Pages

Tuesday, 26 November 2013

United Arab Emirate Part 1 : Dubai As Transit Destination

Assalamualaikum.. 

Sebelum aku mulakan cerita pengembaraan solo aku di Borneo dari Miri sampai ke Kota Kinabalu.. aku nak share pengalaman di Dubai, U.A.E.. dan kongsi sket maklumat berkenaan Airport Dubai nie.. sebab ada ramai yang bertanya.. aku tak la tahu semua benda di Dubai.. tapi sebab dah pernah transit beberapa kali di sini.. so nak kongsi sket apa yang aku tahu..

Pemandangan Sunrise dari dalam pesawat Emirate Airlines
Pemandangan Bandar Dubai.. Padang Pasir yang di bangunkan..

Okay first.. aku nasihatkan.. kalau boleh.. JANGAN jadikan Dubai nie sebagai destinasi utama korang untuk melancong.. sebab nyer ialah.. kalau boleh kita melawat negara ni sebagai destinasi transit.. rugi kalau beli tiket return Dubai - Kuala Lumpur dengan Emirate Airlines.. sebab terbang dengan Emirate Airlines dari Kuala Lumpur ke Istanbul harga ticket sama dengan terbang ke Dubai..

Dan bila menggunakan perkhidmatan Emirate Airlines.. maka gunalah peluang ini untuk transit di Dubai.. masa nak beli tiket tu.. minta lah dengan travel agent or airlines company untuk dapatkan transit paling maximum.. Aku biasa akan amik transit lebih 1 Hari 1 Malam di Dubai.. at least boleh jalan2 Bandar Dubai.. dan tak ada extra charge pun.. harga still sama kalau transit lama..


Jom Pusing Dalam Dubai Airport

Arrival Hall..

International Transit Terminal

Untuk Warganegara Malaysia.. kita akan dapat visa on arrival.. selama 30 hari.. tanpa perlu bayar apa2.. free jer.. tak macam Jordan, Oman atau Qatar kene bayar visa on arrival.. okay back to first point.. Airport Dubai.. ada something yang aku nak share.. sebab ramai yang tahu perkara nie..

Bagi mereka yang transit di Dubai Airport dengan menaiki pesawat Emirate Airlines atau dengan kata lain Passenger of Emirate Airlines.. Jika transit lebih dari 4 jam.. maka mereka layak untuk mendapatkan Hidangan Meal Free dari pihak Emirate Airlines..

Itu lah kadang2 aku kesian tengok ada pakcik makcik yang dah berumur atau sebuah keluarga yang tak berkemampuan.. duduk melopong kelaparan.. menunggu connecting flight berjam lama nyer.. mereka tak tahu ada makanan sedap boleh di makan dan penting ia percuma..


Ini kaunter voucher meal di  Terminal Gate B..
Khas untuk passenger Emirate Airlines.. 
Ini dia Meal Voucher makanan Emirate Airlines..
4 jam untuk satu voucher.. aku amik 2 sebab transit lebih 24 jam..

Pilihan masing2 untuk tukar voucher di restoran mana yang anda suka..

First voucher - aku makan malam di restoran Ocean Basket di Gate B..
Nasi bersama Ikan goreng salut tepung.. dengan kuah mushroom soup..
Second Voucher aku makan di Restaurant Taste of India di Terminal Gate A..
Restoran ni aku pilih sebab ada buffet untuk breakfast..

Kalau dulu actually lagi best.. bukan hidangan meal.. tapi Buffet khas dari pihak Emirate Airlines.. pelbagai jenis makanan dari lebih 35 negara ada kat buffet nie.. bagi setiap yang transit lebih 4 jam.. layak masuk buffet nie..

Makan la apa saja.. dan boleh order apa saja minuman berkarbonet, jus, coffee, tea etc.. dan makan yang di sediakan adalah untuk semua jenis - breakfast - lunch - supper - dinner.. makna kata sandwich untuk breakfast hingga lah nasi biryani or other heavy food semua ada..


Starter for breakfast - roti siput dengan jam :D
Antara hidangan buffet disini.. Nasi goreng pun ada :D
Pemandangan dalam restoran agak mahal ni.. tapi yang penting free.. 
Tapi sekarang buffet tu dah tutup.. pihak Emirate Airlines hanya akan memberi kupon untuk mengambil makanan di restoran2 terpilih seperti McDonald, Ocean Basket, Taste of India etc.. so kalau tak nak transit lama2 pun.. at least transit la minimum 4 jam..

Boleh dapat makanan free.. dan terminal transit ni pun besar.. 4 jam kira sesuai la.. sebab shopping duty free pun best jugak dalam airport nie.. nak guna internet pun Wifi free.. kalau tak ada laptop nak guna internet.. boleh guna komputer yang di sediakan.. tapi free komputer hanya di sediakan di bahgian Gate B transit terminal sahaja..

Untuk Sambungan Ke Entry Seterusnya Sila Klik Link Di Bawah :

United Arab Emirate Part 2 : Escape From Airport To Dubai City
United Arab Emirate Part 3 : Interesting Place To Visit In Dubai
United Arab Emirate Part 4 : Biar Gambar Berbicara ( Final )

Friday, 22 November 2013

Perjalanan Suka Duka Di Mozambique

Cerita untuk negara ni dah lama aku start tulis tapi ntah tak tahu kenapa tak boleh nak siapkan.. mungkin sebab tak ada cerita yang menarik sangat.. sebab semua yang di plan tak menjadi.. Dan sampai sekarang aku still marah kat pegawai2 immigration dan askar2 mozambique yang suka minta duit for every single thing..

Entry ni sepatut nyer menjadi penutup untuk trip aku ke 4 negara.. Zimbabwe - Zambia - Malawi - Mozambique.. tapi untuk part penutup trip nie.. iaitu negara Mozambique.. aku tak ada apa nak kongsi.. tapi di sebabkan ianya satu dari perjalanan aku.. so aku share jer lah..


Bandar Tete adalah tempat persinggahan..
Kalau travel dari Malawi ke Zimbabwe..
Untuk visa Mozambique nie.. kene bayar RM 110.00 untuk 3 bulan..
BUT.. only 3 days for single entry.. Apakah...

Plan asal aku ialah sepatut nyer dari Wilayah Blantyre - selatan negara Malawi aku akan cross border ke utara negara Mozambique di Wilayah Tete dan akan travel sejauh 1250 km ke Wilayah Maputo di selatan negara Mozambique.. perjalanan yang akan mengambil masa selama 3 hari.. termasuk berhenti bermalam di pertengahan perjalananan nanti..

Perjalanan dari South Africa ke Zimbabwe.. Zimbabwe ke Zambia.. Zambia ke Malawi.. alhamdulillah semua berjalan seperti apa yang di rancang.. tapi bile nak masuk Mozambique masalah mula datang.. first2 dah kene halau dari border Mozambique.. kisah lanjut sila rujuk entry aku di  Malawi Part 3 : Moving Out From Blantyre City..


Perjalanan selepas melepasi Nyamapanda Border Post
Antara rumah kampung di wilayah Tete - Mozambique
Ada gunung bentuk macam fin jerung.. setuju tak?
Dari sini group aku berpecah.. Anas dengan Abdullah decide lepas siap buat transit visa 3 hari.. nak naik bas strait dari Blantyre, Malawi ke Johannesburg, South Africa.. tak nak continue journey lagi.. aku dgn Mus'ab akan tumpang brother imtiaz yang pelawa kami naik kereta dia sampai ke Wilayah Tete di Mozambique..

Merentasi jambatan utama di Bandar Tete - Mozambique

Jambatan yang merentasi sungai zambezi di Bandar Tete.. Sumber Google..

Di sebabkan dah buat transit visa untuk 3 hari.. tak kan nak by pass jer.. rugi la.. dan yang pasti.. lepas ni aku tak akan jejak lagi negara ni.. so aku ajak Mus'ab follow aku ikut Imtiaz Bhai ni ke Tete.. lepak sehari dua pastu baru masuk Zimbabwe..

Perjalanan mengambil masa 3 jam untuk sampai di Tete, Mozambique.. sebelum sampai aku minta dengan Imtiaz Bhai untuk hantar aku ke Maahad Darul Uloom Al-Hassanain.. sebab seorang ustaz kat situ adalah bekas anak murid ustaz aku jugak.. ustaz aku pesan kalau singgah sana tolong sampaikan salam pada anak murid beliau.. Imtiaz kata ok sebab dia tahu mahaad tu dan memang akan lalu situ..

Jom Tengok Satu2 Nyer Madrasah Di Tete.. 

Ini lah Madrasah Maahad Darul Uloom Al Hassanain.. 
Kami sampai pada waktu magrib.. dalam keadaan hujan rintik..

Cantik kan? di bina sedikit demi sedikit.. Dari sumbangan orang2 tempatan..

Sebahagian masih dalam pembinaan..
Bahagian atas sebagai asrama..
Di bina sikit demi sikit..
 Mengikut dana yang ada..
Office madrasah..
Dan juga rumah2 tenaga pengajar..
Tandas dan bilik mandi
yang baru siap di bina untuk pelajar..
Mus'a pun nak posing.. :P
Amik la.. nak jadi bahan bukti kata nyer ..

Ini lah satu2 nyer motor yang di gunakan office jika ada urusan di luar..

Bila sampai maahad tu aku bertanya dengan beberapa pelajar dan akhir nya aku di bawa berjumpa dengan Al- Hafiz Muhammad Yussuf Aly.. rupa2 nya orang yang ku cari.. beliau bukanlah hanya seorang pengajar bahkan pengetua di situ.. selepas memperkenalkan diri..  kami di bawa melawat keseluruh kawasan kelas, pejabat, asrama, masjid etc..

Terasa macam tetamu terhormat.. dan paling best kami di pelawa untuk tinggal di rumah tetamu Maahad selama mana kami mahu.. segan2 pun 2 hari 1 malam jugak kami stay kat Maahad ni.. sebab nak stay lebih visa 3 hari jer pun.. tak boleh lama kat negara ni..

Tuk Tuk pun ada di Mozambique.. tak payah pergi India hahaha..
Keadaan jalan dan kedai - kedai..
Tak ada pape yang menarik pun kat sini..
Bawah shopping mall.. tingkat atas jadi hotel.. 
Hari terakhir selepas subuh pagi jumaat.. aku dengan mus'ab dapatkan tempat dalam combi - sebutan "kom-bi".. perkhidmatan mini bas ke border Mozambique - Zimbabwe.. bayaran 250.00 MZN - 27.00 MYR.. 4 jam lebih baru sampai di border.. time nak cop passport kene paw lagi dengan makcik immigration.. kalau tak bayar dia tak nak cop passport.. boleh dia kata " early morning.. i should have tea or coffee.." nak minum pagi pun nak paw ker..

Keadaan dari dalam tingkap Combi nie..
Ini lah Combi yang aku dengan Mus'ab naik..
Sempat snap last pciture sebelum beteri camera kong.. 
Di salah satu tempat berhenti rehat..

Tapi alhamdulillah selepas di uji Allah dalam Mozambique.. Ada sepasang suami isteri orang putih.. tumpangkan kami ke Harare, Capital of Zimbabwe dari Nyamapanda Border Post Zimbabwe - Mozambique nie.. Hitchhiker paling jauh aku dapat.. Lebih 185 km.. boleh apply book of record Malaysia tak hahahaa..

Thursday, 21 November 2013

Gift fom Blogger Jari Manis and Zaza Zehra :D

Assalamualaikum..

Entry ni buat khas untuk Blogger Jari Manis.. di atas souvenir dari Aussie.. dan pada Blogger Zaza Zehra.. di atas pemberian Mug yang comey sesangat ahakss.. thanks a lot.. :D

Dah dapat lama.. tapi sebab trip sebulan ke Borneo..
Tak sempat nak buat entry nie.. Thanks Kak Jari Manis..
Ada apa kat dalam..???
Ini lah dia.. ada Koala sekor dengan Key-chin Gold Cost.. 
Tak dapat pergi Gold Cost Australia..
Dapat souvenir pun jadi la.. terima kasih daun keladi.. :D

Lepas tu.. ada masuk satu peraduan kat blog Zaza Zehra nie.. just kene teka apakah tajuk sesuai untuk satu cerita pendek.. entry tu Nak Menang? Jawap Soalan Mudah Cepat.. siapa ada A, B, C, D lagi tu.. bila dah jawap.. tak sangka pulak menang Mug tu..

Selepas beberapa hari.. secara tak sengaja berkunjung semula ke Blog Zaza Zehra ni.. ada entry baru 5 Pemenang Bertuah Mug.. tup tup.. eh nama Time Traveller ada kat nombor 4.. hehehe.. alhamdulillah senyum panjang sampai ke telinga di buat nyer..


Mula dengan kotak Fragile..
Kemudian balutan surat khabar yang amat tebal..
Dan akhir sekali..


Thanks Zaza.. 
Bersyukur sangat walau baru setahun jagung join jadi blogger nie.. dah dapat ramai kenalan.. dan boleh berkongsi idea dan pengalaman dengan blogger2 yang lebih hebat.. sampai ada yang sudi kasi souvenir dan mug nie hehehee.. again.. thank you so much Kak Jari Manis dan Zaza Zehra..  :D 

Tuesday, 19 November 2013

The Kimberley Big Hole - South Africa

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

From Namibia - Moving to World Largest Man Made Hole - The Kimberley Big Hole South Africa..
Sambungan Dari Namibia Part 4 : Train Journey To Keetmanshoop City

The Big Hole of Kimberley - World Largest Man Made Hole..
Sumber gambar dari google..

Kami menaiki bas dari Bandar Keetmanshoop pada pukul 11.00 malam lebih.. naik bas memang terus tido.. memang tak sedar apa2.. kepenatan dari Windhoek memang terasa lagi.. kami hanya sedar apabila di kejutkan seawal 4:00 pagi untuk turun dari bas di Nakop Border Post.. antara Negara Namibia dan South Africa..

Selesai passport kami di cop.. kami menaiki semula bas dan meneruskan perjalanan.. dan kami turun di Bandar Upington, South Africa.. untuk penukaran bas.. kira transit la selama satu jam setengah.. sempat la kami bersolat subuh dan menjamah breakfast di KFC.. 


Bersama penumpang lain.. Menunggu bas ke destinasi masing2 :D

A men in black..
Mus'ab bergambar dgn abang angkat dia :P
Breakfast di KFC.. ada Wifi free lagi tu..
( dekat afrika susah nak dapat internet free yer.. )

Tepat pukul 8:30 pagi.. kami menaiki bas dan meneruskan perjalanan ke Kimberley.. sebuah Bandar yang wujud kerana terdapat lombong galian diamond atau lebih di kenali sekarang dengan nama Big Hole.. dan sekarang tiada lagi sebarang pencarian.. hanya menjadi sebuah kawasan Kimberley Mine Museum.. dan kerana apa ia patut di lawati.. kerana inilah The World Largest Man - Made Hole.. 

Diamond Mining Town.. itulah panggilan penduduk tempatan apabali kami bertanya.. bermula dengan pertemuan oleh Erasmus Jacob pada tahun 1866.. dia menemui sebiji  batu putih / white pebble.. dan setelah membuat kajian.. dia mendapati ia adalah sebiji diamond - measuring 21.25 carats..


Akhirnya kami sampai juga..
Sedikit info mengenai The Big Hole

Some of interesting place..
Sebelum masuk.. 
Antara peralatan yang masih di simpan..
Menara menggantung jambatan tinjau..

Walaupun benda ni besar..
tapi sebab tergantung ia tetap bergoyang sket :P
Jom usha kat hujung anjung tinjau nie.. Kalau gayat duk belakang..
Hampir 100 tahun telah di tutup lombong galian ni.. dah jadi tasik pulak..

Pada tahun 1871.. sebiji diamond yang lebih besar telah di temui measuring 83.50 carats.. di kawasan berhampiran.. maka bermulalah pencari diamond membanjiri kawasan ini sehingga terbinanya sebuah pekan dan kemudian menjadi sebuah bandar.. what would become know as the big hole.. dan pada 5 Jun 1873.. bandar ini telah di beri nama " Kimberley "..

Keadaan disekeliling.. Kedai lama masih di kekalkan ..

Pada waktu lombong ini di tutup pada tahun 1914.. keluasan lubang galian ini ialah 170,000 square meters... dan mencecah sedalam 1,097 meters.. dan telah mengeluarkan lebih dari 3 tan diamond.. Dan yang menariknya mereka mengekalkan hampir 100 meters kawasan sekekeliling pintu masuk The Big Hole ini seperti mana pada era kemegahannya..


Pekan Koboi.. Ada tram lagi tu.. Sigle trip R 7.00..
Comel jer rumah2 nie kan..
Sekarang dah jadi lodge untuk di sewa pelancong..

Harga Tiket Masuk : 
Adult : R 85.00 
Child : R 55.00 ( 2 - 12 years ) 
Family : R 280.00  ( 2 Adults & 3 Children 2 - 12 years )
Pensioners : R 65.00
Student : R 55.00 ( must provide valid student card to qualify for discount )


Jom Masuk Tunnel Under Ground

Suis untuk elektrik seluruh tunnel..
Ada jumpa berlian ker Mus'ab? :P

Diorang kata..
Kalau untung jumpa berlian.. sila amik masuk poket :P
Sedikit Info.. rajin boleh baca yer..

Lepas habis tour Kimberley Mine Museum ni.. kami bergegas semula ke perhentian bas... untuk membeli tiket bas ke Johannesburg.. Nasib agak tidak menyebelahi kami sebab semua tiket bas habis di jual untuk hari ni.. maka the only choice yang kami ada ialah bermalam dan amik bas seawal pagi esok..

Tapi nak bermalam kat mana.. kalau nak bayar hotel memang dah tak ada duit.. cukup2 jer nak beli tiket balik ke Johannesburg.. Sampai nak maghrib kami terserempak dengan seorang india muslim memakai kurta dan kupiah.. berjalan seorang diri..





Tak boleh amik gambar diamond kat sini.. but tangan gatal :P
Aku kata pada Anas dan Mus'ab.. ni mesti nak pergi masjid jom tanya dia.. mungkin ada hotel murah yg diorang tahu.. dia pula mengajak kami ke masjid dahulu.. sebab dia kata kat sana ramai orang.. mungkin ada yang tahu apa solution.. alhamdulillah kami di sambut baik oleh ahli masjid..

First ada yang bagi cadangan dan bawa aku ke train station.. nak tahu jika ada lagi train yang akan ke Johannesburg.. tapi tak ada luck.. than balik ke masjid.. diorang kata ada Combi ( Van / Bas Mini ) yang akan bertolak ke Johannesburg jam 9.00 malam nanti.. 


Antara alat pengangkut hasil diamond dari Big hole..

Selesai solat isya' kami di bawa terus ke lokasi combi berkumpul.. Alhamdulillah tak mahal seorang hanya R120.00.. berbanding dengan tiket bas paling murah R 200.00.. but naik combi ni risiko sket la.. membahaya sebab diorang suka bawa laju.. dan tak tahu kat mana dia akan stop di Bandar Johannesburg nanti..

Sebab nya satu dunia tahu Bandar Johannesburg adalah Top - 5 bandar paling merbahaya di dunia.. but alhamdulillah driver combi ni faham dan tolong kami.. aku minta dia tolong carikan kami teksi untuk balik semula ke Uni.. tepat pukul 4.30 pagi kami sampai ke di pintu gate uni.. tamat pengembaraan kami lebih 3500 km.. selama hampir 3 minggu.. Johannesburg - Cape Town - Windhoek - Keetmanshoop - Kimberley - Joahnnesburg.. :D