Wednesday, 1 October 2025

Breakfast Di San Francisco Coffee Sungai Mas Plaza Selayang

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Buat kerja di Selayang sambil angkut dua dari empat orang anak dalam kereta. Sebab sekolah rendah agama cutikan pelajar tahun 4 ke bawah. Maka kenalah bawa sekali. Cuaca hari ini pun mendung jer dari subuh tadi.

Selesai uruskan kerja maka mencarilah tempat breakfast indoor dan terjumpa nama San Francisco Coffee ini di dalam google map dan just nice on the way balik ke rumah. By the way first time dengar nama San Francisco Coffee ni.

San Francisco Coffee at Sungai Mas Plaza.
Ketika kami tiba hanya ada satu dua meja sahaja yang occupied. Terus order dan duduk menunggu kehadiran makanan.  Masa order tu cashier bagitau makanan dalam menu semua available even baru pukul 10.30 pagi. 

So kalau nak makan spaghetti 🍝 ke.. Croissant πŸ₯ Sandwich ke.. Any pastry or cakes 🍰 Semua boleh. Tapi kali ini kami order biasa jer la takut terkejut perut waktu pagi makan spaghetti pulak kan.

Menu tak serabut sangat untuk dipilih.
Cantik design dalam San Francisco Coffee ni.
Americano Breakie, Hot Chocolate and Ice Chocolate
Golden Chicken Croissant Sandwich with eggs and chicken.
Hot English Breakfast 
Untuk menu breakfast boleh add on RM3.00 untuk dapatkan minuman antara Americano atau English Tea. So aku pilih Americano dan satu lagi hidangan breakfast kami tak add on apa-apa. And our total bil for breakfast is RM72.75. 

22 comments:

  1. sekolah anak ammi cuma dicutikan sekolah KAFA je sebab masih berlangsung ujian hafazan untuk UPKK. di n9 ni mcm tak ada PSRA. Office ammi di Petaling Jaya ni pun mendung dari pagi. harap menjelang balik nanti tak hujanlah....kalau hujannn hmmm selamat merempuh jam nak membawa ke Seremban

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. pelajar dicutikan utk UPKK.. Seminggu jugak la.. this week dah back to normal.. Minggu ni hujan dan panas silih berganti smpai hari jumaat.. πŸ˜”

      Delete
  2. Di Perlis ni pun mendung dari pagi, mengantuk rasa!

    Akak suka beli kopi di SF ni, tapi sejak menetap di sini memang tak jumpalah kan πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila mendung ni mula la rasa nak cari bantal .. hp pun silent hahaha.. Oh okay suka dgn SF coffee ni.. itulah tak byk branch SF ni.

      Delete
  3. Menu pun ala-ala hotel...pasti sedap dan boleh dinikmati dengan kesyukuran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat dia pun cantik nak rehat sambil buat kerja pun nice.. menu alhamdulillah nice . ☺️πŸ‘πŸ»

      Delete
  4. macam kena try je Golden Chicken Croissant Sandwich with eggs and chicken tu menyelerakan sungguh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sedap... Tapi sedap lagi English Breakfast set tu hihii.. croissant πŸ₯ dia pun sedapp gebu soft gitu..

      Delete
  5. Pernah lalu je depan SFC ni tapi belum pernah masuk. Menarik jugak ada menu english breakfast.

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time jumpa SFC ni.. tak tahu lagi kat mana lagi ada branch dia.... Menu dia menarik juga lah πŸ‘πŸ»☺️

      Delete
  6. SFC ni brand Malaysian walaupun namanya ala2 American gituh. Bagusnya semua hidangan dah ada seawal pagi lagi. Mungkin sbb restoran selalunya tak sibuk sgt jadi dieorg tak perlu fokus utk certain menu je masa peak hours.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh brand Malaysia ke.. baru tahu.. tak tahu la kalau branch lain.. tapi yg ini semua available dari pagi lagi.. mungkin juga la tak sibuk sbb harga dia boleh tahan mahal juga hahaha.. 🀣

      Delete
  7. dulu2 ada cafe ni kat wangsa walk, so sempat jugak mkn few times kat situ. now dh bertukar jd chagee pulak kat spot tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke.. maknanya makin berkurangan la branch dia.. susah la nak cari lepas ni huhuu.. nice place juga lepak SFC ni.. ☺️πŸ‘πŸ»

      Delete
  8. Keras juga modalnya pepagi :D
    SFC ni pernah nampak tapi tak ingat dekat mana dan belum pernah try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tapi sebab nak kan indoor dan breakfast berempat kan.. Cubalah sekali sekala tempat pun first time masuk.. πŸ˜…

      Delete
  9. Tak disangkal lagi, betul betul cantik, kreatif berdinding kaca..nampak jernih ke luar pandangan..hebat kreatif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak tempat pun nice dan selesa.. Makanan semua ok cum pricy sikit la.. πŸ˜…

      Delete
  10. english breakfast tu nampak mengenyangkan!
    kalau breakfast kat kafe2, camtulah regenya. sekali sekala kan~

    ReplyDelete
  11. Kalau tak silap kedai ni homegrown kan?
    Pernah try juga... not bad

    ReplyDelete
  12. Golden Chicken Croissant Sandwich with eggs ++ tu nampak sedapnya.

    ReplyDelete
  13. Menarik juga kalau dapat makan kat situ.. kerap nampak kalau pergi i-City tapi tak pernah masuk sebab rasa menu macam sama dengan kebanyakan coffee cafe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...