Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Tiada perancangan langsung untuk ke Hong Kong & Macau pada tahun 2026. Namun ketika wife diarahkan last minute oleh company untuk menghadiri conference di Hong Kong bersama beberapa staff yang lain maka aku pun decide untuk ikut sekali tanpa mengganggu aktiviti wife. Hanya sempat bertemu sebanyak 3 kali sahaja sepanjang masa berada di sana.
 |
| First experience flight with Hong Kong Express Airways dari Subang Airport. |
Wife di sponsor by company dapatlah naik Malaysia Airlines dan aku mencari flight yang paling murah maka dapatlah peluang unlock new experience with Hong Hong Express Airways and first time dapat tahu ada international flight dari Subang Airport. Tiada luggage dan hanya dibenarkan 4kg hand carry sahaja. Return flight ticket berharga RM607.00.
 |
| Tema warna purple lain dari yang lain tapi kena duduk belakang sekali tu yang tak best. |
Untuk aku travel seorang diri dah kira cukup dan tak perlu pun nak beli luggage. Wife fly Rabu pagi dan aku flight Khamis malam and the kids dipontengkan sekolah hari Jumaat. Khamis tu sempat the kids bersekolah macam biasa dan kemudian balik dari sekolah petang tu terus aku hantar ke rumah nenek yang memang dah half way untuk ke Subang Airport.
 |
| Kalau datang lewat pun tak perlu risau sangat sebab airport kecil sahaja. |
Sampai di kaunter nak check in flight ticket tiba-tiba staff sebut nama aku. Terus aku kata "Pertama kali nama saya disebut sebelum bagi passport 😅.. Macam mana boleh tahu?". Staff tu reply "Sebab ada 3 orang sahaja melayu dalam flight ini.. Lagi dua tu under satu booking number.. Sebab tu tahu siapa nama encik". Aku pun macam serious la hahaa..
 |
| Jom makan malam di Puas Cafe sebelum masuk ke Departure Gate. |
 |
Nasi Goreng yang aku pilih dapat teh o panas percuma. Nak cepat tapi tersalah order jenuh nak habiskan air panas hahahaa.. 😅 |
Waktu ini ada lebih kurang 50 minit lagi sebelum terbang sempatlah aku makan nasi goreng di salah satu cafe di sini.
Nasi goreng aku makan sedikit sahaja dan bungkus selebihnya. Sebab tiba-tiba wife whatsapp inform untuk tapau something yang boleh tahan lama sebab nanti di arrival Hong Kong Airport tiada makanan halal. Dan aku memang plan untuk bermalam di airport sebab arrival time pukul 1.30 pagi. So aku tapau Burger King sebab itu jer yang paling cepat.
 |
| Tapau Burger King di Subang Airpot untuk makan pagi esok di Hong Kong. |
Sampai di bahagian departure sebelum masuk ke aircraft ternampak la dua orang melayu selain aku tu dan aku assume mereka adalah husband and wife. Macam biasa aku jenis tak reti duduk diam, mesti nak bertegur sapa. Maka tahulah aku si wife ni pun nak pergi conference sama dengan wife aku and husband dia ikut teman sekali. Peramah mereka berdua.
 |
| Ruang menunggu sebelum dipanggul masuk ke dalam aircraft. |
 |
| Bertemu pasangan yang peramah dan sangat friendly Encik Nasser dan Puan Hani. |
 |
| HK Express boarding pass yang simple. Tak apa lah asalkan sampai destinasi. |
Alhamdulillah penerbangan yang sangat smooth dari Subang Ke Hong Kong dan tiba lebih awal dari waktu dijangkakan. Aku rasa pilot ni merempit sebab last flight nak balik awal tidur kot hahaha. Husband and wife tu ambil taxi ke hotel sebab under sponsor company juga. Dan aku ke surau untuk bersolat jama sambil membuang masa menunggu pagi.
 |
| Ada discount kalau beli inflight transport ke Hong Kong City dari airport. |
Review untuk Hong Kong Express Airways bagi aku sangatlah berbaloi dengan harganya yang murah. Seat lebih selesa sedikit dari Airasia. Ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai charter services dan pada tahun 2013 memulakan penerbangan sebagai low-cost carrier. Cuma 1 kekurangan untuk orang islam ialah tiada makanan halal disediakan dalam penerbangan.
 |
| Jom kita ke surau di area Departure Gate A. |
 |
| Sekadar nak merasa kenapa wanita suka ambil gambar depan cermin tandas 😅 |
 |
| Ruang solat yang disediakan di Hong Kong Airport ini. |
Untuk trip kali ini aku plan nak ke Macau sebelum ke Hong Kong dan aku dah book accommodation untuk 1 malam di Macau melalui Agoda.com. Macam mana nak ke Macau direct dari Hong Kong Airport insyallah nanti aku cerita di next entry Part 2. Sangatlah mudah, tak complicated langsung huhuu.. Dan bagi aku sangatlah berbaloi dan murah.
Semua perancangan dibuat dalam masa kurang dua minggu untuk trip ad hoc ini, memang kalam kabut dari mencari flight ticket murah, membuat tempahan penginapan dan itinerary. Bab apply cuti tu jangan ditanyalah macam mana hahahaa..
 |
| Tempat duduk di sini boleh baring. Mor ler kita tidur dulu sementara boleh. |
 |
| Dan dekat dengan tempat nak ambil air minum dan juga toilet. |
Disebabkan last minute booking accommodation dapatlah harga yang agak mahal di Macau dan di Hong Kong yang memang dah dikenali mahal menjadi bertambah berganda mahal. Namun aku tetap mencari yang murah di antara termurah. Tapi..
Review hotel - Di Macau tersenyum melihat keadaanya yang selesa untuk berehat dan boleh enjoy tidur malam tapi hotel di Hong Kong macam nak nangis dibuatnya 😅. Not recommended for senior and women traveler and over size person. Buka pintu bilik langgar katil. Buka pintu tandas langgar mangkuk tandas. Begitulah kalau nak mudah faham hahaa.. 😂
Bersambung Hong Kong & Macau Part 2 : Pengalaman Menaki Bas Dari Hong Kong Airport Ke Macau (Under Construction)