Pages

Friday, 21 August 2026

Hong Kong & Macau Part 1 : Unlock New Experience With Hong Kong Express Airways

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Tiada perancangan langsung untuk ke Hong Kong & Macau pada tahun 2026. Namun ketika wife diarahkan last minute oleh company untuk menghadiri conference di Hong Kong bersama beberapa staff yang lain maka aku pun decide untuk ikut sekali tanpa mengganggu aktiviti wife. Hanya sempat bertemu sebanyak 3 kali sahaja sepanjang masa berada di sana.

First experience flight with Hong Kong Express Airways dari Subang Airport.
Wife di sponsor by company dapatlah naik Malaysia Airlines dan aku mencari flight yang paling murah maka dapatlah peluang unlock new experience with Hong Hong Express Airways and first time dapat tahu ada international flight dari Subang Airport. Tiada luggage dan hanya dibenarkan 4kg hand carry sahaja. Return flight ticket berharga RM607.00.

Tema warna purple lain dari yang lain tapi kena duduk belakang sekali tu yang tak best.
Untuk aku travel seorang diri dah kira cukup dan tak perlu pun nak beli luggage. Wife fly Rabu pagi dan aku flight Khamis malam and the kids dipontengkan sekolah hari Jumaat. Khamis tu sempat the kids bersekolah macam biasa dan kemudian balik dari sekolah petang tu terus aku hantar ke rumah nenek yang memang dah half way untuk ke Subang Airport.

Kalau datang lewat pun tak perlu risau sangat sebab airport kecil sahaja.
Sampai di kaunter nak check in flight ticket tiba-tiba staff sebut nama aku. Terus aku kata "Pertama kali nama saya disebut sebelum bagi passport ๐Ÿ˜….. Macam mana boleh tahu?". Staff tu reply "Sebab ada 3 orang sahaja melayu dalam flight ini.. Lagi dua tu under satu booking number.. Sebab tu tahu siapa nama encik". Aku pun macam serious la hahaa.. 

Jom makan malam di Puas Cafe sebelum masuk ke Departure Gate.
Nasi Goreng yang aku pilih dapat teh o panas percuma. 
Nak cepat tapi tersalah order jenuh nak habiskan air panas hahahaa.. ๐Ÿ˜…
Waktu ini ada lebih kurang 50 minit lagi sebelum terbang sempatlah aku makan nasi goreng di salah satu cafe di sini. 

Nasi goreng aku makan sedikit sahaja dan bungkus selebihnya. Sebab tiba-tiba wife whatsapp inform untuk tapau something yang boleh tahan lama sebab nanti di arrival Hong Kong Airport tiada makanan halal. Dan aku memang plan untuk bermalam di airport sebab arrival time pukul 1.30 pagi. So aku tapau Burger King sebab itu jer yang paling cepat.

Tapau Burger King di Subang Airpot untuk makan pagi esok di Hong Kong.
Sampai di bahagian departure sebelum masuk ke aircraft ternampak la dua orang melayu selain aku tu dan aku assume mereka adalah husband and wife. Macam biasa aku jenis tak reti duduk diam, mesti nak bertegur sapa. Maka tahulah aku si wife ni pun nak pergi conference sama dengan wife aku and husband dia ikut teman sekali. Peramah mereka berdua.

Ruang menunggu sebelum dipanggul masuk ke dalam aircraft.
Bertemu pasangan yang peramah dan sangat friendly Encik Nasser dan Puan Hani.
HK Express boarding pass yang simple. Tak apa lah asalkan sampai destinasi.
Alhamdulillah penerbangan yang sangat smooth dari Subang Ke Hong Kong dan tiba lebih awal dari waktu dijangkakan. Aku rasa pilot ni merempit sebab last flight nak balik awal tidur kot hahaha. Husband and wife tu ambil taxi ke hotel sebab under sponsor company juga. Dan aku ke surau untuk bersolat jama sambil membuang masa menunggu pagi.

Ada discount kalau beli inflight transport ke Hong Kong City dari airport.
Review untuk Hong Kong Express Airways bagi aku sangatlah berbaloi dengan harganya yang murah. Seat lebih selesa sedikit dari Airasia. Ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai charter services dan pada tahun 2013 memulakan penerbangan sebagai low-cost carrier. Cuma 1 kekurangan untuk orang islam ialah tiada makanan halal disediakan dalam penerbangan.

Jom kita ke surau di area Departure Gate A.
Sekadar nak merasa kenapa wanita suka ambil gambar depan cermin tandas ๐Ÿ˜…
Ruang solat yang disediakan di Hong Kong Airport ini.
Untuk trip kali ini aku plan nak ke Macau sebelum ke Hong Kong dan aku dah book accommodation untuk 1 malam di Macau melalui Agoda.com. Macam mana nak ke Macau direct dari Hong Kong Airport insyallah nanti aku cerita di next entry Part 2. Sangatlah mudah, tak complicated langsung huhuu.. Dan bagi aku sangatlah berbaloi dan murah.

Semua perancangan dibuat dalam masa kurang dua minggu untuk trip ad hoc ini, memang kalam kabut dari mencari flight ticket murah, membuat tempahan penginapan dan itinerary. Bab apply cuti tu jangan ditanyalah macam mana hahahaa..

Tempat duduk di sini boleh baring. Mor ler kita tidur dulu sementara boleh.
Dan dekat dengan tempat nak ambil air minum dan juga toilet.
Disebabkan last minute booking accommodation dapatlah harga yang agak mahal di Macau dan di Hong Kong yang memang dah dikenali mahal menjadi bertambah berganda mahal. Namun aku tetap mencari yang murah di antara termurah. Tapi..

Review hotel - Di Macau tersenyum melihat keadaanya yang selesa untuk berehat dan boleh enjoy tidur malam tapi hotel di Hong Kong macam nak nangis dibuatnya ๐Ÿ˜…. Not recommended for senior and women traveler and over size person. Buka pintu bilik langgar katil. Buka pintu tandas langgar mangkuk tandas. Begitulah kalau nak mudah faham hahaa.. ๐Ÿ˜‚

Bersambung Hong Kong & Macau Part 2 : Pengalaman Menaki Bas Dari Hong Kong Airport Ke Macau (Under Construction)

Wednesday, 19 August 2026

First Morning Sharing This Month

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Turning to 40 series just right at the corner.

Still enjoy the moment and love to create lovely moment with them.


Friday, 14 August 2026

Trip Memancing Di Rumah Rakit Wak Mie Telok Nipah - Pulau Indah Klang

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sesudah selesai menulis kisah kembara solo di trip 3 negara Turkiye, Bulgaria dan Romania. Maka  jom lah kita menulis entry yang santai-santai mengenai aktiviti tuan blog bila ada kelapangan. Yang tak lain adalah aktiviti memancing ๐ŸŽฃ.

Sampai jeti waktu ini sangatlah sunyi dan gelap. Kereta parking nun dalam gelap sana tu.
Trip ke rumah rakit ini berlaku pada bulan Januari 2026 dan baru sekarang ada peluang nak menulis. Dari 5 orang yang merancang hanya 2 orang sahaja yang show up untuk trip kali ini. Tapi tak apa lah asalkan jangan seorang diri naik rumah rakit waktu malam unless kalau betul-betul berani silakan. Siapa yang tahu dan faham maka tahulah ia hahaha ๐Ÿ˜….

Sampai di jeti terus angkut semua barang-barang ke atas bot dan kami terus bergerak.
Okay kita bukan nak cerita seram tapi nak cerita pasal memancing semalaman di atas rumah rakit. Sebelum ke Klang, aku pickup seorang sahabat yang aku kenal dari bangku sekolah rendah lagi iaitu Fathullah di Ampang. Dan kemudian kami berhenti di Speed 99 untuk membeli segala ration untuk bertahan hidup sehingga pagi esok di atas rumah rakit.

Antara bekalan yang dibawa untuk bermalam di atas rumah rakit.
Stove kena bawa kalau nak memasak especially nak buat kopi dan mee segera.
Sampai di Jeti lebih kurang jam 9.00 malam. Wak Mie dah pun menunggu kami disebabkan kami adalah trip terakhir yang beliau akan hantar menaiki bot ke rumah rakit yang terletak di tengah-tengah muara yang luas dan dikelilingi hutan paya bakau dengan keadaan yang gelap dan sunyi. So fahamkan kenapa jangan pergi seorang diri huhuu.

Umpan untuk trip kali ini aku gunakan isi udang, isi ikan sardin dan sotong. Sempat membeli umpan cacing pumpun dari orang asli di area Laguna Park sebelum tiba di jeti. Sebelum 9.30 malam kami dah pun berada di di atas rumah rakit. 

Sepatutnya boleh check in seawal jam 6.00 petang tapi disebabkan kami lambat dek kerana beberapa orang yang cancel last minute. Apa pun syukur dapat juga naik rumah rakit. Wak Mie kata esok pagi dia akan datang ambil jam 8.00 pagi.

Suasana yang indah dengan pemandangan matahari terbit. 
Kena tidur sejam dua sebelum subuh dan kemudian menikmati view sunrise.
Tapi dekat pukul 10.00 pagi juga baru Wak Mie datang ambil kami sebab katanya nak tunggu kumpulan pemancing yang nak masuk pagi. Dan kami pun memang suka la sebab ada lebih masa nak mancing. Waktu pagi selepas subuh memang waktu ikan tengah galak makan umpan. Syukur dapat la jugak ikan tetanda dengan senangin di sebelah pagi.

Tiada hasil yang kasar sebab sepanjang malam arus air agak mati.
Hasil di pagi hari. Kira okay la boleh masak lauk kat rumah :D
Disebabkan malam tadi tak nampak apa maka kita tunggulah esok pagi waktu matahari terbit ketika pemandangan dari rumah rakit ini sangatlah indah. Kalau nak bergambar dengan view pemandangan silalah ke rumah rakit ya. 

Oh ya tandas dan air bersih untuk kegunaan luaran serta lampu dari tenaga solar juga disediakan di sini. 

Sebuah pondok kecil sahaja. Ada disediakan toto untuk tidur di dalam.
Pernah sekali bawa wife and the kids 4 orang datang memancing di rumah rakit ini tapi kami ambil dari pukul 3.00 petang sehingga 10.00 malam sahaja. Hurmm kalau nak stay over night di sini mungkin tunggu mereka besar sedikit. Risau juga kalau nak bermalam di sini dengan the kids. But if ramai adult tak la risau sangat. Kalaua korang macam mana? ๐Ÿ˜‰

Alhamdulillah keadaan yang sangat bersih.  Dah datang jangan tinggalkan sampah ya.
Tandas terletak di hujung dan air bersih (air hujan) satu tong biru tu disediakan.
Overall kalau datang nak memancing semata-mata, bagi aku rumah rakit ini dah cukup selesa.

But if datang dengan keluarga mungkin agak kurang sesuai sebab tiada apa-apa yang disediakan di sini. If rumah rakit yang lebih mahal sedikit seperti di entry-entry trip mancing lain di blog ini. Ia lebih sesuai sebab dapur dan peralatan memasak, elektrik untuk charge handphone, kipas dan tv disediakan. Katil, bantal dan toto juga disediakan

Dah naik rumah rakit wajib kutip kupang. Alhamdulillah dapat lebih 5 kg.
Rumah Rakit Wak Mie Teluk Nipah ni sangatlah murah dan memang tak boleh lawan rumah rakit yang lain yang berharga lebih RM200-300 untuk satu malam atau untuk 12 jam. Dan harga untuk 24 jam dan harga pada waktu weekend dan public holiday akan jadi lebih mahal. 

Macam aku kalau datang nak mancing memang selalu ke ke sini but if bawa the kids and wife memang kena pilih yang lebih selesa. Sambil memancing sambil bawa family beriadah dan bercuti serta ajar the kids survival skill memancing ๐Ÿ˜‰.

Boleh baca trip memancing di rumah rakit yang lain jika berminat:-

Thursday, 13 August 2026

Selesai Menulis 25 Entry Untuk Trip Turkiye - Bulgaria - Romania

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Hari ini 10 Ogos baru dapat nak buka laptop untuk update blog ini dan membalas segala comment yang ada di beberapa entry. Nasib la bukan blog terkenal maka tiadalah banyak comment yang perlu dibalas di blog ini hihii ๐Ÿ˜….

Walau kesibukan setiap hari dan tanpa disedari, aku berjaya juga menghabiskan cerita untuk trip 3 negara Turkiye, Romania dan Bulgaria. Entry pertama di tulis pada 13 February 2026 dan final entry pada 31 July 2026.

Last moment di Istanbul Airport sebelum boarding Turkish Airlines.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada yang telah membaca dan yang memberikan comment especially pada setiap entry. Nanti aku buat kira-kira siapa yang ada comment pada setiap entry ini. Insyallah aku akan bagi hadiah special ๐Ÿ’ช.

Turkey

Part 1 : Menginap Satu Malam Di Shelton Airport Hotel
Part 2 : Havaist Airport Shuttle To Esenler Otogar (Istanbul Bus Sttaion)
Part 3 : Perjalanan 12 Jam Menaiki Bas Dari Bucharest Romania Ke Turkey
Part 4 : Menaiki Train Dan Tram Dari Otogar Esenler Ke Sultanahmet
Part 5 : Ancient Town Hotel 3D2N - Sultanahmet Square & Camii (Blue Mosque)
Part 6 : Sultan Ahmet Tomb - Hagia Sophia - Gรผlhane Park - Sarayburnu Hill
Part 7 : Sokollu Mehmed Pasha Mosque - Kadirga Limani Street Night Walk
Part 8 : Bosphorus Sunset Cruise Tour - Visit ฤฐBB Beylerbeyi Parkฤฑ
Part 9 : Visit Galata Tower Free Entrance On Tourism Week Celebration (Final)

Bulgaria

Part 1 : Tiba Di Sofia Selepas 9 Jam Perjalanan Bas Dari Istanbul
Part 2 : Banya Bashi Mosque - Hot Spring Drinking Water - Stivan Iskar Hotel
Part 3 : The History of Ancient Serdica City - 1st Century AD
Part 4 : Saint Nedelya Orthodox Cathedral - Vitosha Boulevard
Part 5 : Ketemu Solo Traveler Serumpun & Visit Cathaderal Saint Alex Nevsky
Part 6 : Misi Mencari Makanan Halal Di Central Market Hall
Part 7 : Free Walking Tour Sofia City - My Last Moment (Final)

Romania

Part 1 : Menaiki Bas Lewat Malam Dari Sofia Ke Bucharest
Part 2 : Menaiki Train To Brasov City - The Legendary Dracula Home Town
Part 3 : Ziarah Brasov Old Town 13 Century - The Heart Of Transylvania
Part 4 : Back to Bucharest - Check In 2D1N At Hotel Carpati Imparatul Romanilor
Part 5 : Briswalk Early Morning - Visit Bucharest Old Town
Part 6 : Keunikan Hanu' Lui Manuc Restaurant & Hotel Yang Bersejarah
Part 7 : Hanul Cu Tei (Old Town ) & Ion Constantin Brฤƒtianu Monument
Part 8 : Monument Arcul de Triumf - Masjid At-Taqwa - Efes Turkish Cuisine
Part 9 : Afternoon Walk At Dรขmboviศ›a River - Final Moment In Bucharest (Final)

View dari depan Hotel Shelton di enrty Istanbul Part 1.

By the way just nak tahu juga apa feedback u all yang dah baca my journal di 3 negara ini. Jika ada cadangan untuk penambahbaikan silalah maklum di ruang comment ya. Insyallah nak perbaiki lagi penulisan dan lebih friendly di blog ini. 

Bulan ini mungkin nak rehat banyak maka mungkin juga akan kurang update blog but insyallah next month kita akan start menulis balik journal. Dan untuk tahun 2025 hanya ada satu trip ke Europe untuk ditulis iaitu trip selama 15 hari ke Switzerland, Germany, France, Luxembourg, Austria, Liechtenstein dan Turkiye (Transit 24 hours by Turkish Airlines).

Atau akan update Trip Hong Kong & Macau pada February tahun ini dan atau juga Trip Raya Yunan March 2026 ๐Ÿ™‡

Friday, 7 August 2026

Update Entry Pertama Bulan Ini - Banyak Hal

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Nampak elok keadaan sepanjang minggu ini.. Agak tenang jika dibandingkan dengan keadaan di minggu lepas yang banyak terkejar sana sini. Menguruskan anak-anak dan urusan kerja. 

Syukur semua anak anak sihat dan dapat bersekolah dari Isnin sampai hari ini.

Pagi isnin syukur dapat breakfast berdua dengan wife selepas selesai hantar semua anak-anak ke sekolah. 

Ice Americano with English Tea.
Salmon Sandwich with Half Boil Egg RM33.00 (Free Ice Americano).
Wife macam biasa pilih English Breakfast dapat free English Tea.
Namun kecerian kami berdua bersarapan bersama tidak kekal lama. On the way balik ke rumah kereta kami dilanggar oleh sebuah lori dari arah kanan. Syukur sempat mengelak ke kiri sehingga naik ke atas divider. Side mirror pecah melambung dan dari pintu belakang sampai lampu depan digeselnya. Ujian di awal pagi isnin ๐Ÿ˜….

Baru selesai breakfast berdua kena hentam dengan lori on the way balik.
But syukur pemandu lori mengaku salah dan katanya dia tak nampak ada kereta di sebelah kiri. Kami buat report polis 30 minit sebab nak kena uruskan pertukaran sekolah anak anak tengah hari tu.  Call agent insurance itu ini, minggu depan kereta masuk bengkel. Bertabah la kereta tak sampai 2 tahun setengah lagi ๐Ÿ˜….

Buat kerja kebajikan di bawah PIBG sekolah agama anak.
Okay done susun order t shirt sukan pelajar ikut setiap kelas.
Alhamdulillah baju sukan sekolah juga siap minggu ni. Tahun ini pertama kali dilantik jadi AJK PIBG sekolah agama anak. Maka sibuk sikit lah membantu mana yang boleh. First batch 241 helai baju selamat diserahkan pada murid-murid sekolah. Insyallah second batch hujung bulan ni.

Tak ada rezeki nak jejakkan kaki ke Manaman, Bahrain tahun ini.
Tengah tengok mana destinasi lain yang boleh ditukar dengan nilai yang sama.
Dapat pula email dan whatsapp dari AirAsia - Pemberitahuan flight ticket Kuala Lumpur - Bahrain bulan 10 ini dibatalkan disebabkan conflict yang tidak berkesudahan di timur tengah. Baiklah kita stay at home tenang-tenang if tak ada promo tiket lain ๐Ÿ˜…. Harga promo tak sampai RM600.00 return sayang nya huhu.. Btw my birthday was few days ago. ๐Ÿ˜†

Friday, 31 July 2026

Istanbul Part 9 : Visit Galata Tower Free Entrance On Tourism Week Celebration

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Istanbul Part 8 : Bosphorus Sunset Cruise Tour - Visit ฤฐBB Beylerbeyi Parkฤฑ

Semalam masa di atas cruise, ketika aku duduk menikmati cookies dan hot tea dalam perjalanan pulang ke terminal feri. Satu couple dari UK yang telah berusia mungkin dalam hujung 50-an berborak dengan aku. Dari perbualan dengan mereka aku diberitahu bahawa untuk seminggu ini masuk ke Galata Tower adalah percuma sempena Tourism Week.

Pemandangan dari salah satu sudut di atas Galata Tower Museum.
Keesokan pagi aku inform Kak D dan Abg N masa breakfast "Jom pergi ke Galata Tower pagi ini?". Terus di reject katanya dah tak larat nak berjalan dan dah tak sabar nak balik Malaysia. Aku pun kata "Okay saya pergi sendiri la kalau macam tu".

Dan aku kata lagi akan balik semula ke hotel sebelum waktu check out dan kemudian kita akan terus ke airport bersama. Elok selepas breakfast di pantry hotel tu terus aku turun ke bilik, menukar baju. dan kemudian berjalan ke arah station tram yang terdekat untuk menuju ke area Galata.

Menaiki Tram dari Station Sultanahmet. Terdapat sebuah masjid bersebelahan station.
Sampai di Station Karakoy - kami berjalan sejauh 650 meter ke Galata Tower.
Semasa aku di Sultanahmet Square, terlihat abang baju belang yang aku tegur subuh semalam bersama keluarga beliau. Kami bertegur dan terus aku kata "Saya nak pergi Galatan Tower sebab hari ni free entrance.. Kalau nak ikut jom la..". Terus mereka kata "Kami nak ikut sebab kalau sendiri tak tahu nak pergi macam mana".

Syukur at last sampai juga di Galata Tower. Basah jugak la ketiak hahaha..
Ada pulak rombongan kanak-kanak sekolah dan mereka dapat priority pulak ๐Ÿ˜…
Ramai beratur dah jadi macam ular dan ramai juga yang cuba nak potong que.
Perempuan baju pink dan putih tu kena halau sebab kami bagitau mereka jump que.
Kami bertigalah yang kantoi orang perempuan tadi yang potong que.
Dalam masa tak sampai seminit terus aku jadi tour guide tak bertauliah kepada warga Malaysia ini. Ada 3 orang dewasa dan 6 kanak-kanak. Dan aku beritahu kena gerak cepat sedikit sebab petang ni nak ke airport balik ke Malaysia.

Kami menaiki tram dari Sultanahmet Station Line T1 KabataลŸ–BaฤŸcฤฑlar dan turun selepas 4 station iaitu di Karakรถy Station (located right at the base of the Galata district). Tram berhenti betul-betul selepas Galata Bridge. Dan dari Karakรถy Station kami berjalan kaki lebih dari 650 meter untuk menuju ke Galata Tower. 

Kita akan naik lift dari bawah dan keluar di tingkat 6.
Dari tingkat 6 kita akan naik tangga berpuisng menuju ke tingkat 7.
Tapi jalan bukan mendata yer.. naik bukit..!! aku pun tak expect ๐Ÿ˜… terus tanya dengan mereka "Larat ke ni jalan naik ke Galata Tower?" Terus mereka kata insyallah larat sebab dah datang jauh dari Malaysia kan ๐Ÿ˜„. Risau juga sebab ada anak kecil ikut sekali termasuklah satu yang dalam stroller. Aku pula tengah kejar masa nak balik sebelum waktu check out.

Keadaan ruang di tingkat 7. 
Pemandangan dari tingkap di tingkat 7.
Untuk jalan naik ke Galata Tower insyallah tak susah dan tak senang nak sesat sebab selagi mana kita berjalan menaiki ke atas pasti akan menuju ke Galata Tower. Dan signboard pun agak banyak memberi arah tuju. Dan di sepanjang perjalanan naik ke atas di kiri dan kanan kita dipenuhi dengan banyak kedai-kedai manisan, souvenir, kedai makan dan cafe.

Keadaan di tingkat 8 - Orang ramai lebih menumpu untuk ke sini.
Ada replika besar hampir keseluruhan Bandar Istanbul.
Aku kata "Kita naik Galata Tower dulu.. nanti on the way balik barulah singgah mana-mana kalau nak beli apa-apa". Once kami sampai di Galata Tower, kelihatan orang ramai beratur seperti ular untuk naik ke tower dan kami menunggu lebih kurang 20 minit untuk sampai ke pintu masuk.

Ketika beratur ada beberapa orang yang cuba potong que tapi pihak keselamatan memang pantau jika kantoi memang akan dihalau dari barisan dan perlu beratur semula. Dan itu yang terjadi di hadapan kami apabila seorang wanita awal 20-an bersama ibunya dihalau sebab kami inform pada pihak keselamatan mereka potong que. Terasa puas hati di situ.

Pemandangan tingkap dari tingkat 9 ke arah laluan laut Bosphorus.
Di sebelah Galat Bridge tu kami naik cruise petang semalam.
Disebabkan free entrance maka agak penuh manusia di dalam Galata Tower dan setiap seorang yang keluar maka hanya seorang sahaja yang dibenarkan masuk. Kami spend hampir 30 minit di dalam Galata Tower untuk explore setiap penjuru. Alhamdulillah memang satu pengalaman yang sangat menakjubkan berada di menara yang berusia ratusan tahun ini.

Tangga terkahir menuju ke tingkat paling atas.
Boleh jalan-jalan di luar ini tapi agak sempit dan kena berselisih dengan orang.
Dibina ketika era Byzantine dan mengalami kemusnahan yang teruk dalam serangan Crusaders terhadap Empire Byzantine during The Sack of Constantinople in 1204. Dibina semula pada tahun 1348M dengan ketinggian 219.5 kaki atau 66.9 meter yang pada ketika menjadi bangunan paling tinggi di Constantinople.

Ottomaniyah menawan Constantinople pada tahun 1453M dan terus digunakan sebagai watchtower bagi memantau pergerakan kapal di lautan terutamanya. Pada tahun 1717M Ottomaniyah menggunakan ia sebagai pusat pemantauan kebakaran terutamanya di kawasan old town. Besama-sama Beyazฤฑt Tower atau juga dikenali sebagai Seraskier Tower.

Pada 1831M telah terjadi kebakaran di Galata Tower yang menyebabkan kerosakan yang teruk dan kerja-kerja baik pulih dan naik taraf dijalankan serta-merta. Di awal kurun ke-19 Galata Tower tidak memiliki atap atau bumbung sehinggala ia dipasang semula pada kerja-kerja naik taraf di antara 1965-1967M. Telah dibuka semula pada 2020 sebagai muzium.

Penutup tower yang putih baru lagi dibina tapi yang tepi tu dah lama.
Selesai meneroka kami berjalan pulang ke arah Tram Station dan ketika ini mata mula mencari souvenir dan mereka yang lain nak beli manisan. Kami masuk di salah satu kedai manisan, diberikan teh pelbagai rasa dan tester yang sangat banyak. Nasib la mereka membeli dengan agak banyak juga. Aku jadi tukang tawar harga dan hanya makan tester sahaja.

Keadaan di tingkat paling atas Galata Tower Museum.
Terdapat lukisan pemandangan Istanbul pada suatu ketika dahulu di sini.
Selesai membeli apa yang dihajati, kami berjalan keluar dari kawasan old town dan terakhir berhenti makan di sebuah kedai shawarma. Aku melihat jam "Ok sempat lagi ni nak makan" sebab waktu check out adalah pada pukul 12.00 tengah hari. Mereka cuba nak belanja aku tapi aku menolak sambil berkata "Nanti belanja saya makan di Malaysia sahaja".

View paling tinggi di Galata Tower.
Kami berpisah sebelum aku menaiki tram pulang ke Sultanahmet. Aku memberikan beberapa info mengenai keadaan di area Taksim ini, jika mereka nak berjalan-jalan area sini. Ucapan terima kasih diberikan kepada aku dengan lambaian sebelum aku menaiki tram dan itu adalah kali terakhir aku melihat mereka sehingga entry ini ditulis.

Sebelum keluar dari Galata Tower terdapat kedai souvenir.
Kita akan keluar mengikut pintu yang berlainan dari kita masuk tadi.
Bila aku sampai di depan hotel kelihatan Kak D, Abg N dan Ust Syakirin duduk diluar bersama luggage mereka termasuklah beg backpack aku. Aku tanya "Kenapa duduk di luar bersama beg ini?" Abg N kata orang hotel suruh keluar awal sebab masa masuk hari tu dia bagi masuk awal sejam. Terus aku macam "Eh kebodohan apakah ini?".

Lepas visit Galata Tower kita hunting manisan turkey yang mencabar iman ini.
Berkotak-kotak mereka beli sebab banyak mereka beli mudah aku nak minta tawar.
Puas membeli jom la kita balik. Time balik turun bukit tak la penat sangat.
Singgah makan di restoran tepi jalan ini. Shawarma dia memang tak main main ๐Ÿ˜„
Kedai makan ni tak jauh dari Karakoy Station. Masa 2025 pun aku repeat makan sini.
Rupanya dah hampir 30 minit mereka duduk di luar, terasa bersalah pula. Ikutkan timing aku memang pulang sebelum waktu check out. Dan terus aku mencari transportation untuk ke airport dan ketika ini agak susah nak dapat teksi. Dan tiba-tiba terlihat satu kedai transport terus aku tanya ada transport nak ke airport? dia kata 5 minit, nak check dulu.

Baju kuning owner kedai - Baju putih tu driver van VIP kami.
Harga cuma 200 lira seorang dari Sultanahmet ke Istanbul Airport ๐Ÿ‘.
Masa 5 minit tu bukan setakat dapat jawapn tapi kenderaan terus sampai di hadapan kami. Sebuah van VIP berwarna putih yang hanya ada 4 tempat duduk sahaja, tersangatlah selesa, very unexpected. Harga sangatlah murah hanya 200 lira sahaja seorang untuk ke airport. Terus kami naik dan selamat sampai di airport hampir sejam kemudian.

Tepat pukul 7.00 petang waktu tempatan pesawat Emirate Airlines mula meninggalkan Istanbul International Airport. Maka berakhir kembara aku di Turkiye, Bulgaria dan Romania. Tapi cerita kami belum tamat sebab aku pilih transit di Dubai selama 23 jam yang membolehkan aku bawa mereka berjalan-jalan di Dubai pula ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜‰ - THE END.