Thursday, 16 October 2025

Uzbekistan Part 13 : Naik Tashkent Metro Pulang Ke Sulton Hostel

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Uzbekistan Part 12 : Eating Palov - A Main Uzbek Traditional Dish At Chorsu Bazaar

Moh ler kita sambung cerita di Uzbekistan ni. Lama sangat berehat, balik dari Swiss 3 minggu lepas terus menerus sakit dan sakit huhuu.. Demam 2 kali, sembelit, cirit dan batuk. Sampailah hilang mood nak update blog. Okay la jom baca.

Kami pulang menaiki train dari Chorsu Underground Metro Station. Masa nak turun ke bawah station tiada lift yang disediakan di sini dan agak struggle nak mengangkat stroller. Namun bersyukur dibantu oleh beberapa orang pemuda Uzbek. Afnan pulak sedang lena tidur di dalam stroller.

Menuruni anak tangga untuk turun ke Metro Station di Chorsu Bazaar.
Inilah tiket Metro Station di Bandar Tashkent.
Untuk membeli tiket atau token train adalah sangat mudah. Kenal pasti nama station yang ingin kita tuju. Kalau susah nak sebut, tulis di kertas dan tunjuk pada pegawai di Kassa (ticket counter) dan akan diberitahu berapa perlu dibayar.

Oh ya sepatutnya kami hanya perlu menaiki Yandex untuk pulang ke hostel dengan mudah namun disebabkan keinginan untuk merasai pengalaman menaiki underground train di Tashkent Metro ini. Kami ikut jalan yang tidak mudah hihi.

Setiap station mempunyai design yang tersendiri.
Bertembung dengan orang ramai yang mula pulang dari kerja.
Nampak kemewahan design dalaman di station ini.
Selain hanya memberi perkhidmatan kepada penumpang ia sebenarnya mempunyai sejarah tersendiri. Perbincangan dan perancangan awal telah pun bermula semenjak tahun 1968 untuk membina underground metro station di Tashkent ini.

Dibina oleh USSR pada tahun 1972 dan dibuka kepada orang ramai pada 6 November 1977 dan menjadikan ia adalah Metro pertama di Central Asia dengan mempunyai 9 station pada asalnya. Dan ia diberi nama Chilanzar Line. Penambahan beberapa buah station berlaku setiap tahun selepasnya.

Seharian berjalan, masing-masing dah nampak kepenatan di situ.
The kids always menjadi penyejuk keadaan walau suhu diluar memang sejuk :D
Pembinaan untuk penambahan jajaran iaitu Line 2 bermula pada tahun 1980 dan siap pada tahun 1984 dan ia diberi nama Uzbekistan Line. Dan Line 3 iaitu Yunusabad Line telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 2001.

Dan pada 29 August 2020 telah dibuka kepada orang ramai sebanyak 12 station baru iaitu extension kepada 3 line sedia ada dan ini menjadikan jumlah keseluruhan metro station kepada 39 buah station dengan jajaran sejauh 70.4km. Dan Line 4 (Halqa Line) sedang dalam pembinaan ketika ini yang akan membuka 11 station baru di masa hadapan.

Keadaan di dalam train yang penuh dengan umat manusia.
Afnan pantang ditegur mesti gelak. Terhibur semua orang dalam train ni.
Dan yang menarik lagi mengenai underground metro station di Tashkent ini ialah ia juga diguna sebagai bomb shelter sekiranya berlaku serangan nuclear. Oleh sebab itu sebelum tahun 2017 adalah tidak dibenarkan untuk mengambil gambar di mana-mana bahagian dalam metro station. Sehinggalah pada 2018 arahan larangan tersebut telah dimansuhkan.

Bagi aku metro station di central asia yang telah dibina dari zaman USSR adalah sangat cantik, mewah dan design yang sangat terperinci, telilti dan kemas. Sebab itu kami tetap ingin mencuba pengalaman menaiki underground metro di sini.

Pemandangan selepas keluar dari Ming Urik Metro Station.
Masa kami naik train ni crowded betul, penuh dengan penumpang sebab jam pun menunjukan waktu petang orang ramai tengah balik kerja. Nasib la destinasi kami agak di luar dari kawasan bandar maka tak la ramai sangat bila sampai 2 station terakhir. The kids pulak tak meragam sangat dan si baby afnan pulak bergelak tawa masa tengah crowded tu.

Kami exit di Ming O'rik/Urik Underground Metro Station selepas 5 station dari Chorsu Bazaar tanpa perlu menukar train di pertengahan perjalanan. Dari sini kami berjalan kaki sejauh 2.1km untuk kembali ke hostel dan ini adalah station yang paling dekat. Saja last afternoon di Tashkent nak menikmati pemandangan dan suasana bandar di waktu petang.

Seoul National Garden in Tashkent. Kalau belum pernah ke Seoul boleh la masuk.
Hujan yang turun dengan tiba-tiba menyebabkan kami berehat seketika di sebuah cafe di pertengahan perjalanan. Dan sempat kami melewati Seoul National Park yang berada di tengah perjalanan pulang dan masuk adalah percuma untuk kanak-kanak bawah 7 tahun namun tiada yang menarik melainkan beberapa sturktur binaan asal korea yang dibina di sini.

Sebuah taman yang dibina dengan landskap di Seoul, Korea Selatan.
Dibuka kepada orang ramai pada 1 September 2014 selepas hampir dua tahun pembinaan. Ianya adalah satu simbol hubungan dua hala antara Uzbekistan dan Korea Selatan dan juga sebuah hadiah pada hari Kebangsaan Uzbekistan. 

Pada hari-hari tertentu ada performance Korean Drum Dances (Buk Chum) di sini. Dibuka dari 9.00 pagi sehingga 6.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat. Sabtu sehingga 4.00 petang sahaja. Ditutup pada setiap hari Ahad melainkan sekiranya ada function atau celebration. Kalau ditanya adakah berbaloi untuk dilawati jawapan aku adalah tidak.

Bersambungan Uzbeistan Part 14 : Ice City - Alisher Navoi Monument - Air Astana (Final) - Under Construction

3 comments:

  1. Anak2 kalau banyak berjalan terasa penat tu yang meragam sikit. Tapi enjoy jela momet travel dengan anak2 kan.

    ReplyDelete
  2. memang cantik sungguh metro station tu!! ur kids sgt behave tu wpun naik train penuh padat, dan penat jln kaki pun tak meragam. well-trained gitu

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...cantik view...semoga ada rezeki pergi sini...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...