Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari Hong Kong & Macau Part 7 : Morning Briswalk A Ma Temple - Barra Woof Garden - Sai Van Lake
Selepas briswalk lebih 7km dari sebelum sunrise sehinggalah aku pulang semula ke hotel kira-kira jam 9.45 pagi. Masa berjalan tadi tak la terasa penat tapi bila dah sampai hotel landing atas katil rasa macam nak tercabut kaki hahaha. Masih tak sedar diri dah tak semuda dulu dan pintu 40 series dah berada di depan hidung huhuu..
 |
| Welcome to Cemiterio Islamico e Mesquita atau Macau Islamic Mosque & Cemetery. |
Sempat ambil nap hampir satu jam sebelum aku mengemas barang dan mandi sunat jumaat. Sharp pukul 11.30 pagi aku menyerahkan kad bilik pada reception dan mula melangkah menuju ke satu-satunya masjid yang ada di Macau ini.
Info dari google map, jarak hanya 1.5km berjalan kaki. Nice la.. Boleh jalan kaki dengan tenang sebab zohor pun masuk dalam 12.00 lebih. Dan hampir 80% perjalanan adalah laluan yang sama aku guna semalam ketika sampai di macau.
 |
| Solat jumaat di sini bermula jam 1.30 petang dan aku sampai pukul 12.30 tengah hari. |
Terlihat entrance ke Guia Hill Cable Car, bila dah kenal tempat mudah sangat nak jumpa. Semalam bukan main payah, tercari-cari entrance Guia Hill ini. Dan ketika ini terserempak dengan 2 pemuda dari Indonesia yang juga berjalan kaki ke masjid. Kami bertegur sapa dan terus aku follow mereka ke masjid, senang tak perlu nak tengok google map lagi 😎.
 |
| Pemandangan dari sisi belakang kanan masjid. |
 |
| Dan kawasan kuburan terletak di sebelah kanan masjid. |
 |
| Banyak kubur di sini berusia hampir 100 tahun. |
Cemiterio Islamico e Mesquita atau Macau Islamic Mosque & Cemetery adalah satu-satunya masjid di Macau yang aktif, menjadi tempat umat islam menunaikan solat 5 waktu berjemaah, tarawih, solat hari raya dan solat jumaat. Struktur asal telah dibina seawal kurun ke-18 oleh askar-askar portugis yang berbangsa India yang kebanyakan dari Goa dan Mumbai.
 |
Terdapat pokok Belimbing Besi yang sangat lebat buahnya. Disebabkan buahnya jatuh bergelimpangan. Aku pun petik la 6-7 biji 😅. |
Pada tahun 1935 - The Islamic Association of Macau (IAM) telah ditubuhkan bagi menjaga kepentingan orang islam dan kawasan ini. Asalnya ahli jawatan kuasa adalah dari bangsa asing yang beragama islam sebelum bertukar kepada bangsa China yang beragama islam (kebanyakan mereka telah berhijrah ke Macau kerana perang dan tekanan politik).
 |
| Pemandangan di satu-satunya ruang solat di masjid ini. |
 |
| Di bahagian belakang dan juga tempat untuk kaum wanita bersolat. |
Terdapat lebih kurang 120 kubur lama di sini dan ada di antaranya telah berumur hampir 100 tahun. Dan pada batu nisan di setiap kubur tertera pelbagai bahasa antaranya Arabic, Persian, Urdu, Chinese, English dan Portuguese.
Keseluruhan kawasan masjid ini sangatlah luas namun binaan masjid hanya 6.5 x 12 meters (dibina pada 1835) dan hanya boleh memuatkan kurang dari 60 orang jemaah dalam satu-satu masa. Binaan pintu masuk utama diperbuat dari batu ke kawasan masjid ini telah disumbangkan oleh Halima binti Sheik yang berbangsa India pada tanggal 27 Jun 1973.
 |
| Tempat wudhu lelaki di bahagian luar kiri masjid. |
Plan jangka masa panjang oleh IAM adalah membina sebuah masjid yang lebih besar bagi memuatkan sekurang-kurangnya 600 jemaah dalam satu-satu masa. Dan membina restoran halal dan tempat menjual bahan mentah halal terutamanya ayam dan daging. Oh ya cemetery di sini strictly hanya dibenarkan kepada warga islam Macau sahaja dikebumikan di sini.
 |
| Puas memutar seluruh kawasan masjid ini, jom lah kita masuklah ke dalam. |
 |
Alhamdulillah dapat menunaikan solat jumaat di bumi Macau ini. Terjumpa ramai pemuda dari Indonesia yang bekerja di sini dalam pelbagai sektor. |
Ketika sampai di masjid ini kelihatan keadaan sangatlah sunyi yang ada hanya pekerja pembesihan dan seorang security. Dan dimaklumakan solat hanya jumaat hanya akan bermula pada pukul 1.30 petang nanti. Memutarlah aku sekeliling kawasan masjid melihat perkuburan islam di sini dan sempat petik beberapa biji buah Belimbing Besi 😅.
 |
| Ada orang sedekah makanan setiap kali selepas solat jumaat di sini. |
 |
Menu hari ini adalah Nasi Biryani Ayam. Nampak simple tapi sedap. Ikutkan hati nak jer tambah dua kali tapi sebab duk makan bersama yang lain 😆. |
Aku pun mengambil wudhu dan duduk di dalam masjid sambil membaca Kahfi & Yasin sehinggalah orang ramai mula memenuhi suasana di dalam masjid. Khutbah bermula tepat jam 1.30 petang dengan campuran bahasa English dan Arabic.
Selesai solat aku bertegur sapa dengan beberapa orang jemaah yang datang dari pelbagai negara yang kesemuanya adalah bekerja di Macau. Dan paling best duduk berborak dengan beberapa Indonesian yang bekerja di sini. Sambil berborak mereka beritahu ada makanan percuma setiap kali selepas solat jumaat di sini dan kebiasaanya adalah Biryani Ayam.
 |
Alhamdulillah rezeki makanan selepas selesai Solat Jumaat. Selain nasi biryani tu semuanya dibawa oleh saudara-saudara dari Indonesia. |
Aku pun bangkit dan berjalan bersama 5 orang pemuda Indonesia ini ke bahagian depan bangunan majsid dan kelihatan seorang pakcik berbangsa india sedang serve nasi biryani dengan periuk yang besar. Ya Allah syukur sangat dapat makan free nasi biryani pulak tu huhu.. But Biryani di sini sangatlah lain dari rupa dan rasa tapi tetap sedap untuk aku 😉.
Kami pun mengambil tempat duduk bersila dan makan bersama dan kemudian datang lagi 2 orang Indonesia join makan bersama. Dan yang lebih mengejutkan boleh dikatakan setiap dari mereka membawa sesuatu. Paling rare Itik Salai.!!
 |
Syukur dijumpakan dengan orang-orang yang baik dari Indonesia. Sempatlah bertanya info mengenai pergerakan feri dari Macau ke Hong Kong. |
Ada yang bawa kek, kuih, coffee 3in1 dari Indonesia dan cucur sayur. Terus aku tanya di mana ada jual cucur sayur ini..? Kawan yang bawa cucur tu reply "Dia ni chef restoran di hotel.. Memang dia buat sendiri cucur ni..". Aku pun "Patut la sedap bangat..". Apa yang lebih semuanya mereka bungkuskan pada aku termasuklah beberapa ketul Itik Salai 😅.
Kami berborak soal kerja mereka di sini dalam pelbagai sektor (very interesting to know) dan berborak soal dunia pengembaraan aku. Lebih kurang jam 2.40 petang kami semua bersalaman dan berpisah dan aku terus berjalan sejauh 1km menuju ke Macau Outer Harbour Ferry Terminal bagi menyambung perjalanan ke next destination - Hong Kong.
Bersambung Hong Kong & Macau Part 9 : Perjalanan Dari Macau Outer Harbour Ferry Terminal Ke Hong Kong (Under Construction)
kagum sgt dgn ur PR skills...memang campak kat mana2 pun boleh hidup la sbb pandai make frens, then dpt free food tu tersangatlah best!! ok i tunggu ur next entry! nasi beriani tu buat i lapar (i masih on diet programme ni wpun ada jugak cheat day)
ReplyDelete