Tuesday, 28 October 2025

A Journey To The Countryside of Japan - Aomori City (Tohoku)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Kesejukan di Aomori, Jepun... 

Perjalanan yang agak jauh KUL - Narita - Haneda - Aomori (Tohoku)...

Katakanlah diberi peluang untuk bercuti ketika musim panas di Malaysia sekarang ini. Maka kemanakah destinasi itu? Aku mungkin memilih perjalanan ke Bandar Aomori, Jepun. Yang terletak di hujung utara negara Jepun.

Kuala Lumpur - Narita - Haneda - Aomori (Tohoku) by Japan Airlines.
Seperti kebiasaannya view landskap countryside di Jepun memang tidak pernah mengecewakan. Walau musim berubah 4 kali setahun, namun setiap musim memberikan keindahan pemandangan yang memukaukan.

Itu belum lagi bicara soal kebersihan dan adat budaya Jepun yang begitu terkenal dengan kesopanan yang tinggi. 

Tapi kenapa destinasi Aomori menjadi pilihan? Bila nak escape dari pencemaran bunyi telinga dan mata serta kesibukan di bandar. Maka countryside lah jawapannya. Tempat yang memberikan seribu ketenangan.

Welcome To Mount Iwaki - The Highest Mountain in Aomori.
Orang tempatan kata kalau winter Gunung Iwaki akan bertukar warna jadi putih.
Gunung Iwaki ( 岩木山 , Iwaki-san ) ialah gunung berapi berstatus tidak aktif yang terletak di barat Aomori, Jepun. Ia juga dirujuk sebagai Tsugaru Fuji (津軽富士) yang bermaksud less frequently. Juga dikenali sebagai Okufuji (奥富士) kerana bentuknya yang serupa dengan Gunung Fuji. 

Dengan ketinggian puncak iaitu 1,625 meter atau 5,331 kaki dari paras laut. Dan ketinggian dari tapak gunung hingga ke puncak ialah 1,362 meter atau 4,469 kaki. Menjadikan ia sebagai gunung tertinggi di Wilayah Aomori.

Gunung Iwaki disenaraikan sebagai salah satu daripada 100 gunung terkenal di Jepun dalam buku yang ditulis oleh pendaki terkenal iaitu Kyūya Fukada pada tahun 1964. Gunung dan sekitarnya terletak di dalam Taman Negara Separa Tsugaru.

Pure Strawberry Milk Ice Cream - Apple Fuji hanya perlu dipetik percuma.
Ginzan Onsen atau Ginzan Hot Spring terletak 367km dari Bandar Aomori.
Suasana di sini sama macam di Darband Village yang terletak di Tehran, Iran.
Masih tak boleh move on lagi dengan view di sini walau berdiri out of no way.
Tapi tadi kata kalau diberi pilihan maka akan memilih untuk ke Tohoku ini tapi kenapa gambar macam current the situation sedang memijak tanah Tohoku? Hahaha.. Nantilah kita cerita.. La ni baru habis cerita di Central Asia. Maka kita tenag-tenang sahaja layan pemandangan di Aomori ini dulu yer :D

By the way kalau perasan lately ini banyak airlines yang buat promo ke Jepun termasuklah Malaysia Airlines. Latest promo by MAS adalah RM1,800.00 for return, ada tak antara u all yang baca entry ini dapat grab that promo? Dari Malaysia ada hampir 20 airlines yang terbang ke Jepun so insyallah promo sentiasa ada untuk di grab. Just kena rajin mencari :D

46 comments:

  1. InshaAllah semoga di judahkan urusan melancong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih atas doanya.. Insyallah moga semua nya baik baik saja :D

      Delete
  2. Tahun berganti tahun. Sayangnya hasrat travel Jepun masih belum kesampaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya doakan moga Puan Amieakan menjejakan kaki ke tanah jepun dalam masa terdekat amin :D

      Delete
  3. Replies
    1. Suasana memang cantik.. Bila ambil gambar memang nampak macam dalam poster hihhi :D

      Delete
  4. Masyaa Allah, nikmatnya kak ana tengok buah epal di pokok tu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah apple yang dipetik dari pokok dan terus dimakan mmg ada kelainan nya.. :D

      Delete
  5. Seronoknya petik buah epal..terus makan...fresh betul rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh nak explain mcm mana kesedapan dari fresh buah apple tu bila petik trus makan :D

      Delete
  6. Fuuhhh travel lagi ke? Menariknya gambar epal dekat pokok epal tu, geram pulak nak petik 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Travel lagi ke? hahahah.. tak nak komen pape.. tunggu lah bila sampai giliran Tohoku untuk dicerita di sini :D

      Delete
  7. Replies
    1. Insyallah dan semestinya 🍎 akan dibawa balik.. ☺️👍🏻

      Delete
  8. Agak misteri ni tapi rasanya sambung travel lagi ni. URL entri ni pun misteri entry-yang-tak-tahu-nak-update-apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalnya nak bagi hint jer entry ni tapi ntah terbanyak pulak gambar yang di share .. terus update entry ni dan tukar tajuk hahahhaa :D

      Delete
  9. jepun is always in my wishlist country to repeat tp sbb bajet limited, kena ikut priority list la...so far plan nak bwk my boys gi london/europe so masih gigih menabung ni..kosnya agak byk sbb trip 5 pax

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sgt.. and somehow jepun tak pernah mengecewakan.. pergi lah ke mana sahaja destinasi di Jepun pasti akan memberikan pengalaman yg indah. Betul la tu anak2 dah besar kos juga meningkat. Semoga dipermudahkan segala urusan buat Puan MZ nakbtravel tu.. ☺️👍🏻

      Delete
  10. Kalau saya di situ barangkali buah apel fuji tuh dah habis saya petik 😁, cukup banyak juga ya penerbangan dari Malaysia ke Jepang, indah banget dan keliatan sejuk tempatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petik dimakan dan petik lagi utk dibawa balik.. Mmg lain rasa buah 🍎 yg baru dipetik.. Mmg byk airlines mudah utk dptkan tiket promo.. Kalau ke jepun harus musim salju.. ☺️👍🏻

      Delete
  11. Cantik betul pemandangannya.. Aiskrim dan apple tu nampak menggoda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiskrim tu sedap walau tgh kesejukan still nak mengada nak makan hahaha.. Apple 🍎 tu rangup lain mcm huhuu.. ☺️👍🏻

      Delete
  12. Wahhh bestnya. Betul sekali pandang macam Mt Fuji. Sedapnya strawberry ice cream

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak tulis mmg org akan ingat Mount Fuji.. First time explore countryside jepun mmg cantik.. ☺️

      Delete
  13. Uncle sempat pegi Jalan Jalan Jepun je kat Shamelin Perkasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shamelin? Macam dekat jer kita ni... Boleh mengopi bila free hihii.. 😅

      Delete
  14. wahh dh musim luruh di jepun nih., cantik menariknyerr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak jadi mcm wak pandai mabil gambar tapi blm mahir lagi.. Di jepun nak masuk winter in few weeks ☺️👍🏻

      Delete
  15. Aomori ni sy just lalu je dgn shinkansen... walaupun tgk dari jauh tp takjub sgt dgn pemandangan gunung-ganang & bukit bukau dlm kaw aomori ni... ada rezeki mmg nak repeat lg ke negara matahari terbit ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu nak repeat ke negara matahari terbit ini tapi itulah priority di utamakan ke negara negara yg belum dijejaki huhu.. If ada tiket murah lagi mmg nak repeat lgi .. tak kesah mana pun destinasi dlm jepun.. ☺️👍🏻

      Delete
  16. terbaca hari tu jepun nk implement mcm2 rules plus fee utk pelancong asing mulai thn dpn... dah mcm nk msk ke uk pun ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuu.. Makin disusahkan makin kurang pelancong nak dtg.. Tpi tgk la mungkin Malaysia dikecualikan ke hihi.. 😅

      Delete
  17. Kawan-kawan yang pernah pergi Jepun selalu bagitau kena pergi Jepun paling kurang sekali sebab molek teruk segalanya di sana. Tengok gambar-gambar yang dikongsikan dalam blog ini pun sudah buat hati berbunga-bunga☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tanya saya pun jawapan sama juga.. Jepun mmg kena pergi sekali utk lihat nature, budaya, adab dan kebersihan yg dikenali dunia.. kalu pergi la sronok tgk bubga bunga hahaha.. 😅👍🏻

      Delete
  18. jepun ni kalau repeat berapa kali pun tak kisah, sebab negaranya best sangat. lagi2 kat kawasan countryside macamni. semoga saya dapat ke aomori pulak one day :D

    kalau time winter, gunung fuji tk boleh naik. agaknya gunung iwaki tu boleh hike waktu salji2 cmtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. repeat berapa kali pun puasa hati.. lgi2 kalau ke tmpt berlainan setiap kali.. mmg puas dan seronok..

      Alamak tak ada info pasal boleh hike ke tidak gunung iwaki time salji tu hahaha
      . 😅

      Delete
  19. Orang kata kalau ke Jepun, kena pergi semua musim sebab semua musim cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah tu hahahaa.. setiap musim pun cantik.. budaya mereka yg sgt pembersih tu menambahkan lgi kecantikan negara jepun..

      Delete
  20. Cantik negaranya. Selamat melancong ye, dah beli tiket ya? 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jepun tak pernah tak cantik kan.. semua musim pun kena ada pengalaman ☺️

      Delete
  21. salah satu wishlist nak pi Jepun ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya doakan moga dipermudahkan utk ke Jepun amin..

      Delete
  22. Laaaa... ada tempat nama Aomori rupanya.. teruslah google, nampak kat hujung Pulau Honshu... sikit lagi nak ke Pulau Hokkaido eh😁
    Ada rezeki nak pergi Jepun lagi.. dan lagi..tapi negara lain banyak tak pi 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaannnn... Kalau tak tahu mmg tak tahu la jawap nya.. Naik feri sekejap sampai la ke Hokkaido huhuu.. Insyallah Jepun ni mmg kena repeat selalu hihihi.. ☺️👌🏻

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...