaysia kalau weekday tak ramai orang dalam mall.
Mungkin sebab winter atau bukan hari weekend. Tiada pancutan air menari di sini.
Beberapa kedai yang menjual makanan dan souvenir ketika berjalan ke arah Ice City.
Hari ini akan menjadi a very long day untuk kami, so pagi ini bagi the kids tidur dan rehat sepuas-puas. Dan tengah hari tu kami turun untuk urusan check out dan simpan semua bag di kaunter. Dan kami berjalan hanya 550 meter ke Ice City.

Ice City dibuka setiap hari dari 10.00 pagi sehingga 9.30 malam. Dibuka pada tahun 2019 dengan keluasan lebih 5,000 square meters. Mempunyai dozen different attraction yang menjadikan tarikan utama kanak-kanak ketika musim panas. 

Di hadapan entrance Ice City. The kids semua macam dah tak sabar.
Belum pun masuk Ice City lagi the kids dah enjoy bermain :D
Antara tarikan utama adalah Ice City Bob Mountain, Ice City Bob Sled, Ice City Mini Car, Ice City Haunted House dan Ice City Viking River. Entry Fee adalah 5,000 som iaitu untuk membeli kad permainan dan hanya perlu top up jumlah yang diperlukan untuk setiap permainan yang kita mahukan. Setiap attraction berharga dari 5,000-30,000 som (RM2 - RM10).

Terdapat pelbagai attraction atau permainan yang menarik di dalam Ice City ini.
Sebelum ke Ice City kami harus masuk ke sebuah mall yang aku pun tak tahu apa nama mall ini. Sebab Ice City terletak betul-betul di belakang mall ini. Tidak terlalu besar, just nice nak cuci mata. Ada banyak cafe, restoran dan supermarket besar di sini. Kalau tahu awal memang kami dah beli barang masak di sini sebab pasti lebih murah dari kedai di luar.

Berjalan kaki pulang ke hostel tak terasa penat pun sebab seronok layan suasana.
Selesai di Ice City kami berjalan ke arah Alisher Navoi Monument. Yang juga tidak jauh dari Sulton Hostel. Saja nak membuang masa sebab flight kami pukul 10.50 malam nanti. Dan Tashkent Airport terletak hanya 7.3 km atau kurang 15 minit perjalanan menaiki Yandex. Seronok betul bila airport berada di dalam bandar macam subang airport tu.

Alisher Navoi Monument Park
Cantik area kawasan park ini bersih, nyaman dan tenang sahaja.
Ketika pulang kami singgah ke Rakaat Masjid untuk solat jama zohor dan asar. Menikmati keindahan masjid ini buat kali terakhir. Dan sebelum maghrib kami dah pun tiba di kaunter hostel dan mengambil beg untuk ke airport. Tak sempat tunggu maghrib di masjid sebab penjaga kaunter kata dia akan balik pukul 7.00 malam dan kena ambil beg sebelum tu.

Staff di kaunter beri kami bilik di tingkat 1 untuk solat.
Alhamdulillah dapatlah kami fresh up dan tukar baju the kids.
Once masuk waktu maghrib kami minta nak tumpang solat pada staf kaunter yang baru masuk tadi. Terus dia kata masuk bilik di tingkat 1 untuk solat sebab nampak kami with the kids, lebih selesa kalau solat dalam bilik. Dalam setengah jam kami kembali ke kaunter dan menyerahkan kunci sambil aku hulurkan duit kertas RM1.00 sebagai souvenir.

Tak sampai 15 mnit perjalanan menggunakan Yandex ke Airport dengan harga UZS9,500.
Banner ini ada di merata tempat sebab ada renovation yang besar ketika ini.
Kami sampai di Tashkent Airport pada pukul 8.30 malam dan kelihatan ada renovation yang besar di seluruh bangunan terminal airport ini. Aku rasa by 2025 waktu Airasia dah buka route ke sini mesti dah siap. Kalau yang ada pengalaman boleh la bagi comment di bawah yer. Urusan check in tidaklah susah sebab staff kaunter banyak membantu kami.

Syukur semua urusan dipermudahkan. Dari check in sehinggalah melepasi immigration. 
Hunting fridge magnet, nak habiskan sisa-sisa duit Som Uzbek :D
Banyak souvenir yang dijual di dalam terminal airport ini.
Dua beg backpack besar kami pun staff tu suruh masuk dalam perut kapal terbang. Harga untuk tiket penerbangan sehala kami sekeluarga iaitu untuk 2 Adult, 3 Child dan 1 infant ke Almaty adalah lebih kurang RM1,300.00 with Air Astana. Kira boleh la sebab bukan low cost airlines tapi Kazakhstan national carrier macam Malaysia Airlines.

Walau Tashkent International Airport dalam keadaan renovation, namun bagi aku ia tetap jauh lebih baik dan selesa dari Almaty International Airport. Di dalam terminal airport selepas kami melepasi immigration terdapat banyak restoran, cafe dan kedai souviner. Boleh la habis kan duit som uzbek sebelum terbang.

Thursday, 16 October 2025

Uzbekistan Part 13 : Naik Tashkent Metro Pulang Ke Sulton Hostel

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Uzbekistan Part 12 : Eating Palov - A Main Uzbek Traditional Dish At Chorsu Bazaar

Moh ler kita sambung cerita di Uzbekistan ni. Lama sangat berehat, balik dari Swiss 3 minggu lepas terus menerus sakit dan sakit huhuu.. Demam 2 kali, sembelit, cirit dan batuk. Sampailah hilang mood nak update blog. Okay la jom baca.

Kami pulang menaiki train dari Chorsu Underground Metro Station. Masa nak turun ke bawah station tiada lift yang disediakan di sini dan agak struggle nak mengangkat stroller. Namun bersyukur dibantu oleh beberapa orang pemuda Uzbek. Afnan pulak sedang lena tidur di dalam stroller.

Menuruni anak tangga untuk turun ke Metro Station di Chorsu Bazaar.
Inilah tiket Metro Station di Bandar Tashkent.
Untuk membeli tiket atau token train adalah sangat mudah. Kenal pasti nama station yang ingin kita tuju. Kalau susah nak sebut, tulis di kertas dan tunjuk pada pegawai di Kassa (ticket counter) dan akan diberitahu berapa perlu dibayar.

Oh ya sepatutnya kami hanya perlu menaiki Yandex untuk pulang ke hostel dengan mudah namun disebabkan keinginan untuk merasai pengalaman menaiki underground train di Tashkent Metro ini. Kami ikut jalan yang tidak mudah hihi.

Setiap station mempunyai design yang tersendiri.
Bertembung dengan orang ramai yang mula pulang dari kerja.
Nampak kemewahan design dalaman di station ini.
Selain hanya memberi perkhidmatan kepada penumpang ia sebenarnya mempunyai sejarah tersendiri. Perbincangan dan perancangan awal telah pun bermula semenjak tahun 1968 untuk membina underground metro station di Tashkent ini.

Dibina oleh USSR pada tahun 1972 dan dibuka kepada orang ramai pada 6 November 1977 dan menjadikan ia adalah Metro pertama di Central Asia dengan mempunyai 9 station pada asalnya. Dan ia diberi nama Chilanzar Line. Penambahan beberapa buah station berlaku setiap tahun selepasnya.

Seharian berjalan, masing-masing dah nampak kepenatan di situ.
The kids always menjadi penyejuk keadaan walau suhu diluar memang sejuk :D
Pembinaan untuk penambahan jajaran iaitu Line 2 bermula pada tahun 1980 dan siap pada tahun 1984 dan ia diberi nama Uzbekistan Line. Dan Line 3 iaitu Yunusabad Line telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 2001.

Dan pada 29 August 2020 telah dibuka kepada orang ramai sebanyak 12 station baru iaitu extension kepada 3 line sedia ada dan ini menjadikan jumlah keseluruhan metro station kepada 39 buah station dengan jajaran sejauh 70.4km. Dan Line 4 (Halqa Line) sedang dalam pembinaan ketika ini yang akan membuka 11 station baru di masa hadapan.

Keadaan di dalam train yang penuh dengan umat manusia.
Afnan pantang ditegur mesti gelak. Terhibur semua orang dalam train ni.
Dan yang menarik lagi mengenai underground metro station di Tashkent ini ialah ia juga diguna sebagai bomb shelter sekiranya berlaku serangan nuclear. Oleh sebab itu sebelum tahun 2017 adalah tidak dibenarkan untuk mengambil gambar di mana-mana bahagian dalam metro station. Sehinggalah pada 2018 arahan larangan tersebut telah dimansuhkan.

Bagi aku metro station di central asia yang telah dibina dari zaman USSR adalah sangat cantik, mewah dan design yang sangat terperinci, telilti dan kemas. Sebab itu kami tetap ingin mencuba pengalaman menaiki underground metro di sini.

Pemandangan selepas keluar dari Ming Urik Metro Station.
Masa kami naik train ni crowded betul, penuh dengan penumpang sebab jam pun menunjukan waktu petang orang ramai tengah balik kerja. Nasib la destinasi kami agak di luar dari kawasan bandar maka tak la ramai sangat bila sampai 2 station terakhir. The kids pulak tak meragam sangat dan si baby afnan pulak bergelak tawa masa tengah crowded tu.

Suasana selepas hujan turun dengan lebat. Terus suhu jatuh lebih sejuk.
Jom sambung berjalan selepas hujan berhenti. Tak ramai orang kelihatan di jalanan.
Kami exit di Ming O'rik/Urik Underground Metro Station selepas 5 station dari Chorsu Bazaar tanpa perlu menukar train di pertengahan perjalanan. Dari sini kami berjalan kaki sejauh 2.1km untuk kembali ke hostel dan ini adalah station yang paling dekat. Saja last afternoon di Tashkent nak menikmati pemandangan dan suasana bandar di waktu petang.

Seoul National Garden in Tashkent. Kalau belum pernah ke Seoul boleh la masuk.
Hujan yang turun dengan tiba-tiba menyebabkan kami berehat seketika di sebuah cafe di pertengahan perjalanan. Dan sempat kami melewati Seoul National Park yang berada di tengah perjalanan pulang dan masuk adalah percuma untuk kanak-kanak bawah 7 tahun namun tiada yang menarik melainkan beberapa sturktur binaan asal korea yang dibina di sini.

Sebuah taman yang dibina dengan landskap di Seoul, Korea Selatan.
Dibuka kepada orang ramai pada 1 September 2014 selepas hampir dua tahun pembinaan. Ianya adalah satu simbol hubungan dua hala antara Uzbekistan dan Korea Selatan dan juga sebuah hadiah pada hari Kebangsaan Uzbekistan. 

Pada hari-hari tertentu ada performance Korean Drum Dances (Buk Chum) di sini. Dibuka dari 9.00 pagi sehingga 6.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat. Sabtu sehingga 4.00 petang sahaja. Ditutup pada setiap hari Ahad melainkan sekiranya ada function atau celebration. Kalau ditanya adakah berbaloi untuk dilawati jawapan aku adalah tidak.

Bersambungan Uzbeistan Part 14 : Ice City - Alisher Navoi Monument - Tashkent Airport (Final)

Sunday, 31 August 2025

Uzbekistan Part 12 : Eating Palov - A Main Uzbek Traditional Dish At Chorsu Bazaar

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Uzbekistan Part 11 : Chorsu Bazaar - The Oldest Market from The Great Silk Road

Di Chorsu Bazzar ini aku mencari satu makanan traditional yang sangat istimewa iaitu Palov atau Uzbek Pilaf. Dari awal masuk ke Chorsu ini boleh dikatakan hampir semua kedai makan yang kami terjah telah kehabisan Palov. 

Dan kami diberitahu oleh orang tempatan bahawa Palov ini adalah makanan waktu pagi sehingga tengah hari sahaja.

Palov yang di masak dalam kuali yang besar telah habis sebelum jam 11.00 tengah hari.
Lebih kurang sama seperti keadaan di Malaysia. Nasi lemak itu hanya dijual dari pagi sehingga awal tengah hari sahaja secara adatnya. Walau ada yang menjual di waktu petang dan tengah malam sekarang ini.

"Palov is Uzbekistan's national rice dish. It's a flavorful, slow-cooked dish featuring rice, meat - usually lamb or beef and sometimes chicken, onions and lot of carrots, often prepared in a large Kazan (Kuali Kawah). The dish ingredients can be customized with whole garlic heads, chickpeas, dried fruit and so many other things".

Pelbagai cara membuat Palov atau Uzbeks Pilaf ini. Namun asasnya tetap sama.
"It has various regional styles, such as the layered and steamed Samarkand version and the more roasted Tashkent version". Sumber Google AI. Di setiap awal pagi mereka akan memasak penuh sekawah but once habis, dia tak akan masak yang baru sehinggalah esok harinya. Dan kami di sini bernasib baik sebab masih ramai lagi peniaga yang menjual Palov.

Kami masuk dari sebalik 3 pintu tu. Memang tak expect apa yang ada di sini.
Agak teruja bila masuk ke sini sebabkan hanya menjual makanan semata-mata.
Dan pada akhirnya sebelum balik kami secara tak sengaja melalui satu kawasan yang mana di sini dipenuhi dengan peniaga yang menjual makanan semata-mata. Di pintu gerbang tertulis Xush Kelibsiz Milly Taomlar yang mungkin bermaksud Welcome to National Dishes.

Terasa keterujaan bila kaki melangkah masuk melepasi pintu gerbang tadi. Kelihatan perpuluhan jenis makanan yang terhidang dan juga yang sedang dimasak oleh para peniaga. Dengan bau makanan di setiap penjuru membuatkan perut kami berirama kuat. The kids pun sampai kata "Sedapnya bau makanan..".

Alhamdulillah nampak tempat kosong jer terus kami duduk. Siap ada selimut.
Agak penuh juga dengan suasana orang ramai yang sedang menjamu selera di sini. 
Tak lama mencuri bau makanan yang sedap, kami terus mencari tempat duduk kosong dan wife hanya menyerahkan pada aku untuk order semua makanan. Selain Palov kami order kebab ayam dan daging, kacang kuda yang dimasak berkuah yang likat - sedap sangat (really dont know what is the name). Last kami memilih hirisan keju bersama daging hancur.

Antara peniaga yang menjual Palov atau Uzbek Pilaf with beef.
Hirisan Cheese dengan daging hancur, ikan goreng dan roti fresh dari oven.
Sebelum order makanan aku melilau terlebih dahulu tengok apa yang mereka jual. Lain peniaga lain makanan yang mereka jual. Namun makanan seperti Palov, sup daging dan kebab itu hampir kesemua peniaga ada menjual. 

Dan di sini juga terdapat peniaga yang hanya menjual roti yang mereka buat fresh setiap masa. Boleh bau roti yang fresh itu setiap kali keluar dari ketuhar api yang menggunakan kayu semata-mata. Bau tu teringat sampai seakarang hihii.

Inilah dia yang kami cari dari awal tadi - Palov atau Uzbeks Pilaf.
Dimasak bersama ayam, daging atau kambing tanpa menggunakan minyak.
Sup untuk dimakan bersama Uzbeks Pilaf dimasak dari hirisan lemak dan daging.
Memang sedap hirup tengah sejuk ni. The kids cicah dengan roti uzbek yang bulat tu.
Menu tambahan ada Ayam Bakar Berempah, Sup Kepala Kambing, Sup perut
dan Kacang Kuda yang dimasak bersama apa ntah. Tapi memang sedap. :D
Selepas melilau seketika melihat apa yang dijual maka selepas itu barulah aku order makanan. Sebab kalau tanya wife tu langsung dia tak tahu. Dan wife dah kata "Saya ikut jer lah apa yang awak order,  kalau boleh telan, telan la".

Gagah jugalah aku bertanya ini apa itu apa dengan para peniaga. Syukur ada beberapa peniaga yang boleh bertutur dalam bahasa english. Sambil dibantu oleh beberapa orang ketika aku sedang order makanan. By the way para peniaga di sini semuanya friendly sangat-sangat.

Roti tu fresh dari oven. Dua jenis Uzbeks Pilaf yang kami order.
Uzbeks Pliaf, Kacang Kuda dan Hirisan daging dan lemak.
Masa excited masa dapat teh ini. Tengan sejuk-sejuk ni tak sabar nak minum teh panas.
Telur Puyuh Rebus, Roti Uzbeks, hirisan nipis Daging Kuda yang telah dikeringkan - seriously sedap. Kesemuanya dihidangkan bersama Palov. Dan untuk minuman kami memilih campuran daun teh dan safron. Tak letak gula pun sedap diminum and the kids minum banyak kali. Mungkin juga kerana cuaca yang sejuk semua suka minum air panas.

Kebab Ayam dan Daging serta Palov Daging safely arrived.
Adat di sini minum teh adalah dengan menggunakan mangkuk kecil.
Ketika sedang makan tiba-tiba bahu aku disapa oleh seseorang lelaki Uzbeks yang tinggi dan tegap. "I already pay for your family meal.." Terus aku bangun dan bersalam dan masih sedikit blur.. "I used to stay few years in Malaysia when i was a kid because my father working there.. and Malaysia people very kind always BELANJA me.."

Insan yang baik hati tolong bayarkan makanan kami sekeluarga.
Dia kata lagi inilah masa nak balas jasa baik orang Malaysia. Aku hanya tersenyum dan berkali-kali mengucapkan "Thank You, Thank You...". Sambil dalam hati macam nak loncat kegembiraan hahaha. Dan dia tahu aku tengah makan maka dia kata tak perlulah berbual "Just continue with your meal". 

Bergambar bersama Chef yang masak Uzbeks Pilaf atau Palov yang kami makan tadi.
Selesai makan dan sebelum balik kami bergambar dengan makcik yang masak Uzbeks Pilaf ni. Memang tak dinafikan kesedapannya. Kalau ada rezeki nak repeat ke Uzbekistan memang aku nak datang makan di sini lagi. Satu sebab harga memang murah dan makanan memang sedap-sedap. 

Oh ya Palov ini adalah resepi yang dibuat atau dimasak sejak berkurun lamanya. Boleh dikatakan ia ada dari negara China sehinggalah ke Turkiye. Dan ia tersebar disebabkan jalur The Great Silk Road oleh para pedagang dan para penghijrah beratus-ratus tahun lamanya. Dan dari bacaan aku makanan ini juga boleh ditemui di Ukraine.